Pages

Friday, December 23, 2011

Stress relief cookies :)

Hehe life yang menstreskan bila susah mau online.. Ni sebab modem dah blow kena panahan petir.. My fault sebab xtutup suis modem masa hari hujan.. Dah la rumah keliling pokok2 kan.. Mmg fav spot petir la (tapi sambil tu saya masih berdoa petir sambar tanah dan lepas tu tumbuh cendawan busut..hehe)

Lepas tu sekarang dipersimpangan nk beli modem dari telekom atau beli sendiri.. Klu beli sendiri mean kena install sendiri..dan masalah nk install sendiri tu ialah, technician telekom before memandai tukar id streamyx kami dan membuatkan tiap kali saya reset modem terus xfunctional...grrr..

Oh ye, gambar hiasan ni adalah chocolate chunk cookies.. satu lagi product tambahan jualan saya.. Hehe jualan tabung oven saya..hehe... Cookies ni diperbuat daripada mentega, tepung, tepung jagung, kacang badam, telur, coklat dan gula.. Actually resepinya sudah ada pun dalam entry yang lepas..korang boleh cuba sendiri, tapi kalau tak kesempatan buat sendiri saya ada ambil tempahan yeh... Boleh tengok kt http://chocville.blogspot.com untuk keterangan lanjut..:)

Ok, before to stress baik saya makan sekeping cookies (sekeping ker?)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 19, 2011

Choc cheese brownies

Hari ini birthday adik saya no 2.. Chukey C (haha kitorg pun xtau kenapa frasa "chukey c" tu macam fun sungguh bg saya dan adik bongsu saya)
Semalam dia sebelum balik kampung sempat saya buat sebuku Choc Cheese Brownies.. Haha tu kira hadiah birthday..lalala...

Selama ni saya ralit meneliti resepi kek,jarang2 buat brownies..Secara specific saya pun xpasti perbezaan kek dan brownies..cuma tekstur brownies harus between cakes and biscuits.. Resepi brownies yang saya buat saya sertakan di sini :

Bahan2 :
A - choc part
250g butter
1 cup cocoa powder
3 biji telur
1 1/2 cup gula castor
1/2 cup fresh milk
1 cup tepung + soda bikarb + baking powder
100g melted dark choc

B-cheese part
250g cream cheese
1 cup gula castor
2 tsp jus lemon
1 biji telur

Cara2:

Cairkan butter
Masukkan cocoa powder dalam butter cair dikacau sehingga sebati.
Dalam mangkuk lain, whisk telur dengan gula.
Masukkan gula-telur ke dalam butter-cocoa powder.
Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan melted dark chocolate. kacau sampai adunan seperti adunan kek yg agak likat.
Tuangkan dalam acuan swiss roll dan bakar lebih kurang 20 min atau sehingga permukaan sedikit keras.

Sementara adunan A dibakar, sediakan adunan cheese (B).
Cream cheese dalam suhu bilik dipukul dengan gula castor sehingga licin.
Masukkan jus lemon dan masukkan telur.
Pukul sehingga sebati.

Setelah bahagian A dah keras sedikit permukaan atasnya, tuangkan lapisan cheese di atasnya ( tuang perlahan2, klu tak jadi telaga cheese).
Setelah lapisan cheese rata, ambil sedikit baki adunan A,masukkan dalam plastik piping dan di paipkan dalam garisan lurus atas cheese.Gunakan hujung toothpick untuk hasilkan corak.
Bakar lebih kurang 20 min atau sehingga cheese golden.

Kalau malas nak buat, boleh juga tempah dari saya.. Saya buat dua ukuran, terpulang anda mau tempah yang mana :)

Jika mau yang beratnya 1.5 kg ; dimensinya 10" x 8" x 2 " harganya RM 65.00

Jika mau yang beratnya 750g ; dimensinya 5" x 8" x 2" harganya RM 35.00

Semua order blh place within 2 days and self pick up di Dengkil ya.. Tq :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Podeh!

Bahan utama : kulat sisir
Nama lain : cendawan kukur, kulat cicor
Lokasi beli : Sg. Congkak, Hulu Langat
Harga : RM2.00 per piring alas teh tarik (setakat tarikh 19.12.2011)
Cara masak yang dicadangkan : masak lemak cili padi, goreng bercili dengan kunyit, goreng bersama cili, bilis dan telur.

Resepi masak lemak cili padi

Bahan2:
12-15 biji cili padi kampung*
2 inci kunyit hidup*
Sebiji bawang merah*
Segenggam bilis*
Sebatang serai
Santan dari sebiji kelapa
2 genggam kulat sisir yg telah dibersihkan
1 1/2 sudu jus lemon
Garam secukup rasa

Cara2:
Kisar *
Perah santan (blend kelapa tambah sikit air dan perah dengan kain muslin)
Masukkan rempah yg dikisar dalam periuk bersama serai yg dititik.
Masukkan kulat sisir
Masukkan santan. Biarkan didih seketika tapi jangan pecah minyak.
Masukkan jus lemon dan garam untuk seimbangkan rasa.
Matikan api dan senduk dalam mangkuk.
Apa lagi, makanlah!

*berpeluh dahi beb!*

Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 16, 2011

Ekor @ Kepala?

 Kari Bacang Ekor Ikan Merah

Asam Pedas Kepala Ikan Merah

Masuk kandang lembu mengembu, masuk gerai sup kambing kita aummmmmmm!

For kambing eaters only! Other than that stay away from this zone..

Sup Sitam, Jalan Rahmat, Batu Pahat (opposite post office)
Waktu buka : petang - malam (ahad tutup)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, December 15, 2011

Satays are my comfort food.. Always!

Walaupun saya orang Johor, tapi masa saya yang berkeupayaan mobil (mula tau memandu) adalah di ibu kota Kuala Lumpur (haha budget bangsar je).. Jadi saya kurang dapat rasa makanan di daerah lain selain Batu Pahat..

Tapi kalau kat Pontian kami suggest try lah sate kat Restoran Relaks berdekatan bas station Pontian.. Memang heaven.. Rasa sate sebenar bukan sate popular!

* saya tak mau mengkecurkan anda dgn meletak gambar sate di sini :p
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 12, 2011

Homemade pasta

Again im telling u im homemade freak!.

Kali ni saya try membuat pasta.. Saya cuba mencari alasan kenapa saya nk buat pasta sendiri sedangkan melambak2 pasta kt tesco atau giant nilai atau carrefour alamanda hatta mun seng dengkil pun ada.. Last2 saya beli ribbon edge cutter (benda alah macam cutter pizza tapi tepinya boleh buat potongan macam ribbon).. Bila dh beli alat, klu tak buat tu kang jadi kufur nikmat kan..hehe so saya spend satu hari untuk practice buat pasta..hehe

Macam zaman nak buat macaron dulu, kegentaran membuat pasta ni menyebabkan saya termimpi2.. Sangat gerun..tapi saya kuatkan juga tekad ( haha macam lah ada acara sukan nk buat pasta kan).. Saya pilih untuk buat ravioli sbb alang2 tu biarlah buat pasta yg ada filling...

Resepi doh pasta saya try resepi Tyler dari web Joyofbaking.. Tapi seperti ada penderhakaan juga sket2..

2 1/2 cups flour- saya guna 3 cups
3 eggs
1 tbs salt
1 tbs olive oil
Some water
Some flour for dusting

Mix semua ingredients except flour untuk dusting dalam mixer..
Mix perlahan2, masukkan air guna sudu sedikit demi sedikit..klu adunan dah form bentuk bebola atau crumbling..dah blh stop mix.
Satukan doh dan rehatkan

Bagi saya cabaran memasta bukan pada resepinya, tapi semasa menggelek doh itu.. Masa ni bahan rahsia seperti pati halia mustajab sekali disapu kt bahu..haha

Ravioli saya berintikan cream cheese + dill.. Manakala sosnya pula tomato marinara bersama daun selasih.. Saya buat ravioli half way sebab separuh masa lagi dah malas.. Akhirnya separuh adunan saya transform kepada flat pasta je..hehe

Secara keseluruhannya, homemade pasta mmg sedap.. Tapi membuatnya bencinta.. So dgn ini dimaklumkan saya masih lagi suka nk beli je pasta kt Giant atau Tesco atau MunSeng..hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 7, 2011

Zucchini for Zulkifli



Semalam hari lahir suami saya ke 'ehem2'.. (saya dah tulis,blogger ni pandai2 tukar jadi ehem2..haha)

Birthday doesnt feel birthday without a cake.. So saya rajin sikit lah buatkan sebiji cake since dia asyik teringat2 kan kek zucchini.. Hehe tp bila nk deco baru saya perasan word zucchini tu mcm ada rhyme dgn zulkifli..hehe

Sebagai bukti homemade,kek ni nmpk mestilah rustic.haha..padahal dah terobek sket bucu kek tu..hodoh la perangai..

To my dear hubby, happy birthday.. Walaupun ramai nk berebut ngan i wish u awal2,tapi i sorang je blh bg hadiah pelukan kt u..haha...
Published with Blogger-droid v1.7.4