Pages

Thursday, July 30, 2009

Entry Emo2

Saya semakin blank dan blur.. langsung takde idea nak tulis ape..Since maybe takde perkara menarik yang berlaku dalam kehidupan akhir2 ini...

Menjalani kehidupan yang batuk memanjang menyebabkan saya beralih kepada perubatan alternatif komplementari [ ini di ofis saya disebut sebagai CAM], iaitu ubat singseh.. Tq la kepada pencetus Cik Mimi n K.Siti yang tolong belikan bahan2 membuat air lohan tu... mmg working n serasi la dgn sistem tubuh saya..dengan izin Allah saya dah kurang batuk dan segala apa yang bersarang di tekak dan peparu saya telah pun mula keluar...^_^ kepada sesiapa yang sakit tekak or batuk saya suggest boleh try this sbb saya rasa hasilnya InsyaAllah positif...

Semalam sedang duduk2 di opis sambil review file2 dan juga m'harvest tanaman2 saya, Alfateh call saya suruh tgk 1 blog yang bertaraf public tapi contentnya saya rasa patut hanya diletakkan dalam diary...Tak salah menunjukkan kasih sayang tapi klu gaya dah tahap patut masuk kelambu..mmg sgt menjolok tekak... [err kenapa saya sgt emo neh...tapi mmg menyampah arrr]

Oh ye kepada sesiapa yang ingin menempah coklat untuk hari raya nnt boleh tepon saya di 012-7147126.. Saya membuka tempahan sekarang or klu nak belajar buat coklat sendiri pun saya buka lagi 2 minggu before Ramadhan neh.. [kelas coklat di bulan Ramadhan sgt mencabar kot... hehe never try]

Anyhting about chocs just refer to http://chocville.blogspot.com

Friday, July 24, 2009

Solat

[Sharing with u all an email from group Tmn2 Syurga posted by maryam.jamelah165@yahoo.com]

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat

solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu 'aklam.

Monday, July 20, 2009

Weekend Activity

Fuh2...kena tiup sket..sbb blog ini sudah bersawang...=P

Weekend lepas saya pergi ke Flea Market di tapak MAHA MAEPS Serdang..Flea Market ni buka setiap Sabtu...Rasanya baru 3 minggu bermula..n masih tak ramai lagi tau pasal pasar ni sbb jalan masuknya agak mengelirukan..tapi syok juga layan Flea Market nih..n tetiba terjumpa PM consultant saya En. Khalili..dia meniaga jual baju jubah arab n barang2 comel..[huhu padan la masa tgh belek2 tgk brooch cam ada org pandang..haha perasan]...


Partner in crime that day : K.Siti, Aida n Cik Mimi
**************************************************************************************
Before gi Market tu sebenarnya kami gi KAMDAR Kajang...hehe sambar la sepasang kain...
[huhu soalan pertama semasa nak beli kain neh.."Abis baju ni nnt nak pakai tudung ape????"
Kak Siti menjawab " Eton nak pakai tudung OREN tu pon boleh"]...
Eh tapi matching juga kan?????
Ciketon smiling with her lovely dovey tudung oren..
Update akan datang saya akan cuba untuk update tentang tukang jahit baru saya..WALAUBAGAIMANAPUN saya akan cuba dapatkan cerita itu...hehe


Monday, July 13, 2009

Cuti-cuti Batu Pahat...heehe

hehe ni sessi pantai di Batu Pahat...balik kampung bawak Amy [koordinator operasi TMC]...Ni aksi jalan-jalan tepi Jetty di Minyak Beku...




Sebenarnya ada lagi gambar..nnt saya try upload gambar di Kedai Roti Canai Tusyen di Sri Gading...hoho so heaven..so sesapa nak makan meh ikut saya balik kampong saya ok...=p

Thursday, July 2, 2009

Tapi

Tertanya tanya TAPI hati terpaut.. Hendak pergi TAPI kaki tersangkut.. Menurut TAPI reaksi melangut..

Sy cuba memahami keadaan di sini,di sana dan di situ.TAPI sy xjumpa bintikny.

Sy pnt..adakah sy ptt lari?..TAPI ke mana?