Pages

Wednesday, May 6, 2009

Begedil

Akhir2 ni takde mood nak buat entry..unless pengumuman sahaja di Chocville [tu pun takde entry gambar langsung]…sepanjang bulan lepas saya terpaksa menulis [atau dipaksa menulis] dan menterjemah penerbitan buku laporan tahunan opis saya…Mcm sengal…sepanjang menyiapkan buku tu tiap malam saya tido dgn mata bakal bengkak pada esok pagi harinya…kekadang bercakap dgn org pun boleh rasa nak nangis..gile emo…macam kena sumpah buat buku tu..serius mmg kena sumpah…pastu ditambah lagi dgn ‘Proof Reader’ [klu boleh dikata begitu] menjengkelkan…but then banyak juga benda baru yang dipelajari [eventho that time I felt terpaksa belajar]..bak kata Elizsue dekat blog Ned;
“Sebutir berlian hanya akan muncul bila bebatuan arang ditekan dibawah tekanan yang amat tinggi dalam perut bumi” [err tapi saya tak tahap arang kot kan?????]

Dalam bulan yang sama saya juga lihat 2 ‘kepulangan’ kepada yang Hak..memula suami kepada Makme saya Allahyarham Kamilan Bin Abd Rahman.. dan lebih kurang seminggu lepas tu nenek saudara kepada tunang saya Allahyarhamah Kasimah Bt Mohd Shah…mohon roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama para solehin…

Bulan April juga bulan kesihatan [walaupun sebenarnya bulan April ialah bulan kesihatan gigi] sbb kebanyak appointment doc saya ialah pada bulan ni..tapi appointment maxillofacial saya telah men’skip’kan dengan sengaja kerana kebusy’an melampau dan sekarang saya takut nak gi klinik tu [saya takut kena marah…hospital k’jaan pekerjanya garang2]

Dalam kesibukan dan tekanan tu saya masih suka menggodeh coklat…sbb bau coklat kan menenangkan.. i could call myself as LATE NITE CHOCOLATIER [kebanyakan tempahan dibuat kul 12am above]…tq to my customer ;
Ain Cohort [hehe u nak tak jadi agent jualan i?]
Ogy BP [ dia beli untuk b’day n as well mother’s day celebration for her mom]
Cik siti rafidah [may order dan strawberry chocolate in June to her lover]
Liz Mahat [congrats for ur engagement…26th June 09 nnt, 20th blh collect eh]

Weekend ni on Sunday (10th May 09) saya ada kelas mengajar coklat..class untuk Saniah n Fifi was held kat umah Saniah..to anyone yang nak experience wat coklat sendiri boleh buzz saya for further enquiry..[walaupun asalnya saya cuma berhasrat menyediakan doorgift sendiri untuk keluarga belah tunangan saya sahaja]

Saya juga masih hutang tester coklat kepada K.Pah.. to my fellows from TIGS, UKM and KMNS..klu ada yang nak kan tester boleh juga request..but since tester limited 2pcs sahaja n kena datang sendiri kat Putrajaya..:)

*Begedil : kentang lenyek yang campur gaul dengan daging dan sedikit2 daun sup dan daun bawang dan kemudian celup dengan telur dan digoreng

p/s: sbnrnya takde tajuk..since dule tajuk entry campur2 ialah Pasembor..again entry campur2 ni ditajukkan dengan makanan yang diprepare campur2 juga...hoho..sengal...

1 comments:

Arfah said... Reply to comment

Hahahaha..tau ye masih berhutang dengan i... Cepat ler nak rasa ni~~ sebelum bersalin ni nak rasa cokelat tu..

myfreecopyright.com registered & protected