Pages

Friday, January 29, 2010

Chocville Online Choc Boutique


Chocville Online Choc Boutique menjemput readers semua untuk menjadi sebahagian daripada ahli 'kotak kipas' saya..segala aktiviti Chocville akan turut dikemaskini di sini.. Terima kasih atas sokongan anda selama ini..Luv uolls...♥♥♥

Wednesday, January 27, 2010

Saya cuma seorang pegawai sains kontrak?

SAYA CUMA SEORANG PEGAWAI SAINS KONTRAK?..

Mmg tu pun jawatan saya sekarang.. 2 bulan lepas adalah saya pergi interview jawatan tetap..dengan harapan klu lepas saya nak apply pindah UKM Bangi.. haha jawapannya jangan harapppp....

SAYA CUMA SEORANG PEGAWAI SAINS KONTRAK?..

Tapi skop kerja saya bukanlah macam pegawai sains yang saya pernah baca bila nak gi interview SPA tu.. tapi memandangkan kerja dengan satu tempat berstatus projek, ikut suka suki bos saya la nak suh wat keja ape kan...:p

Tempat kerja saya menjalankan projek pengumpulan data & sampel warga Malaysia 40-65 thn.. Kirenya warga Malaysia yang datang tu volunteer and as return we give them the screening result telling about health status.. yang basic saja.. Anyhow, sbb saya la yang menguruskan bab pengeluaran dan penghantarannya, secara tak langsung klu volunteers ni blur about their readings, saya la kena menjawabnya.. Kekadang saya malu sgt nak jawab sbb diorang assume saya DOKTOR sedangkan SAYA CUMA SEORANG PEGAWAI SAINS KONTRAK?..

Sekarang saya tgh study ttg ICD coding.. ICD means International Clasification of Disease.. saya kena review sbb last week bos saya dah marah sbb saya slow ambik action to train staff ttg ni.. redha..redha...redha... agaknya prof lupa yang SAYA CUMA SEORANG PEGAWAI SAINS KONTRAK?.. atau pun sebenarnya dari dulu lagi saya patut study medic?

oklah saya nak sambung compilekan coding ICD ni...

p/s: saya nak keja dekat dengan Dengkil.... tolongg.......

Monday, January 25, 2010

Keoren-orenan

Saya baru berhasrat untuk menikmati menjadi 'mama' kepada anak keoren-orenan..

Setahun dulu saya bawak dia dari BP untuk pindah ke Dengkil.. Dengan harapan satu masa bila saya pindah ke Dengkil kami semua dapat bersama-sama.. Bersama-sama 'papa' menjaga anak keoren-orenan..

Ketika 4 January 09 anak keoren-orenan kami anggap adik, pada 9 November 09 kami kelihatan seperti ayah dan ibu anak keoren-orenan..

Apakan daya jodoh tak lama.. moga zikir anak keoren-orenan sentiasa mengiringi kasih sayang kami.. sekian kalinya saya menangis di pejabat mengenang kepergian spesies anak keoren-orenan...

Oyen now RIP..


card from 'papa' meanwhile oyen admitted at Hosp. Haiwan Kesayangan


'Mama' & 'Papa' luv Oyen..


p/s: Takziah kepada yang pergi.. Yang paling jauh itu masa..sesungguhnya yang sentiasa dekat itu mati.. Tiba saatnya kita jua kan kembali..

Friday, January 22, 2010

I won RM15,000

Fuyyyooo magic.. dalam kekalutan budget nak kawen tetiba dapat msg dari 'SHELL'.. dah la meeting kena marah kan... so sms 'dapat' duit cam best je bunyinya kan..

"TAHNIAH".. No sim/kad anda telah memenangi HADIAH UTAMA RM15,000.00 dari Syarikat Shell (M) Sdn Bhd. Sila dail talian 019-8107203..

Sbb dah msg kan.. saya pun gatal tangan la nak tepon.. sambil google kat internet ttg skim penipuan melalui SMS neh..

Saya : Hello
Sape ntah : Hello (nada awal cam sarawakian)
Saya : I would like to ask regarding the sms that you sent to me just now.. what is all about anyway? (sbb ckp ngan orang keja SHELL konon2 kan.. berlagak speaking sket..)
Sape ntah : Oh ya, puan telah tersenarai dalam 10 pemenang berpotensi untuk memenangi hadiah RM15,000.00.. Nama pemenand akan disiarkan di TV3 pada malam ini.. Oleh itu kami minta puan mengesahkan penerimaan hadiah dan tentang butir puan ... Puan sekarang berada di mana (dia suruh saya bagitau nama, he know my name sudah.. musykil.. lagi musykil nada sarawakian tetiba bertukar seperti Indonesian.. menghairankan)
Saya : Saya dari Cheras (saya tak tipu, saya mmg keja sini)
Sape ntah : Oleh kerana lokasi puan agak jauh, jadi kita akan bank in kan hadiah ke no akaun puan.. Boleh puan berikan no akaun puan?
Saya : Oh ok.. takpe, boleh bagi alamat.. I'll go and collect the check by my own..
Sape ntah : Bla...bla (bagi alamat Shell)
Saya : Ok klu saya pergi sape contact person kat sana yang patut saya jumpa?
Sape ntah : Puan boleh jumpa Tn Hj R Bin H
Saya : Ok, boleh bagi no telefon office untuk saya direct contact dengan Tn Hj R Bin H
Sape ntah : oo maaf puan, telefon office kami sedang diperbaiki dan tidak menerima panggilan (menghairan kan.. hello SHELL oke.. takkan phone takleh baiki nak bagi saya RM15,000.00.. ambik la RM1,000 dari RM15,000 tu p baiki phone office)
Saya : Then saya prefer the acknowledgement done by written letter..ok then, maybe i'll collect the cheque tomorrow..
Sape ntah : Oh puan, confirm tu kena hari ni juga sebelum 5pm..sbb tu kite tak keluarkan surat.. klu Puan tak ambik hari ni, ia akan diserahkan kepada orang lain..(cepat2 off panggilan saya)

Ape la sengal sangat 'Shell' ni, ofis phone takleh baiki...klu company bukan public listed call saya leh terima la alasan gini..

Tapi setahu saya iklan SHELL camni bunyinya..

Take part in the Shell FuelSave Cash Contest and stand a chance to win these Weekly Prizes:

1 x RM100,000 + 100,000 BonusLink Points
3 x RM10,000 + 10,000 BonusLink Points
1,000 x RM1,000 + 1,000 BonusLink Points

To take part, spend a minimum of RM30 on Shell Fuels or Lubricants.

Terms and conditions apply.

Visit station or website for more details.

********************************************************************

Mana datangnya RM15,000 tu pulak eh?.. Confuse...
Bukannya ramai sangat boleh menang duit tu, apelah sangat klu nak tepon saya.. ni sngt kemut bagitau pakai sms...
cam saya cakap tadi, saya nak derma RM1,000 kat 'SHELL' baiki phone office diorang...

p/s: sila bagi saya bentuk cash RM15,000 tu kalau nak bagi..takyah p bank in ..oke!!!.. haha

Friday, January 15, 2010

Don't Called Me Baby dan Langsir Kambing New Zealand

Saya tak berniat sombong.. tapi hari ni saya admit saya moody…

Saya sombong 1

That’s wat people said when they met without saying Hi for the 1st time.. Malahan ada yang tgk langsir saya [ni zaman matrikulasi] yang bersorak kambing New Zealand kelihatan up sket dari langsir bantuan KPM tu pun kata saya sombong.. ciri kesombongan saya mungkin sbb saya nyanyi lagu Madison Avenue ‘Don’t Called Me Baby’ dengan slang orang putih.. Now ha ambik kau.. terpaksa berkawan dengan saya sampai seploh tahun…hehe

Saya Sombong 2

Di opis, kami bekerja mengikut bahagian.. memandangkan bahagian saya paling sikit staff dan mostly keja saya melibatkan dengan data yang dah terkutip bukan dengan staff.. lepas ambik data dari database, saya pun bermain2 la dengan data yang ada tu dan buat report.. manakala staff pula buat keja routine dan kena on time… on time tu tipu.. selalunya lambat dari ape boss saya nak… Oleh kerana itu jarang sesangat saya bertegur sapa [tapi saya senyum oke..] dengan bahagian lenlain, masa sesi luahan perasaan tetiba saya di claim sombong.. ok fine.. maknanya bukan la kerana saya menyanyi lagu ‘Don’t Called Me Baby’ tu yang buat saya sombong…haha

Kesimpulan

Oleh kerana saya pelik kenapa orang suka kata saya sombong, saya mengambil inisiatif menanyakan dengan peguam di Zul Nawawi & Co di seksyen 9 tu.. [haha :D)

Saya : Encik Ahmad, 1st time encik Ahmad kenal saya encik rasa saya sombong ke?

En. Ahmad : Eh taklah sayang Fazia.. u ni semanis coklat Chocville [haha sengaja iklan]..

Tengok… telah di certified true copy oleh peguam pun saya tidak sombong dan manis… [ Encik Ahmad, sign sket…]

Perkaitan

Ape bendanya cite panjang2 pasal sombong yang dah bertahun2 dengan moody?

Lately saya cepat moody.. rasa stress.. saya dihambat waktu.. kalau boleh saya nak ada setahun lagi untuk prepare ape patut.. dalam masa yang sama rasa esok gak nak duduk rumah Jalan Banting [ oke garukan sekarang!!!!].. Bila moody ni muka automatic jadi sombong macam lepas pasang langsir kambing New Zealand, kadang2 alternate sambil bernyanyi2 kecil ‘ Don’t Call Me Baby’…

Masa moody tak rasa menyesal.. tapi lepas moody saya rasa kesian, bersalah [ tak menyesal pun??? Taubat oke] … kesian kat owner Zul Nawawi & Co yang selalu terpaksa mengalah kemuncungan mulut yang boleh diguna untuk gantung langsir kambing New Zealand seperti dulu…

Penambahbaikan

Azam untuk tidak moody sombong..

Saya berazam untuk tidak moody sangat.. [moody ni nikmat Allah..menunjukkan saya manusia biasa J] Lebih-lebih lagi menjelang hari raya.. [kami bakal merayakan hari kami Insyaallah]… Saya tak mau wajah manis coklat Chocville saya tidak berseri di hari dia menikahi saya.. Kalau tak sia2 je saya berkorban mata dgn menyimpan contact lens (CL) semata-mata nak pakai CL masa hari nikah supaya terserlah mata ber eyelash tegak ini..

p/s; ni entry apentah... tapi saya sedikit release wat entry ni...

Tuesday, January 12, 2010

Pahang Darul Makmur

Saya nak kemakmuran..
tapi bukan di Pahang..

Dari mula ada sampai sekarang tak dapat lagi menikmati kemakmuran..
Bukan hanya Pahang.. (Bangi? Sri Kembangan? Jinjang? Gombak? )

Bila lapang saya nak pergi beli kemakmuran..
Eh kemakmuran boleh dibeli???????

Tapi cam tak seronok kan makan kemakmuran tu sorang2...
Ha boleh dimakan pulak?????

YA... Kemakmuran tu BUKAN di Pahang
YA... Kemakmuran tu ada di banyak tempat dalam M'sia
YA... Kemakmuran tu mmg boleh dibeli
YA... Lepas beli kite makanlah Prosperity Burger tu..

Monday, January 11, 2010

Terkedu dan kelu

It happen once...
It happen twice...
Does it happen any more???

Sunday, January 10, 2010

Bila ada notebook

Weekend adalah hari update blog bergambar sbb dpt notebook dari ____ 2 bulan dari sekarang... Kerana maybe 2 bulan lepas ini, hari2 boleh update blog bergambar sbb boleh jumpa notebook hari2...haha..

Bila ada notebook sendiri, boleh baca blog org.. (takde notebook pun saya baca jugak...haha).. tapi bila daah baca boleh wat review entry org...

Saya ada tgk blog chika cerita pasal Ponyo.. Saya dah lama tak tengok anime [ haha tetiba teringat a long lost fren pronounce A-ni-me as A -naim ... err sape kata salah.. kan saya kata cuma teringat je..] .. Sebenarnya saya bukan la fan sgt tgk anime..tapi saya jenis tgk je semua cerita.. tapi anime yang saya tgk limited karya Ghibli Studio...bukan sbb saya jatuh chenta dengan Hayao Miyazaki tu.. tapi sbb ceritanya selalu buat saya nangis bila saya plan nak nangis [????] Cam Spirited Away dulu...[ err sape tak sedih kalau parents tetiba bertukar jadi pembawa H1N1]....





Berbalik pasal Ponyo.. saya poyo2 nak tgk tapi mana ada cite ni kat cinema kan... so masa la bertambah bergunanya ada notebook...biar pun seharian tak masak... saya mkn maggi saja.. 2 bulan lagi saja baru masak hari2..masak untuk ________...☺☺☺[ ayat manis wat u terharu...haha]

Thursday, January 7, 2010

Colorful tips

Saya sedang menghitung waktu (berapa bilangannya taknak ckp sbb saya stress..haha)

Dalam waktu mengira ni byk ilmu yang telah disalurkan kepada saya dari pelbagai guru... tipsnya berwarna warni.. :)

hijau :
ni pesanan yang berbentuk islamik.. perkahwinan bukan terhad bab munakahat je.. semua bab related...tapi skang ni banyak handout2, buku2 yang saya baru baca sikit dan tak bacanya banyak menanti di rumah..ampunnnnnn..... saya harap saya tak membebankan suami saya kerana saya tanggungjawab dia.. saya sayang dia, saya nak dia bahagia di sini..tapi bahagia di akhirat jua jadi harapan..

merah :
ni melambangkan perasaan..do's and don't as hubby and wifey.. katanya proses adaptasi tu banyak sekali.. dari seorang kepada berdua.. insyaallah bertiga +++... perasaan perkara maya.. tak nampak mata kasar.. kadang mungkin mengguris di sini tapi tak di sana..

kuning :
ni pesanan berbentuk kewangan.. almaklumlah, bila berkahwin tu ertinya sharing is caring.. hehe klu semasa sorang ni RM10 mungkin untuk seorang...pas kahwen biasanya berdua..mmg idealnya " duitmu duitku jua, duitku duitku", tapi bagi yang lembut hatinya...asalkan si suami tak lupa tggjawabnya.. syukur Alhamdulillah.. Hopefully selepas kahwin perancangan kewangan yang lebih terurus dapat dilaksanakan..:)

biru :
err ni tips *((^%&*E*^# ... no comment at the moment..:p.. tapi guru utama is FIFI..haha :D

So anyone nak menyumbangkan tips kepada budak baru belajar ni.. silakan..^_^.. segala tips saya dahulukan dengan terima kasih...

Tuesday, January 5, 2010

analyze me

Sekian kalinya saya rasa saya mmg suka FB.. selain daripada realtime comment (haha ni sbb saya tgh kemaruk terminology GIS), thru FB boleh jumpa ramai old lost long frens.. ( to dear fiance, im attached to fb not just because the games..:p )

Semalam saya jumpa balik kawan lama Nurhin biasanya we called her Nu'ins.. saya kenal dia masa form 1 at secondary school.. kalau saya tak lupe, kami English classmate under Mrs Au (kengkawan betul tak nama teacher ni yang selalu ada lipstick kat gigi???..:p)

Nurhin ni bagi saya characternya lemah gemalai.. dan saya selalu membuat telahan kerjayanya bila besar sekarang ialah kerja2 untuk pompuan2 sahaja.. that time saya ckp saya rasa dia akan jadi NURSE...

Hehe guess what???? sekarang ni mmg dia seorg nurse.. huhu saya sgt excited dpt msg FB dia semalam sampai tulis entry ni...

[Nur' Ins January 4 at 7:00pm
lame dh org carik awk..dlu2 sape suke ckp org cm misi..kn dh jd btul2 dh..pe citer skang? ]

hehe tetiba saya kagum terhadap far sighted nya saya terhadap kerjaya org tetiba untuk diri sendiri cam blur je..heeee... tapi takpe pun, sebenarnya saya rasa telahan saya dulu tu betul sbb saya menganalisis karakter beliau masa tu..cam diri sendiri tak sempat analisis...huhu...

p/s: kp, kamu ada list name schoolmate kah? boleh kah saya meminjamnya untuk kegunaan peribadi buat beberapa ketika?..tq

Monday, January 4, 2010

means, plans & hopes

Now is the 4th day of 2010..
Hopefully not to late to update the new year entry..:p

2010 new year means
almost 11 months im involved chocolating
almost 10 months i become his fiance
almost 4 months i turned to 27YO...

2010 plans
in 1 month more im completed a year of chocolating
in ___ months more i'll tied a knot with him..:)
in 9 months more i'll turned to 28YO

2010 hopes
every planned goes smoothly and always bless
we could adapt to each other as ____ & _____
we will change our status not only once but twice *wink..wink..

to frens.. happy new years.. may life full with bliss and bless..

To lover, counting days and time... hopefully we will meant together here and hereafter..
i ♥ u