Pages

Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

Kek vanilla mudah tanpa ovalette

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua, sebab lama sangat tak update blog, so 1st entry setelah lama menghilang ni dengan kek span tanpa ovalette

Kebanyakan resepi Chocville menggunakan resepi kek span tanpa ovalette ni. Tapi untuk lain-lain jenis kek, kita olah lah campuran nya sikit-sikit. Kenapa saya tak guna ovalette dalam kek sebab nak mengurangkan unsur-unsur pengawet atau bahan-bahan penambah ( additive) dalam kek. Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang ovalette, blog aku.zack ada penerangan panjang lebar tentang ovalette.

Kek span vanilla

5 biji telur A
150g gula kastor
125g tepung gandum -di ayak
80g butter dicairkan
1tsp vanilla

1. Pukul telur + gula + vanilla sehingga kembang

2. Masukkan tepung dan dikaup balik sebati

3. Masukkan butter cair dan kaup balik sehingga sebati

4. Masukkan ke dalam loyang 8 inci - saya guna 2 loyang, setiap satu 300g

5. Bakar dalam suhu 180c selama 30-35min. Pastikan oven di panaskan 10min sebelum memasukkan kek

6. Sejukkan kek sebelum dihias atau dimakan hehe

Mudahkan? Untuk olahan kepada perasa-perasa lain nanti akan disambung di entry seterusnya. Haha rasa nervous nak tulis panjang-panjang sebab lama sangat tak blogging :p

Jumpa lagi insyaallah, assalamualaikum

Thursday, October 17, 2013

Recipe sharing : Swiss meringue buttercream

Assalamualaikum wbt

Hai semua, tgh buat apa? Sambil tengah tunggu kek 4 cakes combo sejuk untuk di frosting..ada 2 slot lagi.. sila grab dgn whatsapp 0136076706 untuk cop... haha sempat iklan...lol..

Resepi hari ialah resepi Swiss Meringue Buttercream.. SMBC ni ialah frosting yang biasa saya gunakan untuk victoria sandwich cake dibahagian lapisan tengahnya.. saya prefer meringue buttercream sbb ia licin, nak frost kek pun smooth saja dan tak rasa macam ada pasir2 macam buttercream mentega + gula aising.. Untuk SMBC ni, resepinya saya guna ratio 1:2:3.. 1 part putih telur : 2 part gula castor : 3 part butter..Jadi katakanlah katakanlah ( tetiba nyanyi lagu hazami..kihkihkih)

50g putih telur
100g gula castor
150g butter ( dipotong kiub biar suhu bilik)

Nampak tak nombor pemfaktoran bagi resepi ni ialah 50? Ok terus pada teknik, bukan matematik..

♥potong butter bentuk kiub dan ketepikan
♥campurkan gula dan putih telur satu mangkuk, dan larutkan gula dlm putih telur guna wap double boil. Biar suhu campuran sehingga 65·c dan gula larut. Kalau takda termometer, test larutan dengan jari, kalau dah tak rasa berpasir maknanya dah larut. Rasa juga kepanasan mangkuk. Tahap kepansannya tu lebih hangat la dari suhu badan kita. Kalau kita sentuh tu panas sangat sampai tertelangkup mangkuk, maknanya kena buat balik huhuhuhu sob sob
♥pukul larutan dengan mixer ( whisk ) sampai kental kaku.. masukkan butter dan pukul lagi sehingga well blended. Mungkin kalau termasuk butter awal dan mangkuk masih sedikit panas, adunan butter jadi macam mendadih ( curdle), teruskan pukul jangan putus asa.. ia akan jadi juga akhirnya. Masa tambah butter tu boleh la nk letak perisa vanilla ke esen rose ke almond oil ke.. ikut suka suka hati.. suka tak suka tak suka tak? ( hoi plagrise chef ammar hidangan barakah ke?)

SMBC ni boleh simpan kat luar atau dlm peti ais. Tapi bila masuk peti ais ti dia beku sbb dia kan butter, so kalau nak guna pukul lagi sekejap biar licin. Boleh guna untuk frost kek apa2 je pun tak semestinya victoria sandwich cake.

Frosting ni tak seswai nak letak luar paneh2 hangat2 mentari.. kalau nak buat kek letak tengah panas, kena guna italian buttercream. Apa beza swiss dengan italian buttercream? Tu tunggu la resepi italian buttercream muncul...hihi tak pun google je..

Wednesday, October 16, 2013

Recipe sharing : Good ganache

Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ini saya kerap post gambar kek ( haha sebab saya mengambil order kek), terutamanya kek double indulgence.. hihi sebenarnya saya addicted buat kek tu dan dalam masa yang sama nak practice menuang ganache licin-licin berkilau macam cermin..

Memandangkan ada yang pm tanya resepi ganache tu, so resepi tu dikongsi di sini, ia applicable untuk diguna pada apa-apa jenis kek :)

500g whipping cream ( saya guna non dairy cream bersuhu bilik)
500g dark chocolate

♥Masukkan whipping cream dan coklat dalam mangkuk stainless steel dan letak atas periuk air mendidih.
♥Bawah mangkuk cukup sekadar dipanaskan dengan wap, perlu dipastikan tidak sentuh air mendidih.
♥Pastikan coklat cair dan sebati dengan cream. Licinkan dengan spatula. Penggunaan whisk tak berapa digalakkan sebab nanti ganache tu ada buih2. Nanti kalau tuang atas kek, ada pulak gelembung2 belon2 kecil.
♥Tunggu sejuk sikit untuk tuang atas kek.
♥Biarkan semalaman sejuk kalau nak buat hiasan tepi kek, atau jadi ganache macaron.

Ganache ni boleh guna coklat compound ( coklat lemak sayuran), tapi kalau nak lagi sedap, gunalah coklat couverture gelap ( premium chocolate yang lemak dari cocoa butter).

Oh ya minggu ini ada lagi kombo 4 kek ( 4 cakes on board)
1/4 victoria sandwich cake
1/4 pecan butterscotch
1/4 double indulgence
1/4 russian black and white
♥Harga RM85 sahaja ( self pick up di Dengkil). Delivery ke rumah ada caj lain. Ini untuk area Lembah Klang saja.. Batu Pahat belum dibuka iklan lagi..
♥Date ready ; 18th October 2013 ( Jumaat) onwards.

Sms/ whatsapp 0136076706 untuk booking. Call boleh juga, tapi bila tgh sibuk saya selalu ter miss angkat telefon.. almaklum lah tgn comot, telefon touch screen.. mohon ampun maaf, janganlah kecik ati ye.. ^_^

Tuesday, October 15, 2013

4 cakes on the plate : Chocville bestseller cakes

Assalamualaikum wbt

Salam hari raya eid adha teman, sementara tengok salam baitullah ni saya update blog..memandangkan saya bisnes online.. so memastikan blog dan fb sentiasa dikemaskini..

Berikut 4 kek terlaris chocville.. hihi mcm poyo2 je claim laris.. hihi ok sebenarnya berdasarkan statistik order, 4 kek ni permintaan tertinggi.. so saya cuba2 la buat kombo begini setelah saya ambil kira aduan/keluhan untuk order whole cake mahal sangat.., so kombo ini untuk cater aduan2 berkenaan..

Kek yang ditawarkan;
1. Marble Cotton Cheesecake , whole cake RM65, quarter cake RM20
2. Victoria Sponge Cake , whole cake RM65, quarter cake RM20
3. Pecan Butterscotch , whole cake RM85, quarter cake RM25
4. Double Indulgence , whole cake RM85, quarter cake RM25
Total harga sebenar RM90* tapi sambil special price yang ambik 4 jenis ni harganya hanya RM85*

Nanti nak balik batu pahat, kombo sebegini akan muncul lagi...tunggguuuuuuu :)

* harga tidak termasuk delivery charge

Monday, October 7, 2013

Cakes cakes and cakes

Assalamualaikum wbt..

Hari ni hari menghantar kek ke kedai Biji Kopi... jadi bagi yang berada sekitar Kuala Lumpur, di Bukit Bintang khususnya jemputlah grab kek slice stok baru di Biji Kopi..

Kek yang ada bermula hari ini ;
1. Pecan Butterscotch
2. Double indulgence
3. Russian Black & White
4. Victoria sandwich cake
5. Brownies bestseller

Untuk tempahan whole cake, boleh sms atau whatsapp 0136076706 ( fazya)

Monday, September 16, 2013

Minggu kek lagi ( i miss macaron hihihi)

Assalamualaikum wbt

Minggu ni memang minggu bakar kek agaknya.. baru je saya rasa macam lapang dan risau juga sebab dah terbiasa bergelut dengan masa siapkan order, alhamdulillah order in dari Maksu.. kali ni maksu order Macadamia Butterscotch Cake..personally saya suka kek ni sebab ia lemak, manis dan ada sikit cebisan macadamia praline yang bagi rasa masin dan pahit manis karamel... ohhhh taste verdict apakah begini...hahaha.. Oh kek ini juga jadi resume saya terpilih jadi personal baker KOG.. hihi tapi kali ni resepi dan rupa dah diperbaiki..

Memandangkan ada sedikit lebihan cream membuat MBC tadi dan kebetulan mak ayah saya datang rumah, so saya gunakanlah lebihan tu untuk buat Victoria Sandwich Cake. VSC ni sponge cake dengan strawberry compote, cream dan strawberry hiris.. ia bukanlah kek cantik2 dengan deco, tapi ianya comfort cake yang makan banyak pun rasa tak berapa nak guilty... lalalala..

Untuk tempahan boleh whatsapp atau sms 0136076706 dan harganya
1. Macadamia Butterscotch Cake 9" : RM85.00*
2. Victoria Sandwich Cake 9" : RM45.00*

* harga adalah untuk standard deco sahaja.. tambahan caj bagi buah2an atau macaron.

Thursday, September 12, 2013

Minggu kek (pssst macaron, i still ♡ u!)

Assalamualaikum wbt

I smell like butter already...6 kilo butter digunakan sepanjang minggu ni buat cupcake berkat a.k.a doorgift... alhamdulillah rezeki berkat orang kawen, kita tumpanglah berkatnya kan.. haha pastu lupa snap pics sbb dah macam blank sebab tengok everywhere cupcake, here cupcake and there cupcake..snap gambar kotak je kihkih..jadi la kan..(fazyaaaaaa fazya)

Dalam kesibukan cupcake situ sana sini, regular customer kak su request bday cake anak dia.. untuk birthday Alesya sebelum ni Kak Su order double indulgence cake, untuk birthday Aiman kali ni Kak Su order chocolate indulgence.. memang absolutely chocolatey lah..

Harga cake ini masih remain, RM85 sebiji.. ia 5 layer, berat 1.8kg, diameter 8 inci, deco edible image..delivery sekitar Dengkil masih free, lain2 lokasi ada caj insyaallah..

Untuk tempahan macam selalu, msg atau whatsapp 0136076706.. Deposit 50% untuk confirm order...

Monday, August 19, 2013

Tips macaron 6 : Keringkan dulu sebelum bakar

Assalamualaikum wbt

Sudah sekian lama tak share tip buat macaron.. haha sebenarnya apa2 tips pun dah lama tak share.. so sementara mood ada ni laju2 update blog..

Kalau tuan puan yang google cara buat macaron mesti akan jumpa frasa ' keringkan dulu macaron sebelum dibakar'.. Proses pengeringan ni bagi saya adalah mesti.. haha sebab pernah masa malas, saya terus masuk oven adunan yang baru dipaipkan... End up macaron tu pecah macam gunung berapi..tsk tsk tsk...:'(

Kering macam manakah? Kering tu macam kulit kita dry dok dalam aircond.. seriusly as dry as that.. klu kita sentuh surface tu takde lekit langsung.. then baru pop into oven 12min suhu 160-170 degree celcius. Atas alasan macaron ini, kalau hari hujan, jawapannya? DON'T BAKE MACARON!

Abes kalau dah masa dah suntuk ada orang order nak buat camna? Bukan lah tak boleh buat langsung, tapi kegagalan at your own risk ok...haha.. macam saya sebut di atas, macaron mesti kering macam kulit kena aircond.. so solutionnya ialah aircond...:).. bagi yang takde aircond, memang sedih.. tapi ada satu cara lain yang saya guna dulu before aircond installation, turn on oven, buka pintunya letak baking tray nearby, so udara panas tu mengeringkan macaron..

Ada beza tak antara kering dengan aircond dengan kering dengan oven?of cos ada beza, terutamanya tukang bakarnya.. satu boleh bersejuk2 sambil tunggu masa bakar, satu lagi panas nak nanges...haha

Selamat mencuba buat macaron

Pics:
1. Macaron kering guna aircond
2. Macaron kering guna udara oven

Wednesday, May 1, 2013

Kek chocville

Assalamualaikum wbt..
Ok memang lama tak update blog.. memang tahap sloth, takde idea di tambah dengan takda apa nak dikisahkan dengan kerjaya pembuat kuih ni.. Takde bengang ngan bos, takde nak curi tulang tengok fb dan juga tak payah berebut parking lot...hahaha

Sebagai penambah perisa entry ini jemput tengok gambar kek hasil tunjuk ajar Kak Zalina Bzeebakery.. Dalam list ada banyak lagi nak attend, tapi tunggu duit berkepok2 :)

Ombre cake with italian buttercream frosting
weight : ~1.8kg
diameter : 8 inch
price :  RM85.00

Royal caramel ( hazelnut torte with salted caramel cream)
weight : 1.2kg
diameter : 8 inch
price : RM70.00

Sebenarnya ada 2 kek lagi (kek kukus enam bulan dan kek lobak) lagi yang dibuat semasa kelas hari tu.. tapi proses mengambil gambar terganggu oleh kucing yang nak mengecek buttercream tu je.. so end up malas nak ambik gambar.. Memandangkan stok kek menimbun, kami pun duduk berdua je kan, so kita distribute serba sikit dekat jiran2.. terharu dengan jiran tau sebab tolong promote, lepas makan kek esoknya terus ada prospek (hahaha macam MLM plak).

Royal caramel cake transform into a soccer field cake)
weight : 2.5kg
dimension : 12inch x 8 inch 
price : RM140.00

Harap-harap prospek jiran suka.. ampun lah kalau deco kek ini amatur sekali rupanya.. cake decorating class is in list anyway..

Ok, sekarang sudah ada tambahan kek selain kek macadamia butterscotch yang tersangat epik tu..hihi

Saturday, March 2, 2013

Minggu berkat

Moga yang dapat berkat, yang memberi pun berkat dan yang membuat pun berkat :)

Wednesday, February 20, 2013

Wordless wednesday : menguji rasa kek Macadamia Butterscotch

Sebelum membuat untuk kucingorengemok hari tu sangat nervous.. memang masuk mimpi.. Sampai saya hold announcement ttg kek ini sampai dapat feedback...hihi

Kali ni saya buat small version 4" uneven square, 500g cake untuk rasa sendiri..sebelum open untuk order besar2.. suami saya cakap sedap, dia ulang kali suruh suapkan (munpel).. Saya rasa ...... haha malu je tau puji kek buatan diri sendiri...

Enjoy the pics... nak sambung buat macaron org sebelum cuaca mendung :)

Sunday, February 17, 2013

Hari meroti ; Chicken floss roll

 Roti penuh kasih sayang.. corak tengah2 pun bentuk love.. tapi suami ai kata ' bentuk love ke, bukan bentuk le coq sportiv?...grrrr!

 Roti benggali..Gluten chain yang mempersonakan.. haha ini semua poyo!


Disebabkan durian dah hujung2 musim kita main2 CSI benda lain pulak lah.. Kang tunjuk gambar durian crepe pun bosan  plak..dah la kedekut resepi 5 tepung..haha

Sekian lama ai tinggalkan seni pembuatan roti ni.. hihi hasil dari pergi belajar dgn cikgu cina..tapi sebab cikgu tu dulu pelat2, lupa plak nama dia so bermula minggu lepas mula lah balik meroti.. Sebenarnya lebih kepada revision resepi dulu.. Alhamdulillah menjadi, tapi roti chicken floss roll ni inspired by mamazieza..cikgu cina tak ajar bentuk spiral, dia ajar buat bentuk bun..  Tapi sebabkan akak belum gi blajar pun ngan mamzieza, maka rupa roti ini amatlah amatur sekali..haha..

Setakat ini belum buka untuk jualan ya..Nanti dah cantik meletup2 saya war2kan supaya korang beli..haha

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday : Paperless Resume


Zaman sekarang resume dah paperless
Mungkin dalam bentuk Macadamia Butterscotch Cake..haha
#terharu sampai rasa nak gantung pic kat rumah macam Sulaiman Akhlaken gantung gambar Ismet Ulam Raja

Wednesday, January 23, 2013

Macaron 2013


Assalamualaikum wbt..
Rasa macam lama sungguh mengabaikan cerita macaron..hihi.. yela kan hujung tahun hari tu selalu hujan.. Kalau buat macaron tu ibarat invest kat kaunter yang harga merudum.. haha tapi harga macaron remain cam biasa.. yang ruginya sebab macaron mudah rosak/fail di kala cuaca lembap.. so kita ganti la dengan durian crepe kejam mata tu kan..


Bila dah  lama cuti membuat macaron, rasa neves terlalu amat sangat..neves terlampau tersangat.. memang tersangat2an lah.. Sampai sebenarnya semalam rasa nak refuse dah order akak Jabatan Audit (saya lupa tanya nama akak..haha).. Tapi sampai akak tu video call pujuk mintak buat kan juga.. Maka mak gagahkan hati.. hihi jadi mak rasa macaron hari ni cemerlang rupanya sebab akak tu kot doa sangat2..


Harga macaron masih macam dulu.. cuma sbb packaging 12 pcs payah nak dapat so sekarang mak tukar bekas, so isi sekarang 15pcs.. Harga RM30.. Satu lagi 35pcs, harga RM65..  Eh macam menyelesaikan masalah lak tulis fakta memanjang.. so saya update lagi point harga macaron adalah seperti berikut ;
<15pcs : RM2.50/pcs 
( contoh nak 6 pcs sahaja, flavor lain.. harga = RM2.50 x 6 = RM15)
15pcs : RM30
35pcs : RM65
Flavor : chocolate, coffee, orange, salted caramel, vanilla cream
* pembelian >RM50 je kita consider delivery ya.. kurang dari tu bergantung kepada keadaan contohnya kalau kebetulan kami lalu kat area berdekatan rumah tuan2 dan puan2, tiba2 delivery tu jadi boleh..

Oklah ituje.. kang tak pasal2 nanti banyak lagi contoh..hahaha

Monday, January 21, 2013

Fazlova eh Pavlova :)

Pavlova..:)
Meringue dengan lapisan cream bavarian mascarpone dan potongan buah2an segar ( strawberry, anggur/kiwi, mangga, markisa )
Mini pavlova ;
 4pcs : RM12.00
16pcs : RM40.00

Kalau nak buat sendiri boleh refer resepi di sini

Sunday, January 6, 2013

Kek lapis jambi

Beza pro ngan amatur..haha

Learnt my lesson today ; tak payah cuba healthy kan kek kaya telur dan gula ini.. Kan dah tak pasal2 kek jadi keras.. The fat works to keep the cake moist ok..

Bagi cheq rehat2 sat.. Nanti kita try bakaq lagi.. Grrrrrr..

Haha resepi masih simpan macam simpan dinar..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, May 7, 2012

Fast, fresh and simple ~ Donna Hay

Hihi blog ini sudah bersarang anai-anai agaknya...lama tak update... Ialah siri kehidupan agak biasa2 saja... Kadang masa tak mo update tetiba idea mencurah-curah.. Tapi bila bukak blogger tetiba dah lupa... Haha banyak makan semut agaknya...hihi


Minggu ini agak menyeronokkan.. Sbb ibu bapa dan adik beradik saya datang rumah... Dtg jalan-jalan dan juga untuk attend majlis resepsi anak kazen saya.. Oh no! We are uncle and auntie...hihi...


Oh berbalik pada gambar di atas, sbb banyak here and there saya rasa macam tak sempat buat apa-apa yg special sempena kehadiran ahli keluarga saya... Tambahan plak lifetime partner saya demam2 comel... So masa otw balik rumah pas jadi supir lawyer, saya singgah beli cheesetart di bakery di Bandar Baru Bangi.. Huuu tapi perasaan homemade tu datang jugak... Hiii tak boleh jadi, saya gagahkan jugak diri buat cupcake insiprasi Donna Hay ; Double Choc Cupcake ni...


Cupcake ni agak simple.. Semua proses include thaw butter dan telur hingga pack dalam bekas sekitar 1 jam 15 min... Tapi since masa packing cupcake masih suam2,saya just sprinkle atas cupcake dengan gula icing ayak.


Donna Hay Double Chocolate Cupcake


125g unsalted butter

3/4 cup gula kastor

1 cup tepung gandum - diayak

1/4 cup serbuk koko - diayak

1.5tsp baking powder

1/2tsp baking soda

1/2 tsp garam

2 tsp vanilla

2 biji telur

1/2 cup buttermilk - saya guna susu + lemon jus

150g coklat - dicairkan


Biarkan butter, telur dan susu perah lemon dlm suhu bilik.

Panaskan oven 160c.

Ayak tepung, koko, baking powder & soda dan garam.

Cairkan coklat dan sejukkan

Pukul butter bersama gula sampai kembang.

Masukkan esen vanilla

Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai adunan kembang dan berwarna pucat.

Masukkan bahan ayak berselang seli dengan susu lemon.

Setelah semua sebati, masukkan coklat cair secara kaup balik.

Masukkan dalam paper cup 3/4 penuh.

Bakar dengan kepanasan 160c selama 30 min api bawah sahaja.


Untuk frosting, blh juga guna buttercream atau apa2 ganache...hihi tapi disarankan frosting yang ringan sebab cupcake ini sangat lembut..


Cupcake ni menepati motto Donna Hay " fast,  fresh & simple" (TLC 707,  Selasa 7.00pm).. Rasa plak sangat sedap tak ingat!...


*Saya guna butter brand Anchor, butter brand ni cepat lembut dan cair...tak perlu thaw lama... One more news saya baca di The Star hari tu, butter Golden Churn dah halal...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

A bunch of cheese roses on the velvety red cake



Excited bila berjaya pipe bentuk roses atas kek...hihi dah lama saya tak baking lepas kek saya turn out to apam balik texture... This time baking and decorating turn out just like i wanted it to be eventho far from perfect...hihihi

Tapi untuk mengurangkan faktor kegagalan tu, kali ni gigih saya tulis balik resepi Joy of Baking supaya otak saya blh ingat resepi tu... Haha tapi as usual saya masih kekal derhaka resepi sikit2...

Red velvet (joy of baking)

250g tepung naik sendiri

1/2tsp garam

11/2 tbs cocoa powder

1/2 cup mentega

1/2 cup (113g) butter - saya round up jd 115g

11/2cup gula - saya kurangkan 1/2 cup, saranan saya stay with 11/2 cup!!

2 biji telur A

1 tsp vanilla

1 cup buttermilk - saya guna plain yogurt

2 tsp food coloring - saya guna deep red americolor food gel

1 tsp cuka - saya guna apple cider

1 tsp baking soda

Ayak tepung, cocoa powder dan garam

Dalam mixing bowl, pukul butter + gula + telur + vanilla.

Sementara itu campurkan yogurt dengan food color

Rendahkan kelajuan mixer, masukkan campuran tepung dan yogurt berwarna secara berselang seli.

Pukul sampai semua bhn sebati, sementara tu campurkan cuka dan soda.

Berhentikan mesin dan masukkan campuran soda cuka ke dalam adunan secara kaup balik.

Bahagiankan adunan kepada dua bahagian dan bakar selama 30 min 160c - saya bhg dua loyang, each loyang dpt 450g batter.

Resepi frosting

250g cream cheese - saya guna 500g

250 mascarpone

1 tsp vanilla

1 cup gula icing

1 1/2 cup cold heavy whip cream

Pukul cream cheese + vanila esen + icing

Pukul heavy cream sampai kental

Satukan heavy cream dengan campuran cream cheese dan gula.

Letak dalam piping bag, sejukkan seketika.

Bila keras sikit, baru frost keknya okay :)

*jgn kurangkan gula resepi ini klu nak kek anda supersedap!

*apple cider buat cake rasa a bit appley (haha ada ke kata sifat cam ni)..macam asam gambir pun ya.. Kalau alah cuka, blh gnti dengan lemon.

* saya guna loyang 7"_

* whip cream dlm kandungan frosting blh dikurangkan dan tambah sikit lagi gula icing esp klu nk buat hias2 sbb cuaca yg pns di m'sia blh buat anda menghias sambil menangis...haha

Selamat mencuba :)

Published with Blogger-droid v2.0.4
myfreecopyright.com registered & protected