Pages

Tuesday, November 29, 2011

Homemade salted chicken eggs

Kawan saya bilang, " memandangkan makannya pun bukan selalu, lebih untung lagi senang beli dari membuatnya"


Hehe saya setuju, cuma pengalaman membuatnya secara homemade itu priceless!! Hehe i'm probably homemade food freak!..LOL..Pada saya membuatnya juga senang cuma nak tunggu boleh makan seperti yg dikehendaki tu lebih kurang dua ke tiga miggu..


Haha telur masin tu lah yang saya kerjakan..tapi pakai telur ayam.. Kuningnya less lemak, dan putihnya less masin..

Nah ini resepi kalau mau try sendiri mengeram telur masin;

Resepi telur masin
Didihkan air. Masukkan garam sehingga garam tidak boleh larut dalam air berkenaan. Biarkan larutan garam sejuk
Susun telur dalam balang. Tuangkan air larutan garam yg telah sejuk ke dlm balang berkenaan. Biarkan telur terendam sepenuhnya selama 2-3 minggu.
Setelah 2-3minggu rebus telur berkenaan.
*telur masin saya usianya 2 weeks plus

Saya hanya buat tiga biji telur masin.. kawan saya bilang " gila! tunggu lama-lama buatnya cuma tiga biji"

Friday, November 25, 2011

Sinful but angelic

Zucchini chocolate moist cake

Sinful taste with angelic ingredients..hehe.. Selain goodaan xhenti2 dari kwn2 saya yang cakap kek ni sedap * gila!sumpah tak tipu!*.. So saya saya gagahkan la diri membaking..padahal misi asal saya cuma nak kemas dapur sebelum balik kampung..

Memandangkan saya ada lebihan sebiji zucchini lepas buat topping roti foccacia hari tu.. Maka ngam2 lah untuk buat 1 loaf pan cake ini..saya fikir,buat byk2 pun pemakannya kami berdua je sepanjang perjalanan nnt.. Tapi skang ni dah rasa menyesal sebab dah ada orang kedekut sambil berkata "cake ni makan sikit2,klu x nnt dlm keta xde kunyah!"..haha

Non vegan,you gonna love this vegetable cake.. Trust me!

Thanks to my fren, si kulit manggis for sharing the recipe.. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 24, 2011

Goodbye Baby..:(









I miss my attention seeker..:'-(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 22, 2011

Fazya focusing on foccacia :)


Cuaca kerap hujan mcm sekarang,nak buat macaron mmg macam kena curik2..

Tapi this time nak share satu jenis roti yang tak payah susah hati ada mixer atau bread maker atau tak ; roti foccacia.. Roti ni asalnya dari itali.. So nama foccacia tu asalnya dari perkataan focus..

Roti foccacia ni boleh dibuat dengan topping atau klu nk jadikan roti sandwich biasa,atau boleh juga diletakkan topping..

Resepi doh
3 1/2 cup tepung roti (tepung gandum biasa pun blh)
1/2 cup tepung gandum untuk dusting
1paket yis ;11g - blh guna mauripan
3 tbs gula
1 tbs garam
1 cup air
1/2 cup air suam
2 tbs olive oil
1 biji telur

Bancuhkan yis dengan air suam yang ditambah 1 sudu gula. Biasakan sampai yis bekerja dan berbuih.
Masukkan 3 1/2cup tepung roti dalam mixing bowl. Buatkan telaga ditengah2 tepung.
Masukkan garam,gula, olive oil dan telur.
Masukkan pula yis yang dah berbuih ditengah2 telaga tepung tadi.
Kalau guna mixer; boleh terus masukkan air dan biar mesin buat kerja.
Kalau pakai tangan; masukkan tepung sedikit demi sedikit ke arah telaga yis tadi. Uli dan tambah air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh licin dan tidak melekat pada tangan ( doh foccacia ni a bit cekodoky.. So klu melekat dust tangan dengan tepung tambahan tadi)
Bila doh dah ready ;

1) anda blh terus tuang doh ke atas pan yang dah di gris dan biarkan doh rehat dan naik sekali ganda. - roti anda akan lebih berat, crust luar lebih keras sikit

Atau

2) anda boleh rehatkan doh naik sekali ganda dlm bowl. Lepas doh naik tumbuk doh untuk sebarkan co2 nya ke seluruh adunan dan rehatkan lagi ( dust lagi kalau melekat kat tgn). Setelah naik lagi,bahagikan adunan kepada bahagian kecil dan dibentuk bulat2. Leperkan atas pan pembakar dan biarkan ia rehat untuk naik sekali ganda.- roti lebih lembut dan crustnya nipis sedikit *saya buat cara ni..byk sket keja*
Sementara doh rehat boleh buat topping nya.

Untuk topping saya guna dua jenis topping.. Satu ialah topping bawang dan portabello mushroom yang disaute kemudian diperah jus lemon dan satu lagi menggunakan slice zuchini sprinkle dried oregano.

Setelah doh naik,letakkan lah topping ni atas doh. Cara meletakkan topping ialah dengan drizzle minyak yg digunakan saute bawang tadi atas permukaan doh. Letakkan bawang saute tadi sehingga selesai dan sprinkle kan garam.
Manakala topping zuchini pula, hiriskan zuchini nipis2. Susun atas doh dan sprinkle garam dan oregano.

Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 15- 25 min.

Tukar kedudukan loyang klu oven anda cpt pns pada sebelah dalam.

Roti dah siap..blh makan begitu saja..

*uli tepung pakai tangan buat tangan kita lembut tau... Tapi saya suruh mixer buat kerja...hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, November 19, 2011

Butterscotch Loaf with LOVE

Butterscotch loaf

Doh roti
500g tepung + 1/3 cawan untuk dusting
1 paket yeast
4 tbs gula
1 tbs garam - ni boleh tambah sket lagi klu suka sbb roti saya ni rasa a bit tawar..hehe
30ml double cream/ susu full cream
1 biji telur
100 -120 ml air
2 tbs olive oil

butterscotch recipe
3 tbs gula
1/3 cp butter
20-30ml double cream
Untuk doh roti
Saya just mix all ingredient dalam mixer tapi make sure masa start adding bhn, garam dan yeast berada dikawasan berasingan untuk elak yeast mati..
Biarkan doh rehat dan naik sekali ganda, baru tumbuk dan biar rehat sekali lagi..
Lepas tu baru devide kepada doh2 kecil

Untuk butterscotch sauce
Buat camarel gula
bila gua dah cair masukkan butter, dan diikuti cream
Kacau sampai likat dan sejukkan.

Gulungkan doh dan masukkan dalam loaf pan..
Biarkan ia mengembang 80% dari muatan isi loyang.
Bakar 150 degree selama 15-20min - oven saya cpt pns.. resepi biasa 180 degree
Tunggu sejuk dan potong.. - Pakai serrated knife untuk potongan roti yg rata dan tak penyek.. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 4, 2011

Either famous amos or chipsmore?


Selama mana saya berkahwin, selama tu juga lah saya mula baking.. Tentulah berterima kasih dengan hadiah oven dari kawan-kawan sekolah saya tu kan.. Walau bagaimanapun saya kurang membakar cookies.. jarang sekali malahan kuih raya pun saya tak buat walaupun dah dua kali beraya dengan suami dan oven sekolah ini..haha..

Saya cuba juga buat cookies macam famous amos yang famous tu..the taste is there but haha the look more likely to chipsmore..


Hehe melihat loyal customer saya makan dengan berselera sekali, saya berasa " fazya -1 : famous amos - 0"

Resepinya nanti la saya update.. Bencinta okeh nak edit2, padam2, adjust2 alignment post entry pakai handphone..

Update resepi :-

1 cup unsalted butter
1 cup castor sugar
3/4 cup brown sugar
2 eggs
2 cup flour
1tsp soda
1 tsp baking powder
a pinch of salt
1 cup of chocolate chips - i use lembaga koko chocolate
3/4 cup almond strip

sift flour, soda, baking powder and salt together. Put in choc chips and almond strip inside the flour.
Whisk butter with castor sugar and brown sugar until double up (the color turn out pale)
Put in two eggs and beat again
Pour in the dry ingredient and fold in until well mix
Let the batter rest overnite - > tp saya tak sabar try juga bakar sket..
Bake for 180 degre celcius for 12 min -> mine 150 degree celcius 12 min

Oleh kerana hari mengadun hari tu saya tak menyabar nak bakar, bila spoon sket je atas loyang, tetiba biskut mengembang tak hengat.. lepas tu adunan tu saya simpan overnite dalam fridge.. Infact menurut source resepi ni allthecook.com kata adunan blh simpan up to 4 bulan..hehe tp sy simpan seminggu je,bkr bila nk mkn..bila lepas simpan tu, senang je nk jemput-jemput adunan tu comel2, dan hasilnya comel2 macam biskut famous amos..:)

Published with Blogger-droid v1.7.4