Pages

Friday, August 2, 2013

Satu Lifetime, my one lifetime experience

Assalamualaikum wbt

Lama tak menulis sebab....... haha i had no reason.. Anggap saja demotivated atau tak rajin atau jika ada husnuzhon, saya agak sibuk siapkan tempahan kuih raya.. hihihi

Dalam pada sibuk2 tu akhirnya ada juga satu cerita yang buat saya super excitednak share sebab ianya Satu Lifetime dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah rezeki ramadhan, saya menang tiket sessi bersama Amina El Shafei di Blue Med Restaurant Midvalley Megamall..

Siapa Amina El Shafei? Saya rasa di kalangan penonton saluran Lifetime 709 pasti mengenali Amina dalam program Masterchef Australia musim ke empat.. Amina ni kira peserta unik la, sebab dia peserta Muslim pertama yang menyertai show tersebut ( dia saja yang pakai scarf selain Matt Preston.. haha).. Amina juga boleh dikategorikan beruntung sebab jedua ibu bapanya datang dari latar budaya yang sangat berbeza, Mesir dan Korea Selatan. Kepelbagaian tu menyerlahkan kebolehmasakan ( hah perkataan apakah ini?) dia..

Saya memang sangat over the moon bila dapat tahu saya menang tiket tu.. Tapi sebelum terawang-awang sangat saya tanya husband saya dulu sebab kalau dia taknak pergi, musnahlah harapanku.. Bila dia kata " Eh mestilah nak sangat!!!" masa saya tanya nak tak jumpa kalau Amina datang Malaysia, saya sambung balik feeling super excited tadi.. Ya suami saya tau Amina sebab dia terpaksa tonton Masterchef Australia tu masa kami berbuka puasa..haha.. Memandangkan dia pun kelahiran Mesir( tapi orang melayu ya) so dia terus jadi bandwagon Amina...hahaha

Oh lupa nak cerita about the event.. Petang tu kami berbuka di Blue Med Restaurant. Italian food. Ada Oso bucco ( lamb shank ada kuah2 tomato), chicken cacciatore ( ayam ada tomato dgn mangga kot), spagetti alfredo, spagetti carbonara, shrimp and mussel salad, pizza, salmon butter, turkey quiche dan menu2 lain yang dah terlupa.. Lupa nak ambik gambar sebab asyik ingat nom nom nom jom nom haha lol!.. oh ya desserts of the day was brownies and tiramisu..

Masa kami tengah sakan makan Amina ada cooking demo di Centre court Midvalley.. Dia masak menu kegemaran Tan Sri P. Ramlee, nasi goreng.. haha kelakar dengar Amina pronounce nasi goreng.. Lepas habis masak nasi goreng, dia balik semula ke Blue Med dan buat demo masakan pada kami hari itu 'Steamed Pandan Cake with Longan, Lychee and Rambutan syrup".. Di akhir demo, everyone dapat sepiring cake tu dan nom nom nom nom nom... hihi.. oh last but not least, goodies of the day ; elimination apron, laddles and recipe cards..

Ok enjoy some pics while we're on the event.. :)

1 comments:

Hazeman Huzir said... Reply to comment

Oh! I have met her jugak sebab Astro bawak dia jumpa staff-staff Astro.. below is my experience with her:

http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/masterchef-amina-elshafei-in-kl-would.html