Pages

Friday, May 29, 2009

Material

Hari ini adalah hari yang dipenuhi dgn meeting..serasa saya bilik meeting tu pun cam dah muak tgk muka kitorang hehe..pagi seperti biasa meeting bersama tokoh penyelidik dan petang harinya meeting ttg system developement kat opis tu..

Seperti biasa, bla meminta update ttg bahagian latihan kat opis ni, ahli2 meeting akan dihidangkan dengan santapan rohani untuk menaikkan semangat kerja, menjadi ambitious sehingga tahap millionaire dan juga kecintaan terhadap apa juga jenis ilmu..[agaknya satu hari nnt mungkin kata2 tokoh penyelidik boleh dibukukan atau dijadikan DVD motivasi...

Walaupun tauada meeting dengan beraninya saya mengambil risiko bangun kul 3 pagi menyiapkan tempahan untuk K.aida dan some choc to sell kat opis..syukur, semua hasil jualan hari ini telah pun habis semuanya...asalnya saya nak buat pada waktu biasa [selalunya pada jam 9 mlm] but since semalam ada kenduri arwah untuk arwah pakcik saya...masa ditunda ke jam 11 lebih..but oleh kerana mengantuk thp gaban...maka saya pun zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Saya agak gembira, walaupun sebenarnya takde la thp kaya lagi pun dek kerana menjual coklat,tapi kegembiraan bila org berpuas hati memakan makanan yang dibeli dari kite tu satu benda yang buat saya rasa nak terbang..seriusly saya bukan lah org yg pandai berniaga, tapi saya training menjual barang dengan menjadi pegawai pemasaran tanpa lantikan rasmi kepada opismate saya yg mengambil tempahan sarapan pagi...

Untuk mendapat pendapatan tambahan bukan la susah, tapi ia akan jadi susah klu kite terus mengharap kita akan dapat ribu riban dalam masa 2 jam bekerja..sikap ni tak dapek nak nolong de..sebab tu klu kite perhati byk org masuk perniagaan dgn janji2, kaya susah nak kaya kerana penglibatan itu hanya berdasarkan

oh i dont need to work as long asa i have many downline, im juz grab some benefit from what they do.."

mmg jangan harap la since downline anda juga mendapat tarbiyah yang sama..rezeki secupak takkan jadi segantang....

Byk rakan2 juga memikirkan saya mata duitan sbb tak berhenti2 mencari tambahan pendapat.. materialistik kah saya? Saya berasa saya setuju dgn pemikiran boss saya bahawa betapa anda yakin pun dengan kedudukan anda, anda perlu bersedia menghadapi cabaran...Byk perkara baik yang akan bisa kita lakukan bila byk duit...

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..."

Errr nnt klu saya sambung tulis lagi leh tak..saya mmg kena qada tido sekarang....saya dah terhuyung hayang sejak meeting tadi...

Tuesday, May 26, 2009

Habbatus Sauda

saya seperti perlu mencari paduan herba-herba mengingat kerana semakin lama saya seperti cepat terlupa ape yang saya nak buat..padahal baru je berfikir tentang perkara itu sepuluh minutes sebelumnya...adakah ini dinamakan short term memory lost

Walaupun saya gemarkan ikan, tapi saya tak penah ratah kepalanya...adakah saya terminum air bergula semut...

Tolong...saya perlukan habbatus sauda sekarang....

p/s : saya masih lagi memikirkan apekah tajuk yang hendak saya googlekan tadi...

Monday, May 25, 2009

melaka again...24 Mei 09

Seem like i luv to visit Melaka [melawat melaka bererti melawat Malaysia????].. but this time instead both of us i had some visit together all along with my future in laws to be...










p/s : tak sempat nak type ape lagi sbb tgh menggodek coklat...

Monday, May 18, 2009

Apakah yang bisa saya berikan kepada anda?

Biasanya dalam meeting selain kena bambu, ada juga nasihat2 baik..tazkirah2 dan perkongsian ilmu Tokoh Penyelidik Nasional kepada anak2 buah yang setahun jagung seperti kami [saya terutamanya]..kekadang klu dengar ape yang tokoh penyelidik ckp dah mcm upline MLM pun ada...tapi mengagumkan la [saya admit MLM tu boleh create leader klu kena caranya..dan mestilah berbakat]...

Bos saya seorang yang bercita-cita amat besar sehinggakan dia berhasrat untuk mengubah tradisi tipikal petugas kerajaan..maka, kami adalah pilot projeknya sehinggakan petugas kerajaan lain yg jauh lebih senior merasakan kelompok opis saya merupakan moron dan menjengkelkan...kami diarahkan untuk serve patient kami dgn senyuman semanis madu walaupun anda dimarah secara kejam oleh org yang salah sebut tarikh kehadirannya bila mintak medical report...mungkin tarbiahnya seawal masuk kerja [terutamanya pekerja veteran...saya adalah kelompok veteran di opis yang sempit dan bocor itu] maka kami tak membantah dan amat patuh dengan arahan itu sehingga kan setiap kali lepas meeting masing-masing berlari-larian ke komputer surfing kerja kosong di tempat lain..

Jangan fikirkan ape yang boleh kita peroleh daripada orang..tapi fikirlah apa yang boleh kite berikan kepada orang lain... contohnya apa salahnya kita berikan RM10 dua kepada org yang meminta derma tanpa memikirkan apa yang bakal mereka manfaatkan atas pemberian kita itu kerna mungkin harta yang kite peroleh ini terselit hak mereka...

Menurut bos saya itu, beliau pernah pergi satu kursus dimana peserta diminta untuk meninggalkan semua wang, perhiasan diri malahan pengenalan diri..kemudian mereka dibawa ke satu tempat yang lain dan mereka diminta untuk pulang sendiri ke kem dengan sejumlah wang sekurang2nya RM800..[mungkin masa ni kot bos saya menyelami perasaan peminta derma]..tapi saya tak tau berapa bos saya dapat sbb dia kata dia nak bagitau minggu depan..[maknanya meeting minggu ini lahh agaknya]

Kelmarin saya dengar 1 lagi tazkirah di Surau Annur..menurut ustaz Zahazan [penceramah pada hari itu] beliau bertemu dgn seorg pembayar zakat terbanyak di Negeri Johor [bygkan setiap minggu beliau byr zakat sebanyak RM20k..setiap minggu]..klu saya sbut perniagaannya anda pasti akan mengiakan kesuksesan beliau...menurut ustaz tu selain kepatuhan berzakat tokoh ini juga sentiasa menjaga solatnya dan turut membahagiakan kedua orang tuanya...Nah ini lah hasilnya setiap pemberian hak yang kita lakukan kepada Pencipta, kepada ibu ayah kite malahab kepada orang di sekeliling kite.. individu yang ustaz ni cerita ialah owner Al-Ikhsan...Subhanallah...

Sebenarnya saya cerita panjang-panjang ni saya ada juga benda yang nak diberikan kepada orang lain..Report Pengumpulan Data The Malaysian Cohort di 30 tempat [mean ada 30 report...gile tensen]

Pelbagai..

Ntah kenapa weekend lepas hati saya rasa berat n sedih...sedih sgt la sampai langsung not in mood to talk to anyone..Klu bercakap pun ended ngan rasa kecik ati..then sepanjng malam sebelum hari jumaat [saya nak sebut mlm jumaat tapi cam pelik..kakakah] saya berazam untuk senyap je sbb saya nak mengelak diri dari rasa berkecil hati dengan sesiapa pun... MALANGNYA...masuk bilik meeting dan bla...bla...bla by boss end up ada lagi yg merenggut kebahagiaan hati suci saya...maka moody lagi...&*$%$&^%&*(%&^&*$@!! betul si RAMBUTAN tu..

Hari sabtu..hari bertemu anak murid kecil saya..terpandang jadual servis keta..tiba-tiba terdetik dalam hati nak gi servis keta dapat gaji minggu depan...Kelas mula seperti biasa..today Principal Linda also in class with me..anak2 kecil easily distracted...kul 10.45am rehat jap saya turun bawak gi kedai beli air..tetiba terlihat pemandangan yang mmg saya tak suka lihat..ada org langgar keta saya yang tengah dok diam2 tu..DAMN!!!!!!! maka sepanjang haritu saya bertekak ngan cina tu nak suh dia bayar upah repair keta..tu pun nak berkira lagi..saya peduli hapa awak ada duit atau tak...sape suh parking dekat sgt ngan keta saya...sape suh gi reverse keta tak tgk dulu...lesen terbang agaknya..ape pun akhirnya saya dpt baiki keta saya dan juga mendapat semula ganti rugi tu...Praised to Allah..Syukur..thankfull to people around yang memberi full support untuk saya menegakkan hak saya..Principal LInda, K.Pah and also to my dearest fiance Ahmad Zulkifli..:)

Petangnya saya gi ambik coklat kat umah my coklat guru..gi surau Annur [sejuk sket hati dgr tazkirah]..pas isyak gi Pasar Malam Bangi, beli sket2 pastu makan kat foodcourt presint 9 sambil tgk AF..[klu kat kedai mamak, OUTSIDE FOOD NOT ALLOWED]

Ahad, saya ada kelas coklat ngan opismate saya...gambar n cerita will be uploaded at Chocville...

Friday, May 15, 2009

hummmmmmh....

i saw 'spider web' at the corner of the blog..lately seem i don't have a gud idea in writing or to trigger something phenomenon..[macam la penah pun]

Sometimes i found myself alone even i am standing among the hectic situation...
Sometimes i can't cope at all with much things around me...
and most of the time i just making my way doing routine ...[huhhhhhh boring]

Saturday, May 9, 2009

Jauhkanlah

I just finish chocolating to complete all orders...saw there's a mail from my dear lover....an email which was very insulting to Muslim especially... about this



Harap Melayu di Malaysia masih mengekalkan ciri dan jatidiri MUSLIM..Tapi apa jua pun bangsa yang penting juga MUSLIM..


"Ya ALLAH tetapkanlah hatiku kepada mu..lorongkanlah aku kepada jalan keimanan.. Lindungilah ahli keluarga dan insan yangku sayang agar tidak terpesong menjauhiMu.."

Wednesday, May 6, 2009

Survey

Oleh kerana lately digembar gemburkan byk makanan yang syubhat kandungannya..saya berazam [sebenarnya berangan 90% dari pada azam itu] untuk prepare makanan sendiri [namun haruslah bahan mentahnya saya source daripada tempat yang dipercayai]..Jadi saya gemar untuk surf cari site2 yang tunjuk cara produce makanan sendiri [actually hanya tumbuhan je produce makanan sendiri, other than plant are all user only]..Sebab tu saya belajar chocolate, baking cake by my own [walaupun limited benar cake yang saya tau buat]..

Im amazed bila dengar my fren MIL made a bread by her own..[i guest dari roti biasa2 until berperisa]..Pastu masa gi rumah cikgu coklat saya, she served us her homemade olive bread..byk gile saya makan roti tu..

Maka saya teruja-uja untuk membeli sebuah breadmaker..tapi setakat ni yang plg murah saya review internet is ~RM400.00 [Empress Breadmaker : Cosway], pastu RM529.00 [Kenwood BNM250:refer kat site Sen Heng] dan beberapa model lagi yang saya tak jumpa harganya...[New Life Breadmaker, Anoxxa Breadmaker, Moulinex Breadmaker, Panasonic Breadmaker]..
refers
http://www1.kenwoodworld.com/my/product_category.php?cat=1128
http://www.newlife.com.my/products/pfcare/breadmaker.asp

Sebenarnya boleh je buat roti pun without this machine as long as ada oven untuk baking.. tapi saya suka gadget2 cam ni [dan sebenarnya saya malas nak uli tepung tu lama2]...

~MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU~

Begedil

Akhir2 ni takde mood nak buat entry..unless pengumuman sahaja di Chocville [tu pun takde entry gambar langsung]…sepanjang bulan lepas saya terpaksa menulis [atau dipaksa menulis] dan menterjemah penerbitan buku laporan tahunan opis saya…Mcm sengal…sepanjang menyiapkan buku tu tiap malam saya tido dgn mata bakal bengkak pada esok pagi harinya…kekadang bercakap dgn org pun boleh rasa nak nangis..gile emo…macam kena sumpah buat buku tu..serius mmg kena sumpah…pastu ditambah lagi dgn ‘Proof Reader’ [klu boleh dikata begitu] menjengkelkan…but then banyak juga benda baru yang dipelajari [eventho that time I felt terpaksa belajar]..bak kata Elizsue dekat blog Ned;
“Sebutir berlian hanya akan muncul bila bebatuan arang ditekan dibawah tekanan yang amat tinggi dalam perut bumi” [err tapi saya tak tahap arang kot kan?????]

Dalam bulan yang sama saya juga lihat 2 ‘kepulangan’ kepada yang Hak..memula suami kepada Makme saya Allahyarham Kamilan Bin Abd Rahman.. dan lebih kurang seminggu lepas tu nenek saudara kepada tunang saya Allahyarhamah Kasimah Bt Mohd Shah…mohon roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama para solehin…

Bulan April juga bulan kesihatan [walaupun sebenarnya bulan April ialah bulan kesihatan gigi] sbb kebanyak appointment doc saya ialah pada bulan ni..tapi appointment maxillofacial saya telah men’skip’kan dengan sengaja kerana kebusy’an melampau dan sekarang saya takut nak gi klinik tu [saya takut kena marah…hospital k’jaan pekerjanya garang2]

Dalam kesibukan dan tekanan tu saya masih suka menggodeh coklat…sbb bau coklat kan menenangkan.. i could call myself as LATE NITE CHOCOLATIER [kebanyakan tempahan dibuat kul 12am above]…tq to my customer ;
Ain Cohort [hehe u nak tak jadi agent jualan i?]
Ogy BP [ dia beli untuk b’day n as well mother’s day celebration for her mom]
Cik siti rafidah [may order dan strawberry chocolate in June to her lover]
Liz Mahat [congrats for ur engagement…26th June 09 nnt, 20th blh collect eh]

Weekend ni on Sunday (10th May 09) saya ada kelas mengajar coklat..class untuk Saniah n Fifi was held kat umah Saniah..to anyone yang nak experience wat coklat sendiri boleh buzz saya for further enquiry..[walaupun asalnya saya cuma berhasrat menyediakan doorgift sendiri untuk keluarga belah tunangan saya sahaja]

Saya juga masih hutang tester coklat kepada K.Pah.. to my fellows from TIGS, UKM and KMNS..klu ada yang nak kan tester boleh juga request..but since tester limited 2pcs sahaja n kena datang sendiri kat Putrajaya..:)

*Begedil : kentang lenyek yang campur gaul dengan daging dan sedikit2 daun sup dan daun bawang dan kemudian celup dengan telur dan digoreng

p/s: sbnrnya takde tajuk..since dule tajuk entry campur2 ialah Pasembor..again entry campur2 ni ditajukkan dengan makanan yang diprepare campur2 juga...hoho..sengal...