Pages

Friday, May 29, 2009

Material

Hari ini adalah hari yang dipenuhi dgn meeting..serasa saya bilik meeting tu pun cam dah muak tgk muka kitorang hehe..pagi seperti biasa meeting bersama tokoh penyelidik dan petang harinya meeting ttg system developement kat opis tu..

Seperti biasa, bla meminta update ttg bahagian latihan kat opis ni, ahli2 meeting akan dihidangkan dengan santapan rohani untuk menaikkan semangat kerja, menjadi ambitious sehingga tahap millionaire dan juga kecintaan terhadap apa juga jenis ilmu..[agaknya satu hari nnt mungkin kata2 tokoh penyelidik boleh dibukukan atau dijadikan DVD motivasi...

Walaupun tauada meeting dengan beraninya saya mengambil risiko bangun kul 3 pagi menyiapkan tempahan untuk K.aida dan some choc to sell kat opis..syukur, semua hasil jualan hari ini telah pun habis semuanya...asalnya saya nak buat pada waktu biasa [selalunya pada jam 9 mlm] but since semalam ada kenduri arwah untuk arwah pakcik saya...masa ditunda ke jam 11 lebih..but oleh kerana mengantuk thp gaban...maka saya pun zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Saya agak gembira, walaupun sebenarnya takde la thp kaya lagi pun dek kerana menjual coklat,tapi kegembiraan bila org berpuas hati memakan makanan yang dibeli dari kite tu satu benda yang buat saya rasa nak terbang..seriusly saya bukan lah org yg pandai berniaga, tapi saya training menjual barang dengan menjadi pegawai pemasaran tanpa lantikan rasmi kepada opismate saya yg mengambil tempahan sarapan pagi...

Untuk mendapat pendapatan tambahan bukan la susah, tapi ia akan jadi susah klu kite terus mengharap kita akan dapat ribu riban dalam masa 2 jam bekerja..sikap ni tak dapek nak nolong de..sebab tu klu kite perhati byk org masuk perniagaan dgn janji2, kaya susah nak kaya kerana penglibatan itu hanya berdasarkan

oh i dont need to work as long asa i have many downline, im juz grab some benefit from what they do.."

mmg jangan harap la since downline anda juga mendapat tarbiyah yang sama..rezeki secupak takkan jadi segantang....

Byk rakan2 juga memikirkan saya mata duitan sbb tak berhenti2 mencari tambahan pendapat.. materialistik kah saya? Saya berasa saya setuju dgn pemikiran boss saya bahawa betapa anda yakin pun dengan kedudukan anda, anda perlu bersedia menghadapi cabaran...Byk perkara baik yang akan bisa kita lakukan bila byk duit...

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..."

Errr nnt klu saya sambung tulis lagi leh tak..saya mmg kena qada tido sekarang....saya dah terhuyung hayang sejak meeting tadi...

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected