Ok sekarang ai kongsi ngan uolls tips buat makan-makan kat rumah.. (ni kalau nak masak sendiri, pakai katering tipsnya sediakan duit..hehe)
1. Senaraikan bilangan jemputan. Ambil kira bilangan isi rumah jemputan anda. Highlight kan tetamu dewasa (sebab orang dewasa makan menu utama).. Tetamu kanak-kanak jangan diketepikan.. Sediakan tit bits yang sesuai untuk kanak-kanak (sebaik-baiknya yang berkhasiat)
2. Senaraikan apa menu yang ingin dihidangkan. Senarai aksesori menu walaupun ianya nampak kecil..( manalah tau ada tetamu perfectionist..hehe)... daripada senarai menu ini anda dapat kenalpasti apa yang perlu atau boleh lakukan dahulu dan apa yang boleh dikemudiankan..
3. Kemas rumah dan susun kuih yang ada.. Sekurang-kurangnya kalau anda belum siap memasak, tetamu yang awal sudah boleh jamu dengan kuih yang 2 jenis tu...
4. Selesaimemasak, susun makanan anda dalam bekas cantik.. (huuu mentang-mentang mak mertua dia dah ada semua..berlagak eh..).. advisable pyrex ke corningware ke.. Ini kerana selain cantik, ia mudah sekali jika anda nak panas-panaskan lauk jika rasa makanan dah sejuk sementara tunggu tetamu. Ikutlah nak masuk microwave ke atau nak panas atas api
5. Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek...
6. Pastikan kawasan tempat duduk untuk tetamu cukup.. Pastikan juga pengudaraan ruang makan adalah baik.. Adalah tidak sopan membiarkan tetamu makan kepanasan.. Kalau takde kipas, sila pergi beli kipas ada remote..ehem2...Sekiranya rumah anda kecil, julat masa jamuan eloklah lebar dan fleksibel supaya tetamu tidak datang serentak pada satu masa...
7. Seeloknya ada daya tarikan untuk kanak-kanak bermain.. Ini kerana fitrah kanak-kanak memang bermain.. Cara ini boleh mengelakkan kanak2 bermain di kalangan tetamu2 lain yang nak makan.
8. Bagi rumah yang ada tangga, pastikan ada pantauan terhadap kanak-kanak..Kanak-kanak memang excited kalau nampak tangga..
9. Haha ni tips bonus.. Sediakan penjaga bayi yang cantik untuk kemudahan mak-mak bayi makan.. Ini kerana ada kalanya tetamu yang datang mempunyai anak kecil.. Sekiranya rumah anda belum ada lagi kelengkapan bayi, penjaga bayi sebegini adalah option yang murah..haha..
Errr membantu tak tips macam ni??? Huhu tapi untuk 1st timer, kami rasa ia mencapai KPI kami.. asalnya kami jangka 50 orang tetamu, tapi setelah dikira semula bilangan yang hadir seramai 58 orang... hohhhhh 100%+ okeh...
Harap-harap tahun mendatang kami dapat organize satu majlis yang lebih baik dan ramai bilangan jemputannya..
p/s: tq to my dear.. ape yang penting??? k.e.r.j.a.s.a.m.a .. (=
3 comments:
Tiap kali kamu buat makan2, I ada kat BP! Timing tak betul jek kita dua ni. haha.
Tahniah ye kerana berjaya! Saya tak berani lagi begitu.
Tips juga membantu! =)
haha versi sekolah patut difikirkan di satu masa kelak..
bukan musim raya pun boleh..:p
next time jgn lupe jmput i tauuuuu... hehe.. nway, tq utk tips ni. boleh guna utk kenduri rumah i pulak :)
Post a Comment