Pages

Sunday, March 1, 2015

Ganache karamel masin ( salted caramel ganache)

Assalamualaikum wbt

Hai hari ni paksa lagi diri keluar dari rasa malas dan perasaan tak de idea dan terus menaip. Kali ni saya sambung dengan resepi ganache karamel. Selepas beberapa entry paksaan ni nanti mungkin kita boleh gabungkan kesemuanya menjadi sebiji kek... hihi harap-harap kan.

Kali ini resepi ganache karamel yang biasa saya letak pada kek. Ada yang kata membuat ganache karamel ni leceh. Ya betul, saya pun rasa leceh masa mula-mula buat dulu. Tapi alah bisa tegal biasa. Jadi step yang dikongsikan ini adalah cara yang paling simple dan insyaallah jadi dengan izin Allah.

Resepi ganache karamel masin

100g krim
60g coklat putih

Cairkan bersama dengan kaedah double boil.

150g gula kastor
30g butter
1 tsp penuh garam

Cairkan gula sehingga bertukar warna keperangan. Hati-hati sebab gula karamel tersangat panas
Masukkan coklat dan krim. Gaul menggunakan whisk
Masukkan butter dan diakhiri dengan garam
Biarkan sejuk dan dah boleh jilat sudu...yeay

Tips:

1. Guna api perlahan untuk cairkan gula. Elak gula menjadi berbuih sebab nanti rasanya pahit.
2. HATI-HATI! Gula yang mencair sangat panas
3. Elak menuang krim sejuk ke atas karamel, krim sejuk menyebabkan karamel menjadi ketulan.
4. Sebaik-baiknya kuali yang khas untuk membuat sos karamel. Kuali ikan dan ayam tidak digalakkan.
5. Kalau lebih suka pekat ( ganache), lebihkan coklat. Kalau nak cair ( berbentuk sos) lebihkan krim.

SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, February 28, 2015

Kek vanilla mudah tanpa ovalette

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua, sebab lama sangat tak update blog, so 1st entry setelah lama menghilang ni dengan kek span tanpa ovalette

Kebanyakan resepi Chocville menggunakan resepi kek span tanpa ovalette ni. Tapi untuk lain-lain jenis kek, kita olah lah campuran nya sikit-sikit. Kenapa saya tak guna ovalette dalam kek sebab nak mengurangkan unsur-unsur pengawet atau bahan-bahan penambah ( additive) dalam kek. Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang ovalette, blog aku.zack ada penerangan panjang lebar tentang ovalette.

Kek span vanilla

5 biji telur A
150g gula kastor
125g tepung gandum -di ayak
80g butter dicairkan
1tsp vanilla

1. Pukul telur + gula + vanilla sehingga kembang

2. Masukkan tepung dan dikaup balik sebati

3. Masukkan butter cair dan kaup balik sehingga sebati

4. Masukkan ke dalam loyang 8 inci - saya guna 2 loyang, setiap satu 300g

5. Bakar dalam suhu 180c selama 30-35min. Pastikan oven di panaskan 10min sebelum memasukkan kek

6. Sejukkan kek sebelum dihias atau dimakan hehe

Mudahkan? Untuk olahan kepada perasa-perasa lain nanti akan disambung di entry seterusnya. Haha rasa nervous nak tulis panjang-panjang sebab lama sangat tak blogging :p

Jumpa lagi insyaallah, assalamualaikum

Monday, March 24, 2014

Kek Chocville minggu (19 Mac - 22 Mac 2014)

Wednesday, January 22, 2014

FREE DELIVERY ;Putrajaya, Cyberjaya & Puchong - Jumaat (24.01.2014)

Tuesday, January 21, 2014

Pengajian di Surau An-Najah setiap Isnin/ Putrajaya

Assalamualaikum wbt Just nak sharing info pengajian ( Tafsir Ibnu Abbas dan Syamail Muhammadi) terutama untuk yang berdekatan Putrajaya, Cyberjaya dan Dengkil.

Kelas diadakan lepas Maghrib - lepas Isyak setiap Isnin di Surau An-Najah Presint 9 ( surau dekat sekolah ).

Sebenarnya saya pun bukan la selalu pergi, kadang-kadang lompang-lompang..:( Ok ni salah satu doa yang Ustaz Amin kongsikan semalam.