Pages

Sunday, October 31, 2010

Tampil sempurna dibalik ketaksempurnaan

Sebenarnya kadang2 makanan tu bukan lah sempurna rupanya.. tapi bila diambil dari angle yang berbeza, impression hodoh tu beralih kepada rasa sempurna yang melampau... {haha poyo!}

Siakap 3 rasa
siakap 3 rasa :p
Dalam satu email group yang saya join, penah ada kawan2 dalam group tu pergi join kursus 'food photography'.. mereka cerita, kadang-kadang gambar makanan dalam majalah tu bukan lah makanan yang sebenar.. contohnya kalau diorang shoot gambar ice cream, bahan sebenarnya bukanlah ice cream tapi guna bahan yang boleh nampak macam ice cream contohnya mash potato.. yela, kalau lambat dpt gambar cantik jenuh nak tukar ice cream asyik cair je kan...

Tu ok lagi.. ada tahap katanya menggunakan minyak moto untuk beri effect dramatik pun ada... food photography ni motifnya bila kita tengok gambar je, terus rasa nak makan.. kalau tengok gambar terus nak order..:)

my homemade vadei
vadei yang di snap secara bokeh
Selain daripada menggunakan bahan lain untuk menggantikan makanan tu sendiri, teknik fotografi tu sendiri memberi impact yang besar... Saya bukan orang terbaik untuk menceritakan teknik  fotografi sebab saya sangat kurang ilmu dan kamera saya cikai2 je.. tapi menurut pemerhatian saya, pengambilan gambar secara bokeh tu popular sekali...

Sekarang saya mencuba fully utilized kamera saya tu, banyak berlatih sebelum benar2 bersedia beralih ke DSLR.. { sebenarnya saya tak mampu nak beli kamera mahal lagi..hehe }

Bak kata Saiful Nang, the best camera is our own eyes..

Okeh saya kena gi masak sekarang.... daaaaaaaaa ^_^

p/s: kesempurnaan boleh ditemui kalau kita tau sudutnya..:)

Kami penagih Safron kah?

Kalau hari tu meluap2 rasa nak makan kat Restoran Saba sebab orang berpusu-pusu ke sana... Tapi kali ni kami pulang ke pangkal jalan makan kat Restoran Ariana.. restoran ni sebenarnya restoran Iran.. (huh majalah2 semua tulisan Parsi..tengok gambar aje lah jadinya)


Dulu saya order koobideh kebab with safron rice... sedap!! atas dasar tu dah beberapa kedai middle eastern kitorg pergi, suami saya semangat2 order kebab..tapi semua kalah ngan rasa kebab Ariana.. This time dia order koobideh kebab tu, saya plak order Sultani Kebab ( contains Koobideh + Barg).. Koobideh kebab ni ialah asal dari kambing, barg pula daging lembu yang dihiris nipis..


Kebab2 ni kami makan ngan nasi safron.. sebenarnya boleh makan ngan roti arab..tapi kami perut melayu lagi.. kena pekena nasik jugak...nasi safron ni sedap sangat2...sangat2... rasanya ringan aje, tapi sedapnya sampai sebiji nasi pun rasa sayang nak dibazirkan.. terus otw balik Dengkil rasa nak beli safron...

Ini menu yang ada kat Ariana.. ampun la kalau kualiti gambar ni macam tak berapa nak terang... almaklum, kamera telefon dah 3 tahun..hehe


Huuuu tapi safron tu mahal tau.. 1 gram = RM50... ada yang kata harga safron ni turun naik ikut harga emas..tak sure la ikut harga emas 916 ke atau emas sepuluh.. tapi takpelah teringin, tutup mata je beli...tapi hari ni gembira sebab dah jumpa safron kat kedai runcit barang Arab..tapi tak pasti beratnya berapa..


Nanti once dah cukup kekuatan nak memasak guna safron ni akan dimaklumkan kemudian...:)

Friday, October 29, 2010

Kalau Berpacaran

Tetiba rasa lagu ni best, tiba-tiba minat kat Suhaimi Meor Hasan lagu ni.. buka tiba-tiba.. tapi memang saya rasa best..maybe sebab music nya catchy, liriknya direct tapi puitis dan sebab suara lelakinya lelaki :p

Nak dengar jugak acu terai gi sini ...

Meh bagi juga lirik lagu.. so boleh ready before g karaoke..haha


(Sohaimi Mior Hassan)



Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang


(Korus)


Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman


(Ana Raffali)


Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya


(ulang Korus)


(Altimet)


Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah


(ulang korus)


Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


p/s : kalau nak karaoke kena ada backup singer... [ haha pesanan budget suara merdu ]

Thursday, October 28, 2010

Cerita semalam

Blog ini suka error bila saya banyak idea.. tapi bila sudah boleh appear New Post tetiba idea terbang... ~sigh

Tiba-tiba macam banyak nak cerita tapi tak tau nak mula dari mana..

Oke bermula cerita malam tadi...
Hari sudah malam, sudah larut.. Suami isteri duduk berdua..tapi isterinya main FB... jumpa kawan lama... Errr jumpa kawan kat FB pun nak cerita ke?.. Oke straight to the point.. kawan lama tu nama hampir sama.. saya kenal dia masa saya masuk sekolah sama dengan dia.. (dia sekolah situ dulu, saya dari sekolah lain pindah sekolah sama dengan dia)... Masuk sekolah baru budak baru memang tercari2 tempat duduk kan.. cikgu suruh duduk sebelah dia.. Tiba-tiba berkenalan nama dia hampir nama saya.. nama depan beza Z digantikan DH, nama belakang sangat identical.. nama bapa lain2 lah.. rupanya kami duduk setaman dan paling kelaka beg sekolah saya sama dengan dia cuma bezanya warna...

Oke so??? berbalik kepada cerita saya chat FB dengan dia.. dia sudah kawen.. 2 anaknya.. sebab saya lagi pengantin baru dari dia, dia tanya suami saya keja ape.. ironinya suaminya juga lulusan undeng2 (sebut macam Abdul Wahub)... Tiba-tiba terfikir, dihayat lepas kami kembarkah???

Oke cerita siang semalam...
Pergi solat lepas makan.. bual2 dlm surau..haha orang pompuan memang suka bual2 dalam surau sampai tirai surau imam suruh pecat sebab dia nak tengok pompuan yang bising.. dah duduk alim terkepot-kepot tapi masih berbual..haha..

Kawan tanya pasal dia dan teman tapi mesranya.. kami semua geleng kepala.. tak setuju.. dalam masa yang sama saya terfikir balik.. siapa saya untuk tak setuju??

Bagi saya kawan berteman tapi mesra baik.. dan dia deserved orang lebih baik dari TTMnya sekarang.. ya persoalan siapa saya masih wujud.. ok sebab ini pendapat je, so pada pandangan saya TTM itu bukan dari kalangan yang sesuai lagi.. menilai TTM teman itu baik atau tidak saya tidak tahu, tapi dari sisi yang saya nampak terhadap pada lelaki berantai emas, bertindik telinga dan rambut berwarna itu, saya tertanya2  bagaimana tanggungjawab pada dirinya sendiri..Nanti bagaimana pula nak menanggung keluarga??

Memilih suami kena pilih yang baik.. Jangan ingat saya nak berlagak suami saya baik.. Saya tak berasa hendak compare suami saya dengan siapa2 pun atau dengan suami siapa2 pun sebab kalau ada aib dia itu rahsia dia yang wajib saya simpan dan kalau dia baik pun bukan saya nak bagi kongsi suami... huhu... maksud saya memilih suami kena pilih yang baik tu ialah sekurang-kurang yang boleh membimbing dirinya sendiri.. dapat membimbing isteri memang lah lagi dituntut.. Sebab bagi saya fitrah perempuan kan dibimbing.. tengok aja time berjalan aje bukan main suka kalau dipegang2 tangannya..

Unless kalau cukup kuat hati dan ilmu untuk membimbing suami, ya silakan untuk pilih yang perlukan bimbingan..

Eh tanya sikit je bagi pandangan panjang2.. pandanlah imam suruh tarik tirai...

Oke cerita petang semalam....
Balik selalu pikir nak masak ape.. konon2 hari2 nak masak lauk lain-lain.. tak nak lauk sama.. pergi singgah Pak Aji sebab nak cari bahan masak.. Nampak udang nak beli, nampak daging nak timbang.. Tiba-tiba nampak ikan keli organik..

Sebenarnya saya ada pesan ikan keli organik dengan sepupu suami saya..tapi masa pesan hari tu ikannya masih kecil2... rasa dah lama sangat pesan..rasa nak makan tak boleh ditahan-tahan..oklah terus beli sekilo tanpa ragu-ragu...lepas bayar2 terus balik... sampai rumah sepupu suami saya yang lain datang "Kak ni tadi sepupu abang Zul bagi suruh kirim kat akak"... sekilo lagi ikan keli okeh!!! maknanya sekarang melimpah ruah ikan keli...

Tapi semalam  tak masak pun sebab makcik bagi nasi dan lauk..Terima kasih Makcik.. Maka sehingga hari ini penuh la peti dengan ikan kucingorengemuk (baca catfish)...

Oke dah la..ready nak meeting kul 2 nanti..

Tuesday, October 26, 2010

Resepi tak perfectionist

Takde cerita nak update..
Cuti 2 hari.. abes kan before renew contract...[errr renew kerr???]...
Rasa nak nanges!! bukan perfectionist macam saya selalu buat silap, lupa, kadang2 tak perasan, malas2 atau penat..
Before banjir tukar mood share resepi..

Ayam Pandan
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
21/2 sudu kecil serbuk kunyit
11/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
ketumbar*
jintan putih*
garam*
madu**
daun pandan


Cara-cara
Cuci ayam ---> ni pun nak bagitau ke??? oke jiwa kacau!
Blend halia, bawang putih dan bawang merah ---> blend kering lebih baik sebab ayam dah sedia berair
Campurkan semua serbuk2 , ketumbar dan jintan putih.
Balut ayam yang telah diperap dengan daun pandan. --->  ending balutan sila guna lidi.. kalau guna stappler memang berani mati.. tapi sebab takde lidi, boleh try cara ikat reben guna pandan layu...hoho
Goreng sampai coklat keemasan..

Tengok bagi resepi pun tak perfectionist!! Cubalah... agak-agak supaya perfect untuk rasa anda..

* secukup rasa
** secukup rasa.. disarankan letak pada akhir masakan untuk mengekalkan khasiat madu..

Monday, October 25, 2010

Homemade activity : Bahulu Gulung

Ini kuih kegemaran sepanjang zaman..bila balik raya ayah ma saya tak pernah lupa untuk stokkan kuih ni untuk anakanda puteri intan payung terchenta... haha :p

Tetiba gatal tangan nak try buat sendiri... :)

Chocville Bahulu Gulung (R&D stage..hehe)
p/s : yang tak boleh gulung tetiba jadi bahulu lapis...haha.. tak boleh gulung ---> patah..ngehngeh :D

Sunday, October 24, 2010

Glamer...GLAMER (=

Walking to Masyita & Zarizi wedding
Pada satu hari yang hening cuba pergi kenduri pakai baju sedikit glamer2...(tapi yang kena sound laki sebab asyik lupa pakai cincin kawen..ampun suami.. saya tidak berniat berlagak bujang.. :p )

Di satu majlis yang lain :) ---> menyampes je bunyinya

with former TV3 news presenter, Wan Zaleha Radzi
Saya tau dia sebab tengok TV3.. Kalau nak dibandingkan masa saya tengok dia kat TV3 dulu2 dia berisi sket compare to recently seen..(hoh macam la selalu jumpa)... betullah macam yang saya baca kat beatuiful@nara .. Rasa macam nak derma sket lemak kat dia..hehe ^_^

Wednesday, October 20, 2010

Thank you ex-bos

Taking a time reading my old diary.. I feel wow to myself [ hoh perasan!!] coz most of the time i wrote in English..Dusty English u know [ read : berabuk ].. but now seem my English turn out like vegetable finely chopped on the chopping board...  [ hoi ape ni???]

The old diary was actively updated while i'm working in the small company at Shah Alam.. I could say im stressed there and  i don't like the job so much coz i felt i'm not into marketing..  since i'm the only coolie to that company ( other two person inside was the boss and his son), my another role was as a tea lady ...and in the same time i had to multitask myself as admin executive and also a purchaser..

Although the job was so stressful, the working environment there initiate me to put English as my mother tongue since i need to contact the distributor from UK almost everyday..it quite scary at first, as time goes by i feel quite comfortable and confident... but i found out the English people won't laugh at you if you speak or write with little grammar error.. ...poorly Malaysian will ! :p
Hehe suddenly i think bad things ( my own feelings only) contributing to something good eh...:)... Thanks previous boss ..^_^

p/s: hopefully the bad things (again my own feel only) on the pre assesment turn to good output to me..hehe

p/s/s : good luck to our lab on getting ISO MS 15189 accreditation ^_^..

Meow jumpa cicak tokek??

Tahukah anda saya mengarang seharian supaya dapat ayat yang betul menerangkan apa kerja saya sekarang.. last2 orang tak faham pastu saya make the explaination short n sweet saying "saya buat cancer research!"... Tahukah apa natijah dari jawapan sebegitu?? Orang tanya saya balik " Betul ke cicak tokek boleh ubat kanser ngan HIV?"...haihhh pening haku...

Balik2 terus google pasal cicak tokek.. ok bahasa pakar zoologi untuk cicak tokek ni ialah Gecko.. Orang kata ada cicak ni dijumpai di Sabah seberat 64kg.. dan harga jualan ialah RM64m... m tahu!!!! bukan meter tapi million..ok kalau tulis dalam bentuk angka RM64,000,000.00....korang google la sendiri taip aje cicak tokek 64kg  kat google image tu keluarlah gambar cicak tompok2...

Begitu banyak sekali informasi penjagaan cicak tokek, menurut suami saya yang pernah juga ditanya " tau tak sapa2 jual cicak tokek??" punya la paranoia orang yang ada bela cicak ni, sampai ada yang hire pak guard takut orang curi cicaknya... Maklumlah lepas jual cicak jadi jutawan kan... tapi yang jadi jutawan lepas jual cicak tokek tu takde pun nak offer bagi funding wat research... ape la salahnya pinjam sejuta dua buat research pastu ambik la untung lepas pattern ubat..

Tiba2 satu petang yang hening anakanda meow membuat satu kejutan...

Mama, Baba kite dapat cicak tokek.. duit jual beli whiskas banyak2 yeh
 Haha tiada gunanya Baby, cicak tokek yang diingini itu masih hidup okeh..

p/s : tu bukan cicak tokek

p/s/s : miza, kalau kite tangkap cicak gecko masa buat fieldwork entomologi dulu, tak yah susah2 ambik exam ptd erk?

p/s/s/s : saya bukan reluctant to complementary alternative medicine (CAM), tapi kalau perubatan tu tak pasti lagi takut menyusahkan buah pinggang nak tapis toksinnya nnt... [unless dah disebut dalam Quran such as habatus sauda, zafaran dan madu ]

Monday, October 18, 2010

Allah Maha Melihat

Kalau rasa Dealova itu merdu dan best..cuba dengar yang ni...






Seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

repeat reff: [2x]

Masa tu (tahun lepas) bekas tunang kita ajak pergi konsert Opick... Tahun ni suami kite kata nak gi tengok Maher Zain, tp tiket sold out ...tsk..tsk... sambung dengar cd Maher Zain dalam keta suami, keta isteri pakai kaset -> olskool sungguh ( sebenarnya dia kedekut nak upgrade cd player..haha)

Weekend activity : Homemade Soya

Lepas dah boleh berniaga jagung berondong (baca : pop corn), lepas ni boleh jual air soya pulak :p


Bahan-bahan
300g kacang soya
gula melaka*
gula putih*
daun pandan
air

Cara-cara
  1. Rendam kacang soya semalaman (sekurang-kurangnya >8 jam)
  2. Buang kulit soya yang dah kembang
  3. Blend kacang soya ( mengikut ratio 1 mangkuk soya 2 mangkuk air)
  4. Tapis hasil kisaran dan di tapi guna kain kasa
  5. Reneh air soya perlahan-lahan, sampai mendidih (api kena kecil, klu tak nnt pecah minyak lak).. letak daun pandan.
  6. Dalam periuk lain masak gula merah* dan gula* letak daun pandan
  7. Dah mendidih, tunggu sejuk .. campur gula merah* atau gula* dengan soya..MINUM!!!!
* pilih la mana2 suka..

p/s : google cakap ubat tau fu fa tu sama dengan bahan plaster of paris atau bahan buat siling..tengah kikis cornice nak wat tau fu fa next week..hehe
p/s/s : berangan boleh buat everything homemade supaya takde masalah klu dok oversea..berangan nak jadi expatriate..huhu
p/s/s/s : orang meniaga kedai makan patani tu kire expat jugak la kan??

Sunday, October 17, 2010

Watekok Watekok

Setelah sekian lama tak pergi beriadah, hari ni seawal pagi (errr 9.00 pagi kire awal ke?) dah keluar nak senam2 kononnya.. Selalu senam jalan2 kaki sekitar kampung sahaja, tapi hari ni senam pergi Wetland, Dengkil.. Dulu lepas bertunang pernah juga pergi Wetland..tapi masa tu pergi lagi awal..pukul 11.00 haha..

Tapi sememang waktu kemasukan pada hari Ahad ialah dari jam 9.30pagi - 5.00 petang.. tapi kalau dah sampai pintu pagar tu, kebetulan pak guard tak kerek, 9.05pagi kami dapat la dah masuk Wetland..5 minit je dah sampai dari rumah.. wah tempat marveles macam ni 5 minit je dari rumah ai tahu...:p

Kali ni lebih terancang sebab bawak kamera besar..[haha sebab kali ni handphone telah downgrade takde kamera..haha]

My luv..hoo oh
Sweet wifey..:p
after 20 years left cycling..eh penah la cycling hat Wetland PJ 5 years ago
Yang mana jantan yang mana betina?
mencari buaya darat :p
pagar ada zzzet..zzeettt
rempit nak pergi sekolah tuisyen
latihan perarakan sukan air
Water lily
Perarakan hari kebangsaan
Dia yang tertinggal
Streamyx
Hot butt..:p
Mandi
cam sedap je betik..
Maluuuuu
Raya dah abes???
Cubaan menyamar yang oke la
Abang Rapek..hihi
Ayang merapek-rapek..haha

Us.. (kasihan tiada tripod)

Tulah gambaran apa yang ada di Wetland.. Macam tahun lalu juga, nak masuk Wetland masih percuma.. Bayar bila nak pinjam basikal je.. RM5 per hour and next 1 hour RM 3..Sebab lama tak bersenam sejam cycling pun dah lenguh..[hoh tak fit :( ]

Kedai makan (Kafe Belibis) dah start beroperasi tapi kami datang tengok tak buka pun...haha dulu berangan nak wat Garden Wedding kat sini tapi maaf tak dibuka untuk majlis perkahwinan.. Ada chalet, tapi tak pasti beroperasi ke tak..huhu..kalu pergi in group adalah kakitangan Perhilitan jadi tourist guide, tapi kalau pergi sendiri macam kami ni, pandai2 la bawa diri..:)

Tapi ada satu kawasan yang saya tak puas hati.. this part masih ditutup...( rujuk anak panah kuning).. Saya ingat ada kuda kat situ.. sepanjang cycling dengar macam bunyi kuda tapi takde byg kuda pun...heiiii musykil, semangat Alfonso De Albuquerque enquiry tinggi, tapi tak dpt mengendap.. Korang tau tak binatang ape buat bunyi WATEKOK WATEKOK???

Friday, October 15, 2010

Tanah Untuk Dijual : Dengkil ( CLOSED )

*Update : Tanah ini sudah tiada kekosongan. Terima kasih..:)

Hari ni saya bukan nak jual coklat.. sebab minggu ni saya nak siapkan 600 pcs praline yang siap2 lagi.. aduhai banyak okeh.. [ abang malam ni kite makan beli je boleh ke? saya kena siapkan coklat, esok dateline...huuuu]

Hari ni saya nak jual tanah.. Ada tanah lot utk dijual di Dengkil, Selangor. Keluasan tanah ialah 5,000 kaki persegi sesuai utk tapak rumah banglo yg berhalaman luas. Terletak di dlm kawasan kampung di pinggir pekan (2 km radius) , berdekatan Cyberjaya (4 km radius) dan Putrajaya (8km radius). Harga yang ditawarkan adalah RM24/sf ~ RM120,000 which Insyaallah could be discounted to RM115,000..:)

Jadi kalau anda nak pergi pasar bolehlah ke Pekan Dengkil, kalau ada anak nanti bolehlah suruh belajar kat Cyberjaya dan bila graduate dekat je nak gi keja kat Putrajaya.. hehe

"Jauhlah Dengkil".. Hehe jangan risau Dengkil yang jauh tu sekarang dah dekat dengan adanya Lebuhraya Maju Express (MEX).. hanya 30 minit sahaja anda boleh sampai ke Pusat Bandaraya dengan jayanya. Malahan kalau rasa ala pasar Dengkil kecik sangat nak pergi pasar borong Serdang, dari rumah anda cuma ambik masa 10 minit je dah boleh sampai..

Sekiranya anda berminat anda kena cepat sebab hanya tinggal lebih kurang 2 lot sahaja, yang lain dah dibooking.. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus berhubung dengan En. Zulkifli Nawawi (0193774745) atau melalui email alfateh3000@gmail.com for futher info...

Thursday, October 14, 2010

Lebih Sudu

Dulu bila saya cakap saya akan kawen dengan lawyer..orang akan kata " lepas ni tak boleh salah cakap dengan ciketon, nanti kena sue ".. hoh gile kentang asal marah orang nak sue.. asal salah cakap nak sam.. eh tak tak... nak sue..

Bukan orang je pikir gitu.. saya sendiri pikir gitu.. pengaruh tv kan.. kat tv mana ada cerita pasal lawyer ni tukang buat SPA (sales and purchase agreement)..bila baca cerita artis kita akan dengan cerita lawyer jadi wakil sue sana sue sini, bila baca mangga kita nampak lawyer jadi glamer sebab jadi wakil artis islam bercerai [itu peguam syari'e].. bila tengok cerita polis-polis kita nampak lawyer dakwa pesalah [itu namanya pendakwa raya] dan kemudian ada yang tegang2 urat lawan balik membela pesalah yang belum pasti pesalah [ tu namanya peguam bela]..

Ok sebenarnya keja lawyer itu banyak sekali.. jelas sekali kalau suruh saya jadi lawyer saya rasa saya taknak mampu.. Tanggungjawab sungguh berat.. walaupun kadang-kadang benda mudah tapi dengan klausa yang banyak jadi payah.. orang yang sign agreement plak kalau dah tau nak berurusan, tapi malas baca agreement suruh pulak lawyer buat sinopsis.. kalau jumpa lawyer macam Zul Nawawi & Co tu memang lah dia berhalus bahasa, tapi kalau dapat macam Patmana**an..tak pasal2 plak jadi abu mandi laut..

Jadi lawyer bukan je kena keja waktu pejabat, bila orang keja pejabat taknak ambik cuti waktu pejabat, lawyer kena jugak keja luar waktu pejabat.. Patut2 lawyer dah balik rehat2 kat rumah tapi client yang konon bz sangat waktu pejabat macam kalau dia takde kat pejabat ketua pengarah nangis tersedu sedan atau keselamatan pejabat dia akan diganggu perusuh... Kemudian bagitau nak jugak jumpa lawyer walaupun dah malam sambil buat kerek menceritakan betapa pentingnya dia diwaktu pejabat so lawyer patut berkorban untuk nusa dan bangsa juga..  maknanya time waktu pejabat (8 to 5) lawyer keja, luar waktu pejabat pekerja pejabat pun lawyer keja..

Ada pula kita berkata, "eh kite bayar dia kan".. alang-alang bayar saya rasa lawyer patut kira consultation fee 'kaunter pertanyaan' yang selalu orang mintak free...kadang-kadang urusan dgn lawyer lain, tapi lawyer lain pun malas jawab telefon, tanya dengan lawyer lain mintak pendapat.. tahukah anda, jawab telefon, jawab soalan lama2 tu time consuming.. Setakat ni soalan terbaik selain soalan2 routine sampai nak telefon lawyer  " Err tau tak nombor telefon orang pasang astro?" .. rasa nak hagul je penanya tu..kalau nak mintak nombor telefon pergi dail #100 tanya dengan telekom..

Mujur saya bukan lawyer..sbb saya susah nak sabar..
Saya memang lebih sudu dari kuah hari ini..

Tuesday, October 12, 2010

Buku

Gadis yang sangat rajin baca mukabuku.. haha dia tipu..suaminya aje tau....

wahh..orang lain sebok dating tapi dia rajin membaca..adik2, contohi dia..haha
teh tarik 3 layer + tembikai laici = dahaga ilmu..haha

Monday, October 11, 2010

Lagu Tiga Kupang

Sejak akhir-akhir ni masakan bersifat minimalis..haha word tak boleh tahan eh..nak cover malas masak la tu..


Steam mussel with lemongrass .. hoo ohh
 
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung

{Lagu Tiga Kupang , A.Romzi} 

Kadang-kadang lauk ringkas bahagia juga rasanya {haha isterinya rasa bahagia}.. mujur suami saya percaya saja apa saya masak { kadang-kadang gerun bila isterinya cakap baru tengok resepi internet pertama kali}

p/s : kupang ni lauk lepas balik BP raya kelmarin sebab balik lalu Muar.. Lauk hari ni ikan jaket bakar.. terpengaruh entry dia..hmmmm

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Hari ni 101010

Semua orang macam teruja sungguh dengan nombor pil binari ni..
Ya ia cantik sekali.. sesuai dijadikan tarikh ingatan sepanjang hayat..
Hehe tapi saya tak cukup sabar untuk tunggu hari ni baru nak kawen..:p

Hari ni 101010

Opismate saya bertunang.. tahniah untuk dia.. unsur pangkal nama bakal suaminya sama macam unsur pangkal nama kedua suami saya..hehe mungkin kami kena badi boss kedua...huhu

Kat tv pula ada tayangan Persandingan Kayangan.. Persandingan pelawat angkasa, Dr. SMS.. Saya tau dia di TV tapi tak kenal dia personally, tapi bila orang tau saya keja di HUKM semua assume saya akan jumpa dia.. hehe saya ni nak cari wad2 di HUKM pun masih kena tgk signboard..:p

Gembira sungguh isterinya dapat kawen Dr.SMS..senyumnya lebar ke telinga.. Tapi saya rasa lebar sangat.. Rupanya yang tersirat di hati saya tersurat di komen fb ntah sapa ntah "Aku pulak rasa sangat kelakar bile pengantin perempuan tak tersipu2 malu, sebaliknya, tersengih2 tergelak2 sakan lambai2 kat orang.. If only she looks lebih pemalu, mesti nampak sangat perfect.. Dr SMS pulak yang nampak malu-malu kucing nak terkam gitu!!" haha.. manusia kan selalu saja ada komennya..

Tiba-tiba teringat masa saya nikah..Gembira hati bukan kepalang nak nikah dengan dia.. Haruslah gembira, sebab saya sayang dia.. Tapi selesai dia jawab akad, sebak juga dada saya.. Tapi saya control air mata dari berjuraian.. huhu tindakan kawalan tu rupanya buat orang rasa " suami dia nangis, isterinya tak nangis "... saya tak dengar pun, tapi suami saya dengar ada yang terungkap begini...macam wajib pula lepas nikah kena nangis kan..haha diri sendiri kena komen, skang nak komen orang pulak???

Buat kawan saya jangan frust tak dapat tarikh 10.10.10, kalau tarikh macam 6.03.10 pun cantek ape?...hehe..kadang-kadang yang terlepas itu mungkin menjanjikan yang lebih baik..:)

Ok selamat 10.10.10 semua..^_^

Saturday, October 9, 2010

Air Markisa dan Jagung Berondong

Hujung adalah hari eksperimen.. Kalau minggu lepas kami eksperimen buat open house, minggu ni eksperimen open house dah dihentikan sebab raya dah abes.. Hari ni eksperimen berkisar makanan dibuat sendiri di rumah..homemade la..

 Anda kenal buah di atas? Orang kampung saya panggil passion fruit.. hooo oh.. ni lah buah manisah..hep hep kenapa cakap begini..ni lah buah markisa.. Suami saya beli kat Janda Baik otw balik jumpa client..pergi ke sini  jumpa client isteri tak marah, tapi kalau berbaik-baik jumpa ngan janda isteri nanges...huhuhu

 Ni anatomi dalam buah ini apabila dilakukan  cross ceasar section.. buah ini digolongkan dalam keluarga beri. Ia dikatakan salah satu daripada sumber makanan yang antioksidan.. Rasa markisa masam2 manis cikgu sha'ari.. jadi tak larat nak makan gitu je, maka markisa yang banyak tu ditransform menjadi ;

 Air jus markisa.. letak gula sket..letak ais sket... huuuu rasa terharu ngan kesedapan air markisa...terus rasa nak jadi pembekal markisa kat Dengkil...

Selain tu rasa nak juga jadi penjual jagung berondong kat pasar malam..jagung berondong???? bahasa indonesia untuk pop corn..hoh tak percaya??? pergi google sekarang [haha tau pun sebab baru google]

* kredit pic from jintanmanis.com.

Bila jagung kering sudah berubah jadi jagung berondong, pindahkan ke sebatian karamel supaya lebih sedap dimakan.. nak manis macamana pun ikut suka.. lepas ni tak payah ambik jagung berondong sambil pejam mata supaya tak dituduh "oooo ko pilih yang manis je eh"... gembira sekali dengar jagung melenting-lenting ..seperti hendak melenting sama..tapi tak manis kan isteri manis melenting-lenting... haha kalau nak dengar bunyi bebelan bak bertih jagung..cepat cuba buat jagung berondong sendiri di rumah..

Ni hasil akhir.. pesanan kesihatan, kurangkan gula dalam makanan.. so sedikit gula cukuplah.. [errr tapi macam tak sikit je???].. Sekarang jagung berondong sudah sedia di makan.. hooo tiba-tiba terasa GSC jual terlalu mahal.. kalau banyak macam ni harganya RM6.00 sedangkan kosnya baru RM0.60..wah 10 kali ganda tahu...dah lepas ni nak tengok wayang bawa jagung berondong sendiri...

Nak resepi jagung berondong??

minyak + mentega (meliputi dasar periuk)
jagung ( dimasukkan menutup dasar periuk)
garam (kalau nak karamel takyah garam, tapi kalau suka masin2 letak lah)

masak dengan api perlahan.. tutup periuk sebab kalau tak tutup, orang lain buat dapat sebakul, anda dapat semangkuk je.. jagung tu kan melompat2..

dalam periuk lain
2 sudu mentega
2 sudu gula
1 sudu madu

panaskan gula sampai perang, masukkan metega, letak madu, masukkan bertih.. gaul cepat... masuk mulut kalau berani bekas.. biar sejuk sebentar.. caramel tadi akan merangupkan jagung berondong itu..

p/s: abang balik cepat..kata nak gi pasar malam Kota Warisan berniaga.. jagung berondong dah nak abes....:p

Hadiah KIta Untuk Generasi Masa Hadapan

I seldomly reveal what institution i'm working with.. Ok actually i'm working with The Malaysian Cohort Project..

What is that????
Projek The Malaysian Cohort ialah sebuah projek kebangsaan yang mengumpulkan seramai 100,000 orang penduduk Malaysia yang berumur 40- 65 tahun sebagai sukarelawan untuk membentuk satu pangkalan data dan bank sampel biologik. Sehingga lepas meeting tadi update sukarelawan kami ialah seramai lebih 55,000 orang. Matlamat awal projek ini sebenarnya ialah mencari penanda awal kanser dan beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetik, hiperkolestrolemia dan lain-lain penyakit.

Apa maksud C-O-H-O-R-T?
Ia bermaksud sekumpulan manusia yang berkongsi ciri yang sama. Dalam projek ini peserta berkenaan berkongsi ciri ; warganegara Malaysia dan berumur 40-65 tahun.

Apa yang sukarelawan perlu buat sepanjang menyertai projek?
Peserta akan diminta untuk menjalani beberapa pemeriksaan ( antropometri, pemeriksaan tekanan darah, ujian biokimia ; glukosa, full lipid profile dan renal profile , ujian fungsi paru-paru, ujian fungsi jantung dan ujian hematologi) dan akan menjalani soalselidik berkenaan tentang sejarah demografik, kesihatan lampau, aktiviti fizikal dan corak pemakanan. Selepas 3 minggu, sukarelawan akan diberikan  keputusan pemeriksaan mereka dan pada setiap interval 6 sekali selama 2 tahun mereka akan dihubungi semula untuk mendapatkan maklumat corak kesihatan mereka sepanjang tempoh itu.

Selain dari keputusan pemeriksaan,apakah faedah untuk peserta?
Secara asasnya boleh dikatakan sukarelawan yang menyertai projek ini hanya mendapat faedah jangka pendek iaitu keputusan pemeriksaan itu sahaja. Walaubagaimanapun melalui pemeriksaan sebegini peserta dapat pendedahan awal tentang tahap kesihatan mereka dan boleh mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Sejajar dengan moto projek iaitu " Hadiah Kita Untuk Generasi Masa Hadapan", hasil kajian dan penyelidikan ini lebih besar impaknya untuk generasi kita akan datang.

Apakah pentingnya untuk mencari penanda awal penyakit?
Pada masa ini, kebanyakan penyakit seperti kanser biasanya ditemui pada peringkat yang telah serius. Oleh yang demikian, kajian epidemologi sebegini dilakukan untuk mengenal pasti pada peringkat manakah sesuatu penyakit berkembang. Dalam Projek The Malaysian Cohort, pendekatan kajian adalah bersifat prospektif ( data dasar adalah dari peringkat sihat dan perkembangan kesihatan sehingga sakit dicatatkan) berbanding retrospektif ( data dasar selepas sakit dan capaian maklumat melalui ingatan pesakit terhadap sejarah kesihatannya).  Kejayaan mencari rawatan sejak penanda awal muncul mungkin boleh membantu kita mengurangkan potensi sesuatu penyakit menjadi serius. Rawatan awal juga bermakna kos yang perlu dikeluarkan adalah lebih murah berbanding rawatan peringkat akhir.

Sekiranya kami berpenyakit, bolehkah kami mendapatkan rawatan di The Malaysian Cohort??
Projek ini adalah ujian saringan sahaja. Sebarang masalah kesihatan yang dialami perlu dirujuk kepada pegawai kesihatan atau doktor peribadi masing-masing. Walaupun The Malaysian Cohort menyediakan khidmat nasihat umum oleh pegawai perubatan secara berkala, namun rawatan kesihatan serta ubat-ubatan adalah dibawah tanggungjawab pesakit itu sendiri.

Bagaimana untuk turut serta?
Anda boleh datang terus ke pusat operasi The Malaysian Cohort di Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan UKM, 56000 Jalan Yaacob Latiff, Cheras KL.. Atau boleh juga hubungi talian bebas tol 1-800-88-2007 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, October 8, 2010

Why i don't fight for my right?

Dah 7 bulan lebih saya dinikahi dia.. Mean selama itu juga lah saya dah duduk Dengkil dan berulang pergi kerja ke Bandar Tun Razak, Cheras..

Sepanjang raya ni, selain soalan ada isi ke belum, soalan rutin bila jumpa orang ialah di mana saya tinggal dan disusuli kerja di mana..Jawapan saya selalunya dibalas dengan reaksi berkerut dan bersama-sama perkataan "Jauhnya!!!!!"

Huuu ramai yang bersimpati ngan saya yang kena berulang kerja jauh tu... sampai ada yang rasa saya kena adukan ke Tribunal Kekeluargaan Fight For My Right..hehe.. terima kasih atas keprihatinan anda.. tapi sepanjang 7 bulan ini saya tak merasakan perjalanan itu satu kesukaran..

Saya rasa saya ada beberapa alasan kenapa saya tak fight for my right untuk berada dekat dengan opis..
  1. Sebab saya bukan kerja tetap pun.. saya masih lagi berstatus kontraktor binaan..
  2. Sebab menyewa rumah di kawasan dekat dengan opis mahal sekali..klu fully furnished mungkin 4kali ganda jumlah perbelanjaan minyak kereta + tol...
  3. Sebab saya bukan ke pejabat jalan kaki..hehe
  4. Saya tak mampu nak hire peguam nak lawan dengan peguam nak bagi saya menang tuntutan fight for my right...hehe
  5. Sebab paling utama suami saya memang nak duduk Dengkil..
Huiiii bunyi macam lelaki kejam sungguh kan suami tu... tapi kalau saya di tempat dia saya mungkin bertindak sama..Rumah Dengkil tu sentimental value untuk dia.. Di situ kenangan dia bersama arwah Bondanya.. saya lihat kebahagiaan untuk dia mengenang saat2 dia bersama ibunya dan saya turut merasa bahagia yang sama. Bila orang yang kita sayang rasa bahagia pengorbanan berulang itu rasa picisan..hooo oh..

Tipulah kalau saya kata saya tak penat berulang... dah la berulang balik jauh perjalanannya, tergolot-golot masak, kemas sangat sikit, basuh baju dan beberapa lagi tugasan mandatori isteri2 Malaysia (i don't know the condition in other country, but through watching NatGeo some women in African country need to do more than we here anyway..siap kena angkut air telaga, lakinya duduk rehat2)..  tapi suami saya selalu meringankan beban saya dalam bentuk tugasan kontra..
  1. saya masak dan dia makan sambil puji2 + komplen sket2 masakan saya..biarlah bukan tahap hotel atau restoran mahal pun.. tapi selagi suami sudi makan masakan kita, bukankah itu satu penghargaan..:)
  2. Saya kemas sikit, dia kemas banyak.. frankly kemas bagi saya menyapu..tapi bila mengemas, suami saya selalu kena bahagian angkat benda-benda berat.
  3. Suami saya sangat bertoleransi dengan saya yang sangat tak berapa suka nak iron baju.. Baju sendiri kebanyakannya saya beli yang iron free.. Baju dia kadang-kadang sangat baru saya ironkan..Kalau dia boleh tolerate dengan saya takkan saya tak boleh tolerate dengan dia?
Saya gembira duduk Dengkil.. Nanti saya updatekan kenapa Dengkil best...hehe :)

Thursday, October 7, 2010

Beraya di kedai :#2

Selepas siri beraya di Ruz Aladin milik sepupu saya, minggu berikutnya kami gi beraya kat kedai pakcik suami kesayangan (haha saja je buat statement korang benci).. ok serius!! Kedai ni diterajui oleh Pak Mubin. Pak Mubin ni adik kepada arwah Baba..


Sajian yang ditawarkan di kedai Pak Mubin ialah nasi berlauk..Masa kami datang tu dah separuh hari..maka dah tak banyak lauk yang tinggal.. Hehe tapi menu special kedai Pak Mubin ialah Nasi Kukus Ayam Dara..  Ayam dara ni menurut Pak Mubin ialah ayam yang belum dinodai lagi muda.. Berat bersih pun sekitar 1.2kg je..so ayamnya memang kecik...seekor ayam tu cuma dipotong empat aje...Ayam tu diperap dalam rempah khas selama sehari.. mean untuk meniaga esok, malam semalam ayam dah perap.... Dah cerita panjang2 mana gambarnya???? Ampun Pak Mubin..dah sedap2 lahap, terus lupa ambik gambar..tau-tau dah abessss....tsk..tsk..tsk (nanges menyesal tapi perut kekenyangan...:p )


Inilah Pak Mubin dan anaknya, Iwan.. yang dua orang lagi tu muka biasa enterframe blog..haha..

Menurut pemerhatian kami, kedai Pak Mubin ni menjadi pilihan Mat Saleh.. Wah tetiba rasa macam mata dah bertukar biru..hehe

Ok nak pergi makan kat kedai Pak Mubin.. alamat penuh saya lupa tanya.. tapi lokasinya betul-betul bertentang dengan pintu depan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. so sambil bayar saman (ehem2) boleh pergi makan..

Oh ye kalau anda pergi makan sini pagi-pagi anda boleh juga layan makan Nasi Lemak Tang Ling.. (orang ckp nak makan nasi ni kena rebut2..tapi saya sendiri tak penah rasa )