Pages

Tuesday, August 27, 2013

Sinari hari raja sehari dengan temari :)

Assalamualaikum wbt

Kalau bulan ramadhan lepas kesibukan mengadap oven nak siapkan kuih raya, di bulan syawal ni kita fullfill order mana yang bertunang, mana yang nsk kawen dan mana yang open house. Alhamdulillah rezeki yang menempah dan juga rezeki saya..

Kali ni ada produk baru dari chocville.. kalau ikutkan di pasaran, sejak tahun lepas dah ada, tapi kita baru ada keberanian dan peluang nak practice kek baru yang dinamakan 'temari'..temari ni kategori kek 3d, saiz sekitar besar bola tennis. Kalau ada yang berminat untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan, boleh la hubungi kami.. kalau malu nak cakap boleh sms atau whatsapp..hihi

Untuk jualan buat masa ini temari ni kami jual dalam pakej 5 biji dengan hiasan fondant dan royal icing dengan tawaran harga RM150.00 dalam transparent box. Jenis kek boleh pilih sama ada buttercake/chocolate cake /fruit cake. Untuk lapisan cream pula ganache dan sweet buttercream..

Nak tau temari tu macamana? Tengok gambar bawah ni ya.. oh ya untuk bride to be, selain daripada temari, macaron tier untuk menyerijan majlis juga ada.. macaron tier tu berharga RM125.00. Sekiranya b2b mengambil pakej temari dan macaron tier, harga pakej yang ditawarkan ialah RM250.00 sahaja..:

Terima kasih atas luangan masa yang membaca, boleh hubungi 0136076706 untuk pertanyaan atau tempahan.

♡ fazya

Monday, August 19, 2013

Tips macaron 6 : Keringkan dulu sebelum bakar

Assalamualaikum wbt

Sudah sekian lama tak share tip buat macaron.. haha sebenarnya apa2 tips pun dah lama tak share.. so sementara mood ada ni laju2 update blog..

Kalau tuan puan yang google cara buat macaron mesti akan jumpa frasa ' keringkan dulu macaron sebelum dibakar'.. Proses pengeringan ni bagi saya adalah mesti.. haha sebab pernah masa malas, saya terus masuk oven adunan yang baru dipaipkan... End up macaron tu pecah macam gunung berapi..tsk tsk tsk...:'(

Kering macam manakah? Kering tu macam kulit kita dry dok dalam aircond.. seriusly as dry as that.. klu kita sentuh surface tu takde lekit langsung.. then baru pop into oven 12min suhu 160-170 degree celcius. Atas alasan macaron ini, kalau hari hujan, jawapannya? DON'T BAKE MACARON!

Abes kalau dah masa dah suntuk ada orang order nak buat camna? Bukan lah tak boleh buat langsung, tapi kegagalan at your own risk ok...haha.. macam saya sebut di atas, macaron mesti kering macam kulit kena aircond.. so solutionnya ialah aircond...:).. bagi yang takde aircond, memang sedih.. tapi ada satu cara lain yang saya guna dulu before aircond installation, turn on oven, buka pintunya letak baking tray nearby, so udara panas tu mengeringkan macaron..

Ada beza tak antara kering dengan aircond dengan kering dengan oven?of cos ada beza, terutamanya tukang bakarnya.. satu boleh bersejuk2 sambil tunggu masa bakar, satu lagi panas nak nanges...haha

Selamat mencuba buat macaron

Pics:
1. Macaron kering guna aircond
2. Macaron kering guna udara oven

Friday, August 2, 2013

Satu Lifetime, my one lifetime experience

Assalamualaikum wbt

Lama tak menulis sebab....... haha i had no reason.. Anggap saja demotivated atau tak rajin atau jika ada husnuzhon, saya agak sibuk siapkan tempahan kuih raya.. hihihi

Dalam pada sibuk2 tu akhirnya ada juga satu cerita yang buat saya super excitednak share sebab ianya Satu Lifetime dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah rezeki ramadhan, saya menang tiket sessi bersama Amina El Shafei di Blue Med Restaurant Midvalley Megamall..

Siapa Amina El Shafei? Saya rasa di kalangan penonton saluran Lifetime 709 pasti mengenali Amina dalam program Masterchef Australia musim ke empat.. Amina ni kira peserta unik la, sebab dia peserta Muslim pertama yang menyertai show tersebut ( dia saja yang pakai scarf selain Matt Preston.. haha).. Amina juga boleh dikategorikan beruntung sebab jedua ibu bapanya datang dari latar budaya yang sangat berbeza, Mesir dan Korea Selatan. Kepelbagaian tu menyerlahkan kebolehmasakan ( hah perkataan apakah ini?) dia..

Saya memang sangat over the moon bila dapat tahu saya menang tiket tu.. Tapi sebelum terawang-awang sangat saya tanya husband saya dulu sebab kalau dia taknak pergi, musnahlah harapanku.. Bila dia kata " Eh mestilah nak sangat!!!" masa saya tanya nak tak jumpa kalau Amina datang Malaysia, saya sambung balik feeling super excited tadi.. Ya suami saya tau Amina sebab dia terpaksa tonton Masterchef Australia tu masa kami berbuka puasa..haha.. Memandangkan dia pun kelahiran Mesir( tapi orang melayu ya) so dia terus jadi bandwagon Amina...hahaha

Oh lupa nak cerita about the event.. Petang tu kami berbuka di Blue Med Restaurant. Italian food. Ada Oso bucco ( lamb shank ada kuah2 tomato), chicken cacciatore ( ayam ada tomato dgn mangga kot), spagetti alfredo, spagetti carbonara, shrimp and mussel salad, pizza, salmon butter, turkey quiche dan menu2 lain yang dah terlupa.. Lupa nak ambik gambar sebab asyik ingat nom nom nom jom nom haha lol!.. oh ya desserts of the day was brownies and tiramisu..

Masa kami tengah sakan makan Amina ada cooking demo di Centre court Midvalley.. Dia masak menu kegemaran Tan Sri P. Ramlee, nasi goreng.. haha kelakar dengar Amina pronounce nasi goreng.. Lepas habis masak nasi goreng, dia balik semula ke Blue Med dan buat demo masakan pada kami hari itu 'Steamed Pandan Cake with Longan, Lychee and Rambutan syrup".. Di akhir demo, everyone dapat sepiring cake tu dan nom nom nom nom nom... hihi.. oh last but not least, goodies of the day ; elimination apron, laddles and recipe cards..

Ok enjoy some pics while we're on the event.. :)

myfreecopyright.com registered & protected