Pages

Thursday, October 27, 2011

Kenangan sekolah dan konon-konon di kafe kaffein berprestij

Saya teringatkan zaman mengorder roti naik dari rakan sekelas saya semasa tingkatan satu cerdas dulu..hehe Bila makan cinammon roll pula saya feel2 macam berada di cafe mahal dan lagi tak boleh blah feel2 berada di kota Paris..haha But now i could bring those two feelings at home..

Roti naik & cinnamon rolls

Bahan2 :

  • 500 g Tepung high gluten (tepung gandum biasa pun boleh)
  • 11g instant yeast ( 1 paket mauripan brand)
  • 1 1/2 tsp garam
  • 3 tbs gula
  • 80ml double cream (susu full cream pun ok atay 100g susu tepung)
  • 250g air
  • 3 batang kayu manis ( panjang sejengkal) dikisar kering sampai halus
  • mentega

Cara:
  1. Sediakan air suam yang dimasukkan gula sedikit.kacau gula sampai larut
  2. Masukan air suam bergula kepada bekas yg berisi instant yeast
  3. Biarkan seketika sehingga nampak yeast berbuih ( it show that yeast are working)
  4. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, garam, double cream
  5. Masukkan larutan yeast
  6. Mulakan putarkan mixer pada kelajuan perlahan dan masukkan sedikit demi sedikit lebihan air
  7. Putar sehingga adunan licin lebih kurang 30 min (selang selikan putaran dengan kelajuan sederhana dan perlahan)
  8. Bila adunan telah sedia ( adunan elastik dan tidak melekat pada tangan apabila dipegang), kemaskan ia dalam bentuk bulat dan biarkan ia rehat selama 45 min  atau sehingga ia mengembang 2x dari saiz asal
  9. Setelah ia mengembang, tumbh adunan untuk membebarkan udara yang terhasil akibat tindakan yeast.
  10. bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  11. Untuk roti naik : bahagiakan lagi kepada adunan bulat2 kecil, letak dalam loyang yang telah digris, biarkan sehingga adunan kembang 2x saiz asal
  12. Untuk cinnamon rolls : lenyek adunan dengan rolling pin, taburkan serbuk cinnamon dan gula diatas doh. gulung, dipotong2 kepada saiz yang sesuai dan susun dalam loyang yang digris, rehatkan sehingga doh kembang 2x saiz asal
  13. Setelah kembang bakar dengan suhu 200 degree celcius selama 20 min (sebelum tu panaskan oven 10 min)
  14. Selesai bakar, roti naik tu disapukan dengan mentega pakai berus silikon (kalau takde berus silikon pakai daun pandan gunting2 pun boleh, klu selera pakai berus cat pun ikutlah....)

Tips:
Kalau takde mixer adunlah pakai tangan tp masa mengadun tu maybe 2x lebih lama..

Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

Psyche said... Reply to comment

oh wow. nampak macam store bought, okeh! Sungguh boleh feeling2 de Paris!

Psyche said... Reply to comment

p/s: I miss reading your entries! welcome back. hopefully ni bukan kejap je pop up. hehe.

Dr Singa said... Reply to comment

masih belum ada bread maker eh.....

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche
lapang2 n idea dtg kita merapu la kt sini..hehe

ciketon fazya said... Reply to comment

@DrSinga

xde lagi..nk belikan *haha sambil buat muka comel*
Tp kita x knead pakai tgn..kita buat pakai mixer..xlenguh la..

Kita ngah wat tabung dapur nk belu ice cream maker..hehe *kucing nk trade ice cream maker dia yg dah 12 thn half price beserta lipas..hehe

myfreecopyright.com registered & protected