Pages

Wednesday, October 16, 2013

Recipe sharing : Good ganache

Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ini saya kerap post gambar kek ( haha sebab saya mengambil order kek), terutamanya kek double indulgence.. hihi sebenarnya saya addicted buat kek tu dan dalam masa yang sama nak practice menuang ganache licin-licin berkilau macam cermin..

Memandangkan ada yang pm tanya resepi ganache tu, so resepi tu dikongsi di sini, ia applicable untuk diguna pada apa-apa jenis kek :)

500g whipping cream ( saya guna non dairy cream bersuhu bilik)
500g dark chocolate

♥Masukkan whipping cream dan coklat dalam mangkuk stainless steel dan letak atas periuk air mendidih.
♥Bawah mangkuk cukup sekadar dipanaskan dengan wap, perlu dipastikan tidak sentuh air mendidih.
♥Pastikan coklat cair dan sebati dengan cream. Licinkan dengan spatula. Penggunaan whisk tak berapa digalakkan sebab nanti ganache tu ada buih2. Nanti kalau tuang atas kek, ada pulak gelembung2 belon2 kecil.
♥Tunggu sejuk sikit untuk tuang atas kek.
♥Biarkan semalaman sejuk kalau nak buat hiasan tepi kek, atau jadi ganache macaron.

Ganache ni boleh guna coklat compound ( coklat lemak sayuran), tapi kalau nak lagi sedap, gunalah coklat couverture gelap ( premium chocolate yang lemak dari cocoa butter).

Oh ya minggu ini ada lagi kombo 4 kek ( 4 cakes on board)
1/4 victoria sandwich cake
1/4 pecan butterscotch
1/4 double indulgence
1/4 russian black and white
♥Harga RM85 sahaja ( self pick up di Dengkil). Delivery ke rumah ada caj lain. Ini untuk area Lembah Klang saja.. Batu Pahat belum dibuka iklan lagi..
♥Date ready ; 18th October 2013 ( Jumaat) onwards.

Sms/ whatsapp 0136076706 untuk booking. Call boleh juga, tapi bila tgh sibuk saya selalu ter miss angkat telefon.. almaklum lah tgn comot, telefon touch screen.. mohon ampun maaf, janganlah kecik ati ye.. ^_^

3 comments:

My Little Diary said... Reply to comment

sy ni mkn suker lah...nak buat belum ada kemahuan lagi..hehehe

ciketon fazya said... Reply to comment

It's ok my little diary,
Bila dtg kemahuannya bole cuba :)
Bila rasa nak mkn dipersila order ^_^
Hihihi

Chempaka Merah said... Reply to comment

Thx kak JUJU 4 sharing this recipe! i sedang berusaha membelek segala menu yg u ada (both blogs) utk pilih mana yg i berkenan utk order.. hehe.. tunggu order i eh?

miss u so much! XOXO

myfreecopyright.com registered & protected