Pages

Showing posts with label thought. Show all posts
Showing posts with label thought. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Yes im 31.. now completely beautiful...haha

Assalamualaikum wbt

Hihi tajuk bukan main kan. Tapi bukan i say it for nothing tau.. cer tengok keratan paper yang ntah dari mana, menjadi viral sungguh among 31 ladies.. haha lady always act like lady.. kalau husband kita cakap " you are the most beautiful lady i've ever met" sambil hand kiss macam Jack Dawson buat kat Rose Dewitt Bukater dalam Titanic ( my fren said the best film ever!!), terus hati berbunga2 macam ros merah..

Instead completely beautiful ( bunyinya macam baru keluar kepompong je), saya rasa mungkin ada beberapa perkara yang saya should start do, banyak perkara must don't. Moga Allah bantu saya dan korang semua melakukan kebaikan, meninggalkan yang mungkar. Alhamdulillah everyday life saya seems ok ( most of the time a bit huru hara). After 2 years salaryless, syukur pada Allah yang bagi ilham dan kecekalan jadi baker dari rumah.. bekerja sendiri ni terpaksa more pada disiplin, i really force myself lagi bila order banyak sbb im sole baker, marketing officer, despatch etc etc..  tapi bila tengok kek siap dan well constructed & executed, terus rasa nak joget2 happy.. ops 31 year old lady kena behave..haha..

Tapi yelah bila kerja sorang, yield semua saya dapat, tapi i cant do so much.. so currently tengah buat plan sketch untuk my 31 year old birthday wishlist.. atau lebih tepatnya plan kerja kot... macamana nak expand bisnes kepada satu level lagi... Moga tugasan dan rancangan saya lancar dan memberi nilai untuk orang lain juga... Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi thammim bil khayr..

Birthday celebration? Ohhhh saya dah tua nak buat birthday party..hihihi

Wednesday, September 26, 2012

Raksasa Kuinochi.info telah dikalahkan!!!!

Assalamualaikum wbt..
Ohhh my blog... Rasa nak nangis terharu sebab akhirnya dapat mengalahkan page kuinochi.info yang mengganggu keamanan blog ini.. Haha terpaksa ai setup blog baru nak share riak resepi masak2..haha

Lepas ni semua entry resepi akan di update dalam Wooden Plank Kitchen ye.. Blog ni untuk nak sambung mood rehat..hihihi...

Resepi sambal hitam ada di WPK :).. haha tiba2!!

Friday, October 14, 2011

Bayangkan

Lay chee kang tapi bukan rasa lay chee kang seperti yang saya bayangkan..

Sedap juga..sbb kulat putih LCK ni lembut (selalu saya buang kulat putih kerinting tu sbb keras liat)

Rezeki juga bukan seperti yang kita bayangkan..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 9, 2011

Fall

Quoted from my cousin fb page

Our phone fall, we panic..

Our friend fall, we laugh..

Insaf! Im doing so..

Ya tapi klu phone saya jatuh saya akan sangat panik sbb it's a gift from my lifetime friend..:-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 7, 2011

Asing

Kenapa bila seorang warga asing itu bangla atau indon kita akan tiba-tiba expect mereka xde pelajaran, berkemungkinan jahat?

Tapi bila warga asing tu orang australia atau hengland atau amerika kita akan rasa mereka best sedangkan mereka hanya bercakap dalam bahasa native mereka sahaja?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 24, 2011

Hati luka

Selalu bila hujung-hujung bulan saya tak suka check ATM or bukak cimbclicks..
Sebab hati terluka tengok baki akaun..haha

Lately selalu buka sebab nak tengok baki yang ribu-ribu..
Malangnya tu duit opis!..
Sekali lagi hati terluka...

Hari ni buka lagi..
Wow ada tambahan ribuan lagi..owh dah gaji..
Selepas bayar itu dan ini..
Hati luka sekali lagi...

Tuesday, August 16, 2011

Bulan keberkatan, pengampunan, pembebas azab neraka & malam seribu bulan

Hari ni 16 Ramadhan sudah..
Insyaallah tinggal 14 hari je akan selesailah bulan latihan memperbaiki diri..
Semoga kita istiqomah dengan latihan ini..practice makes perfect!
Fasa keberkatan dah lama selesai dah..
Fasa pengampunan pun tinggal 3 hari je lagi..
Lepas tu tu akan masuk fasa pembebasan azab neraka..
Dah cukupkah kita memohon keampunan untuk membebaskan diri dari azab maha hebat ini?

Dulu-dulu masa kecik-kecik selalu dengar ustaz kata malam lebih baik dari 1000 bulan jatuhnya pada 10 malam terakhir, katanya pada malam ganjil..
Orang jahil macam saya akan pilih2 solat malam ganjil..huhu
Tapi kebelakangan ini saya dengar ustaz2 cakap mana boleh pilih-pilih gitu..
Dekat Malaysia mungkin malam ganjil, tapi di Saudi mungkin malam genap..
Di Malaysia mungkin malam genap, di London mungkin malam genap...
Lailatul Qadar rahsia Allah.. perbanyakan amalan, Insyaallah ada rezeki, usaha kita mencari Lailatul Qadar pasti diperkenankan Allah..Subhanallah..

Tuesday, August 9, 2011

Rezeki

Alhamdulillah hari ni berpeluang bersahur walaupun hampir disaat genting yang kurang dari semalam..subuh semalam agak syahdu juga situasi bila mana sejurus nasi goreng kampung terhidang dalam pinggan,azan pun berkumandang..tsk tsk tsk...

Untuk sahur hari ni, ingatkan nak tanak nasi malam tadi, tapi apakan daya dah ngantuk sangat..hmm selamat la nak buat semua pagi ni.. Dah la Kak Sudip (ala2 kak senduk meriah uols) ni takde rice cooker kan..maka bagai nak ribut dapur nak masak semua pagi2 sepi-e ni..

25min before azan berkumandang semua makan siap; nasi putih, sardin dan sayur tempe kacang..pheww.. Semua makanan panas gila,so untuk tidak membuang masa,makanla pakai sudu garfu..kelas kan aku makan pakai sudu garfu walaupun lauk desa..LOL

Suami saya kata kesempatan untuk sahur ni rezeki..kalau bukan dengan izin Allah,dan memang bukan rezeki kita,nasi goreng kampung dah depan mata pun, kita takkan dapat rasa..huhu

Moga rezeki kita dipermudahkan, InsyaAllah..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, July 21, 2011

Menikmati nikmat

Satu hari kami pergi ke kedai makan yang kian banyak cawangan.. signboard besar, banyak gambar mengujakan.. pastu beli majalah ada pulak dalam majalah...memang la keteringinan meluap-luap..

Saya ajak peguam pergi.. peguam kata ok.. pilih-pilih haiwan nak dimakan.. rupanya haiwan boleh dibakar je.. padan la boleh banyak cawangan sbb takyah hire tukang masak ramai-ramai..masa pilih-pilih haiwan tanya harga... gulppp telan air liur sambil makan la lepas haiwan masak je tunggu bil..

Makanan sampai.. Alhamdulillah sedap..puas hati walaupun tadinya kecewa tak dapat nak suruh masak ikan 3 rasa..bloggerkan suka ambik gmbar makanan..

peguam berkata "agaknya berapalah bil nnt eh?"

saya kata " lebih 50 kot"

peguam kata "mungkin..tp i rasa lebih agaknya.. kalau harga mahal, nnt tak payah upload fb or blog eh..nnt orang kata kita menunjuk banyak duit"

saya kata "ok"

Bagi saya bila kita update kat blog bukan niat show off.. niat untuk sharing..tapi saya faham kebimbangan peguam..hehe

Ada kawan saya update dia makan kat seafood Putrajaya..banyak komen kat kotak komen dia kata, "yela ko kan kaya, saya tak mampu makan gini, orang banyak duit je boleh la makan gini"

Apa salahnya menikmati kehidupan hasil penat lelah bekerja..nikmat Allah beri kan..:)

Wednesday, June 29, 2011

Bukan marah, tapi nasihat

Lately banyak blogger cerita pasal macaron, banyak review pasal macaron.. blog suam-suam kuku saya lately ramai pengunjung sebab saya buat macaron.. thanks to kawan kucing saya..hehe..

Bila cerita pasal macaron satu yang saya perasan obvious komen ialah " Eeiii manis lah!" dan satu lagi tipikal bila orang yang konon2 hebat macaron tengok orang review macaron dan eja macaron as macaroon, terus cepat2 bagi komen macaroon tu wrong spellingdan yang betulnya macaron.. ( haha pandai2 la nak wakafkan kat mana..huuu)

Secara asasnya macaron memang manis. So kalau bukan jenis pemakan manis, atau penghidap kencing manis atau alergik kacang almond, saya sarankan don't ever try macaron at all.. Tapi kalau yang tak berisiko, tapi tak suka manis nak jugak rasa macaron, sila ikut rules nak makan macaron semasa makan macaron, jangan lah minum air gas atau bergula banyak..kalau ikut buku resepi Mad About Macarons by Jill Collona, minuman yang sesuai masa makan macaron ialah dengan minum air teh, kopi atau koko tanpa atau kurang gula.. tak pun minum air kosong.. Dan macaron bukanlah makanan macam potato chips atau keropok lekor atau filamen crab stick yang sedap makan banyak2 sambil cicah sos.. maximum sehari sebiji cukuplah walaupun ia bukan pil metformin.. hehe..

Lagi satu kalau pun ada orang review eja macaron as macaroon dan kemudian diperbetulkan jadi macaron, tahniah sebab ada yang berniat baik untuk membetulkan ejaan, tapi better guna id sendiri jangan guna Annonymous.. nanti kita susah nak tau sapa yang ikhlas betulkan spelling kita.. dan kalau ada yang eja makarun atau mak-arun tu takpe pun sebenarnya.. orang Paris pun belum tentu boleh sebut tempoyak dengan betul..

Eh hari berkat Isra' Mikraj ni pun buat entry bunyi macam garang.. Hehe ni bukan marah, tapi nasihat.. :)
Banyak2 zikir Subhanallah ye.. daaaaaa

Monday, June 13, 2011

Sama

Bila pasangan baru kawen, mesti akan ada orang bagi pendapatan tentang iras pengantin lelaki dan pengantin perempuan ;

" Eh muka diorang sama lah!"

Untuk saya suami isteri, agak ramai juga orang kata muka kami sama bila jumpa pertama kali.. pernah sekali ada makan2 kat Armada Hotel PJ, tetiba ada sorang auntie dari Sarawak tegur kami.. "Both of u look same lah"..haha..

Pada hari kahwin saya sampai ada sepupu suami saya belah T'ganu pesan kat suami saya " Baik-baik Zul, jangan sampai samakan dia ngan Mama Azul "... Ada pulak makcik dia sebut " Owh nok cari macang Mama dia jugok".. Saya pun tak taulah berapa peratusan samanya saya dengan ibu mertua saya, tp saya tak mau la tanya lebih kat suami saya.. kang tak pasal jadi ragu2 takut jadi zihar.. Tapi saya agak mungkin sikit2 lah kot, kalau tak takkan orang boleh cakap saya ada iras suami saya dan saya boleh pakai baju2 ibu mertua pergi kerja.. (baju mak mertua lagi glamer2 oke..baju menantunya -> BORING!)

Korang iras tak ngan muka suami korang?

Sama-sama lebarkan pipi..:p

Wednesday, June 8, 2011

Siapa nama saya?

Nama saya F.A.Z.I.A.T.U.N. N.I.S.A.' Y.U.S.O.F. B.A.S.H.A ..semasa zaman kanak-kanak saya rasa susah nak ingat nama sendiri apetah lagi nak mengejanya.. disebabkan tu sesuka suki saya akan create nama lain yang saya rasa senang dan macam best je bila ada yang tanya nama saya.

Situasi A
Penanya 1 : Hai adik, adik ni chomel sangat (kof kof kof..terbatuk2!)
Adik chomel : Err nama kita Faizah
Penanya 1 : Eh bukan Faziatun..
Adik chomel : Tak nama kita Faizah..

Situasi B
Penanya 2 : Hai adik, adik ni chomel dan cantik! (uhuk uhuk uhuk.. batuk kokol terus!)
Adik chomel & cantik : Nama kita Fadilah
Penanya 2 : Ooo Fadilah..panggil Dila eh..
Adik chomel & cantik : Aah!

Kejadian macam ni berlaku sampai la saya masuk darjah dua dan lepas tu barulah saya realize nama sebenar saya ialah Faziatun Nisa'.. Haha sengal okeh..Dan sebab kesengalan sendiri ini menyebabkan sampai sekarang saya dihantui dengan 2 nama di atas..

Situasi C (Kejadian pagi ini)
Suami hensem hamster drive kereta sebab nak hantar isteri pergi keja.. Dalam perjalanan lalu depan Apartment Jasmine..

Isteri : Bang, u suka tak kalau nama i Jasmine..
Suami : Kenapa nak tukar nama lagi?.. Jom esok pi angkat sumpah tukar nama Faizah Fadilah Fazya Jasmine..

Hmmm dan lagi satu kekeliruan minda saya ialah ; semalam kan ada buat giveaway tak sengaja. Tarikh tutupnya saya letak 12.00am 8th June 2011.. Maknanya sekarang ni dah masuk fasa tamat waktu la kan?

p/s: Bekas bos kedua saya kata saya selalu lampi (lagi2 nak define kiri kanan).. ni simptom antara pengidap mild dyslexic..

update keputusan giveaway :
Sebenarnya saya berangan-angan nak beli Ice cream maker

Mazura Ahmad, Arfah Zaini dan Narisa Sa'at, sila update alamat kat FB inbox okeh..

Mazura Ahmad & Arfah Zaini terpilih sebagai pemenang sebab sentiasa mencuba menjawab tanpa jemu..

Narisa Sa'at pula, walaupun jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak juri (iaitu aku sendiri) tetapi effort kerjasama suami isteri amat dipuji...haha

Hadiah memasing akan dihantar selewat-lewat sehingga akhir June. Sekiranya akhir June tak sampai2 lagi hadiah memasing, anda boleh remind kat wall FB dengan berkata " Eton, macaron hadiah aku mana?".. :)

Nantikan giveaway seterusnya lepas saya berjaya dapatkan gadget terbaru nanti eh..^_^

Tuesday, June 7, 2011

Ada suami sayang isteri .........

Hehehe macam nak gelak guling2 baca surat bantahan penayangan cite nora elena.. *some of Nora Elena fans are my fren.. kawan2 jangan baling botol kat saya eh..hehe


I just watching Nora Elena yesterday.. sebenarnya hari2 lain juga ada tengok sikit2 but then semalam tu tengok dari awal cerita until habis.. But i think i could guess the story line according to some comment seen in fb and definitely the Malay drama which was addapted from novel could easily predict anyway..

Typical novel content.. Mula2 tak suka dan lepas tu tak suka adalah biasa kan.. Haha dan lelaki2 dalam novel sangat penyabar tahu tunggu isteri benar2 'bersedia'..

Salah satu sebab saya tak attach sangat cite ni ialah sbb suami saya cam tak berapa nak gemar saya layan cite melayu yang banyak konflik dan meleret-leret dan kalau merajuk pandang tingkap * sebab tu ai pujuk dia nak tengok Nur Kasih dia tak layan**merajuklah*... So dia rela la tengok Masterchef Aussie tu berulangkali pun takpe asalkan dia tak lemas tengok cite kena pujuk2 isteri.. *haha kesian aku, kalau merajuk baik sendiri* .. So kalau pujuk pun dia tak kuasa, nak dukung kalau kaki terseliuh lagi lah kan * ni lagi kesian kalau suami aku kena dukung aku kan?*

Yeah mungkin itu cara Seth Tan menunjukkan sayang isteri.. suami-suami lain mungkin ada caranya sendiri menunjukkan kasih sayang..

Ada suami sayang isteri dengan isikan minyak kereta dan isteri duduk sebelah macam mem..
Ada suami sayang isteri dengan belikan mee goreng takde taugeh..
Ada suami sayang isteri dengan makan masakan isterinya tanpa jemu tiap2 hari..
Ada suami sayang isteri sambil komen isteri masak so di satu masa lain kalau ada menjamu orang isterinya masak sentiasa sedap..
Ada suami yang sentiasa check ingredient bahan dapur atau makanan yang dibeli supaya ianya bahan2 yang sihat belaka untuk suami isteri..
Ada suami sayang isteri cepat2 carikan inhaler dan urutkan dada dan belakang bila isterinya asthma..
Ada suami sayang isteri datang bangun malam2 drive sejauh 80km pergi balik (kadang2 40 km je sebab 40 km lagi isterinya drive) nak ambil isteri balik keja..
Ada suami sayang isteri hari2 pesan supaya isterinya tak memandu melebihi had laju..
Ada suami sayang isteri sengih2 nak belikan isteri new kitchen gadget

So many things to list on kan...yeah love come in many forms.. mungkin yang Seth Tan buat suami saya tak buat, but apa yang Seth Tan tak buat mungkin suami kita buat kan?

Hehe tapi petang ni macam nak layan lagi Nora Elena tu... Sekarang Seth Tan tengah berdebar-debar risaukan keselamatan Nora.. Ada suami tanya isteri " Seth Tan tu taknak angkat sumpah tukar nama ke?"

Monday, May 23, 2011

Mengomel sambil iklan macaron sendiri

I hold the 30 days challege..i think i should start on 1st June 2011 (hopefully..*sigh)

Bila hari2 terakhir sebelum gaji .. duduk rumah adalah lebih afdhal (padahal 'air pocket' macam under cooked macaron )

Tapi ok jugalah.. sbb weekend hari panas.. i mean hot sunny day..sangat sesuai nak buat macaron...macaron bakers ni macam penoreh getah, kalau hujan kena cuti lah..haha..

Tapi membakar macaron di hari panas juga cabaran sbb rumah panas macam sauna.. eh ok jugalah, tak payah pergi salon .. jimat * kan kerajaan suruh jimat! *

Oh ya, our macaron price is RM1.80/pcs
1 container (contain 12pcs macs) with simple ribbon exclude postage = RM20.00

After all this while, im doing this small business with no cards, no stickers and almost none advertising element except mouth to mouth advertising..* meanwhile typing this im playing Adobe Illustrator to design my sticker or name card or wat so ever..hehe *

Dapat gaji nnt saya gi print lah * sebenarnya peguam ahmad dah sound saya lama suruh buat benda ni *

Oh yeh, not to late to greet new partner of ZNC.. after this the firm might be change to ZNRC.. always wish you luck Zul Nawawi R_ _ _ _ & Co .. * hehe subject to Bar Council approval..:)

Monday, May 16, 2011

What is ur tudung style?


Hana Tajima wannabe eh...:p... Looks like wearing Maysaa wrap but the truth its only malaysian wrap bought at Jalan TAR.. ~lalalala

Tapi ni try2 je.. (sementara suami dok dalam restroom, wife dia berangan pastu snap pic cepat sebelum kantoi berangan!thats why the pic need some manipulation..gambar asal shaking).. Untuk bersiap gini untuk pergi kenduri di zaman2 cuaca panas ni, mmg tak kuasa... hehehe...tu tak termasuk nak baiki tudung dengan rambut terkeluar sana terkeluar sini...


Inilah sebenarnya stail tudung saya almost everyday..sebenarnya saya suka juga pakai tudung sarung ada awning tu.. tapi malangnya tudung tu fragile gile lepas basuh (lebih2 lagi kalau masuk mesin basuh kan).. so back to awningless hijab eh..biarlah melekap kat dahi membulatkan muka pun...hahaha

So what is ur hijab style? apa2 pun stylenya wear it right yeh



p/s: gambar atas tu manipulasi sampai muka berkulit flawless eh... hahaha ~lalalalalalala

Tuesday, April 26, 2011

Beza

Hehe lelaki dan perempuan memang bezakan..

Kalau lelaki sekawan pergi makan kedai
Sorang je yang bayar (dengan harapan next time aku makan, ko pulak yang bayar)

Kalau perempuan sekawan pergi makan kedai
Lepas makan bayar asing-asing..

Lelaki agaknya memang lahir dengan berhati suci percayakan kawan..
Perempuan agaknya memang lahir dengan sifat berhati-hati tak mau gaduh kemudian hari...

Sebab tulah memang diciptakan lelaki pasangannya perempuan..hahahaha (apa punya kesimpulan ntah!)

Nak check blog korang gemuk (berat) atau kurus (ringan)? pergi check kat sini..

Monday, April 25, 2011

Banglo

Saya pernah berbual2 dengan emak kawan..
Dia tanya saya dah ada yang punya..
Saya senyum sengih simpul aje..
Kawan saya tolong jawab..

"dah ado tu mak.. kojo peguam!"

Emak dia terus sambung..

" Umang aii..duduk rumah banglo la lopeh ni faziah"

Makbul doa makcik..
Saya memang duduk rumah banglo


Alhamdulillah, besar jasa arwah mertua saya sediakan rumah yang lengkap buat kami suami isteri..terima kasih Mama.. Alfatihah..

p.s : sayangilah mertua anda, kalau dah takde teringin!

Saya wanita berkasut boring

Tertarik dengan entry setianya kawan saya..

Bila bercakap tentang perempuan dan kasut.. mesti orang bayangkan kasut yang bersusun-susun, berwarna warni sedondon dengan baju, ada yang tinggi ada yang rendah... Suami saya pernah mengeneralisasikan saya seperti perempuan-perempuan banyak kasut yang lain..


Haha ni pic source dari google image ..saya punya? Tak ada!..Kasut paling cantik saya ada ialah kasut kahwin ( tapi pakai sekali je.. terasa membazir sebab tak selesa ) selebihnya kasut atau sandal yang berdesign boring tapi tahan sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih...

Beberapa kasut atau sandal (haha beberapa tu..padahal 3 je)  tu saya beli ngan harga yang sedikit mahal, tapi saya pakai untuk jangkamasa panjang sangat..haha.. pernah satu ketika, semua kasut atau sandal tu menunjukkan masalah ketara dimana ketiga-tiganya terkoyak, putus dan tercabut.. sudahnya saya pergi kenduri kat nikah kat kuantan pakai selipar jepun..sedih sekali rupanya.. tapi yang gembiranya suami saya approve beli kasut mahal sikit sebelum sampai majlis resepsi pengantin kuantan...yeay! (mean kasut atau sandal saya sudah ada 4 sekarang..hehe).. Ni lah kali pertama suami saya tengok saya beli kasut sepanjang setahun berkahwin..:)

Kasut atau sandal yang terkoyak, putus dan tercabut tadi sudah dihantar baiki.. dan jumlah membaikinya RM30 tak salah saya (suami saya yang hantar dan bayarkan..hehe)..mungkin boleh sambung pakai lagi untuk 3 tahun lagi ..:p

Apa pula cerita kasut atau sandal anda?

p/s : gambar kasut atau sandal tu, nanti balik rumah baru upload.. lum snap lagi..haha

Thursday, April 21, 2011

Same or not? : Dusk & Dust

Two person who love dusk scenery but allergic to dust ..hehe

Dusk ;
Similar - twillight, nightfall
Malay - senja

Dust ;
Similar - tiny particle
Malay - habuk

Wednesday, April 20, 2011

I don't wanna be patient but i wanna be patient

Asthma is not fun..
breath wheezing
Cough is disturbing..
Chest is tightening..
Joints are bellowing..
Feel like fainting..
Feel like crying..

I don't wanna be a patient!

Thanks to my Soul Doctor,
your companion, make me safe
your chest-physio make me relief
you are the best nurse i have

Thanks to The Almighty ..
Thanks Allah giving the path to purify my wrong doings..
A chance demolishing my sins..

I need patience and i wanna be patient

Semoga esok sihat! ( ucapan untuk diri sendiri ^_^ )
myfreecopyright.com registered & protected