Pages

Sunday, August 30, 2009

The very white of kids love

2 HP buat kita melalui kecintaan pada Malaysia

Saya adalah orang yang tak boleh terdetik untuk membeli barangan baru.. Bila je terniat nak barangan baru, mulalah yg sedia ada tu merajuk jadi rosak lah, misplace lah...

Maka kerna itu saya mmg tak berniat nak membeli yang baru walaupun saya sgt teringin untuk ada satu seperti ini...

(Kena unlock dulu...hehe)
(Baru leh dapat posingkan byk2 seperti ini...hehe)


Adakah cara nak dapat secara free...or dapat hadiah hantaran *wink2..or dapat hadiah menang contest? Memandangkan harganya RM2500 ada baiknya buat masa ini, klu nak dapat juga saya boleh try this contest daripada iLOVE Malaysia..

Kenapa plak saya patut dapat hadiah eh?
Kerana saya memerlukann telefon seperti ini untuk merealisasikan kecintaan saya terhadap Malaysia melalui penghasilan coklat saya. Saya juga berharap dengan adanya jaringan tanpa batasan melalui telefon ini tak kira di mana aja, boleh saya dapat ilham Malaysiana bukan?

Eh ada satu lagi cerita best neh... bukan saya sorang leh dapat HP ni tau...jom kite try sama2..apa yang perlu anda semua buat hanya join contest ni dan letak saya nutaizaf@gmail.com sebagai referer... jadi manalah tahu rezeki anda yang menang, saya pun dapat satu..Moga Allah permudahkan rezeki anda (kite)....:)

Oklah step by step begini caranya :
  1. Click website ini
  2. Isi borang
  3. Letakkan saya nutaizaf@gmail.com sebagai referer... ^_^
Selamat mencuba ye kawan2.. saya percaya kite pasti bertuah...:)

Rak Buku Saya

Membaca adalah satu adalah ubat tido bagi visual person seperti saya... as i grew up [dah sampai over grew pun dah] dan kemudian bertemu dgn 'personal lawyer' saya, saya dipaksa untuk rajin membaca..diulangi RAJIN MEMBACA...

Sebenarnya saranan tu ada benarnya.. Malahan wahyu Nabi Muhammad S.A.W yang pertama juga disuruh membaca...betapa besarnya kuasa membaca itu dalam kehidupan kita...Saya berharap kerajinan saya akan menjulang-julang dengan adanya hadiah daripada

(click gambar nak tau lebih lanjut)

kepada saya yang sedang berdikit-dikit ini...
LITTLE THINGS BIG RESULTS kan?..bak kata pepatah saya takde seposen manakan nak cukup seratus..hehe..

Kalau nak join cepat2 sbb dah nak close pun giveaway neh...cara2 nya :
click gambar rak buku tu dan follow the step below
1.Buat satu entry dalam blog masing2
2. Upload gambar sdg menikmati masa berharga bersama buku kegemaran . Gambar paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Tidak dibenarkan mengedit gambar tersebut menggunakan kesan khas.
3.Upload pic giveaway diatas di sidebar dan jangan lupa linkkan ke My Rak Buku.
4. Tinggalkan komen dan link blog supaya owner boleh menjengah ke blog anda.

Titanic

Kenapa saya suka Titanic?
12 tahun dulu
  • Pengalaman pergi tgk wayang kali pertama dalam hidup saya..whole family ttgk sekali...
  • mmg suka muka comel Lenardo DiCaprio ..tambah plak heroin cite , si Rose [Kate Winslet] mmg sgt sesuai rupanya dgn zaman Titanic tu...
Hari ni
  • sebab saya teringat waktu yang manis 12 thn dulu
  • rupa comel Leonardo tu bukan lagi tarikan..tapi saya terharu semangat juang org seperti Jack Dawson..pada saat logik akalnya nak mati pun masih positif thinking lagi...
Saya adore watak itu..walaupun dia hanya penumpang kelas 3..tiket pun nasib2 menang poker je...but he enjoy life to the fullest...Konsep islamiknya bagi saya beliau tapi tak putus usaha..walaupun dia bukan islam pun [maksud saya Jack Dawson] semangat juang dan tawakkal beliau tinggi betul....

p/s : saya sedang memandang pemberian Alfateh yang amat saya sayangi...saya harap saya terlatih menjadi hambaNya yang tawakkal...Aminnnnnnnn

Friday, August 28, 2009

Abang dan Adik : siri IN and OUT

Ntah ape angin ntah kepada Abang, semakin prihatin kepada Adik..
Padahal selama ni Adik terkontang kanting tak penah tanya pun..
Emak juga semakin pelik..
Ntahkan Abang yang menjarum2 atau Adik mmg anak angkat????

p/s1 : luahan hati ni mungkin hanya difahami oleh 2 0r 3 individu je..maaf readers atas entry yg semacam ini...

p/s2 : anyone ada tau mana2 job vacancy, tell me ya... saya takut duduk hospital, senang dpt H1N1 dan penyakit2 lain..

Sunday, August 23, 2009

Giveaway 2 [GA2] : Domain website saya

Setelah setahun lebih berblog menggunakan http://fazya.blogspot.com/ saya mencipta lagi satu blog yg khas untuk coklat sahaja iaitu http://chocville.blogspot.com/ ..Walaubagaimanapun untuk pasaran berpanjangan saya rasa nama blog bernada blogspot ini agak "bulky" menyebabkan saya terfikir untuk mengubahnya menjadi http://www[dot]chocville[dot]com/ tapi masalahnya sudah ada entiti lain yang menggunakan nama ini, maka ia tak available untuk saya..:(



Maka saya wujudkan giveaway ini untuk mendapatkan nama terbaik untuk website saya. Kepada readers semua anda dijemput untuk menyertai giveaway ini...



Syarat-syarat penyertaan:



1. Anda dikehendaki memberikan satu nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai nama link web site..(contoh: http://www[dot]chocville[dot]com/) ..Ciri nama mestilah padat tetapi menggambarkan keseluruhan aktiviti chocville.blogspot dan ia mestilah beridentitikan Malaysia di mata dunia.

2.Anda mestilah menyatakan mengapa rasional pemilihan nama itu dan mengapa saya harus memilihnya sebagai nama domain website saya..

3.Penyertaan mestilah didahului dengan meletakkan komen anda di entry ini dan seterusnya tinggalkan :

a :link anda supaya saya dapat membaca entry anda berkaitan nama domain saya yang anda sarankan..

b : Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog, anda boleh emailkan penyertaan anda kepada saya di nutaizaf[at]gmail[dot] com

4.Walaubagaimana pun setiap penyertaan mestilah disahkan melalui email, anda hendaklah menghantar email kepada saya dengan meletakkan particular nama, alamat, no untuk dihubungi..setiap peserta akan diberikan no id penyertaan selepas mendapat pengesahan dari saya.

5. Semua penyertaan akan diadili oleh En. Alfateh

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 September 2009. Walaubagaimana pun pemenang akan diumumkan pada 18 September 2009 [sbb ni hari lahir saya...haha]

7. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya..^_^



Hadiah :



Hadiah Pertama : 5oog praline (~48 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 36 cups nutty fruit cluster.



Hadiah Kedua : 380g praline (~ 35 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 18 cups cornflakes cluster.



Setiap peserta akan diberikan 10% potongan bagi menyertai kelas belajar coklat dengan saya. Sila nyatakan ID penyertaan anda sewaktu hendak menghadiri kelas coklat. Bagi peserta yang membawa seorang atau dua orang rakan untuk turut sama menghadiri kelas akan diberikan 10% daripada jumlah yuran pengikut anda



contoh :

Yuran pembelajaran =RM250.00

Yuran peserta GA2 = RM250.00 -10% = RM225.00

Yuran peserta GA2 + 1 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (10% of 250) = RM200.00

Yuran peserta GA2 + 2 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (20% of 250) = RM175.00

*Follower akan menyertai dengan harga normal



So cepat2 join giveaway 2 ini.. Saya nak bagi kuih ops coklat hari raya untuk anda semua.....^_^

Friday, August 21, 2009

Berbuka

Salam Ramadhan untuk semua...syukur Alhamdulillah kite masih diberi kesempatan untuk berada dan melalui bulan penuh keberkatan dan keampunan Allah..

Hehe kalau zaman kanak2 dulu bulan puasa ni macam nak mintak langkau terus raya je...ada je alasan nak bukak pose..paling tak bleh blah ialah alsan terlupa nak makan vitamin masa sahur...haaaa yela sangat..

Tapi bila dah jadi kanak2 purba ni barulah sedar barakah yang dikongsi Allah kepada umatnya..bulan pose ni rezeki melimpah ruah...kalau tak percaya esok petang di bazar ramadhan...emmm Subhanallah, tapi nafsu membeli tu kekadang MasyaAllah!!!

oh ye ape menu berbuka anda esok hari? [huuuu sahur pun belum dah pk buka]
Biasanya bulan puasa ni saya gemar makanan ber'genre' sup... sbb bila bergoreng2 byk minyak saya akan cepat muak..nnt lagi parah natijahnya klu lepas solat tarawih..huhu..

So sempena entry 1st Ramadhan ni saya post 1 resepi saya improvise dari Kopitiam Old Town.. "Homemade Chicken Hor Fun with Seafood"... err housemate saya cakap sedap..but future roomate saya tak rasa lagi...


Bahan2:
Hor Fun (kuey teow)
2 bahagian ayam (ikut suka nak bahagian mana, jgn bulu dah)
1 jug air
1/4 kiub ayam
6 crabstick
6 ekor udang
cendawan enoki(option)
daun kucai
telur (option)
minyak bijan (option)

Cara :
A.Penyediaan Hor fun
Celur hor fun secara berasingan

B. Penyediaan sup
Rebus ayam sehingga mendidih..
Masukkan 1/4 kiub ayam dan garam secukup rasa
Setelah ayam empuk, angkat dan racik kecil2.
Masukkan sebentar crabstick dan udang dalam renehan sup tadi dan angkat.
Masukkan cendawan enoki
Kocakkan telur (seperti nak buat telur dadar) dan masukkan ke dalam sup tadi. [ini sekiranya anda ingin sup anda sedikit pekat]
Susun hor fun, daun kucai, ayam, crabstik dan udang ke dalam mangkuk, siramkan semuanya dengan sup tadi..
Titiskan sedikit minyak bijan dalam portion pinggan anda (saya tak guna sbb saya tak berapa gemar)
Makan "Homemade Chicken Hor Fun with Seafood" anda dgn chili potong berkicap..

p/s : macam nak makan ni je bila berbuka nnt...sgt nyum2 ok... Apa juadah berbuka yang anda mau kongsi dengan saya?

Oh ye kawan2 boleh check waktu sahur dan buka dari sini ye http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php

Wednesday, August 19, 2009

Sapu

Kehadiran flavinoid dlm 3 jenis coklat ini xbjaya menyapu ksedihan saya di kala dinihari..
Sy perlu pulang ke bp bila sign bgini.sy perlukn pelukan 'adik' sy..sdikit sbyk ia m'bntu menyapu bungkam hti sy..
Perasaan bgini bukan penting tp sy hrus mencari dan menyapu ubatnya..

Tuesday, August 11, 2009

Orang berpantang pun dah siap...

Sekian lama saya tgk tagged ini di blog rakan2 sekolahan saya… selalu cam tak sempat nak buat..sampaikan K.Pah yang sudah nak abes confinement pun dah selesaikan dulu,saya baru tergerak hati nak buat..haha

1) Bekas kekasih saya – orang Dengkil jugak

2) Saya sedang mendengar – music Farmville..harvest time

3) Mungkin saya patut – validated result Cobas dan Hemato

4) Saya suka – Alfateh snap gambar saya

5) Sahabat-sahabat saya – dari banyak tempat, ada dari sekolah, matrikulasi dan university..

6) Saya tak faham – kenapa ada org yang mmg gifted sebagai Ahli Sihir sedangkan saya selalu kantoi pada kesalahan kali pertama…hmmmmm

7) Saya kehilangan – minat nak ambik exam PTD lagi..takpe ke?

8 ) Ramai yang berkata – OK! tapi pasti rupenya tak OK langsung

9) Cinta itu adalah – milikNya.. Klu hendak tak perlu paksa.. Klu hendak mintak dengan Dia yang Esa…

10) Di suatu tempat, seseorang sedang – dalam perjalanan ke PWTC lagi barangkali

11) Saya akan cuba – menyiapkan catalog coklat saya

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Forever

13) Telefon bimbit saya – member erti besar kepada saya, walaupun murah tapi ia complete dengan kamera berpencahayaan baik, ada 3G untuk surfing internet dan boleh dengar radio.. saya hanya beli dengan harga RM400.. gud enuf kan?

14) Bila saya terjaga – saya akan kelip2 dulu atas tilam mengingati kesedapan tido sebelum itu..huhu

15) Saya paling meluat – orang yg perasan dirinya cukup sempurna dan komplen tentang kehidupan saya yang ‘mereka’ rasa tak cukup sempurna…Saya konfius siapakah yang berada di dalam ‘kasut saya’ ini?

16) Pesta/parti adalah – pesta tu tapak pasar mlm di batu pahat manakala parti tu mungkin Parti Tupperware..heeee

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – banyak..definitely meow2 saya…

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – setiap umur ada moment keseronokan yang tidak dapat dilupakan…

19) Hari ini – tinggal lebih kurang 27 hari sebelum saya mencapai umur 27 tahun..

20) Malam ini saya akan – pergi tusyen

21) Esok pula saya akan – berusaha siapkan report..mybe berbelas2 report

22) Saya betul-betul inginkan – perasaan bahagia yang dikongsi bersama-sama org yang patut saya kongsi malahan saya tidak lokek untuk berkongsi kepada dunia…cheewah

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – berkesan kah sabun yang saya beli semalam?

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – tempat mengurangkan kewangan saya

25) Makanan Barat atau Jepun? – Barat.. makanan jepun tu saya rasa seperti plastic yang diseterika (wasabi)

26) Bilik yang terang atau gelap? – siang saya suka terang malam saya pilih samar2

27) Makanan segera adalah – kedai makan yang selalu di boikot pada mulanya tapi kemudian berduyun-duyun org pergi sebab dalam iklan sgt tempting…

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – errr saya seperti tak bercakap dari tadi….

29) Siapa yang anda ingin tag: cam takde org nak tag sbb seem saya yang last2 buat benda ni....

Little thing BIG Results

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan - Petikan ceramah Ustaz Ismail Kamus (emel yahoogroup Taman2 Syurga)

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masukniat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdansyakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kitaselalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kitakena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandaimenyusun keutamaan dalam beribadat.. utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

***************************************************************
Kadangkala kite terlalu hard thinking terhadap sesuatu perkara, meyusah2kan kepala untuk membuat atau melaksanakannya, padahal Dia dah menghukumkan yang mudah buat kite, tapi kite saja yang suka menjadikan ianya susah....

Adakalanya benda yang kecil besar kesannya....

I am happy being me : part I

Semakin hari blog ini sgt sunyi sepi dan bergaung......

Walaubagaimanapun sepanjang minggu saya lalui dengan pelbagai perkara baru dan menggembirakan..

I'm opening my shoppe legally..Saya mendaftarkan entiti perniagaan saya sebagai ALFAZYA RESOURCES...

Sambil tu juga berangan dapat [err tak payah beli pun boleh kan???? mana tau ada yg nak bagi hadiah kan...heeee]
Sementara tunggu sijil SSM siap, kami pergi dengar talk perniagaan [huhu ilmiah dan berjiwa keusahawanan sungguh] oleh Tun Dr. Mahathir di PWTC bertajuk Membudayakan Melayu Dengan Keusahawanan..anjuran GABEM ... saya seperti menyahut seruan mereka 1K1S ( 1 keluarga 1 syarikat)..kenapa???? Ops kantoi ke..mmg saya pergi dengan dia..the owner of ALFATEH RESOURCES

** percutian pengalaman baru mendaftar pemilikan syarikat..**...

Monday, August 3, 2009

AKU KAN ABANG

Pelakon : Seorang ADIK, seorang ABANG, seorang EMAK dan watak tambahan PAKCIK jurubina
Situasi : Konsep Iklan DIGI – AKU KAN ABANG!!!!!

EMAK mengarahkan ADIK dan ABANG bekerja menyiapkan reban untuk keselesaan ayam-ayam mereka.. Pada mulanya mereka membuat reban yang berasingan kerana ABANG ada ayam kegemarannya sendiri, manakala ADIK juga begitu… Sedang asyik bertukang datang seorang PAKCIK jurubina dan berkata ,

“Bukankah kalian adik-beradik, adalah molek kamu buat satu reban yang lebih besar bersama-sama untuk menempatkan kesemua ayam kamu. Lagipun pakcik sudah maklumkan kepada EMAK kamu dan beliau turut setuju dengan saranan PAKCIK”

Oleh kerana gerunkan emak yang bersuara lantang, si ABANG dengan segera mamaksa adik bersetuju dan menyatakan rekaan rebannyalah yang harus diikut. Si ADIK mengiakan sahaja dan memulakan kerja. Pada ketika si ADIK hendak mengetuk tukul kepada kayu si ABANG seraya berkata,

“Ko kalau nak ketuk pada kayu aku tu kena bayar pada aku RM0.50 setiap ketukan.. "

Si ADIK terpinga-pinga. Monolog dalaman sambil berfikir kenapa pulak nak kena byr sedangkan apa yang dibuat itu bukankah arahan dari EMAK mereka… Oleh kerana si ADIK tidak mempunyai sumber wang yang banyak, maka si ADIK mengetuk sedikit-sedikit dan membayarnya juga sedikit-sedikit.. Walaubagaimanapun teruslah si ADIK mengetuk sambil memikirkan jumlah bayaran memandangkan pembahagian kerjanya melibatkan ratusan malah mungkin ribuan ketukan..

Lalu si ADIK berkata kepada ABANG ,

“ ABANG, aku rasa aku nak tanya kepada EMAK, bolehkan aku meminta bayaran daripada engkau setiap kali engkau menyapu cat pada papan reban ini kerana ko juga menyapunya pada bahagian kayu aku.”

Si ABANG menjawab,

“ Err tak payah tanya EMAK dulu.. Biar aku yang ckp dengan EMAK dulu… Klu EMAK kata tak perlu bayar aku pulang balik bayaran yang engkau dah buat hari tu…”

Si ADIK bermonolog dalaman terhadap ABANG yang ‘menggelabi’…..

“Tau takutttttt…………………”

p/s : maafkan saya kepada pembaca yang terasa makan cilinya...takla pedas sangat kotttt...