Pages

Friday, January 28, 2011

Ini semua kucing punya pasal


Terus telefon suami lepas tgk entry kucing yang panjang ni.. mmmm sedap.. cicahan tu sambal versi malas isteri bekerja..

Kalau cerita kat nenek sure kuar balik cerita zaman perang jepun.. tapi sekarang orang rebut2 cari ubi..

Zoologist at Zool's :)




Alhamdulillah dah sihat.. Insyaallah esok boleh jumpa ibu balik..
update dari suami jam 12.17pm 28 jan 2011 : anak tupai mati
[ zoologist gagal -> nanges!]

Sunday, January 23, 2011

Red velvet now ready!!

Red Velvet  mini cupcake with pink cheese frosting

Tengok kucing kembang enterframe kan telinga dia..

mengubati perasaan frust terhadap RV yang dibawa ke Klang prone to Cocoa Velvet.. huhu...

Jawab tagged sambil bakar red velvet

Setelah 2 hari menhabiskan masa pergi tengok pengapit kami..eh dia bukan lagi pengapit..dia sudah pengantin..malahan hari ni kami yang mengapit2 kan pengantin, so balik terus tengok blog [hehehehehe] dan jawab tagged untuk innitiate semangat blogging tanpa jemu...hooo ohh..


Tagged ni kawan saya yang bagi..huh kalau lawan mmg i banned tag dia..hehe.. ok terus saja ke soalan tagged..


Apa pendapat tentang blog pemberi award ini?
Blog dia masih macam dia..err maksudnya dulu masa sekolah dia presiden kelab bahasa melayu tak salah saya... maka entry blog dia selalu diselitkan dengan nahu bahasa melayu yang bombastik..saya agak BM SPM dia mesti A1 dulu..

Tempat yang paling nak lawat?
MEKAH..(saya tiru jawapan dia).. lepas balik Mekah saya klu boleh nak Turki.. [ hei kucing kembang jgn kaco mama type entry blog!!!!]

3 perkara tentang diri anda....
1. Cantik
2. Menarik
3.Memang da bomb..
Err bukan eh?yang benar
  1. Sombong
  2. Bongkak
  3. Riak
  4. Berlagak
Errr terlebih la plak...hmmmm

tag 5 orang untuk terima award ni....
Errr nak tagged sape eh... diorg cam dah jawab je soklan ni... [ nangis sbb tak tau nak tagged sape]

Eh dah siap..oh terharu... [ nangis lagi ]

Friday, January 21, 2011

Macaron or macaWRONG?

Hari ni hari baking.. i fully utilized leave after late nite working, and seeing hantu main tutup lampu lab to bake a cake for our wedding best man whom also our cousin.. he's getting married tomorrow..

I baked Kek Alunan Kasih since the ingredients still available at home..but i think its better for me to start the day with macaron first before the mixing bowl 'dirt' by butter..


Alhamdulillah my macaron turn well after several time turned to macaWRONG.. haih apehal pulak la kan.. dah la org request,tetiba dia tak mau naik comel2..but macaron principle once it turn wrong, just throw the whole batter..wat the fun!!.. metafora my unimate said, ' macaron ni macam bakteria, once contaminate, kena buat balik semua'..

Tapi tak buang pun takpe, tak baik tau membazir, kan membazir tu amalan syaitan.. boleh juga sebenarnya nak bakar batter macaron yang WRONG tu.. cuma hasil akhirnya macaron yang leper dan crunchy je..takde marshmallowey effect...

Tips menghasilkan macaron yang comel2
  1. Jaga egg white seperti menatang minyak yang penuh.. kalau dah tumpah kat lantai tiada berguna haha.. hoi ape ni?? maksud jaga egg white tu, pastikan ia tak tercampur sedikit pun dengan yolk (kuning telur).. kalau dah tercampur alamatnya goreng buat telur dadar lagi sedap..
  2. Egg white juga tak leh tercampur unsur minyak atau lemak atau apa jua unsur hidrokarbon (petroleum lagi la jgn.. rugi sbb petrol dah mahal kan).. kalau nak pastikan mixing bowl bebas minyak, sapukan dengan lemon squeeze sket..
Time to time saya cuba untuk kenalpasti tips2 lain... saya tak abes sekolah pastry lagi..

p/s : adakah sebenarnya saya patut belajar culinary atau sains pemakanan dulu... but i love being zoologist beside ZUL..errr but am i zoologist now????

Thursday, January 20, 2011

U masak apa????

Hari ni hari cuti umum..huuu seb baik cuti, kalau tak susah orang area KL- Batu Caves nak pergi keja.. { ape kena mengena ntah ngan orang Dengkil??}

Hari cuti kite layan bermalas-malasan.. walaupun dah pos kat wall fb nak baking kek.. tapi akhirnya sampai saat ini belum pun menge'cake'.. moga sempat sebelum kenduri kawen pengapit lelaki kami ujung minggu ni...huhu...

Bila dah bermalas-malasan bangun sedikit lambat { musykil tang sedikit tu..hmmm }.. maka breakfast pun dah waktu lunch... Makan spiral pasta dan nugget... hidang kat suami biar dia makan kenyang2 supaya dia tak tanya "makan lunch u masak ape?"

Ni makan petang... suami saya suka makan croissant... { dengan harapan dia tak tanya " makan malam u masak ape?"}

Passion fruit juice

Freshly bake croissant.. sedikit comot..tapi tak homemade la kalau tak comot.. [alasan!]
{ masih pakai tudung periuk di tahun baru sebab loyang baru beli tetiba terlebih panjang seinci dari mulut oven..kemalangan..hmmmm}

Dalam pinggan baru la sedikit molek rupanya..heeee

Nak masak ape eh sebelum suami saya tanya??

Tuesday, January 18, 2011

Penangan ditinggalkan outstation :)

Bila blog sudah diketahui umum { wow! budget selebriti Hanis Zalikha }, draft entry akan lebih banyak dari publish entry untuk menjaga sensitiviti sejagat.. im not very good in being sarcarsm but not seen sarcarsm...

Satu masa dulu kalau tak puas hati boleh tulis dalam blog.. tapi sekarang kena tulis balik dalam diary { wow! ada diary ke? }..

Tapi ape ajelah yang nak tak dipuashatikan..anggota badan cukup, jari ada lima, kalau polidaktil pun lebih jari pun syukur, kalau lebih lemak pun maknanya cukup makan, ada kereta nak gerak sana sini, ada kerja untuk dapat gaji bayar hutang beli shawl crumple... apa lagi?

Ooo rasa tak cukup sebab apa anakanda yang dikehendaki belum di beri pinjam? teruskan berdoa, teruskan usaha {haha jom suami :p }.. bayangkan anak itu macam nak dapatkan data demografik peserta cohort di Jabatan Pendaftaran Negara dan nak dibandingkan dengan data demografik dalam database opis.. Kalau pihak JPN kata kena tunggu sekejap sbb nak beri priority kepada yang lebih memerlukan, maknanya kita kena tunggu juga.. Insyaallah kalau 2 hari sekali telefon tanya staff JPN, mesti dia rasa kita bersungguh sangat nak data tu dan at last dia kata ' Ok! meh datang opis ambik anta cd, sebulan lagi kami bagi data '...

Kalau rasa anak kita nakal sangat dan dah tak larat dah nak jaga? Cuba timbang tarakan nasib kita berbanding yang belum beranak lagi.. syukur diberi rezeki.. kalau rasa tak larat sangat adukan aja pada Allah.. mana tau Allah buka hijab masa kita berdoa " ok kalau ko tak larat sangat, aku ambil aja balik anak2 tu"..Sanggup??? Renung2kan...

Kalau rasa orang lain tak buat kerja perfect macam kita? Ajar mereka untuk memenuhi ke'perfect'an kita.. atau pun letak diri kita dalam kasut mereka dan selami kenapa mereka buat begitu dan bukan begini macam kita... Kadangkala bukan semua orang yang kita suruh menyelam laut dalam tu terus pandai berenang...

Apesal membebel pagi2 ni? Err mungkin suami dia outstation kot sebenarnya...huuuuuu

Saturday, January 15, 2011

Alunan Kasih with Sahabat

It's almost a week i didn't update blog.. nothing extraordinary happen in life except my boss was awarded Datukship by the Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan..congrats Prof.. wah staff sayang boss... :).. [ i 99% believe he won't read this crap site.. i hope he won't ]

This weekend [ today anyway ] i had meeting with my girlfrens during varsity.. they're my uni mate and housemate too..in certain circumstances they're also my classmates..

Kek Alunan Kasih w choc ganache topping, garnished w slice strawberries

The dessert of the day.. Kek Alunan Kasih [wow nama macam bunyi jatuh cinta gile2 ] topped with choc ganache , garnished w cut strawberries.. I had to cut the berries to  very thin slices since so little berries left in the fridge.. :p

Ain't it gorgeous??? :p

Our main course today is nasi safron, oxtail briyani , ayam masak merah ( i couldn't think best word to name this dish in English), orange-tomato-cucumber salad, acar buah ( google translate said fruit pickle..ye ke??? )  

 my classmate and now may called as Dengkilmate..haha

Sahabat meeting

bride to be met her vendor to be.. *wink2 kan ceketfavor?


Friday, January 7, 2011

My New Toys

Digital thermometer (50-300 deg celcius)

Ramekins set
(70% less Metrojaya sale at PICC.. huu kalau tak tak beli)

creme Brulee? souffle? chawan Mushi?

Wednesday, January 5, 2011

Terpaksa

Isteri call booking tiket... mesin kata full (i said fool)
Suami isteri pergi Alamanda..
Isteri beratur beli tiket..
Suami beratur beli jagung berondong...
Tetiba pengumuman
" Dimaklumkan waktu tayangan Hantu Kak Limah Balik Kampung untuk jam 8 malam adalah untuk tempat duduk berasingan sahaja.. Waktu tayang Hantu Kak Limah Balik Kampung untuk jam 12 malam adalah untuk tempat duduk berasingan sahaja "
.
.
.
Kecewa!
Pergi lepak kat food court makan jagung berondong...

Rasa macam terpaksa beli vcd pirate pun ada gak...

Saturday, January 1, 2011

Mulberry Cheese Tart

Satu ketika dulu, telah memaklumkan yang kami suka sangat makan mulberry... hoh lagi tambah excited rupanya makcik suami ada tanam kat depan rumah.. rupanya hari2 pergi kerja lalu depan pokok mulberry... Apa kan saya, kami ni umpama garuda patah sayap (tahniah team football, saya suka sbb dpt cuti!) selalu kempunan buah mulberry segar kerana terpaksa berebut dengan burung...

Tapi agaknya akhir2 ini burung cuba bersimbiosis dengan manusia.. pagi2 ni balik sarap (sbb mkn lontong sedap kena guna istilah johor okeh) nampak mulberry bergayut2... cepat2 petik sebelum ia disambar burung...


Syukur alhamdulillah.. ada juga rezeki kami makan mulberry segar dari taman.. kalau yang kaler hitam tu manis sangat.. yang merah pucat tu masam.. saya suka merah sbb rasanya campuran... mulberry2 ni telah pun dipelbagaikan menjadi...

Mulberry cheese tart

Disebabkan mulberry nya ada ciput aje.. nak buat cheese tart ni dah pikir dari semalam.. tapi nak beli blueberry kat Cold Storage tetiba terbeli Lamb Patties plak..dah duit tak cukup (kesiannnnnn!) .. Lebihan pastry yang lain2 tu buat la Chocolate Cheese Tart.. yela, kan tokey chocolate... hehe


Chocolate cheese tart

Sape yang kepingin boleh order.. tapi tak dapat la yang mulberry tu eh.. tapi diganti ngan blueberry... chocolate cheese tart tu anytime.. :)..

tips buat tart shell (ya walaupun kadang2 hangus, kadang2 pecah..yg penting it's homemade!) yang crusty, guna butter sejuk.. tak perlu biarkan dalam room temperature.. terus je campur pada tepung masa ia masih sejuk2.. (potong2 kiub dulu beli senang nak mix dengan tepung )..