Pages

Saturday, December 22, 2012

FAQ untuk pengorder newbie crepe chocville

Soalan 1
Q: Apakah durian crepe?
A: Durian crepe ialah sejenis dessert yg mempunyai 3 elemen ; kulit yang dipanggil crepe, krim dan isi durian. Ketiga2 elemen ini disatukan dengan membungkus krim dan isi durian dengan kulit crepe tadi dengan lipatan sampul surat. Yang magiknya yang terhasil ialah ' bantal durian' a.k.a durian crepe.

Soalan 2
Q: Durian crepe tu rasanya mana?
A: Bergantung kepada resepi yang digunakan.. Ada yang menggunakan cream whip berasaskan susu, ada yang guna cream whip bukan susu, ada juga menggunakan krim campuran antara custard dan whip cream. Rupa krim2 ni hampir serupa tapi sensasi rasa berbeza..

Soalan 3
Q: Chocville guna krim apa?
A: Kami saya guna krim yang dipanggil diplomate creme. Krim ini gabungan pastry cream a.k.a custard dengan whip cream. Maka ia mewujudkan suasana diplomasi antara penggemar custard dan whip cream :p

Soalan 4
Q: Kenapa mesti self pick up
A: Ini kerana kami saya one lady show. Dari beli bahan sampai la jadi sekotak crepe adalah kerja saya. Jadi memang mustahil saya berada di banyak tempat dlm satu masa. Memandangkan crepe durian ini amat sensitif dengan perubahan suhu, maka option terbaik ialah self pick up untuk mengelakkan ia jadi tempoyak crepe.

Soalan 5
Q: Kalau saya order crepe hari ini, bila boleh collect?
A : Bergantung kepada bilangan order. Biasanya setiap hari kami akan membuat sekitar 30-40 bekas crepe dan waktu collection boleh dibuat selepas jam 2.30pm hingga ke malam. Adalah dinasihatkan untuk tuan puan order awal jika mahu lebih dari 10 kotak memandangkan stok crepe memang sangat terhad.

Soalan 6
Q: Macamana nak order
A: SMS atau whatsapp 0136076706; taip CREPEADALAGITAK? Untuk tahu status bil crepe terkini atau order..hihi..Tunggu reply dari kami dan insyaallah order tuan puan kami proses. Tak perlu bayar deposit, tapi kami harap tuan puan tak back out.. Tapi kalau mahu back out juga bagitahu ya supaya crepe berkenaan boleh kami jual pada yang betul2 mahu.

Err ada soalan lagi tak? Mengah jawab soalan...hihi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, December 2, 2012

Entry iklan :)

Assalamualaikum wbt..

Huhu sungguh lama tak update blog.. Mind block pun ya..Sedikit sibuk pun ya.. Hihi memandangkan saya bukan selebriti blogger, tak update pun tak pe..hihi..

And again, update kali ni juga iklan..haha daripada tag kat fb korang pastu korang unfren ai sebab rimas asyik2 iklan, baik la saya iklan kat page sendiri.. Kalau sudi beli, syukur Alhamdulillah. Kalau belum sudi pun saya sabar menunggu :)

Seperti yang diketahui umum atau yang baru nak tahu  saya kan menjual durian crepe kat kawasan Dengkil, Cyberjaya dan Putrajaya, jadi sempena bulan Disember ni satu lagi produk baru yang Insyaallah, Japanese Crisp Puff Pastry.

Japanese crisp puff pastry filled with diplomat creme and durian pulp
6pcs per pack 
price : RM10.00

Oh ya selain dari itu, saya juga memperkenalkan option pembayaran menggunakan dirham ya.. Jadi yang insist bayar guna dirham Kelantan, saya terima dengan tangan terbuka :)

Untuk memudahkan perkiraan buat masa ini saya start dengan produk berharga; 
1 dirham = RM25, contohnya seperti choc chips cookies, meringue cookies dan 12pcs macaron atau;
2dirham = RM50, 5packs (=25 pcs) of durian crepe, brownies (9x9inch)

Mudah2an niat saya nak memartabatkan penggunaan dinar dan dirham Allah permudahkan.. :)

Last but not least, order durian crepe berjalan seperti biasa ya.. Setiap hari Insyaallah akan buat 25-30 packs, yang booking awal akan dilayan dahulu dan priority kepada yang sudi self picked up. Untuk order boleh sms atau whatsapp 0136076706

Ok dah abes iklan.. tq for reading..

Tuesday, November 6, 2012

Durian crepe bandwagon : orders open for Dengkil,Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Baru Bangi, etc

Assalamualaikum wbt

Ehemmmmm... Err lama tak update blog kan.. Bak kata seorang kucing kawan " makin duduk rumah makin malas update blog.. That's me lah tu..mungkin sbb tak de benda nak dicerita kot.

Hihi walaupun pun begitu saya ada iklan yang nak dikongsi.. Haha.. Iyalah kan dah asyik tengok org update status "durian crepe".. Esok tengok lagi " durian crepe".. Esok tengok lagi "durian crepe cross section" maka dengan ini saya declare untuk join the durian crepe bandwagon haha..

Jualan dah start minggu ini.. Satu box 5pcs = RM10.00.. Memandangkan durian crepe ini sangatlah fragile, maka mmg saya tersangat prefer customer self picked up kat rumah saya.. Untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya,  Dengkil dan Bandar Baru Bangi, saya tengah plan modus operandi penghantaran.. Tapi for the time being klu nak order min kena 5box atau RM50 nilai belian mana2 produk Chocville (haha macam baca buku akta plak!)

Durian crepe saya buat masa ini hanya menggunakan isi durian d24 serta diplomate creme dan kemudian dibalut dengan crepe nipis... Nanti kalau ada permintaan guna musang king boleh juga, tapi harga lain lah ya..^_^

Untuk order sms 0136076706 atau email nutaizaf@gmail.com.. Saya maybe tak sempat prompt reply, tp insyaallah noted.. Almaklumlah saya ni all in one.. Semua kena buat sendiri :p

Ok thanks for viewing the entry :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 11, 2012

Titleless Tuesday #2 ; Calling for Batu Pahat's orders

This is one of my current routine.

Selamat hari Khamis. Hihi saya ingat semalam dah Khamis.. Sebab saya gelabah nak siapkan order kuih cepat sangat nak malam jumaat!

Hari raya Eid Adha ni Insyaallah suami saya kata kami will celebrate kat Batu Pahat, so untuk BatuPahatian order macaron, kueh tart dan choc cluster boleh place dari sekarang  Khamis-Ahad (11/10/12-14/10/12) yeh.. Kalau tak bergantung kepada extra kuih yang saya bawak balik lah ye..

Update harga ;
Macaron (12pcs per box) : RM25.00
Kueh tart nanas ( 50pcs per box) : RM33.00
Choc cluster ( 50pcs per box) : RM25.00

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 6, 2012

Macaron lagi :)

Assalamualaikum wbt..
Lama tak cerita pasal macaron kan... Hihi sebenarnya saya nak post entry ni kat blog chocville, tapi ntah kenapa menda alah kuinochi tu dengki sangat kat saya..dah kena buang dari sini, dia menjangkit ke blog situ plak..grrrrrr..

Hihi pic2 macaron ni saya snap pakai phone, edit pki instagram.. Haha ye la kan, mcm tak smartphone gitu kalau tak download instagram apps.. So saya guna la aplikasi tu memandangkan ia social network juga dan boleh memberikan pencahayaan yang cantik kat gambar macaron saya.. Sila la browse @zulfaz bila bukak instagram hihi..

Oh dah alang2 cerita pasal macaron, jika nak tempah boleh la email nutaizaf@gmail.com. . 1 bekas macaron ( 12pcs) berharga RM25.00.. Kalau untuk doorgift boleh juga tempah.. Contoh2 doorgift boleh tengok kat facebook chocville. Ok tu je..dahhhhh

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 4, 2012

Titleless Tuesday #1

Asal mangga menjadi debu?...

Haha sebenarnya bila lama tak update blog memang makin takde idea.. Lagi kalau jumpa boss pagi petang siang malam.. Takde geng gossip.. Geng gossip online plak tak patut la kalau di blog kan sbb lambat laun dibaca juga..

Serius takde idea.. Tapi saya tepek juga pic bread starter saya tu supaya kawan saya yang ada pak guard teka teki teka tekuk ular mati dalam mangkuk tak claim saya malas blogging..haha

Oh kalau nak buat roti guna starter di atas boleh refer resepi ni kat Wooden Plank Kitchen.. Tapi tu bukan resepi terbest tau..masih try n error.. Kalau resepinya dah best nanti baru korang try..kalau tak buang karan je.. Elektrik dah la nak naik tariff.. Hihi

Resepi di sini

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 26, 2012

Raksasa Kuinochi.info telah dikalahkan!!!!

Assalamualaikum wbt..
Ohhh my blog... Rasa nak nangis terharu sebab akhirnya dapat mengalahkan page kuinochi.info yang mengganggu keamanan blog ini.. Haha terpaksa ai setup blog baru nak share riak resepi masak2..haha

Lepas ni semua entry resepi akan di update dalam Wooden Plank Kitchen ye.. Blog ni untuk nak sambung mood rehat..hihihi...

Resepi sambal hitam ada di WPK :).. haha tiba2!!

Tuesday, September 18, 2012

Kudapan hari raya 2012 ; RM25 sahaja :)

Iklan raya keluar lagi ye.. (haha dah tinggal blog berabuk tetiba kuar iklan raya :p )

Choco cornflakes ; RM25 per tub ( 50+ pcs )

almond cluster : RM25 per tub (50+ pcs)

 cornflakes almond meringue : RM25 per tub (50+ pcs)

Kalau nak order awal untuk makan2 sebelum kecur di bulan puasa pun boleh.. Emailkan order ke nutaizaf@gmail.com dengan tajuk KUDAPAN RAYA eh..

Harga tidak termasuk kos pengeposan :)

Wednesday, July 25, 2012

Menu ramadhan #3: Siakap kukus dan tomyam udang bunga kobis

Bila blog asyik terjadi kuinochi.info ni mmg buat hati jadi moody...grrrr

Menu hari ni sbnrnya untuk puasa hari ke empat..tapi kt blog jadi #3 plak.. Tu mcm fazya.blogspot.com bertukar jadi kunoichi.info la...grrr

Ikan kukus

1ekor ikan siakan
2 btg bunga kantan*
3inci halia*
Sebiji bawang besar*
2ulas bawang putih*
7-8 biji cili*
2tsp garam
11/2 tbs gula merah
21/2 tbs jus lemon

Letak ikan dlm casserole plate dan masukkan semua bahan. Bahan * dicincang kasar.
Panaskan pengukus dan kukus ikan dlm 35-40min.

Tomyam udang dan bunga kobis

1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk kecil bunga kobis
1 biji bawang besar
2 inci halia
1 inci lengkuas - saya xde
3 tbs cili kisar
2-3 batang serai
7-8 biji cili padi
2 sudu sos ikan
1tbs gula merah
Jus dari sebiji lemon
1 liter air
2 sudu santan pekat
Minyak untuk menumis

Panaskan periuk dan masukkan minyak.
Tumis bawang halia serai dan cili kisar. Tumis sampai wangi.
Masukkan air biar sampai mendidih.
Masukkan cili padi, sos ikan dan gula merah. Kemudian masukkan jus lemon dan santan.
Masukkan udang dan bunga kobis. Biar reneh seketika dan siap dihidang.

P/s ; kawan saya ckp cara nk view blog ni kena print screen cecepat before bertukar jd kunoichi.info...grrrrr

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

Menu ramadhan #2 : Burger with beef patties top with sauted mushroom smear with cauliflower sauce

Assalamualaikum wbt
Hihi sebelum mood nk update menu ramadhan ke laut baik la mulakan sekarang...haha.. Padahal tadi dah moody jap sbb blog tetiba tertukar jadi koinoichi.info... Apesal ntah.. Maybe nk iklan suh tukar domain berbayar kot.. Maybe la..tapi mak cam tak kuasa je..

Ok menu ramadhan #2 ialah beef patties top with sauted mushroom and smear with cauliflower sauce.. Haha nama suka nak bagi panjang dua marhalah tau..

Tapi kali ni burger tak fully homemade macam hari tu la sbb rotinya roti beli.. So resepi hari saya ceritakan tentang resepi patties dan saucenya aja ya..

Resepi patties

400g daging cincang
11/2 tsp garam
2-3tsp black pepper
Daun bawang lebih kurang setengah genggam
Dua biji lada dimayang halus
Sebiji telur
2tbs minyak zaitun

Campurkan semua dan gaul sampai sekata.
Timbang kepada bahagian yang sama, dibulat2 kan dam dileperkan.
Panaskan pan atau panini grill sampai betul2 panas.
Griskan dgn minyak - sedikit sahaja
Letak patties atas pan.
Pan sear sampai kedua2 permukaan kelihatan browning caramelized.

Cauliflower sauce

Sebiji bawang
Semangkuk kecil bunga cauliflower (ambil bhgn bunganya sahaja.omit batangnya)
2tbs butter
11/2 tbs tepung gandum
500ml air
1/3cawan krim - boleh guna susu sejat
Garam
Blackpepper

Tumis bawang,  masukkan cauliflower dan air.
Biar sampai didih dan kisar guna hand blender.- kalau guna blender biasa sejukkan sekejap ye.
Gunakan pan goreng patties tadi masukkan butter dan tepung. Goreng tepung sampai sebati ngan butter dan masukkan cauliflower yg dan blend tadi.
Kacau sehingga mendidih dan pekat. Tambah air sedikit jika terlalu kental.
Masukkan krim, perlahankan api.
Season kan dengan garam dan blackpepper.

Sauted mushroom

Semangkuk shimeiji mushroom
Semangkuk cendawan tiram
11/2 tbs butter
Garam

Panaskan pan
Masukkan mushroom dan biar atas pan sehingga ada yg kelihatan kecoklatan.
Masukkan butter dan season dengan garam.

Bila semua elemen dah siap just assemble burger ikut kesukaan masing2..hihi.. Oh jangan lupa tomato potong ok.. Kang tak makan sayur suami kita akan bebel2 sedikit. Kalau nk rasa lemak lagi boleh tmbah cheese tp sebab lemak kt badan kami dah banyak kami tak letak cheese..hihi.. Tapi since homemade patties ni padat, sebiji burger pun dah sangat kenyang walaupun resepi ni dapat 4-5 keping quarter pound patties..:)

p/s : kalau tak letak daun bawang dan cili dalam patties tu pun takpe.

Kalau nak try uli roti sendiri, resepi rotinya di sini

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

Menu ramadhan #1 : Mee kari

Assalamualaikum wbt :)
Dah ready nak puasa? Hihi ibu2 mesti dok sebok stock up fridge ngan lauk2 dan juga nugget/ drummet sbb kalau kantoi lambat bangun sahur tu la penyelamat kan..

Tu belum cite time buka yang serabut mengadap jem pastu balik rumah dh flat. So boleh try menu easy peasy ni dan everybody rasa mcm berada di rumah terbuka.. Haha puasa pun belum tetiba rumah terbuka..

Ok sempena puasa ni saya plan nak share resepi ramadhan yg saya buat tiap hari.. Konon la kan.. Nanti korang tengoklah resepi ramadhan tu sampai # berapa...haha..

Mee kari

250g mee kuning dicelur
Segenggam sawi di potong 2inci dan dicelur
Tauhu di goreng dan dipotong
Telur rebus dibelah dua
Daun bawang
Bawang goreng
Lada potong

Untuk kuah
3 -4 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1 inci halia*
2inci kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
1 biji buah pelaga
2 sudu besar cili boh
4-5 sudu besar kari di campur air jadi pes
200g santan
1 liter air
300g isi ayam
200g fish ball n fishcake

Blend *
Tumis kulit kayu manis cengkih dan buah pelaga.
Masukkan bhn* dan tumis sampai naik bau.
Masukkan cili boh dan tumis lg. Masukkan pes kari. Kacau rata dan masukkan suku liter air.
Masukkan ayam. Biar sampai didih. Masukkan santan. Perlahankan api.
Tambah air kira2 menepati kepekatan yg dikehendaki.
Masukkan fish ball n fishcake.
Biar reneh/ api sgt perlahan sampai waktu nk mkn..:)

Masa assemble lagi awesome kalau celur sekali mee dan sawi dalam kuah kari tu seminit dan kemudian baru tuang kuah kari.

p/s : semalam suami saya cakap dia teringin makan mee kari kat kedai. Balik rumah tadaaaaa! isteri dapat telepati buat mee kari.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Bahulu lapis

Assalamualaikum wbt semua. Jom tea break sambil bahulu lapis. Oh suppose bahulu ni digulung kan? Tapi adalah orang tak berapa pandai nak gulung pandai2 tukar jadi lapis *toleh tengok orang lain ~ ada ke?*

Saya tak plan pun buat bahulu. Memandangkan saya ada dateline order doorgift macaron untuk majlis Rakan Jihad Bisnes Dewan Perdagangan Islam Msia (Putrajaya) dan beberapa order individu weekend ni. So gigih la mengasingkan egg white and yolk. Elok sebiji, dua biji, tiga biji terasing. Masuk yang keempat elok la seluruh yolk tu termasuk dalam bekas egg white. Hah!mood ke laut terus!...

Tapi ting!!!!!! Idea datang. Saya grease kan loyang 8x8inc dgn parchment paper masukkan empat2 biji telur tadi dalam mixing bowl, bersama 80g gula castor, kemudian dipukul sampai kembang. Masukkan 1tbs vanila esen dan pukul lagi. Setelah adunan kembang almost double dan warna kuning pucat, masukkan 90g tepung yang telah diayak. Masukkan perlahan2 sedikit demi sedikit dan digaul secara kaup balik. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 20-25, 165°c. Bila bahulu masak, kuarkan dari oven dan terus terbalikkan atas parchment paper yang lain sapukan jem yang anda suka. Saya tekak tradisional so saya letak jem nanas.

Tips ;
Kalau tak mahu bahulu melekat kat parchment paper, lepas grease kan, ayak lapisan nipis tepung baru letak bahulu batter.

P/s : saya berpendapat bahulu suppose takda buttery taste (kecuali dari kesan grease loyang ja) , a bit crusty tapi bahulu gulung kebelakangan ini soft like swissroll dan tak tahan lama. Dah dua kali raya ayah saya beli ditempat yang biasa dia belikan masa saya sekolah dulu.. Tapi dua-dua tahun bahulu gulungnya macam basi. Tak boleh nak iklan kat husband kuih kegemaran saya...:(

Published with Blogger-droid v2.0.6

SABAR

Bersabarlah kala menempuh dugaan.
Bersabarlah jua dikala dilimpahi nikmat.

Dunia ini penuh dengan ujian

"Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya demikian itu amatlah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Surah Al-baqarah ayat 45)

Salam jumaat, moga barakah untuk kita semua :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 3, 2012

Frozen mango yogurt

Both of us memang penggemar ice cream tegar... Kemunculan tutti fruiti kat Cyberjaya tu memang macam benda paling menggembirakan... Hihi tp TF tu mengempiskan wallet uolls.. So kena la cari satu alternatif buat ice cream sendiri...:)

Hihi tapi since saya takde ice cream maker (kelip2 mata pada berkenaan).. So frozen mango yogurt ni dihasilkan dengan bantuan blender...hihi

::Resepi::
Isi dua biji mangga (dipotong dadu dan di frozenkan semalaman)
250g plain yogurt
2sudu kecil susu pekat manis * boleh diganti dgn madu

Blend semuanya sekali sampai smooth.
Boleh mkn straight lepas blend atau simpan dulu.

Suhu sejuk buah yang frozen tu akan hold tekstur jd mcm cream dan xrunny... Tp klu nak buat minum2 tak payah frozen kan pun boleh.. Cuma klu nk freezekan dari teksture runny tu, ice cream yg terhasil kurang smooth ada crystal2 ice.. Boleh juga tukar dgn buah2an lain, tp amount gula/madu/susu pekat manis tu adjust ikut selera masing2 yeh..

Ok selamat mencuba semua :)

P/s : modalnya 1/4 dari harga 1 tub kecik TF

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

Hit it?

7am-11pm (turkish/iranian menu)
10am-5pm (malay menu)
Neocyber, Cyberjaya *alamat penuh tak tau

~suami saya cakap as par as Ariana dan Ariana. .hihi
~saya rasa sedap juga tapi i prefer if they served with soup...
~ada satu sauce kah atau gravy kah warna macam masak lemak cili padi tapi the taste more to lemony + tumericky + yougurty... Rasa camtulah.
~fruit juice diorg healthy kot sbb mcm xrasa gula...haha my unhealthy taste bud saying "put some sugar plsssssz".. Tp mmg rasa buah sgt rich..satu gelas 3-4biji oren...oh kaunter air tak jauh dari meja makan...so tak payah intai masuk dapur...hihi..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 29, 2012

Macaron lagi eh :)

Dah la tak bagi alasan kenapa lama tak update blog, bila dah rajin blog asyik update iklan je eh...hihi

Jemput la refer fanpage chocville eh ( menyampah tau macam la glamer sangat ada fanpage hihi )

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 28, 2012

Hidangan penyelamat

Hihi whenever i don't have any idea what to cook, the safers choices are between Nasi Ayam or Nasi Lemak.


My husband said " i can't accept the reason you don't have any idea wat to cook since you religously watched AFC and TLC "


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 23, 2012

Sorbet limau nipis

Hihi hari ini cerita masih berkisar tentang kegunaan battery operated mini beater.. Semalam saya gunakan ia dalam proses pembikinan sorbet limau nipis..


Resepi sorbet limau nipis saya guna resepi ini. Tapi saya separuhkan resepi sbb saya tak mau over confident dgn mini beater saya...


Ok saya rewrite resepi yang saya separuhkan.


125g gula kastor

1cawan air

Parutan kulit dari 3-4 biji limau

Perahan jus dari 3-4 biji limau

20g putih telur ( saya anggaran sebiji telur gred A ada 40g putih telur)


Campurkan gula, air dan parutan kulit. Masak hingga gula larut dan ketepikan.

Perah jus limau dan tapis untuk asingkan biji.

Asingkan telur putih dan kuningnya. Pukul putih telur sehingga kental (stiff peak) menjadi meringue

Masukkan sirap gula dan jus limau ke dlm mangkuk meringue dan terus pukul. Meringue akan terapung2,tapi jgn panik sbb itu adalah normal.

Simpan dalam freezer selama 3 jam dan kemudian kocak lagi. ~ resepi asal guna blender,saya malas.

Simpan lagi sehingga beku. Esok dah boleh makan...hihi :)


Tips ;

1. Jika masa nk pukul putih telur tu macam lama sgt, masukkan sikit perahan limau tu pun boleh membantu mempercepatkan proses pengentalan meringue.

2. Simpan dlm freezer pada 3 jam pertama menggunakan mangkuk stainless steel membantu mempercepatkan proses penyejukkan.. Hihi org yg kurang sabar macam saya siap letak ais tambahan bawah mangkuk steel tu untuk biar lagi cepat sejuk..


Senang kan? Hihi kalau ada hand mixer xyah la beli mini beater tu.. Guna hand mixer lagi senang... So selamat mencuba... :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 22, 2012

Teh Pukul

Hihi abaikanlah kemalasan saya update blog ni... Blogwalking sekali sekala, blog commenting pun zero...


Tapi hari ni lawat blog Ribbonclown buat teh tarik frothy guna egg beater,hihi i did same thing this whole one week... I bought this battery operated egg beater at Daiso IOI Puchong..


Sila dapatkan di Daiso yg berdekatan sebab harga dia RM5.00 je...hihi plus kena la beli bateri ok..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday : Typewriter Guardian

Or should i say she is 'Panda & The Typewriter'


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 7, 2012

Fast, fresh and simple ~ Donna Hay

Hihi blog ini sudah bersarang anai-anai agaknya...lama tak update... Ialah siri kehidupan agak biasa2 saja... Kadang masa tak mo update tetiba idea mencurah-curah.. Tapi bila bukak blogger tetiba dah lupa... Haha banyak makan semut agaknya...hihi


Minggu ini agak menyeronokkan.. Sbb ibu bapa dan adik beradik saya datang rumah... Dtg jalan-jalan dan juga untuk attend majlis resepsi anak kazen saya.. Oh no! We are uncle and auntie...hihi...


Oh berbalik pada gambar di atas, sbb banyak here and there saya rasa macam tak sempat buat apa-apa yg special sempena kehadiran ahli keluarga saya... Tambahan plak lifetime partner saya demam2 comel... So masa otw balik rumah pas jadi supir lawyer, saya singgah beli cheesetart di bakery di Bandar Baru Bangi.. Huuu tapi perasaan homemade tu datang jugak... Hiii tak boleh jadi, saya gagahkan jugak diri buat cupcake insiprasi Donna Hay ; Double Choc Cupcake ni...


Cupcake ni agak simple.. Semua proses include thaw butter dan telur hingga pack dalam bekas sekitar 1 jam 15 min... Tapi since masa packing cupcake masih suam2,saya just sprinkle atas cupcake dengan gula icing ayak.


Donna Hay Double Chocolate Cupcake


125g unsalted butter

3/4 cup gula kastor

1 cup tepung gandum - diayak

1/4 cup serbuk koko - diayak

1.5tsp baking powder

1/2tsp baking soda

1/2 tsp garam

2 tsp vanilla

2 biji telur

1/2 cup buttermilk - saya guna susu + lemon jus

150g coklat - dicairkan


Biarkan butter, telur dan susu perah lemon dlm suhu bilik.

Panaskan oven 160c.

Ayak tepung, koko, baking powder & soda dan garam.

Cairkan coklat dan sejukkan

Pukul butter bersama gula sampai kembang.

Masukkan esen vanilla

Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai adunan kembang dan berwarna pucat.

Masukkan bahan ayak berselang seli dengan susu lemon.

Setelah semua sebati, masukkan coklat cair secara kaup balik.

Masukkan dalam paper cup 3/4 penuh.

Bakar dengan kepanasan 160c selama 30 min api bawah sahaja.


Untuk frosting, blh juga guna buttercream atau apa2 ganache...hihi tapi disarankan frosting yang ringan sebab cupcake ini sangat lembut..


Cupcake ni menepati motto Donna Hay " fast,  fresh & simple" (TLC 707,  Selasa 7.00pm).. Rasa plak sangat sedap tak ingat!...


*Saya guna butter brand Anchor, butter brand ni cepat lembut dan cair...tak perlu thaw lama... One more news saya baca di The Star hari tu, butter Golden Churn dah halal...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

A bunch of cheese roses on the velvety red cake



Excited bila berjaya pipe bentuk roses atas kek...hihi dah lama saya tak baking lepas kek saya turn out to apam balik texture... This time baking and decorating turn out just like i wanted it to be eventho far from perfect...hihihi

Tapi untuk mengurangkan faktor kegagalan tu, kali ni gigih saya tulis balik resepi Joy of Baking supaya otak saya blh ingat resepi tu... Haha tapi as usual saya masih kekal derhaka resepi sikit2...

Red velvet (joy of baking)

250g tepung naik sendiri

1/2tsp garam

11/2 tbs cocoa powder

1/2 cup mentega

1/2 cup (113g) butter - saya round up jd 115g

11/2cup gula - saya kurangkan 1/2 cup, saranan saya stay with 11/2 cup!!

2 biji telur A

1 tsp vanilla

1 cup buttermilk - saya guna plain yogurt

2 tsp food coloring - saya guna deep red americolor food gel

1 tsp cuka - saya guna apple cider

1 tsp baking soda

Ayak tepung, cocoa powder dan garam

Dalam mixing bowl, pukul butter + gula + telur + vanilla.

Sementara itu campurkan yogurt dengan food color

Rendahkan kelajuan mixer, masukkan campuran tepung dan yogurt berwarna secara berselang seli.

Pukul sampai semua bhn sebati, sementara tu campurkan cuka dan soda.

Berhentikan mesin dan masukkan campuran soda cuka ke dalam adunan secara kaup balik.

Bahagiankan adunan kepada dua bahagian dan bakar selama 30 min 160c - saya bhg dua loyang, each loyang dpt 450g batter.

Resepi frosting

250g cream cheese - saya guna 500g

250 mascarpone

1 tsp vanilla

1 cup gula icing

1 1/2 cup cold heavy whip cream

Pukul cream cheese + vanila esen + icing

Pukul heavy cream sampai kental

Satukan heavy cream dengan campuran cream cheese dan gula.

Letak dalam piping bag, sejukkan seketika.

Bila keras sikit, baru frost keknya okay :)

*jgn kurangkan gula resepi ini klu nak kek anda supersedap!

*apple cider buat cake rasa a bit appley (haha ada ke kata sifat cam ni)..macam asam gambir pun ya.. Kalau alah cuka, blh gnti dengan lemon.

* saya guna loyang 7"_

* whip cream dlm kandungan frosting blh dikurangkan dan tambah sikit lagi gula icing esp klu nk buat hias2 sbb cuaca yg pns di m'sia blh buat anda menghias sambil menangis...haha

Selamat mencuba :)

Published with Blogger-droid v2.0.4