Pages

Sunday, October 11, 2015

Nasi Lemak Sambal Sotong Warisan Pak Musa

Assalamualaikum wbt Ehem ehem ehem ehem Hai semua, ni nak warm up menulis semula. Sebagai mukadimahnya kita belanja cerita tentang Nasi Lemak Warisan Pak Musa yang terletak di Jalan Suasa 1, Banting 

Pengaruh tv membawa ke sini hihi

Hari tu ternampak ada cerita tentang Nasi Lemak Warisan Pak Musa dalam rancangan Sarapan. Rupanya Nasi Lemak Pak Musa ni ada jugak masuk suratkhabar bulan Sept 2015 yang lepas. Jadi crowd yang datang memang ramai, meja penuh. Yang nak bungkus dan beratur membayar pun panjang 

 Menu yang ada Nasi Lemak Sotong. Lauk tambahan ada telur goreng. Kalau nak ayam goreng kena beli dari gerai sebelah-sebelah. Selain dari nasi lemak ada jugak meehoon goreng mee goreng, tapi masa sampai tadi menu yang ni dah habis 

Sambil-sambil makan ada lak uncle busker main er hu. Mana yang rasa nak dengar lagu sampai habis bagi la token kat uncle ni, yang mana taknak dengar waive aja tangan, then dia akan gerak pergi meja lain. Kitorg gigih nak dengar sebab feeling2 ada orang main biola macam restoran Perancis hahaha

Verdict rasa, Nasi Lemak Warisan Pak Musa ni nailed dekat rasa sambal sotong dia. Sambal pedas-pedas manis. Menurut orang lain yang dok sebelah-sebelah yang memang asal orang Banting ( terus feeling Dengkil sejauh kat utara semenanjung gittew) kedai ni dah lama ada sejak diorang sekolah-sekolah lagi. Dari zaman tak masuk tv, masuk paper memang orang dah ramai 

Porsi nasi dia pinggan kecik, kalau rasa tak cukup boleh mintak saiz besar. Porsi sotong setiap sepinggan tu 2 keping setiap sorang . Harga pun tak mahal sangat, makan berdua nasi lemak sotong, telur mata, air teh dan teh o hanya RM11 

Jadi kalau ada yang nak #cadanganmakan, boleh la pergi ke; 
Jalan Suasa 1, Banting, Selangor ( GPS : 2.8100263,101.432129) 

Review yang sama juga boleh dilihat di instagram @chocville_zulfaz 
atau rujuk  #cvfoodreview #nasilemakwarisanpakmusa #banting #selangor #eatdrinkkl

Monday, March 16, 2015

Aiskrim kelapa Sangkaya

Bismillahirrahmanirrahim

Kuasa media sosial ni buat kita kepingin je kan bila tengok newsfeed. Zaman macam-macam makanan ada, salah satunya yang buat rasa termimpi-mimpi ialah ais krim kelapa Sangkaya. Tahap kepingin tu sampai try buat sendirilah...hahaha

Kira banyak kali la bercita-cita nak pergi mencuba Sangkaya ni kat Damansara Uptown, tapi kalau nak pergi dari Dengkil ni rasa bercinta sangat, jadi bila tahu Sangkaya ada di 7th Putrajaya Hot Air Ballon 2015 gigih jugak la mencari...yeay

Resepi Sangkaya Homemade ( Resepi dari youtube channel Rin Silpachai)

200ml santan ( satu kotak)
1 biji air kelapa - asingkan isi
150g gula - saya guna 50g gula melaka, 100g gula putih
1 helai daun pandan
1 biji putih telur
100g heavy cream

Panaskan santan, air kelapa, daun pandan dan 100g gula (gula melaka + gla putih)
Biarkan sejuk seketika, masukkan baki gula ( 50g gula putih) ke dalam putih telur. Gaulkan di atas kukuskan air seketika sehingga suhu 65c atau panas sikit dari suhu badan kita.
Pukul campuran putih telur sehingga kental ( meringue)
Pukul heavy cream sehingga kental dan campurkan dengan meringue putih telur.
Masukkan cream meringue ke dalam air kelapa santan. Sejukkan dalam freezer.

Tips ;

Jika tiada ice cream maker simpan sejuk dalam mangkuk stainless steel
Kira-kira 2-3 jam sekali gaul dengan whisk
Simpan freezer sehingga jadi ice cream

Verdict ;

Saya personally rasa Sangkaya tu sedap dan agak fresh rasanya bila hari panas-panas. Tapi husband saya cakap dia lebih suka saya eh suka yang saya buat. Jadi kalau yang nak mencuba, sila lah :)

Sunday, March 1, 2015

Ganache karamel masin ( salted caramel ganache)

Assalamualaikum wbt

Hai hari ni paksa lagi diri keluar dari rasa malas dan perasaan tak de idea dan terus menaip. Kali ni saya sambung dengan resepi ganache karamel. Selepas beberapa entry paksaan ni nanti mungkin kita boleh gabungkan kesemuanya menjadi sebiji kek... hihi harap-harap kan.

Kali ini resepi ganache karamel yang biasa saya letak pada kek. Ada yang kata membuat ganache karamel ni leceh. Ya betul, saya pun rasa leceh masa mula-mula buat dulu. Tapi alah bisa tegal biasa. Jadi step yang dikongsikan ini adalah cara yang paling simple dan insyaallah jadi dengan izin Allah.

Resepi ganache karamel masin

100g krim
60g coklat putih

Cairkan bersama dengan kaedah double boil.

150g gula kastor
30g butter
1 tsp penuh garam

Cairkan gula sehingga bertukar warna keperangan. Hati-hati sebab gula karamel tersangat panas
Masukkan coklat dan krim. Gaul menggunakan whisk
Masukkan butter dan diakhiri dengan garam
Biarkan sejuk dan dah boleh jilat sudu...yeay

Tips:

1. Guna api perlahan untuk cairkan gula. Elak gula menjadi berbuih sebab nanti rasanya pahit.
2. HATI-HATI! Gula yang mencair sangat panas
3. Elak menuang krim sejuk ke atas karamel, krim sejuk menyebabkan karamel menjadi ketulan.
4. Sebaik-baiknya kuali yang khas untuk membuat sos karamel. Kuali ikan dan ayam tidak digalakkan.
5. Kalau lebih suka pekat ( ganache), lebihkan coklat. Kalau nak cair ( berbentuk sos) lebihkan krim.

SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, February 28, 2015

Kek vanilla mudah tanpa ovalette

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua, sebab lama sangat tak update blog, so 1st entry setelah lama menghilang ni dengan kek span tanpa ovalette

Kebanyakan resepi Chocville menggunakan resepi kek span tanpa ovalette ni. Tapi untuk lain-lain jenis kek, kita olah lah campuran nya sikit-sikit. Kenapa saya tak guna ovalette dalam kek sebab nak mengurangkan unsur-unsur pengawet atau bahan-bahan penambah ( additive) dalam kek. Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang ovalette, blog aku.zack ada penerangan panjang lebar tentang ovalette.

Kek span vanilla

5 biji telur A
150g gula kastor
125g tepung gandum -di ayak
80g butter dicairkan
1tsp vanilla

1. Pukul telur + gula + vanilla sehingga kembang

2. Masukkan tepung dan dikaup balik sebati

3. Masukkan butter cair dan kaup balik sehingga sebati

4. Masukkan ke dalam loyang 8 inci - saya guna 2 loyang, setiap satu 300g

5. Bakar dalam suhu 180c selama 30-35min. Pastikan oven di panaskan 10min sebelum memasukkan kek

6. Sejukkan kek sebelum dihias atau dimakan hehe

Mudahkan? Untuk olahan kepada perasa-perasa lain nanti akan disambung di entry seterusnya. Haha rasa nervous nak tulis panjang-panjang sebab lama sangat tak blogging :p

Jumpa lagi insyaallah, assalamualaikum