Pages

Tuesday, April 17, 2012

Roti babat...hihi



Hihi bila tengok roti ni pasca bakar terus terbayang perut berlipat.. Haha tu yang rasa nk bagi nama roti babat... Mysara kulitmanggis kata roti selulit...




Resepi roti ni simple je... Yang penting

1. Yis yg digunakan berfungsi

Untuk memastikan yis berfungsi larutkan yis dalam air suam dan 'feed' yis berkenaan dgn sedikit gula atau tepung. Klu larutan tu berbuih, mean yis "sedang bernafas". Jgn pula larutkan dalam air panas... Hihi kalau guna air panas mean korang nak 'bunuh' yis tu secara sengaja...haha...

2. Ada tepung berprotein tinggi

Boleh juga guna tepung biasa.. Tapi faedah guna tepung berprotein tinggi ialah gluten mudah terbentuk, so macam proses mengadun adunan kurang 'becak'. Roti menggunakan tepung protein tinggi juga menghasilkan gluten yang stabil, so kalau esok hari pun roti masih gebu gebas berbanding roti tepung biasa dah menjadi peroi pada hari kedua dan seterusnya.

3. Ada pelarut untuk adun tepung menjadi doh.

Kalau nak roti yang keras macam french bread,just use water..i mean plain water.. Tapi kalau nak roti yang lembut, kena ada kandungan lemak.. Lemak mungkin dari butter atau minyak (sawit, canola atau zaitun) atau full cream milk atau cream. Untuk bahan cecair ni takda fix portion, tapi kena agak2 berdasarkan observation terhadap adunan.. Makin lama practise kita boleh agak beraoa banyak pelarut yang kita perlukan..




Here goes the recipe

Roti selulit

500g tepung high protein

11g yis kering

3 1/2 tbs gula

1 tsp garam

3/4-1 cawan air

3 tbs olive oil

Satu biji telur @ 40g cream/susu full milk

Aktifkan yis dengan melarutkan ke dalam 1/4 cawan air suam. Letakkan sedikit gula untuk menjadi 'makanan' yis. Biar sampai larutan berbuih.

Masukkan tepung dalam mixing bowl dan buatkan telaga ditengah2nya.

Masukkan garam dan gula* lokasi garam hendaklah jauh dari kawasan nak letak yis.

Di bahagian telaga masukkan minyak, telur@ cream, larutan yis dan air.

Mix sehingga adunan licin dan elastik.

Jika menguli dengan tangan ;

Masukkan air secara sedikit2 supaya anda tak rasa give up dengan tepung yg melekat2 kat tangan. Semakin lama menguli, tepung yang melekat tu semakin berkurangan. Uli roti seperti gerakan membasuh basuh dengan "menolak adunan ke depan dan lipat ke dalam". Guli begitu akan mengaktifkan gluten dalam tepung.

Rehatkan adunan biar naik sekali ganda.

Bila adunan dah naik, boleh tumbuk untuk ratakan udara dalam adunan. Rehatkan sekali lagi. Bila dah naik, timbang untuk dimasukkan ke dalam loyang.

Untuk loyang loaf, ambil 180g adunan.

Penyek2 kan dan kemudian digulung seperti swiss roll.

Gulungan tu dipotong kepada 6-7 bahagian kecil

Bahagian2 kecil tadi dipenyek2 kan dan digulung roll dan dimasukkan dalam loyang. Ulang untuk semua bahagian kecil dan susun semua roll kecil secara bersebelahan di dalam loyang.

Rehatkan untuk naik sekali ganda dan bakar 170c selama 30 min.

Hihi actually i didnt mean to make layered torso bread like this but that beauty about breadmaking, it's hard to predict the final look...hihi

Practice makes perfect rite?

Hihi amaran keras! Once you ate homemade bread, u'll addicted. Don't say i didn't warned you...hihi

Oh ya nak share satu artikel tentang roti komersil. So why don't we knead our own bread kan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Ribbon and Circus said... Reply to comment

Fazya,

Thanks share info yis n lemak tu.. Baru paham hehe I x pandai meroti2 ni.. Hehe

ciketon fazya said... Reply to comment

@Ribbon Clown Hihi ok.kita pun try n error sambil study 2-3 buku resepi roti...cuma kita xsure klu guna breadmaker camna caranya...maybe sama je mcm guna mixer kot..plus breadmaker ada proofing punya setting...

Anonymous said... Reply to comment

roti selulit yg tak tahan tu, lama betul kak tina tak meroti, malas nak uli tangan hehe

Dr Singa said... Reply to comment

babat?

kita panggil perut lembu aka tuala itu babat

myfreecopyright.com registered & protected