Pages

Sunday, March 13, 2016

Resepi Asam Pedas orang Johor


Orang Johor dan asam pedas berpisah tiada gitu.

Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam memasak asam pedas. Tapi kebanyakan asam pedas di luar negeri Johor ni rasanya tak sama seperti asam pedas yang saya sukai di gerai-gerai asam pedas di Batu Pahat, Johor. Maka nak melayan tekak yang cerewet ni ( untuk asam pedas je lah), kena la masak sendiri sampai puas hati.

Di bawah ni resepi masakan saya. Mungkin ada yang rasa bukan asli sangat resepinya, tapi ok lah untuk hilangkan kepingin. Plus hari ni hari minggu, rajin la sket :p

Resepi asam pedas
1 1/2 genggam lada kering -blend
2 biji bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
1 inci kunyit - blend
2 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
1/2 ikan merah
1 senduk minyak masak
2 pint air
2 sudu besar asam jawa adabi
Garam dan gula untuk perasa

Cuci ikan bersih dan ketepikan
Tumis bahan blend. Tumis sampai pecah minyak
Masukkan air sehingga mendidih
Masukkan ikan, bunga kantan, air asam, perasakan garam dan gula. Renih sehingga ikan masak
Masukkan daun kesum

Memandangkan kami tak makan belacan, so kita ganti dengan ikan bilis

Resepi sambal bilis mangga
1 genggam bilis
4 biji lada
10 biji cili api
1 biji bawang
2 ulas bawang putih
1 sk gula
1/2 sk garam
1/2 biji mangga muda
1 sb jus limau nipis

Goreng bilis, lada, cili, bawang merah dan bawang putih
Blend bahan goreng dan masukkan gula, garam, mangga, limau nipis

Ok selamat mencuba, kalau sedap makan sampai kenyang lepas tu senam ok ^_^

Wednesday, February 10, 2016

Nasi Briyani dan Kambing Briyani Chocville

Assalamulaikum wbt

Sejak dah senang nak dapat supply lamb shank ni, ala-ala rajin pulak nak masak lamb shank. Kali ni kita cuba masak briyani.

Sebenarnya tak pernah belajar beriya-iya masak briyani, tapi kalau ikut keluarga sebelah ayah saya, kebanyakkan memang pandai masak briyani. Hihi so kita cuba lah try test, mudahan-mudahan tersangkut sikit bakat masak briyani :)


Untuk masak keseluruhan komponen nasi briyani ni saya mulakan dengan masak kambing briyani dulu. Sebab nasinya nanti akan dimasak dengan  campuran rempah yang sama pada kambing.

Resepi Kambing Briyani

1.5kg lamb shank - boleh ganti bahagian kambing yang lain
3 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 inci halia
2 pokok daun sup
2 pokok daun ketumbar
2 pokok daun bawang
segenggam daun pudina
4 biji lada merah/ lada hijau
100g rempah briyani - boleh ganti dengan rempah kurma kalau tak jumpa rempah briyani
3 biji tomato - dicincang dadu/ blend
4 sudu besar gula merah halus - adjust ikut kemanisan yang disukai
1 sudu besar garam - adjust ikut rasa

Bersihkan kambing dan rebus dalam periuk tekanan sehingga empuk. Asingkan daging dengan air rebusan
Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, daun-daun, dan lada
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan kisar yang di atas
Tumis sehingga minyak terbit (pecah minyak) dan kemudian masukkan rempah briyani
Sambung menumis sehingga rempah masak sedikit dan masukkan kambing
Gaul rata kambing bersama bahan tumisan, masukkan tomato dan sedikit air rebusan kambing
Biarkan renih sehingga tumisan sebati dengan daging - masa ni ambil 1/2 cup campuran rempah tumis untuk memasak nasi
Untuk lauk kambing briyani teruskan dimasak sehingga kuah memekat, masukkan garam dan gula untuk perasa

Resepi Nasi Briyani

2 cawan beras basmathi
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
2-3 kuntum cengkih
1 sudu besar minyak sapi
1/2 cup campuran rempah masak kambing briyani
2 cawan suku air rebusan kambing
1/4 cawan susu sejat
sebiji bawang besar - digoreng
gajus dan kismis

Rendam beras basmathi selama 1/2 jam dan ditoskan
Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga menggunakan minyak sapi
Masukkan  beras, gaul beras dalam periuk sehingga lutsinar
Masukkan rempah kambing briyani, air dan susu sejat. Gaul dengan beras dan sambung masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker.
Setelah nasi masak, masukkan bawang goreng, gajus dan kismis. Boleh tambah juga hirisan daun ktumbar dan daun pudina jika suka.
Resepi authentic ada letak safron, saya lupa letak safron :'(

Resepi Salsa Timun Tomato

1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar perahan lemon

Resepi salsa seperti dalam resepi Nasi Arab Chocville yang lalu, tapi saya copy kan di sini juga untuk mudah merujuk resepi :)

Bila dah siap semua, bolehlah nom nom nom.. kalau masak untuk mertua mesti boleh jadi menantu kesayangan ^_^


Wednesday, January 13, 2016

Resepi Stew Kambing ( Lamb stew)

Assalamualaikum wbt

Errrrr macam dah boring pulak nak mention keberhabukan blog ni bila buat entry post. Walaubagaimana pun kita counter lah keboringan ini dengan resepi stew kambing. Almaklumlah kan, banyak puan-puan kan selalu #cookingismytheraphy hehe. Maka untuk terapi, makan kambing nak-nak lamb shank memang la syurga dunia :)

Resepi stew kambing ni kami makan bersama Nasi Pilaf. Nak sebut nasi arab macam nervous lak kalau orang tanya originalitinya arab belah mana. Tapi dari segi rasa ada sikit-sikit sama dengan nasi arab (Nasi Mandy)  kerana ada beberapa rempahnya hampir sama.

Saya gunakan
1.5kg kambing
4 cawan beras

 Kambing dicuci bersih dan disalut nipis dengan tepung gandum


 Gorengkan sebentar kambing tadi. Tak perlu empuk, cukup sekadar luarnya brown

Daging kambing yang telah selesai digoreng diketepikan seketika


 Rempah ratus

1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih

Ketumbar dan jintan putih di sangai dan ditumbuk atau blend kering halus. Boleh tambah paprika kalau nak warna kemerahan

Kayu manis, cengkih , buah pelaga, daun salam dan limau kering masuk saja dlm campuran stew tak perlu di sangai.

 Bahan tumis wangi (Mire poix : baca meer-pwah)

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang (bahagian akar) daun bawang
2 batang ( bahagian akar ) daun sup
2 batang ( bahagian akar) daun ketumbar - dalam gambar ni daun ketumbar tu tersimpul rapi :p
2 biji lada hijau
Sebiji lobak
Sebiji kentang
2 biji setengah tomato

Semuanya dihiris dan ditumis. Mula-mula tumis bawang2 dan sayuran berubi dulu. Kemudian masukkan yang lain kecuali tomato.


Mirepoix yang telah ditumis. Masukkan bahan-bahan rempah dan gaul sebati

Masukkan kambing yang telah digoreng tadi, masukkan tomato hiris

 Masukkan air sehingga menutupi keseluruhan daging kambing

 Masak sehingga periuk tekanan membunyikan wisel. Biasanya mula berbunyi dalam sejam. Boleh biar lama sket ( sekitar 1 jam 30 min ) supaya daging kambing tu lembut dan mudah tanggal dari tulang :D

Kalau ada periuk tekanan Noxxa lagi bertambah mudah (tapi saya tidak tahu caranya  dan timing kerana tiada periuk berkenaan), tapi kalau periuk tekanan Giant atau periuk cap buaya made in Thailand pun boleh :D

Perasakan dengan garam setelah penutup periuk dibuka

Untuk masak nasi
4 cawan beras Basmathi - rendam 10 minit dan toskan semua air rendaman
4 cawan air sup stew - kalau pekat sangat guna (2 cawan stew + 2cawan air)
1 sudu besar garam - kurang jika stew telah diletak garam

Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi. Bila dah 'cook' boleh la nom nom nom nom nom

Salsa timun
1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar perahan lemon

Hiris semua sayuran dan perasakan dengan garam, gula dan air lemon

Jika yang gemar ada sambal

5 biji lada merah
10 biji cili api
1 gengam daun ketumbar
1 biji tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar jus lemon
3/4 cawan air stew

Blend semua dan sedia dimakan

Ok dah lengkap resepi stew kambing dengan nasi 'arab'. Jadi hujung minggu nanti boleh la cuba ok. Kalau yang nak memikat mertua pun boleh refer resepi ni. Tapi kalau takut bakal mak mertua tak makan kambing, gantilah dengan ayam ( adjust juga timing memasak kerana ayam cepat masak) :D
myfreecopyright.com registered & protected