Pages

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan 1432H


Tahun ini tahun kedua saya berpuasa bersama dia..Alhamdulillah
Tarawikh hari pertama di Masjid Mercedes Benz.. 
Macam yang lepas-lepas, separuh jiwa saya (munpel!) suka jalan-jalan tarawikh di masjid-masjid lain juga..


Ni ubat baru doktor kami suggest untuk guna, Seretide 50/250.. dia kata kesian saya rely on inhaler sangat kerap so why not try this.. (haha doc, kalau kasihan bagi free boleh?..hehe).. kawan saya yang juga doktor nak bagi diskaun, tapi saya tak sempat nak ke Taman Sri Manja, manja-manja dengan dia.. ni powder form medicine.. waktu consume ialah masa sahur dan lepas buka..Inhaler still ada incase dah berat sangat nafas ku..

Oh ya, berkenaan puasa selalu orang tanya boleh ke pakai inhaler?
Dalam Al-Islam keluaran terbaru ada sedikit kupasan.Kalau terdesak, InsyaAllah dia lebih tau niat kita (haha unless inhaler ada rasa strawberry ..:p)

Akhir kata selamat menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran, dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk transform routine ibadah kita dan seterusnya istiqomah sepanjang kehidupan mendatang.. InsyaAllah

Friday, July 29, 2011

Bersangka baik dan bersedekahlah

Selalu dgr cerita tentang dia dari adik saya..

Selalu dgr adik saya calming ma saya yang kadang-kadang keletihan sakit kaki dan dbandingkan dgn kesakitan arwah mak dia..ma saya kata syukur dgn health status sendiri..

Bila adik saya cerita emak dia pergi sebelum sempat majlis kawen kakaknya pun dah rasa pilu mendengarnya..

Bila adik saya kata yang pergi dgn tragis tu kawan dia..

Innalillahiwainnailaihirajiun..
Sesungguhnya mati mmg hampir dengan kita..

Biar apa pun versi yang dibaca,biar apa pun versi yang didengar,biar ramai forumers nak jadi csi..kita sangka baik2 saja yeh..lagi berfaedah kita sedekahkan alfatihah atau yassin utk arwah dan ibunya..

Sayu hati pendengar,remuk lagi hati pemikul..
Saya yakin keluarganya tabah!
Published with Blogger-droid v1.7.3

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #14 :should i put 3 to make = 143


Dear Handsome, it's 143
I ♥ You!

Wordless #13 : tak berapa nak wordless sebab jadi giveaway..

Satu petang yang hening di tepi Sungai Kangsar..

(A)

(B)

(C)

(D)

Buatlah caption sendiri.. Ini sort of giveaway juga.. Sorang pemenang yang dengan caption dialog terbaik (ter catchy sebenarnya) akan menerima hadiah sumbangan Chocville..Hadiah macam biasa, macaron lah apa lagi!.. (mungkin klu penaja rajin dia akan tambah hadiah lain..berdoalah!)..

Syarat-syarat penyertaan :-
  1. Buat caption untuk gambar-gambar. Caption boleh dalam bentuk dialog, karangan bergambar, syarahan atau pidato atau syair sekali pun.
  2. Karangan atau caption boleh dalam bahasa melayu, inggeris atau dwibahasa. Karangan berbentuk double meaning akan dibatalkan serta merta tanpa belas kasihan.
  3. Sahkan penyertaan anda dengan bagi komen di entry ini.
  4. Sila war-warkan giveaway ini dan syarat penyertaannya sekali, sekiranya banyak penyertaan masuk, penaja berbesar hati nak tambah hadiah.. Kalau penyertaan takat 10 orang je, penaja cuma bagi satu hadiah je..
  5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 26 Julai 2011 : 12.00am
Dah la tu je kot.. oh ye pesanan penaja, hujung minggu ini kami akan pulang ke kampung terchenta Batu Pahat.. so ada sebanyak 6 box macaron (12pcs, perisa bercampur2) yang masih available.. so kalau nak bagitau cepat okeh..1 box RM20 self collect di Taman Indah or kat Wetworld pun boleh.

Oklah tu je.. daaaaaaaa

UPDATE PESERTA ;

Amusement peak

Inside gondola view
2 gebu hands with all day pass wrist band
There's a lots of pastries and cakes at the Coffee Terrace.. haha makan sampai rasa taknak balik..hehe
We choose food from  Indian & Vegetarian kitchen as suggested by the restaurant manager.. sedap!

Kali pertama saya ke Tanah Tinggi Genting.
Kami ambil pakej dari Hentian Kajang dengan harga RM53 seorang.
Pakej :tiket bas pergi balik,tiket gondola naik turun,free 1 ride atau minum/makan di Coffee Terrace

Kami beli whole day pass, RM62 seorang,so kami guna tiket inside pakej untuk makan2..hehe

Tak banyak rides yang berjaya dicuba,sbb ramai gla org.malas beratur..
Saya naik spinner : haha rasa macam kena campak..(bukan measles..hehe)
Kami naik pirate train ; menyesal!
Kami naik pirate ship : ni kecut perut
Outdoor rides refers here..
Kami tengok pirate story 4D : rasa macam jumpa pirate betul2!
Indoor games refers here..
(haha lanun betul kami!)

Jumlah perbelanjaan :
Tiket pergi balik (include tiket bas, gondola skyway, makan in package) : RM53 x 2 = RM106
Tiket whole day pas for outdoor and indoor game : RM62 x 2 = RM124
Makan Marrybrown sbb dah lapar haha :p : RM 30
Tetiba ada org ambik gambar kami dalam gondola : RM30
In total : Nearly RM200..hehe sekali sekala takpe kan.. hari-hari pengsan..

At least lebih berbaloi dari harga makan time ni..hehe.. apa pun semua nikmat harus disyukuri.. :)

Published with Blogger-droid v1.7.3

Thursday, July 21, 2011

Menikmati nikmat

Satu hari kami pergi ke kedai makan yang kian banyak cawangan.. signboard besar, banyak gambar mengujakan.. pastu beli majalah ada pulak dalam majalah...memang la keteringinan meluap-luap..

Saya ajak peguam pergi.. peguam kata ok.. pilih-pilih haiwan nak dimakan.. rupanya haiwan boleh dibakar je.. padan la boleh banyak cawangan sbb takyah hire tukang masak ramai-ramai..masa pilih-pilih haiwan tanya harga... gulppp telan air liur sambil makan la lepas haiwan masak je tunggu bil..

Makanan sampai.. Alhamdulillah sedap..puas hati walaupun tadinya kecewa tak dapat nak suruh masak ikan 3 rasa..bloggerkan suka ambik gmbar makanan..

peguam berkata "agaknya berapalah bil nnt eh?"

saya kata " lebih 50 kot"

peguam kata "mungkin..tp i rasa lebih agaknya.. kalau harga mahal, nnt tak payah upload fb or blog eh..nnt orang kata kita menunjuk banyak duit"

saya kata "ok"

Bagi saya bila kita update kat blog bukan niat show off.. niat untuk sharing..tapi saya faham kebimbangan peguam..hehe

Ada kawan saya update dia makan kat seafood Putrajaya..banyak komen kat kotak komen dia kata, "yela ko kan kaya, saya tak mampu makan gini, orang banyak duit je boleh la makan gini"

Apa salahnya menikmati kehidupan hasil penat lelah bekerja..nikmat Allah beri kan..:)

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #14

Hari ni dan esok saya pergi kursus photography.. dengan another opis mate.. 
*Prof Datuk nak tengok hasil gambar pasca kursus.. ~aku cuak!~


Selalu gambar yang saya rasa perasan cantik tu, peguam yang ambik.. errr ke sebenarnya model dalam gambarnya yang cantik.. *MUNPEL!*

Petang di Morib (masa belum Morib renovate)

Course hari ni tengah hari sampai malam.. harap tak ngantuk dan boleh capture di otak dan gambar2 menarik..

*kalau rasa mmg berbakat barulah berfikir upgrade gadget menembak ni..kalau tak masih setia ngan kamera X dimana ; 
compact<X<DSLR

*Hari ni saya gi course dengan kamera pinjam. kepunyaam Maksu saya..haha

Tuesday, July 19, 2011

Steam vege beef steak with shitake oyster mushroom butter sauce

Steam vege beef steak with shitake oyster mushroom butter sauce

Ni menu semalam... untuk sekian kalinya tekak feel2 mat saleh datang..haha..

Walaubagaimana pun penyediaan steak ni perlu dirancang semenjak cuti hujung minggu lagi.. Ini berikutan, bagi saya hanya daging batang pinang je yang tak mendatangkan masalah kalau nak dijadikan steak.. daging-daging yang agak berotot macam payah nak direalisasikan.. penah jugak try masak tapi liat..

Meh share cara buat.. ( kalau salah ampunnnn, i amatur cook)

Bahan-bahan:

600g daging batang pinang tebal di potong 2  (tebal 2 1/2 inci, berat anggaran 300g setiap 1)
Lada hitam
Garam
Jagung
Lobak
Asparagus
Minyak zaitun
Shitake mushroom
Oyster mushroom
Mentega
Cream / Susu

Penyediaan :
  • Kukus jagung, lobak dan asparagus 
  • Perap daging dengan garam dam lada hitam selama 10-20 min.. tak mau tunggu pun cam ok je..
  • Panaskan kuali leper gris sket dengan minyak zaitun
  • Bila kuali panas letakkan kepingan daging dan bakar ( searing )
  • Masa membakar steak ni depends keperluan masing-masing..boleh rujuk sini.. kami pilih well done (~20min, approx 10 min each side..) walaupun mat saleh kata not recommended..hehe
  • Selesai bakar daging, biarkan kepingan daging 'berehat' 
  • Kuali yang digunakan membakar daging tak perlu dibasuh.. biarkan jus daging yang tertinggal tu, terus masukkan cendawan yang dah dipotong-potong.
  • Letak mentega. Tambah lada hitam untuk lebih 'heat'.
  • Bila nampak cendawan dah macam garing-garing sket, letak cream atau susu.(dilute sket cream air panas kalau rasa lemak sangat..huhu)
  • Bila cream dah nampak buih didih terus matikan api.
  • Susun semua hasil masakan dalam pinggan..voila!.. terus tambah chubby..haha
Tips :
  1. Daging yang tak kena ais adalah lebih baik. Bila lepas beli, simpan daging dengan membungkusnya dengan paper tebal.
  2. Rehatkan daging sekurang-kurang 10 minit supaya steam dalam daging memasakkan bahagian dalam daging. Ia juga buat steak lebih juicy..
  3. Lobak dan asparagus hanya dikukus sekali dengan jagung bila jagung hampir masak.. kalau tak jadilah asparagus layu macam gambar di atas. Bila lobak dan asparagus masak, keluarkan dari pengukus kemudian rendam dalam air ais untuk hentikan cooking process. Tapi kalau dah terlebih masak tu redha ajelah..haha
  4. Cara bakar bakar steak yg saya buat ; 5 minit side A, 5 minit side B, 5 mint side A semula dan 5 min lagi side B. 
  5. Cendawan terpulang kepada apa yang ada dalam fridge..haha.. button mushroom lagi sedap kot sbb ia lebih meaty..

Smartphone ramblings

Ada orang kata bila mula-mula pakai smartphone bil or kredit tetiba banyak tak pasal2..
Saya kata  ya.. sebab saya tak ambik mana2 plan.. Lepas tu tertekan activated data network lepas tu bil jalan macam makan angin takde tujuan minyak keta isi penuh-penuh jadi 'Empty'..hmmmmm

Baca forum kata smartphone Android suka buang-buang tenaga bateri ke longkang (istilah forum cell drainage)..
Saya kata ya... hmmm charge macam patuh dgn arahan orang kedai selama 8 jam ( tapi macam 7jam setengah kot), lepas tu kejap je bateri bertahan sebab on wifi, on sync data dan on ntah segala macam pastu biarkan idle.. Lepas tu bateri panas, yang beli kan tanya tukang pilih ' eh phone ni mmg macam ni ke?'.. tukang pilih tak tau jawab, rasa nak moody terus tido..:p..

Bila dapat benda baru, yang lama pula buat perangai..
Ni mmg selalu berlaku.. untuk diri saya lah  (saya tak boleh terniat nak beli benda baru langsung, kang tak pasal yang ada 'demam').. baru la nak feel ada pc on palm tetiba notebook rezeki monitor goyang-goyang bergaris-garis.. Moga notebook rezeki akan baik lepas bawa jumpa 'doctor'.. saya still tak mau kata nak cari pengganti sbb notebook rezeki banyak jasa.. salah satunya rezeki berkahwin.. saya harap dia sihat..dia sihat.. dia sihat.. walaupun saya feel2 pc on palm, tapi kehadiran notebook rezeki mmg sangat diperlukan..


Monday, July 18, 2011

Touching2!

Saya sayang suami saya tanpa alasan..
Kalau dia tak belikan saya apa-apa pun saya masih sangat sayang dia..
Tapi kalau dah belikan memanglah sentiasa sangat sayang dan bersyukur ..
*moga u dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah yeh..:)

Dia kata dia gembira nampak saya gembira.. (touching okeh)
Tapi mmg dia bagi saya yang touching2..hehe
Dapat material baru mmg gembira..
Tapi material aje tanpa dia mana boleh gembira..
Bagi saya, kalau takde material dia ada pun dah syukur.
Tapi klu ada material, ada dia lagi berlipat kali ganda wajib syukur kan? Alhamdulillah :)
Luv u abg..sangat2!
Terima kasih ^_^

p/s : kalau rasa munpel tutup mata eh..hehe

Friday, July 15, 2011

Serahkan padaNya-berlapang dada- bersabarlah..:)


Tawakkaltu 'ala Allah
Ya Rahman, permudahkanlah usaha kami
Ya Rabb, tingkatkanlah kesabaran kami
PadaMu kami bermohon padaMu kami berlindung..

Jangan bersedih, semoga dikurniakan rezeki makan Tutti Frutti dengan lapang dada..:)

19 minggu yang di tunggu-tunggu...sabar eh..^_^

Tuesday, July 12, 2011

Kitchen gadget #3 : Sifter

Dah lama tak cerita pasal kitchen tools atau gadget.. haha saya kan pembuat kuih suka-suka, so gadgetnya pun kadang-kadang suka-suka ada,kadang-kadang suka-suka tiada..


Saya ada 2 jenis ayak tepung.. Yang ada label flour sifter tu beli konon-konon feel macam chef dalam TV.. haha aku suka berangan!

Kelebihan sifter jenis ni, ia double sifting.. lapisan jaringnya dua, tak payah goyang-goyang, hanya gerak-gerakkan aje picu pada pemegangnya, nanti ada semacam roda yang menggerakkan tepung yang ingin diayak..Tapi sifter ni sesuai untuk tepung je, kalau untuk serbuk badam lupakan aje..lecehnya sebab jaringnya 2 lapisan, kalau ada partikel kacang badam yang terperangkap antara 2 jaring tu, bercintanya nak basuh..

Sebab saya pemalas nak stress membasuh, so pilihan saya ialah sifter yang satu lagi tu lah..hehe

Monday, July 11, 2011

Sekitar 140-150

Hari ni sampai opis sama macam waktu sampai hari-hari biasa..
Tapi hari ni sedikit luar biasa sbb saya bertolak dari rumah..
Bukan rumah Dengkil, dari rumah Batu Pahat..

Inilah hasilnya pemanduan sekitar 140-150km/h
Kadang-kadang terlepas jadi 160km/h, suami saya jeling.. (eh dia laju takpe plak)
Haha ayah saya kata 'takpe, pagi-pagi takde speed trap'.. :p

Sunday, July 10, 2011

Portuguese Egg Tart

Have you ever try KFC egg tart? Hehe talking about KFC,lately banyak plak video kuar pasal ayam tapak kasutlah, ayam perasa air basuh pingganlah n so on.. harap-harap kami tarpeliharalah daripada makan KFC sebegitu..

Tapi sejujurnya egg tart KFC memang sedap betul..tart telur KFC tu boleh la diklasifikasikan sebagai Portuguese Egg tart.. since egg tart ni seasonal dish kat KFC, so bila musim dah abes ni tak semua outlet jual egg tart.. So keteringinan melampau, tapi malas nak cari-cari KFC terdekat yg jual egg tart ni, maka cuba-cuba jaya di dapur pun dimulakan...


Saya tiada acuan tin untuk tart yang besar.. nak guna acuan cheese tar tu kecik sangat.. so saya bedal buat dalam ramekins..oh ya, ramekin kecil sikit tu adalah set  yang dibekalkan sekali jika beli blow torch yeh.. ada empat biji ramekins di dalamnya..tapi nak makan kena korek ngan sudu..huhu..Oh ya resepi egg tart ni saya ambil dari laman Rasa Malaysia...



Putih telurnya saya guna buat macaron..hehe kan saya tauke macaron..
*Saya segan nak claim macaron saya best in town, tapi bila customer saya msg cakap ' superb la macaron akak' saya terharu.. Yang baik dari Allah dik..macaron akak masih ada senget benget..hehe akak pun sama...:p

Friday, July 8, 2011

Abg Aji & Akak Baby

Sementara tunggu Abang Aji balik masjid dan ambik baju kat dobi, Akak Baby (haha lama tak buat org munpel) nak update sket blog..

Malam ni Insyaallah kami bergerak balik ke BP.. heee dah lama tak balik kampung kesayangan kan.. tapi harap2 waktu terdekat dapatlah juga balik Terengganu, kesian abg aji, lama tak balik kampung dia..

Balik BP mungkin juga akan pergi Pontian.. sbb mak akak baby (munpel) nak gi kenduri kawan dia.. yelah dulu2 mereka datang kenduri akak baby ngan abg aji.. ni kira balas jasa balik lah..kang dia ungkit pula tak mau dtg kenduri adik akak baby..

Lepas tu ayah akak baby ajak pergi makan Sup Sitam .. Owner sup sitam yang akak baby rasa namanya sitam kot ni roomate ayah akak baby masa pergi umrah kelmarin.. so dia ajak la kami pi makan kat kedai dia.. rupanya selama membesar kat BP akak baby tak pernah makan sup sitam..apesal eh?

Oklah akak baby nak kemas baju..nnt abg aji marah.. daaaaaa

Thursday, July 7, 2011

Paruh burung dan rupa pelik

Untuk sekian kalinya entry ini berkenaan tentang tips2 membuat macaron.. saya bukan graduate pastry school, tapi tips yang saya kongsikan berdasarkan pengalaman cuba-cuba jaya dan juga aplikasi jiwa penyelidik yang selalu off dalam jiwa saya..

Kalau dalam entry lepas ada saya nyatakan tentang penyediaan meringue.. Sebab meringue adalah bahan utama dalam penyediaan macaron.. Bukanlah saya hendak mengkesampingkan (hoh perkataan apakah ini?) serbuk badam dan gula icing, tapi tanpa meringue, macaron itu bukan lah macaron (hoh frasa apa pula ini?)



bec d'oiseau' (bird's beak) meringue peak

Ok, setelah anda ada meringue yang betul, bahan-bahan lain (serbuk badam dan gula icing) hendaklah dipastikan kering dan telah diayak sekurang-kurangnya sekali.. Ini untuk mengelakkan permukaan macaron macam berjerawat pasir.. tapi kalau tak mau ayak pun terpulang lah.. Saya  mengambil berat soal ketepatan nisbah bahan.. jadi saya ayak serbuk almond dan gula icing secara berasingan.. masa buat awal-awal dulu saya campur kedua-duanya baru ayak.. tapi saya dapat gula icing tertapis lebih banyak berbanding serbuk badam.. maka sekarang saya ayak berasingan dan kemudian barulah dicampurkan.. kontra mencampurkan kemudian begini mungkin menyebabakan bahan kering kembali berketul dan nanti macaron berpotensi berjerawat batu.. Tapi sekiranya bahan kering ni betul2 kering, Insyaallah tak jadi ketulan..:)

Bila bahan kering dicampurkan dengan meringue, teknik menggaul atau istilahnya macaronage perlu diambil kira.. Kalau terlebih gaul adunan macaron mungkin suka berpegangan tangan, tapi kalau kurang gaul lain pula jadinya..
skirt senget sebelah, tetiba ada rupa pelik sket

Setengah macaron bakers kata adunan macaron seharus flow macam magma gunung berapi.. huhu saya tak pasti sbb tak pernah tengok magma gunung berapi.. tapi apa yang saya boleh kongsikan, jika lepas anda pipe macaron, puncaknya tak mau leper-leper dan bila bakar jadi rupa pelik macam kat atas ni, maknanya macaron anda kurang gaul lah...hehe..

Lain-lain tips, sila rujuk ;

Mortaliti

Salah satu skop kerja saya ialah memeriksa status mortaliti peserta projek MOSTI di National Registry Department..

Setiap jiwa yang hidup pasti akan mati..

Meh tengok ni..ngeri tak ngeri kalau malas sembahyang..

Ok dah sambung dengar briefing!...

Tuesday, July 5, 2011

Resepi yang lebih susah dari macaron ; sambal kicap!

Tahu tak perasaan sekarang ni nak ape?
Haha nak suami tercinta tu tiap saat okeh..
Sekarang ni rasa nak makan tempeh* ngan sambal kicap..
Rasa tak sabar nak tunggu balik rumah petang karang nak goreng tempeh*
Ni semua sbb tengok entry ms.ossem nilah..hmmmmm
*haha memandangkan selalu saya bercita rasa Western, eja tempeh mesti macam mat saleh okeh..haha

Cite pasal sambal kicap, bagi masyarakat luar Johor, sambal kicap tu macam makanan dari bulan.. Bila kita makan pisang goreng cicah sambal kicap, tetiba ada buat muka pelik ..Haha kalau kat gerai tak yah la mintak, klu ada pun nasib-nasib.. nasib baik sedap, nasik tak baik kureng..

Resepi sambal kicap senang je oke..

Cili api lebih kurang segenggam
2-3 ulas bawang putih
3  sudu  gula 
1 1/2 cawan kicap
3 sudu teh perahan air limau nipis

Kalau ikut resepi mak saya, dia mesti akan tumbuk dalam lesung.. tapi sebab saya dok rumah kayu, kekadang debor nak sakan-sakan menumbuk-numbuk pakai lesung.. saya lebur je semua dalam blender, dan putar..

Kalau ikut resepi kawan saya, dia letak cuka.. Tekak saya alergik cuka, kang tak pasal batuk pastu off makan sambal kicap.. Penah jugak saya tengok kawan saya ni goreng dulu cili tu (pastikan tutup kuali kalau tak nak muka cacat akibat lantunan cili)  dan bawang putihnya, sbb dia kata hasilnya sambal tahan lebih lama dan kurang sket sengatan kepedasannya..

* adik bongsu kesayangan saya klu datang rumah terus google isi peti sejuk saya dan kata ' aku dah agak dah, mesti ada sambal kicap"

Friday, July 1, 2011

Manisnya macaron ini... :p

Saya tak kedekut resepi macaron ok.. tapi buat masa ni method yg consistent saya buat ialah menggunakan method French... Kiranya basic / beginner macaron ni, kena belajar dulu French method, lepas tu baru boleh up guna Italian atau Swiss method..

Ape ke bendanya French, Italian dan Swiss ni?
Ketiga-tiganya adalah merujuk kepada cara penyediaan meringue ; adunan putih telur dan gula yang dipukul.. bukan pakai rotan atau hanger okeh.. tapi pakai mixer.. tak kira mixer mahal or mixer murah, asalkan bebas minyak dan bahan-bahan dah cukup, InsyaaAllah adunan meringue anda akan menjadi..

Perbezaan French, Italian dan Swiss meringue? (fakta dari pembacaan internet dan maklumat buku biskut raya oleh chef wan)
French : Putih telur dipukul sehingga frothy kemudian dimasukkan gula sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap stiff peak.
Italian : Putih telur dipukul sehingga frothy kemudian dimasukkan syrup gula yang dipanaskan pada suhu 118 degree celcius. Teruskan pukul sehingga mencapai tahap stiff peak.
Swiss : Putih telur dicampur dengan gula, dihangatkan sedikit secara double boil dan boleh dipukul pada suhu 65 degree celcius..Teruskan pukul sehingga mencapai tahap stiff peak.

Kalau kita bukan bnyak gadget didapur, bukan la tak boleh cuba langsung buat macaron kan? klu takde termometer, boleh cuba guna teknik French oke..

Bercakap soal manisnya macaron ini (baca intonasi Sepah Maharaja Lawak)... ok ia mmg manis kalau anda nak macaron cantik, berkaki dan pakai skirt.. tapi kalau anda tak kesahkan rupa bentuknya macamana, boleh reduce gula.. hasilnya takde la nilai2 estetika dan mungkin ia bukan crunchy diluar, goey di dalam, tapi ia kurang manis seperti yang diharapkan...cuma bagi macaron kurang gula, elakkan terlebih fold semasa proses macaronage ; mengadun meringue dengan almond, gula icing dan pewarna.. Jika tidak, kemungkinan kebanyakkan adunan macaron yg dipaipkan atas dulang pembakar akan suka 'berpegangan tangan'.


Untuk lain-lain tips boleh rujuk