Pages

Tuesday, November 30, 2010

Kerja rumah KOG bagi..

Kite macam nak pengsan buat keja rumah awak bagi okeh..

1.I am a johorean but i seem not coz i don't have 'ek' in the end of my sentences


2.People always claimed me to as sombong, berlagak, bongkak, kerek... but since i watched Geng Surau, i changed the term to Sombong , Bongkak, Riak dan Berlagak

3.If my fren miza claimed she is the only zoology graduated among PTD, probably im the only one zoologist working at hospital and then act like MD doc..poyo lah kau ni!

4.I couldn't stand doing administration job

5. I always thot Pegawai Sains will do hands on laboratory but then this post also do admin job anyway..so sape nak p interview SPA ni ai bagi tips dah okeh..

6.I've been alone at Kelantan without anyone [konon2 nak sambung belajar] but then i just quit after spending some time there..mujur tak byr yuran lagi..haha

7.Saya pernah melanggar jambatan, kereta orang, seekor kera dan 5 biji pasu bunga rumah jiran...

8.Saya ada empat saman (setakat ini) berjumlah RM960..mana ntah aku nak cekau duit byr saman... suami i love u..tiba2!!.. but i really love u anyway..:)

9.I become a good driver after hitting the bridge at Kg. Tgh Puchong 6 years ago..n until now the piece of my car bumper can be seen on the side of the road nearby the bridge..

10.I could write al those merapu thing but i don't know why i really cannot perform doing essay for PTD test..

11.I've been blogging since 2004

12.My first blog was fotopages..but then it took very long time to upload pics n i just ignore the site..

13.I think the decision lefting fotopages is right coz the page provider is ZIONIS LAKNATULLAH.. padahal aku main fb tu jews punya jugak...hmmmm

14.My second blog is friendster blog n i started writing in it until 2005

15.Again i left the blog n open another blogspot blog..it seem i already consistent writing walaupun always merapu..

16.Nowadays i always talk about food... konon2 very tera in cooking but all the recipe courtesy of google

17.I insist to become a photographer but i don't have money to buy dslr.. kan macam tak cool je fotographer pakai kamera empat segi takde lens panjang2..:p

18.I already went to the chocolate making class and i felt in love with it..

19.Many people think chocolate is only about eating but it's actually a science.

20.I become more choosy while eating a chocolate coz now i know not all chocolate are real chocolate..jangan tertipu...hehe

21.I think in my ofis record keluar waktu pejabat, the most frequent person went to tabung haji was me..since im the driver og GENG BAS SEKOLAH..

22.I heard word Dengkil when i was 16 y/o.. it sound familiar to me and i could pronounce it well with 'e' ekor sound.. (most first timer pronounce it with 'e' emak sound)
23.I'm brokenhearted by someone from Dengkil and the wound was healed by someone from Dengkil too.. Saya sayang suami saya..
24.Whenever my husband and I meet someone new and we introduced them that we're husband and wife most of said.. " How can ah, both of u look a like?" ye ke eh?
25.Hah sangat penat nak tulis 25 perkara ini....warggghhhhhhhh
 
Nak tagged sape eh?
Errr tak boleh pikir..kite jetlag!

Orang memberi,kita merasa

Dulu-dulu saya kawen (kenduri belah suami), jiran2 keliling hantar kuih... punya la melimpah ruah desserts kami.. kali ni jiran saya kawenkan anak, saya berbahasa semula lah.. saya buat yang senang2 lenggang kangkung aje..sedikit cupcake carrot ngan dadih..

Ingat nak deko2 macam ni lah kurang2nya..tapi saya selesema, karang berdeko hijau tak diingini pulak, maka saya bagi kat jiran tak berdekolah..

Triffle meja pengantin pun saya buat juga.. huihh debar2 nak buat okeh..selalu i makan suami isteri aje yeh.. bersungguh2 mentriffle di malam hari...tapi tahukah anda membuat triffle banyak2 ni ada hikmahnya kebaikannya... taraaaaaa
Peti sejuk menjadi kemas sebab banyak makanan untuk jiran yang perlu di chilled kan...(ayat menjadi kemas tu sebab sebelum ni sepah kah??)

Saturday, November 27, 2010

Farmville 1 : Onion, sand ginger and ???

onion and sand ginger (cekur)

need to wait until they big enuf..im forgotten either they're from tomato seeds or chille seeds...hmmmm

Next 'petani ahmad albab' project is to growth rosemary, mint and thyme...using the herb bought from store with the 'magical touch' of root booster..hope will success..huuuuhuu


Wednesday, November 24, 2010

Meraikan Kreativiti

Hari ni saya buat kerja lama..
Kerja mula2 masuk kerja dulu..
Kerja publisiti pasal projek pengumpulan data tempat kerja saya..

Venue aktiviti publisiti kat Stadium Bukit Jalil
Sekarang tengah ada event Festival Malaysia Inovatif 2010
Excited2 pergi konon nak ambik gambar..
Tetiba tak excited bila tengok kamera lupa letak bateri...

Okeh sekian!

p/s : booth opis saya nombor 248 / 249..dekat dengan stage..senang nak dengar cabutan bertuah... cabutan bertuah esok (25/11/10) kereta Satria Neo..

Orang putih tiada durian kah?

Paku itu tajam
Tapi Belacan tu sedap dimakan
Asal negari orang putih
Mereka kacang lupakan kulit
Di tanah air mereka sendiri.....





Actually im also like Paku & Belacan .. I can't speak fluent Malay..haha

Monday, November 22, 2010

Pagi Minggu di Bazar & Cafe, Rockshire




Haha tajuk memang bunyi hebat je..

Sekali pandang macam boleh berangan berada di tempat lain.. tapi sebenarnya ni kat Jalan Ibrahim, 83000 Batu Pahat..

Sebelum pergi pasar yang harmoni warnanya ni, kitorang pi layan sarapan kat Taman Soga.. nama kedai tu tak diketahui.. lokasi kedai seberang jalan depan sikit je daripada Tasik Y...( korang paham tak direction macam ni??).. Ini kedai favorite sleeping partner (ho ohhh tak agak2 engkau!)

Lontong kering ni kalau makan jangan toleh kat mertua ke, adik ke atau jiran sebelah ke..nanti diorang mintak..haha...

Semoga yang tak berkesudahan

Selesai juga kontrak lepas..
Selesai kontrak lepas maknanya selesai lah cuti...
Sekarang adalah masa menunggu duit ganjaran sahaja kerja di kontrak baru..:)

Selepas bercuti panjang,
masuk kerja atas meja ada kad kawen..
Ialah...sudah hujung tahun, musim mengawan orang kawen..
Satu masa dulu saya fikir kenapalah ramai sangat kawan berdekatan lahir bulan sembilan..
Literal thinking " oh ya la, kawen bulan doblas, mula ngandung bulan 1, bulan sembilan lahirlah"..
Hehe macamlah semua orang bunting pelamin.. { berdoa sekarang untuk bunting pelamin di bulan ke lapan :) }

Kerja kawen di sana sini..
Ada kawan dekat di rumah..
Ada kawan dekat di hati tapi jauhnyaaaaa rumah...
Hadir kenduri kawen ni  ikut rezeki..
Kadang2 kawan rapat kawen pun susah nak dpt pergi..
Kadang2 kawan yang tak berapa rapat boleh pulak tetiba makan kat kenduri dia..
Hehe tapi kalau dah booking 6 bulan sebelum, Insyaallah kuatkan hati dan poket untuk hadir..:p

Kepada yang nak kawen -> Semoga diberkati dan selamat menempuh dua alam baru..:p
Kepada yang nak temuduga & exam -> gudlak!!!! :D
Kepada yang nak bertambah 1 tahun lagi -> Happy birthday!!! ^_^
Kepada yang nak renew insuran kereta -> tsk...tsk.... );

p/s : weekend ni kami suami isteri on duty penanggah rumah jiran kawen... lepas tu malam isteri sila pergi keja!...

Friday, November 19, 2010

Puas hati

 Di Big Bad Wolf Book fair bukan jual buku aje..
(niat asal membeli kerana ada spatula pink!)

 Pakej dengan loyang sekali..
Pembelian yang memuaskan hati.. Harga asal 20pound..
Dan paling puas hati hadiah kawen oven dari kawan sekolah..sungguh bermakna..terima kasih kawan2 :)
 
Tara!!!!!!
Dah dapat carrot cake..
Balance adunan buat carrot cake nak bawak balik BP
Hiasan suka2 hati pulak balance cheese cream masa buat red velvet puan nurmija hari kelmarin

Tuesday, November 16, 2010

Ketagihan safron yang berterusan

Ketagihan safron tu saya perasaan yang berasas..
Masak nasi macam biasa, sprinkle2 secubit safron, rasa nasi berbeza dari biasa.. Macam makan nasi kat Restoran Ariana..
Mungkin kena google cari result analisis kimia safron..


Makan nasi saja tanpa lauk tengok resepi hebat2 pun sudah cukup...ok we will continous buying safron!

Monday, November 15, 2010

Kucing Biri-biri dan Serigala jahat


Mama & Baba fullfill my needs for continous learning after seeing that Big Bad Wolf... I'l take some time resting to read all this..:p

Thursday, November 11, 2010

Cili api P&P (portable & perm)

Cili api portable .. hari biasa kat luar rumah..pokok perlukan cahaya matahari untuk fotosintesis!...hari harvest masuk rumah [ petani malas pakai tudung..lagi malas kalau ada yang tegur " hai...petik cili ke?"]



Cili api tak linear.. macam pergi buat perm kat salon Wendy.. :).. hoh hampir kering baru nak harvest.. Hasil yang membanggakan.. tapi cili ni kecil2 cili padi (apesal padi plak eh?)... tak sangka berapi macam lada habanero...

I heart shopping at Cold Storage..:)

Sebab kami selera antarabangsa, tempat shopping barang dapur paling disukai ialah Cold Storage {bininya yang suka, lakinya terpaksa suka}.. haha konon tulis jenama macam bagus kan..padahal pergi Cold Storage 8 bulan sekali je..haha

Tapi memandangkan kami kerap makan makanan berciri western dan mediteranean [ trust me, those kind of dishes suitable to working wife.. jimat masa sbb tak payah masak banyak jenis lauk ], ada certain bahan tak jual kat Kedai Acheh..


Contohnya macam thyme dan rosmaria ni.. Kalau resepi dari AFC atau Travel & Living Chanel tu, diorg {chef2 nya} siap tanam dalam pasu je herba2 ni..nak guna petik je dari pasu, tak payah basuh, terus masuk dalam dishes yang diorg masak..

Walaubagaimanapun sukanya pada Cold Storage tu tadi, tak dapat dilupakan cinta pertama iaitu Carrefour..haha...tetiba claim cinta pertama..tanpa disangka2 jumpa


Rosemary in a pot....maka tercapai hasrat nak jadi macam Jamie Oliver tahu..masa jumpa ni kat Carrefour tinggal dua pasu je... huh sanggup ke hulu ke hilir usung pasu takut org nak curi ambik beli pokok rosemary ni juga..dah hilang mood nak shopping lain sebab dah jumpa sepasu rosemary yang dimimpi2kan..

Rosemary ni, kalau masak dengan kambing panggang, peh Perdana Menteri lalu pun tak perasan..bininya mungkin perasan...bukan masak lebur2 sekali, guna daun ni semasa perap kambing tu..confirm hilang hamis kambing..

Huhu setakat ni pokok makanan yang ada kat rumah ialah pokok cili api dan rosemary ni lah.. harap2 lepas ni dapat la beli pokok lain lagi..in list macam banyak orchid vanilla lah, pokok pudina lah, pokok basil {selasih}..in plan semai sendiri ialah bawang, halia, kunyit dan cekur..haha infact benih tomato pun ada beli..tanah bakar dah beli, pasu dah beli, organic pestiside dah beli...tanamnya je tak lagi..tu excited bebenor jumpa pokok siap2 hidup..


Tapi kalau rempah2 macam ni, tak payah la sampai nak gi Cold Storage, kat kedia Acheh pun ada..sebab kat  sana rempah2 berharga oversea..{ gile hape ketumbar 150g harga RM6.90.. padahal beli kat kedai Acheh baru RM0.90)..nanges nak beli...

Sunday, November 7, 2010

Rendang Tak Berbuah versi Mat Saleh



Rendang Tak Berbuah versi Mat Saleh pompuan..
Love her  and her song since school..

Rampasan kuasa

Hehe akhir-akhir ini blog Syajarah dah selalu update.. syabbas inspector sahab...

Asalnya owner blog syajarah  ini yang suruh bininya (iaitu saya) buat blog... bininya kata, bininya macam tak berapa pandai tulis blog [buta IT!] dan malas.. tapi sekarang bininya yang malas buat air teh..{dia suruh bininya buat air teh masa bininya nak update blog supaya dia boleh buat rampasan notebook..haha}

Oke la bini mengalah.. bini pun dah kurang idea nak di blog kan... nak post gambar pun lakinya pesan, "jangan curi gambar i tau"...hehe

Friday, November 5, 2010

Rukun Negara ke-5

Situasi yang biasa kita dengar

A : Eh B, lama tak jumpa ko... wah dah makin banyak uban/ makin gemuk sekarang?
B : {senyum kelat} Aah lama tak jumpa ko...


Situasi yang jarang2 kita dengar {rasa nak buat tapi masih tertakluk di bawah Rukun Negara ke-5 }

A : Eh B, lama tak jumpa ko... wah dah makin banyak uban/ makin gemuk sekarang?
B : Aah lama tak jumpa ko.. ko pun sekarang makin botak dan boroi eh..
A : {senyum kelat tambah kecik ati}

Masa kita memulakan perbualan dengan frasa deskripsi fizikal orang tak pula kita kecil hati kan? Tapi bila orang membalas perbualan dengan frasa yang hampir sama kita gunakan mesti tetiba rasa nak lempang kan...

Baldu

Lagu Awie & Ella

Sehelai baldu merah biru
Yang kau berikan dulu
Lambang cinta mu itu
Ku simpan di kalbu ku
Pasti jua ku buntu
Ohhh... buntu

Cinta si baldu merah biru
Yang ku dambakan dulu
Ternyata hanya palsu

Anggaplah baldu merah biru
Semurni cinta ku
Kepada mu

Sejenak ku teringat
Saat manis dulu
Semadi di hati ku
Ingin ku bersama mu
Seperti masa lalu
Ku merindu

Tangisan beribu
Celaru ku celaru
Rindu ku menghantui

Oh... Hampa ku hampa
Cinta kau yang ku damba
Meranalah... Oooo...

Malam terus kelabu
Baru kini ku tahu
Bagai ditusuk sembilu
( Oooo...) Baldu merah biru itu
Yang ku beri dulu
Menghiasi kamar mu

Baldu merah biru mu dulu
Membaluti tubuh ku

Ku terharu

Oooo... ku terharu
Oooo... baldu merah biru
Ku terharu

Oh oh oh Baldu merah biru
Ku terharu
Baldu merah biru ! 
 

 
 
Biarlah orang Amerika bergaduh kek ni asal dari selatan ke atau dari utara ke... Saya pula bergaduh dengan pisau masa nak belah kek, gaduh ngan krim frosting yang tak nak rata-rata sapu kat kek.. 
 
Kek eksperimen menggunakan D'Qisra non dairy cream cheese  yang diinokulasi dengan vegetable rennet.. {pergi google sendiri ape itu rennet dan apa dia vegetable rennet}... 

Thursday, November 4, 2010

Awek Turki & resepi briyani

Satu ketika dulu masa di Ibu Pejabat Perhilitan, Cheras, KL...

Pakcik A : Apsal nama ko macam ni?
Gadis Comel {haha} : Kenapa?
Pakcik A : Bunyi macam orang turki..
Gadis Comel : Err walaupun saya comel macam awek turki, saya orang malaysia la pakcik...
Pakcik A : Ko orang Johor kan? Batu Pahat?
Gadis Comel : Aah..
Pakcik A : Ko jangan nak kedekut..meh sini resepi briyani..
Gadis Comel : Saya tak pernah masak briyani..
Pakcik A : Nak kedekut la tu.. tak kire aku tau ko ada resepi tu..
Gadis Comel : {sambil pergi lab komputer opis, google resepi briyani, print!}... Nah pakcik, mak saya dah email kat saya semalam..

Wednesday, November 3, 2010

Masih lebih sekilo


Tajuk makanan : Pecel Lele
Isi kandungan : ikan lele (keli), pecel (Ulam), Sup kentang -cendawan, sambal
Inspirasi : Kedai pecel lele share ngan mamak kat hentian kajang


Ikan keli masih ada lebih sekilo... sedang google lauk ape yang boleh terjadi dengan ikan keli...

Resepi sambal pecel lele versi saya

Bahan2

  1. 10 biji lada*
  2. 5 biji cili api*
  3. 6 ulas bawang merah*
  4. 3 ulas bawang putih*
  5. Gula
  6. Garam
  7. Air asam

Cara2nya

  1. Blend *
  2. Tumis semuanya sehingga wangi.
  3. Letakkan air asam
  4. Seimbangkan dengan garam dan gula

(sambal ni saya buat rasanya masam dan manis.. so balancing gula dan air asam secukup rasa eh..)

Tuesday, November 2, 2010

Gecko, cicak yang sukar difahami...

Ingatkan sudah dapat seekor...
Tapi cicak Gecko terus gelak2 tengok gambar di atas


Sebab cicak di atas langsung tak boleh ubat kanser sebab dia cicak cikgu sekolah
Tapi bila google dapat macam ni bertambah musykil aku dengan gecko neh..

Ok dah la...nak gi sarapan kedai Pak Man dulu, then sambung tido... tengah rasa bionic gile ni kerja siang, sambung kerja malam, 5 pagi siap, kul 6 pas subuh baru sampai rumah... { mood update resume }

p/s : cicak cikgu sekolah beli kat airport KLIA..sambil berangan-berangan baru balik holiday kat Sabah..