Pages

Wednesday, April 28, 2010

Malaysia Indah Permai : Sabak Bernam

We off to Sabak Bernam day after kenduri for honeymoon.. [haha tipu saje]..kami ke Sabak Bernam sbb nak anta student Politeknik Sultan Idris Shah yang tak siap assignment lagi...
Kami cuba berlagak ibu bapa suapaya aura tu terserlah dengan membawa kanak-kanak tak berapa kanak2 ni berlakon menjadi anak kami.. :p
Memandangkan lepas kenduri, berkemas situ sana sini macam siti nurhaliza, janji nak anta tengahari dah jadi petang... walaupun kami tau adik mak hajah nurul haninah akan kena ketuk ketampi sbb masuk lepas 6.30pm.. tapi sbb kami kan dikurniakan rasa kasih sayang yang luas sekali, tak sampai hati rasanya melihat beliau didenda sambil perut kelaparan.. kami singgah dulu Bagan Nakhoda Omar memakan sepinggan mee udang yang selak udang baru nampak mee [ monolog dalaman udang " hisssh tak malu diorng ni nak selak2 aku.."]

Di kesempatan yang ada, apetah lagi ada plak orang yang boleh disuruh menjadi photographer sukarela, kami cuba menggambarkan diri seperti sedang ingin bercinta...

Gembira sungguh rasanya dapat menjejakkan kaki di sini..:)... Abanggggg nanti kite jalan2 lagi ye..^_^
Oh ye hasil menyelak udang tadi.... [aikkk selak udang jadi kerang????? musykil...]


p/s:
  1. kami rasa mee udang itu sedap.. tapi time limited kami tak pasti adakah tu paling sedap kat sabak bernam... kitorg terjah je kedai makan terdekat sbb lapar...
  2. kredit to miss photographer.. we're waiting for another session of outdoor photograph..hehe

Mak Long Chantek kawen lagi

Wafiah : Kenapa Mak Long chantek kawen lagi? kan dah kawen hari tu...

Mak Jem : Mak Long chantek kawen kat rumah suami dia pulak...

Sila click untuk lihat Resepsi Dalam Taman saya..

Terima kasih untuk keluarga suami saya yang bertungkus lumus menjayakan sebuah majlis yang terbaekk dari ladang.. :)

Terima kasih suami saya kerana menemani 53 hari saya dan Insyaallah sampai syurga.. Tq for the lovely cards of 52 days being hubbywifey...hehe terasa I am sweet Sweetie.. ^_^

Wednesday, April 21, 2010

Folic Acid

Tetiba bercakap pasal vitamin B9 ni.. sbb semalam saya baca blog Azza cite pasal kawan dia yang ada masalah kandungan akibat kekurangan asid folik ni... (korang skroll sampai bawah kat blog Azza ni untuk baca sendiri dari blog kawan dia)

Apesal tetiba cakap pasal asid folik ni??? memandangkan saya ni wanita berkahwin, bila2 masa je ada potensi termengandung ( dengan kehadiran lelaki bertanggungjawab :p ).. semasa saya bertanya google hari tu, menurut jawapan yang diberikan, pengambilan asid folik ni seharusnya dilakukan 3 bulan sebelum mengandung..tmbahan lagi sbb saya tak pernah mengandung, tak pernah pergi klinik check kat doktor untuk tnya "Am I pregnant, Dr?" .. takkan tetiba leh jadi pandai p cari asid folic sendiri kat farmasi kan.. Jadi sedikit sebanyak membaca entry blog azza menjadi sedikit paranoia juga..

Tetiba (aik tetiba lagi??) saya rasa gelabah dan cuak.. apesal lak nak gelabah.. ye saya gelabah sbb saya cam tak pernah consume folic acid...tapi tipu kot tak pernah.. sbb menurut google lagi sumber asli asid folik ada dalam sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kacang peas, bijirin, buah-buahan.. semua benda ni saya suka, kecuali sayur kadang-kadang suka... :P [suami jangan baca..nnt u marah]

Jadi untuk support lagi sumber asid folik selain dari sumber asli yang telah saya consume seperti di atas, saya sedang berdikit2 ambik ni sbb dia tulis mengandungi Hi-folate sebagai back up incase ada hari2 yang saya terskip sumber asid folik semula jadi atau pun sekiranya saya telah termusnahkan asid folik dari makanan semulajadi semasa memasaknya sbb asid folik ni sangat sensitif kepada kepanasan, UV dan mudah larut air..

Huhuu sekurang-kurangnya kalau saya termengandung sebulan atau 2 bulan atau beberapa bulan dari sekarang saya dah menyediakan nutrien untuk baby saya.. saya hanya berusaha, Allah jua yang bantu..

p/s :-terima kasih suami sbb belikan Anmum tu.. cam suprise ala2 eric leong je balik2 rumah tgk dah ada atas meja.. hopefully we're ready to have a baby kan?..luv u..:)

Sunday, April 18, 2010

Kerja kosong di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Nilai

Secara jujurnya sejak masuk tahun baru lagi saya termimpi2 mendapat keja baru yang dekat dengan kediaman baru saya.. mean dekat dengan Dengkil ialah Putrajaya, Cyberjaya, Bangi atau pun Nilai.. huhu tapi sampai hari ni masih HAMPA (pernah kah kau merasa, hati ku hampaaa...)

Kenapa saya nak cari keja lain :
1. Sbb saya suka tempat keja yang membolehkan saya kuar 15minit sblum waktu punch kad nya merah..
2. Sbb masa yang banyak tu saya tak tergolot-golot (suami saya kata ni perkataan orang selangor untuk terkocoh-kocoh) nak siapkan breakfast dan bersiap ke pejabat..
3. Saya nak tempat keja yang tak byr tol..
4. Supaya kalau saya malas bawak keta, suami saya tak keberatan nak ambik saya..
5. Supaya saya tak payah keja malam atau keja pada weekend..

Hari ni saya keja weekend dan pada waktu malam.. sedari awal tahun perkara sebgini telah dijangkakan.. Saya bukan la peramal hebat seperti Nostradamus.. tapi melihat trend orang yang bekerja kontrak di sini dan mendapat tetap di sana sinun, kekurangan staff mmg dijangkakan.. Haihhhh maka beginilah nasib kontraktor yang tinggal..Sebagai pengantin baru (haha mengada2 masih nak claim pengantin baru..:p ) tentulah suami saya berat hati (haha guna alasan suami kan..^_^) nak melepaskan isteri berjauhan di malam hari.. (bawah 18 thn jangan baca)..

Huu dah la.. ni luahan perasaan je.. saya nak p solat.. 11 lagi sampel dari Negeri Di bawah Bayu menanti dikerjakan.. Saya taknak balik lmbat2.. saya rindu suami saya.. [ :P muntah pelangi]

p/s: to frens yang tau tempat keja kosong, pls let me know eh.. (terutamanya dikawasan yang dinyatakan di atas.. tq)

Friday, April 16, 2010

Bergambar lagi..

I love this simple shot.. hope once lega2 nnt, we could find some time to reshoot some photos together.. [ bergambar dengan tenang tanpa perlu membetulkan bulu mata palsu..^_^ ]

HEROES in Malaysia

Have anyone of you watch HEROES tv series.. sebenarnya saya bukan la tgk sgt..terlalu byk siaran yang skip dan jadi mmg tak terikut lah.. :p dan mmg la saya akan lost nak cerita satu persatu ttg siri tu pada korang..haha ntah2 korang lagi hebat n kenal each characters in that series.. dalam banyak2 karakter tu saya cuma ingat nama Petrelli (tapi tak tau berapa banyak Petrelli yang ada) dan juga orang yang ada ability to paint future named Isaac Mendez (haha ni baru tahu tadi sbb google kan)

Cerita sebenarnya bukan pasal any heroes in that series.. tapi saya rasa Ma saya ada kelebihan macam Isaac Mendez tu hehe.. let's see this pic

This pic Ma saya lukis dah 4 -5 thn lepas.. My mum's hobby is painting.. in fact during school kalau tak siap homework lukisan, maka Ma saya la jadi mangsa untuk lukiskan homework saya.. no wonder latihan lukisan saya A sokmo... heee tapi saya masih bersungguh2 melukis bila periksa eh.. dan hasilnya masih A (kembang hidung )... oh ye aktiviti suruh Ma lukiskan homework to bukan saya sorang je buat okeh.. turut menjadi legasi adik2 saya..

Ok back to the painting, menurut Ma girl inside is me and i was in don't know who's house.. we brought the painting to our house (boleh kata wedding gift from my Mum hehe)

Masa menggantung gambar ni di rumah tetiba perasan yang keadaannya seperti kehidupan saya sekarang..Hehe now dah tau dah who's house it is..most of the flora inside the painting are exist around my house .. ada corak2 ukiran kayu kat atap..hehe.. Isaac Mendez kah ibu saya?????

p/s : suami saya sangat risau saya tak biasa rumah kampung.. dear suami, i don't mind, time to time we are responsible to build up a better life for us whole family..bak kata kawan kuasa 10 saya "Demi cinta, duduk rumah atas pokok pun ko tak kesah kan????"... ye aku tak kesah asalkan ada tangga..:)

Menu minggu lepas

Haha minggu lepas adalah minggu sebulan jadi isteri.. orang kata semangat berkobar2 masak hanya sebulan je (rujuk ayat tipikal : ' Ala, semangat nak masak2 tu sebulan je!!!).. so sempena meraikan sebulan itu update makanan ada 2 jenis juga..

IKAN KELI BAKAR BERSAMBAL


Ini seperti konon2 ikan bakar belakang Istana Negara.. konon2 je.. tapi part paling best kalau korang makan ikan keli ni kat umah saya, tak payah byr macam makan belakang Istana..hehe

Ikan keli bersambal bakar

Bahan2

  1. 3 ekor ikan keli (dipotong 2)
  2. 5 ulas bawang merah*
  3. 4 ulas bawang puting*
  4. 1 inci halia*
  5. 20 tangkai cili kering*
  6. garam
  7. gula
  8. air asam

Cara2nya

  1. Cuci ikan bersih2
  2. Blend semua bahan bertanda*
  3. Tumis bahan diblender dan tambah perasa (gula, garam dan air asam)
  4. Alas daun pisang pada loyang
  5. Sambal tumisan tadi dilumur pada ikan
  6. Tutup bahagian atas dengan daun pisang dan tutup lagi dengan alluminium foil untuk mengelakkan daun pisang atas hangus
  7. Bakar dalam oven selama 20 min dengan suhu 120-150 degree Celcius

Seperti biasa akan ada menu untuk mertua..ya saya tidak berkesempatan mempunyai ibu ayah mertua (Alfatihah untuk Mama Badriah Abdul Muid & Baba Mohamed Nawawi) tapi ahli keluarga ayah dan ibu mertua saya a.k.a jiran selalu menaja makanan kami suami isteri (tq Makcik..we luv u..^_^ ).. maka apalah sangat nak masak sekali sahaja dihujung minggu.. so menu minggu lepas dinamakan :-

LONTONG UNTUK MERTUA :)


[Nasi impit + kuah lodeh + kuah kacang]

Hehe lontong ni saya simpan sket bawa balik BP untuk Ma saya rasa..haha macam terkesima Ma saya mendengar anaknya rajin memasak.. hehe Ma, ur girl grown up already..

Nasi impit : Rebus 2 -3 jam.. biar kan semalaman untuk memempatkan tekstur.

Kuah kacang

Bahan2

  1. 300g kacang digoreng dan dikisar
  2. 100g ayam / daging (saya guna ayam)
  3. 15 tangkai lada kering*
  4. 5 ulas bawang merah*
  5. 2 ulas bawang putih*
  6. 1 inci halia*
  7. 1 inci lengkuas
  8. bahan perasa (garam, gula, air asam)
  9. 1 liter air

Cara2nya

  1. Blend bahan *
  2. Tumiskan bahan *. Masukkan lengkuas
  3. Masukkan ayam dan biarkan sekejap sampai ayam keluar airnya.
  4. Setelah bahan * masak, masukkan kacang.
  5. Masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  6. Perlahankan api, biarkan sehingga kacang empuk.
  7. Masukkan bahan perasa mengikut kehendak masing2.

Kuah Lodeh

bahan2

  1. Kacang panjang
  2. Lobak
  3. Sengkuang
  4. Bawang putih*
  5. Bawang merah*
  6. Lengkuas
  7. Tauhu
  8. Santan { saya guna santan kotak 250ml + air suam 400 ml)

Cara2nya

  1. Blend *
  2. Tumis *
  3. Masukkan lengkuas
  4. Masukkan sayur 1,2, 3
  5. Masukkan santan, biar mendidih seketika dan masukkan tauhu.
  6. Letak garam secukup rasa eh..

    p/s : ni dah 40 days.. so tak payah masak kah???

Wednesday, April 14, 2010

Entry tak bertajuk 2

Lalala..saya baru balik dari bercuti... pengisian cuti adalah balik ke Batu Pahat...dulu saya selalu balik bersatu-satu orang.. tapi sekarang berdua lebih baik.. :p

Saya balik sbb nak tgk ma saya..ma saya sakit kaki.. harap2 ma saya lekas sembuh.. pastu nak ambik sijil nikah sekali dan ambik album kastam [haha begitukah literal translation untuk custom album??] .. wah hasilnya bagus sekali.. berpadanan lah dengan pakej yang ditawarkan dan telah didiskaunkan oleh jiran saya pemilik http://www.csp.com.my itu.. terima kasih daun keladi..mudah-mudahan leh ambik gambar kami FREEEE... :p

Disebabkan album beserta beg itu berat sekali, adalah letih sekali untuk membawanya.. malahan untuk kebanyakan masa, encik Ahmad jualah menjadi tukang bawa.. so kepada sesiapa yang teringin sekali melihat gambar pengantin cantik, boleh la browse ke link ini..hehe..

Sebenarnya banyak lagi gmbar, tapi nnt la bila rajin baru upload.. kalau tak rajin sampai bercucu pun takkan ada...

p/s :
  1. saya tak ambil lagi sijil nikah sbb staff pej.agama tu janji sebulan, tapi pergi kelmarin katanya sebulan itu dan sebulan ini..bukah senang kalau ckp 2 BULAN???haihhh......
  2. sukar sekali mencari tajuk.. adalah saya semakin LAMPI???? haihhhh....

Monday, April 5, 2010

Entry tak bertajuk

CERITA 1
Weekend adalah hari yang heaven dengan food sbb masa weekend saya ada banyak masa nak memasak dan membuat garnishing..haha.. tak le blah...eh tapi yelah.. kan saya perempuan cantik [ uwekkk :: muntah pelangi ] maka makanannya wajib cantik gitu...

MAKANAN HARI SABTU
kan klu gambar2 dalam buku masakan kan suka fokus part sket2 je supaya lebih mengujakan..hehe..
hehe the exact look is like this..sebenarnya ini adalah ini adalah Tortila versi Dengkilville..hehe.. tapi nama Malaysia ialah LEMPENG oke.. but to make it international, we serve it with Philadelphian cheese spread..nyum2..:p

MAKANAN HARI AHAD

hehe ni gambar yang disnap selepas dah beberapa kali makan dan ianya ialah mee rebus terakhir sebelum periuknya dibasuh... Hari Ahad ialah hari rutin saya memulangkan pinggan mangkuk jiran a.k.a Makcik * selepas sepanjang minggu Makcik *taja makan malam kami..hehe..
* link ni link anak Makcik..hehe
Week ni saya masak Mee Rebus..huhu.. sehari sebelum saya confirmkan semula resepi ngan Mak Jem [ma saya lah tu] ... huhu oleh kerana saya bukan la pemasak tegar di rumah, Mak Jem macam tak confident saya masak mee rebus...siap suggest menu jadi mee sup je sbb tu je yang dia rasa saya leh masak...Cabaran sungguh ma saya ni.. saya try jugak menumis kuah mee rebus...hehe maybe tak sama cam Hj Wahid or Linda Onn..Tapi suami saya kata sedap [ hehe klu u kata tak sedap, i tido luar... :p ]
Semalam juga housemate rumah lama datang.. so mereka pun dpt menikmati mee rebus yang dimasak pertama kali ini.. hehe jemput datang lagi lain kali..:)


CERITA 2
Selain memasak, saya juga masih rancak mengemas dan meng organize keadaan rumah kami..hehe.. syukur alhamdulillah rumah kami dah lengkap semua peralatan..hehe sambil mengemas pulak pembantu cilik yang lucu ni..
we named her Butterscotch [tu bekas air BS.. tema kami mmg JAWI]

ni BS sibuk2 bila saya nak pasang langsir

juga sibuk nak ikut solat..haihhhh anak nakal

Sebenarnya BS kami jumpa kat Masjid Jameatus Solehah [ni Masjid Dengkil].. Lepas ajak bermain2 dan berjalan2 ke Kota Warisan lepas solat Isyak, kami pulangkan semula BS ke masjid dengan sebungkus Frieskis kepada musafir di Masjid.. tetiba esok harinya kami nampak BS ada di laman rumah kami.. rupanya BS telah dibawa pulang oleh jiran kami.. so tanpa sesapa melantik, secara tak rasminya kami ialah mak bapak angkat BS..hehe.. [ budak kecik agaknya kucing pandai membaca, nak makan siap tenung kotak Whiskas...].. we hope kucing genius ni hidup lama n boleh bermain2 dgn anak kami nnt... dengdegedengdengdengdeng :p..

p/s: cerita bercampur2 camana nak bagi tajuk..:P

Thursday, April 1, 2010

Saya kan perempuan cantek

Tu ape yang anak sepupu saya cakap pada saya dulu... haaa kan betul....:)


Hari ni saya nampak k.p dapat award yang sama.. baru saya teringat saya telah berhutang kepada pemberi award Kak Masayu nak buat entry begini... Ya ampun.. saya mmg perlukan initiator nak update blog barangkali..hehe..tapi saya mmg tersipu2 malu bila Kak Masayu claim saya hebat.. sebab sekarang ni belum hebat sangat...huhuhu

Oke.. syarat ni begini..
1. Buat pautan kepada blogger yang memberi award.
2. Nyatakan 7 perkara tentang diri saya.
3. Pass over the award kepada 15 orang rakan yang dirasakan cantek..:)

Syarat kesatu :
Ya saya jemput semua readers [haha bunyi cam la glamer sgt kan] untuk berkongsi baca blog Kak Masayu Ahmad sebab dia lagi hebat dari saya.. saya selalu berhasrat jadi macam dia supaya boleh duduk rumah, jaga anak2 [^_^] dan blogging.. dan dia sangat baik hati berkongsi setiap pengalaman semasa bekerja dan sebagai surirumah sekarang...

Syarat kedua :
Ape ye nak cakap pasal diri saya.. baiklah sbb saya nak paksa anda semua baca.. maka saya cuba pastikan anda tidak dibekalkan dengan fakta yang boleh buat anda muntah pelangi.. heeee..

1. Saya dah try memblog banyak kali.. tapi setakat ni menggunakan pembekal blogspot la paling lama.. saya berangan2 nak membeli domain yang berharga RM40 setahun untuk menjadikan blog saya berbunyi www[dot]fazya[dot]com .. hehe tapi sampai skang hangging... :p

2. Saya rasa suami saya tu 'made in heaven' [asal cakap nak loving2 tukar warna jadi pink] buat saya atas beberapa reason dan kebetulan yang terjadi kepada diri saya sejak saya tingkatan 4 lagi.. haha nasib baik ia tidak muncul ketika saya tingkatan 4 itu.. kalau tak ntah2 saya malas ambik SPM... :p

3. Lepas kahwin hari2 saya berulang sejauh 40km pergi dan 40km balik.. Pada asalnya perjalanan itu 50km pergi dan 50km balik.. tapi saya telah mengurangkan 10km dengan melalui kawasan kubur 1Malaysia yang berada antara Putrajaya dan Dengkil.. hehe malam tak lalu lah.. huuuuuu

4. Sebenarnya saya bukanlah pendengar radio tegar.. saya menaiki kereta mendengar radio hanya sekadar untuk bernyanyi2 kecil bila dengar lagu.. jadi amat tidak pernah saya menshorlistedkan radio ape yang sangat disukai... dan saya tak pandai set channel radio dekat kereta [hohhh kasihan]..

5. Satu kemalangan melanggar jambatan di Kampung Tengah menguatkan semangat memandu saya seperti sekarang ni... kalau tak bila pegang stereng keta je ketar...hehehe

6. Saya masih berhutang pelajaran berenang kepada diri saya sendiri...

7. Pada asalnya saya berhasrat belajar coklat adalah untuk suka2 dan masa depan.. Saya berangan2 idealistik untuk menyediakan semua makanan secara homemade kepada anak2 saya.. [ Mama baik kan Baba???? :p ]... Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah coklat homemade tu dpt saya kongsikan secara kecil-kecilan kepada rakan yang membayar... hehe...


Syarat ketiga :
Hehe bukanlah disebabkan rasa bersalah tak deliver lagi hadiah coklat [walaupun mmg ia juga] kepada Puan Siti Sifir menyebabkan saya mengawardkan award ini kepada beliau.. Tapi sebab lebih utamanya blog beliau adalah blog rujukan saya dalam membina keluarga dan kehidupan sehari-harian.. mungkin juga ia bukan ideal untuk anda.. tapi ia relevan bagi saya dan juga mempengaruhi suami saya..hehe.. saya pasti juga bukan saya seorang yang menghadiahi award ini kepada beliau.. dan dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Kak Sitisifir yang baru dapat Ahmadi... I love Ahmad too... hehe...
myfreecopyright.com registered & protected