Pages

Thursday, January 31, 2013

Memplagiat iklan chocville

Bila untuk raja sehari ni, hadiah hantaran biasanya tinggi2.. instead sirih junjung, satu lagi boleh tambah macaron bertingkat ni.:)

Harga pakej macaron bertingkat ni hanya RM125.00 (5dirham), tapi memandangkan saya berhasrat untuk mempromosikan ia, jadi harga promosi hanya RM100.00 (4dirham) sahaja

Info ;
Isi dalam 40pcs macaron
Pilihan inti :- coklat,coffee, buttertoffee, orange
Pilihan warna :- maksimum 3 warna untuk tawaran ini
Harga tawaran ini untuk self pick sahaja. Delivery charge berasingan.
Tawaran sehingga 31 Mac 2013 sahaja. Untuk pasangan pengantin yg berminat tetapi majlisnya lambat lagi dari tarikh tutup boleh deposit 50% dulu  sebelum tarikh tutup dan selebihnya byr masa delivery/pick up.

* ayat ini telah diulang cetak a.k.a plagiat dari blog chocville :p

Wednesday, January 23, 2013

Macaron 2013


Assalamualaikum wbt..
Rasa macam lama sungguh mengabaikan cerita macaron..hihi.. yela kan hujung tahun hari tu selalu hujan.. Kalau buat macaron tu ibarat invest kat kaunter yang harga merudum.. haha tapi harga macaron remain cam biasa.. yang ruginya sebab macaron mudah rosak/fail di kala cuaca lembap.. so kita ganti la dengan durian crepe kejam mata tu kan..


Bila dah  lama cuti membuat macaron, rasa neves terlalu amat sangat..neves terlampau tersangat.. memang tersangat2an lah.. Sampai sebenarnya semalam rasa nak refuse dah order akak Jabatan Audit (saya lupa tanya nama akak..haha).. Tapi sampai akak tu video call pujuk mintak buat kan juga.. Maka mak gagahkan hati.. hihi jadi mak rasa macaron hari ni cemerlang rupanya sebab akak tu kot doa sangat2..


Harga macaron masih macam dulu.. cuma sbb packaging 12 pcs payah nak dapat so sekarang mak tukar bekas, so isi sekarang 15pcs.. Harga RM30.. Satu lagi 35pcs, harga RM65..  Eh macam menyelesaikan masalah lak tulis fakta memanjang.. so saya update lagi point harga macaron adalah seperti berikut ;
<15pcs : RM2.50/pcs 
( contoh nak 6 pcs sahaja, flavor lain.. harga = RM2.50 x 6 = RM15)
15pcs : RM30
35pcs : RM65
Flavor : chocolate, coffee, orange, salted caramel, vanilla cream
* pembelian >RM50 je kita consider delivery ya.. kurang dari tu bergantung kepada keadaan contohnya kalau kebetulan kami lalu kat area berdekatan rumah tuan2 dan puan2, tiba2 delivery tu jadi boleh..

Oklah ituje.. kang tak pasal2 nanti banyak lagi contoh..hahaha

Monday, January 21, 2013

Fazlova eh Pavlova :)

Pavlova..:)
Meringue dengan lapisan cream bavarian mascarpone dan potongan buah2an segar ( strawberry, anggur/kiwi, mangga, markisa )
Mini pavlova ;
 4pcs : RM12.00
16pcs : RM40.00

Kalau nak buat sendiri boleh refer resepi di sini

Wednesday, January 9, 2013

Birthday Date on his birthday date : Laman Grill

Assalamualaikum wbt..

Asyik2 cerita pasal durian crepe je kang boring pulak.. Jadi cerita pasal review makan.. Haha masih berkisar pasal makanan.. Cerita ni dah sebulan pun berlalu tapi nak share jugak sbb mana lah tau kan korang pun kepingin nak restoran juri Masterchef...hihi..Ni kami pergi sempena birthday dia yang ke ehem ehem..


Memandangkan ai ni penonton tegar Masterchef Msia, maka keteringinan nak makan kat restoran Chef Zubir tu tinggi ler kan.. Sebab asyik tengok dia komen food orang je kan.. So meh akak komen sket food restoran dia..haha budget bagus je..

Braised lamb shank (lupa nama penuh) 
Sedap.. lamb shank tu cukup perisa, tapi mash potato tu mantap sedap.. rasa nak mintak tambah.. Sayur errr err errr orang tak suka sayur susah komen.

Fillet mignon, romaine salad, cheese potato, fresh crack sarawak pepper gravy ( ni sendiri order so ingat la)
First time makan beefsteak yang bila potong dagingnya soft like butter.. mmg soft.. dont compare dengan bistik kedai mamak.. Romaine salad tu sedap bagi org yg kurang suka sayur sebab dia ada pear, potato tu biasa2, blackpepper gravy tu phenomenal!

Sebab ini birthday celebration kan, so macam tak lengkap birthday without sweet dessert.. So kami pun order dessert (masa ni akak dah kira duit dalam wallet...haha).. At first suami saya order tiramisu, tapi tiramisu habis.. tinggal ai miss u je..so dia order;

Pandan creme brule
Dia tak suka.. katanya macam baulu cair.. haha.. saya rasa lebih tepat nak describe rasa akok cair..

Caramelize banana choc pudding
Kalau cross section puding ni kat tengah2 ada pisang caramel.. tapi masa potong macam sekelip mata selesai tak sempat snap pic sebab adalah sudu orang tak suka pandan creme brule cilok puding ni... Nak order satu lagi kang kena tengok isi wallet lagi sekali..haha.. Bagi saya puding ni dah cukup sedap.. tak pasti apa fungsi elemen blueberry tu.. puding saja pun sangat sedap dah.

So far kita satisfied la makan kat Laman Grill.. Kalau kepingin, pergilah berkunjung di section 13 ( landmark ke sana ialah PTPL)


Sunday, January 6, 2013

Kek lapis jambi

Beza pro ngan amatur..haha

Learnt my lesson today ; tak payah cuba healthy kan kek kaya telur dan gula ini.. Kan dah tak pasal2 kek jadi keras.. The fat works to keep the cake moist ok..

Bagi cheq rehat2 sat.. Nanti kita try bakaq lagi.. Grrrrrr..

Haha resepi masih simpan macam simpan dinar..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, January 2, 2013

2.1.13 : Sotong Bakar Morib

Kalau hari minggu nanti boring2 duduk rumah, boleh la pergi jalan2 ke Morib.

Sotong bakar Morib sangat marvelous tau.. Rasa nak kedekut nak makan sorang.. Pakkal la pergi dengan lifetime partner.. Kang dia kedekut nafkah kang.. APTB! ( abbrive ; apa pun tak boleh!)

Published with Blogger-droid v2.0.6

1.1.13 : Pusat Maritim Putrajaya/Hotel Pullman

Our cheap and unplanned date 1.1.2013
Lepas selesaikan hal menghantar crepe, beli2 barang, makan.. Then it's leisure time..

Kitorang pusing2 kat area opis encik deris supaya boleh tunjuk kat despatch kat mana kawasan yang termasuk dlm jobscope... Haha.. Dan sangat la kasihan kami baru first time sampai ke Pusat Maritim Putrajaya tu..hihi.. Oh kawasan ni bersambung dgn hotel Pullman (sbb tu lagi cam tak terfikir nak pegi)

Tapi kat situ takde kedai minum2 bukak..maybe public holiday tutup kot.. So balik jelah.. Dlm 10 min sampai Dengkil..minum air kat rumah..  Jimat sungguh! Haha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, January 1, 2013

Welcoming 2013


Assalamualaikum wbt
Selamat tahun baru 2013
Mudah2an bertambah iman dengan waktu umur yang makin singkat ini..
Mudah2an bisnes maju
Mudah2an 2013 lebih banyak lagi produk untuk dibakar..:)
Mudah2an  diberi kesempatan waktu dan poket belajar lebih lagi..
Mudah2an ada ramai lagi mau hire saya jadi personal baker...hihi