Pages

Friday, December 31, 2010

Pengantin purba vs B2B

Walaupun saya sudah boleh dikirakan pengantin purba, tetapi perasaan dan suka browsing cerita pasal bride to be (abbrev. as B2B) tu masih berbaki sket2 la.. ( banyak sebenarnya )..

Saya suka melihat moment2 persiapan perkahwinan.. and i like to prepare the little things which highly impact in photographer lenses...haha.. sejak awal lepas abes belajar dulu saya dah rasa tertarik ngan aktiviti melibatkan orang kawen ni sampai pernahlah bercita-cita nak jadi wedding photographer.. tapi macam bukan my cup of tea je.. so now beralih bidang in serving the wedding favor esp sweeties..:)

So bride to be boleh come and drop by and share some stories with me..tapi since ramai penyinggah blog adalah pengantin purba, pun dialu2kan berkongsi cerita...hehe

Okeh to B2B out there, do visit ceketfavor for cards ( i could say wat they did is classified as " Less but MORE)... for marvelous food, dont hesitate to contact Nurhijrah Katering...the taste that you won't regret..Errr last but not least drop by Chocville eh..:)

Tuesday, December 28, 2010

Apa yang murah di Restoran Ariana?

Dah puas google.. tapi tak tau nama kuih ni ape..Beli kat Restoran Ariana, Cyberjaya{ klu owner Ariana baca blog ni mesti dia nanges terharu sebab kaw2 pemilik blog selalu promo restoran dia }

Rupa macam pastry, tapi rasa macam kek sket, macam bahulu gulung sket... sedap! { again! }..

Satu RM1... oh! ada juga makanan yang murah kat Ariana..

Monday, December 27, 2010

Kancil 680 vs BMW 5 series 2011

Last week minggu budak PMR dapat result... if i in this era and i bring along my year 1997 PMR result, hehe confirm rasa down gile sebab students lately pakat pulun semua A aje... hehe tapi during my time my PMR result masih boleh cari makan lagi okeh.. i got 7A 1B { sebenarnya ko cuba berlagak kan??????? }

Okeh kalau zaman 13 tahun dulu, dengan result macam tu, we all {haha nyampah guna we all !} masih termasuk dalam calon nak masuk boarding school.. tapi these days boarding school hanya untuk yang straight A.. bukan straight A yang sipi2 dekat2 dengan B.. tapi straight A yang betul2  hafal jawapan buku sebijik sebijan excellent...

Di sini kakak ingin memberi nasihat { ni je satu2nya nasihat yang boleh dipakai }, bukanlah loser sangat lepas dapat 8 atau 9 A pastu sekolah kat sekolah harian.. sebab dengan kepandaian yang ada di sekolah harian biasa juga boleh berjaya...

Ibaratkan sekolah itu sebuah kenderaan dan peperiksaan seterusnya adalah Alamanda...
Mungkin sekolah anda ibarat anda menaiki Kancil 680, manakala sekolah berasrama penuh macam Alam Shah tu ibarat BMW 5 Series 2011... Tapi untuk sampai ke Alamanda, kedua2 kereta masih melalui jalan yang sama...

Okehla, pakar motivasi distracted sekarang!.. kucing kembang dah tawaf keliling ai mintak makan... 

Sunday, December 26, 2010

Birds' Tongue

Have you ever try ate bird tongue? Our dinner meal this night was a one same bowl of ( anyway three bowls per person ..haha ) of bird tongue broth..

 Orzo in chicken broth with dice tomato and cream

It's a type of pasta.. it's real name is Orzo.. or some may called it Risoni.. among arabians thay called it lisan asfour... Lisan means tongue, asfour means birds...

Friday, December 24, 2010

Sensory Test for our Homemade Marshmallows

One day (padahal hari2) i read Lioness' blog (rawrrrrr)... she talk about marshmallows... ya i love marshmallows, but since my mother forbid me to consume it due to halalness purpose... since that no more marshmallows..

Then i found one homemade marshmallows made by my hubby's auntie's fren..(berapa punya panjang daaa), but then i found it hardly to order from her.. since that no more marshmallows again...

But now not anymore!!! yeay, i could prepare marshmallow by my own...it homemade, no preservative and most IMPORTANT is all the ingredients being used are certified HALAL by Jakim..

It's under R&D, we're now trying to improve the taste and the looks.. If your insists to be a one of our sensory judges, do leave the comment here and we'll prepare some for you.. the sample of marshmallows could be collected at HUKM (weekdays) & Dengkil (weekends)..

We only prepared it by request basis ya... Happy weekends peeps..love u all..:)

Monday, December 20, 2010

Berjalan2 ke Pulau Besar sebagai latihan sebelum ke Mauritius :p

Memang sungguh membencikan buat tajuk begitu.. Tapi hanya tajuk berangan-berangan begini tak perlu bayar duit kapal terbang dan hotel penginapan, hanya bayar bil streamyx ngan bil api sahaja..

Bagi pasangan belum beranak macam kitorg ni, perjalanan tidak dirancang adalah biasa.. tapi adalah tidak molek jika diamalkan sehingga beranak.. melainkan kalau anda ada byk duit dan mempunyai bibik untuk kemas baju, tengok anak, siapkan botol susu steril, kemaskan rumah sebelum pergi jalan2, balik dari jalan2 terus basuh baju etc [ ciri2 majikan kejam kah? ]

Last weekend kami pergi Melaka.. haha Melaka lagi.. macam la Melaka tu tempat favorite.. tapi sebab kami berbudget ciput untuk lawat seluruh Malaysia, cukuplah kami 'Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia' [ ni signboard kat Ayer Keroh tulis gini ]

Ini adalah trip 12 jam sahaja, so tak sempatlah nak pergi segala muzium atau segala taman kat Melaka..next time kami pergi lagi..errrrrk?

bertolak menaiki Titanic..:p

Jeti di Pulau Besar

Island view
Untuk review sedikit fakta tentang Pulau Besar click INI yeh..:)

Lepas balik semula ke Tanah Besar Semenanjung, kami rasa lapar2..alang2 sudah sampai Melaka, inilah masanya pow suami makan ikan ke sotong ke udang ke kerang ke atau ape2 yang dibakar.. so drive laju2 cari kedai makan...

muka excited nak makan..

rupanya hari ni ada event Pesta Sukan KPPK 2010

Keseluruhan kawasan telah dibook oleh kementerian ni untuk event makan malam.. kami pasangan terpilih (haha), orang awam yang nasib2 dapat masuk dan pergi makan kat situ.. orang yang lewat sket dari kami pakcik Rela tak bagi masuk.. kesian...order cepat2 sebab lapa.. (tak lapar pun akan order juga)

Butter Prawn.. dia takde telur tali2 tu, tapi di tabur nestum.. sedap.. saya bagi gred A+

Ikan bakar atas pan burger.. sambal kat ikan sedap.. Gred A+ .. tapi kicap cicah gred B

Kailan ikan masin biasa2.. Gred B

Kupang sweet sour.. Gred A

Alhamdulillah ada sedikit rezeki pergi jalan2.. tahun depan kite pergi Melaka lagi eh...haha..:p

Thursday, December 16, 2010

Penjenayah Kantin

Have you ever heard about PENJENAYAH KANTIN?
Penjenayah kantin adalah satu group discussion kat FB yang ditubuhkan oleh penghuni kedua rahim mak saya.. Ntah ape ntah tujuan sengal dia tubuhkan penjenayah kantin ni saya tak tau, tapi dia memang dari zaman sekolah anti makcik kantin yang double standard kat budak sekolah yang bawak duit belanja singgit je macam kitorg.. { oh sekolah menengah duit belanja up sket }

Ni description group ni :-
Anda pernah dengar tentang PENJENAYAH KANTIN saspen kan..page ini dicipta untuk memberikan penghormatan kepada mereka2 yang pernah di'suspected' sebagai penjenayah kantin...Apa itu JENAYAH KANTIN? Anda pernah tanam ayam dalam nasik membukit? Ataupun mengambil kerak ayam tetapi dituduh pula oleh pemilik kantin tanam ayam pulak? Ataupun anda pernah membelikan makanan untuk rakan2 anda ketika di kantin skolah sorang beli sampai 6-7 pinggan sehingga mereka2 yang beratur di barisan belakang kehabisan makanan? haaaaa...ini antara kategori2 PENJENAYAH KANTIN..Group ini dicipta just for fun untuk mengingati saat anda melakukan jenayah, melihat jenayah2 kantin mahupun anda seorang pengawas sekolah yang agak poyo menangkap penjenayah kantin walhal anda juga melakukan jenayah kantin secara diam2 ubi..hehehehe

Walaubagaimana pun selain diri sendiri yang menjadi penjenayah, group ini juga menyediakan foto fit jenayah2 yang terjadi di kantin dan juga jenayah2 yang dilakukan oleh pemilik kantin.

najis mutawasitah yang disasarkan secara tepat

Setelah perut legaaa, bermain sembunyi ibu pula di dalam mee hoon

pic sources : penjenayah kantin page

Tuesday, December 14, 2010

Sime Darby

Apa perkara pertama yang anda fikirkan bila terserempak dengan perkataan Sime Darby?
Kalau saya mesti terbayang kelapa bali (orang Dengkil sebut kelapa sawit cam tu..orang Batu Pahat datang garu kepala tak tau kelapa bali...huhu)

Tapi sekarang bukan hanya kelapa bali.... they produce this!

Sedap!

Kerepek nanas tu pun sedap... { kecewa tak menang hadiah teka gerbang nanas masa MAHA...haha }

Monday, December 13, 2010

Macaron Français

Sandwich French macaroon (fill in w orange ganache)

Akhirnya...

Seminggu ini saya memang berkira2 untuk mencuba French Macaroons.. saya mengambil masa juga nak cuba membuat FM ni sbb saya berasa gentar dengan part2 teknikal nak menghasilkan FM yang cantik..

Kegentaran tu terserlah sampai tido pun boleh mimpi FM tetiba bertukar jadi roti canai, tido bangun balik mimpi plak FM saya jadi kerepek gunting..rasa nak nanges okeh...

Okeh im french now!..propres à la consommation.. :)
{ Err mesti orang percaya aku pandai cakap french, tak pakai google translator!..haha }

UPDATE!!
Saya sedang merancang sesuatu yang manis ni..sila tengok sini..

..... vs malaikat

Sekarang kul 4.45am..
Saya baru abes keja..
Saya tunggu suami ambik..
Saya takut duduk kat hospital ni..
Tapi selain dari H**T* yang orang suka generalize kan ada kat hospital ni, suami saya kata kat hospital pun banyak malaikat..
Mana dia tau?
Hospital ni kan tujuannya mulia nak tolong orang, tempat mulia malaikat suka okeh...
{pujuk hati sambil tunggu suami.. kasihan suami saya tidonya pun turut terganggu}

p/s: esok berazam update resume!!

Thursday, December 9, 2010

Inovasi sambil berfardu kifayah

Satu masa saya menjaga pameran Malaysian Inovasi... bila nama inovasi, selalu aje disinonimkan dengan benda2 teknologi.. teknologi tinggi katanya...

Sambil jaga booth curi2 jalan2 tengok booth lain.. tapi sebab sudah sedia maklum kebanyakan booth berteknologi tinggi. Saya tertarik dengan satu booth tak la berteknologi sangat, tak la dilengkapi cip segala bagai.. tapi dia berinovasi dan rasanya tu fardu kifayah..


(Ini bukan gambar masa pameran..kegagalan mengambil gambar adalah seperti sebab yang dinyatakan disini..haihh! )

Dia ajar murid bisu, autisme dan pelbagai kecacatan baca Al-Quran..dia perkenalkan kaedah Fakih bagi pembelajaran Quran untuk OKU.. layaklah dia jadi Johan Guru Inovatif 2010 peringkat kebangsaan..

Nice and sweet favor from Ceketfavor

Saya penyokong projek DIY...  masa nak kawen, konon nak sweet, gigih sungguh ni siapkan doorgift sendiri...

Idea ni kawan saya bagi link, dia DIY banyak benda untuk wedding dia dulu..reka kad kawen sendiri, buat guest book sendiri.. naseb baik masa tu dia kawen, kalau ikutkan snap gambar pun dia buat okeh...

Sekarang ni, dia buat personalized favor kalau orang nak kawen atau nak kenduri apa2 pun.. boleh pergi check kat ceketfavor...Cantik kan kadnya...  dia bukan aje ambik tempahan, tapi banyak tips DIY dia tolong carikan tau..^_^

Ok kalau dah jumpa bekas doorgiftnya, nak isi dengan coklat boleh tanya chocville..{hoo oh tumpang iklannnnn..:) }


Untuk mendatang ni, sudah buka tempahan untuk muffin dan cupcake ye... :)...

Wednesday, December 8, 2010

Sedap

Minum teh o ais limau tepi pantai memang sedap...
Tapi bercuti di tengah minggu kerja lagi sedap..

p/s: ni pantai Morib..pencari abu tulang dah tiada...makluman kedai makan dah dibuka.. tak payah tapu air dari rumah..:)

Monday, December 6, 2010

Tahun pertama #2

Sebab kami baru kahwin tahun ini, masa semua even tahun ini adalah diklasifikasikan pertama kali..

Macam bulan puasa dulu, tahun ni tahun pertama masak sahur kat rumah lelaki sedangkan tahun sebelumnya housemate masak sahur di rumah gadis2 cantik..

Tahun ni adalah tahun pertama wish b'day off the phone..without b'day cake but im wishing u with tonnes of love.. cheeewah!

Isteri selalu doakan suami bertambah baik, dikasihi Allah, diberkati Allah, dilindungi Allah, diberi kesihatan, dipermudahkan rezeki, dilapangkan dada dan sayang kat isteri sampai syurga..:)

Insyaallah di umur (ehem2 adalah rahsia) baru, esok pula tahun baru (esok cuti..yeay!!) dengan izin dan kurniaNya kita mohon yang baik2 belaka..

Isteri sayang suami comel2 sangat2!!

Sunday, December 5, 2010

Tiba-tiba

Satu tengahari ke petang di MAHA..

Suami : sekarang ni kita kat depan kandang rodeo ni..pameran kat dewan besar..
Isteri : dewan tu jauh lagi eh.. naik shuttle ke?
Suami : Jalan je lah..panjang nak beratur naik shuttlle..
Isteri : Okey penat la......

Sambil berjalan...

Isteri : Dewannya kat mana?
Suami : (sambil tunjuk board map) Jom pergi tengok kat map tu..
Isteri : Ok, kita dah lepas Dataran Tiba 2 (baca; tiba-tiba), Laman Jentera pun dah lalu tadi... maknanya depan lagi la...huuu jauhnya lagi..
Suami : (Berkerut dahi).. Ape pulak Dataran Tiba 2 (baca; tiba-tiba).. tu Dataran Tiba 2 lah (baca; Tiba Dua)
Isteri : hahahahahahaha (tiba-tiba gembira....^_^ )

Thursday, December 2, 2010

1 makanan 3 versi

Selepas meletak nama makanan berbunyi contain arsenik macam spagetthi racun tu, ada orang yang tertanya2 (sorang je pun) makanan ape yang ko buat neh..

Okeh let me introduce you wat is spagetthi racun.. sebenarnya resepi asal ialah dari mee racun.. mee racun ni memang macam misi mustahil nak dengar kat tempat lain selain Batu Pahat (yang memang best tau tak).. ape tah lagi jumpa..


Satu fakta yang anda perlu tau, kalau nak menikmati mee (atau spagetthi atau segala menda alah pasta sekalipun) racun ni, anda perlu boleh makan kambing.. Kalau anda alergik kambing meh bagi kat kitorang, memang tak rasa nikmat lah..Basically rasanya boleh dibayangkan seperti makan mee bandung disirami sup tulang kambing...

Ok cakap banyak pun membuang tenaga nak taip je.. resepi sila refer bawah :

bahan2:-
1/2kg tulang kambing -> saya campur dengan daging sket
1 inci halia
1 liter air untuk merebus
4 ulas bawang merah untuk dikisar
2 ulas bawang putih untuk dikisar
5 tangkai lada merah/hijau dikisar
6 sudu tomato puri -> saya guna tomato pes kimball
kicap
Garam & gula
1/2 kg mee kuning -> saya guna pasta...

cara2:-
Saya bahagikan cara penyediaan mengikut beberapa versi

Versi nak makan lambat2 sket 
1.Rebus kambing dengan satu liter air diletak halia. Biar sehingga daging kambing empuk.
2.Dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
3.Masukkan lada yang telah dikisar sehingga naik bau.
4.Masukkan stok sup kambing beserta isi2nya.Masukkan tomato puri.
5.Tambah sedikit kicap, garam dan gula untuk perasa
6.Biarkan mendidih. Setelah mendidih hidangkan bersama mee kuning dan sayur yang sudah dicelur

Versi nak makan ala-carte
Ikut step 1-3
4. Letak tomato puri/pes tomato
5.Masukkan mee yang telah dibasuh. Biarkan mee sebati dengan bahan tumisan.
6.Masukkan stok kambing dan isi2nya
7.Tambah kicap, garam dan gula untuk perasa.
8.Masukkan sayur2.Tambah telur jika mahu
9.Siap dihidang panas2.

Versi satu periuk lebur je semua
1.Tumis bawang merah dan bawang putih
2.Masukkan lada kisar.
3.Masukkan kambing dan air.Biarkan  sampai daging kambing empuk.
4.Masukkan tomato puri/pes tomato
6.Masukkan pasta. Biarkan ia kembang sambil daging masak.
7.Tambah kicap, garam dan gula sebagai perasa.
8.Masukkan sayur.
9.Siap untuk dihidang

Apesal aku macam rajin taip panjang2 ni eh? sampel tak sampai lagi.. Err pukul berapa baru boleh balik gini..

Suami, isteri rasa isteri mungkin selesai keja jam 3pagi kot.. jangan lupa ambik eh..jangan la lambat2, isteri takut kat hospital malam2 ni rindu...

Entry berglosari

Pada sesetengah hari, isteri dah siap tanak nasik, dah nak mula masak lauk... Suami es-em-es

" Baby tak payah masak lah, kite makan kat kedai." { mun-pel (kependekan muntah pelangi) }

Akhirnya makan kat rumah sebab tak baik membazir..kan dah masak

Pada sesetengah hari, isteri macam malas2..konon penat sebab semalamnya keja malam sampai pagi.. sambung pulak sebab bos panggil meeting..petang balik nak rehat2 sebab mata ngantuk sangat ( ada ke bahu yang ngantuk?).. suami x es-em-es... isteri macam berniat nak ajak makan kat luar...suami balik..

" Baby masak ape hari ni?" {mun-pel lagi}

Baby Isteri kesian suami.. dia masak jugak.. semalam dah la tinggalkan dia tido sorang (ape kena  mengena dengan makan?).. suami isteri makan spagetthi racun dan non kfc potato wedges dengan aman pada jam 10.30 malam..(huh makan malam? padan la mereka suami isteri dikenakan simptom 'jangan pandang tepi')

Gambar makanan???? tak sempat snap, sebab lapar.. lagipun asyik ambik gambar makanan sebelum makan, karang kucing kami tau kami blogger..hehe

Glosari :
Spagetthi racun - diinspirasikan daripada mee racun.. dah berapa kali bawak suami balik tak dpt makan mee racun.. it's noodle cooked with tomatoey & lamby stew...

non kfc potato wedges - potong kentang berbentuk baji dan kemudian digoreng diluar dapur kfc dengkil..