Pages

Thursday, September 18, 2008

I am 26 years young???

Tepat 12.00am 18 September 2008
Pada ketika ini genap umur saya mencecah 26 thn..sudah pun meninggalkan usia suku abad yang amat mengerikan sekiranya masih tak kawen cam skarang..hehe

Beberapa minit yang lalu saya telah menerima 4 msg ucapan harijadi [oh sebenarnya ada lebih lagi kerana beberapa org telah pun advance wish di frenster, tq to K.aida and Qistina]

Msg pertama : Mr Alfateh a.k.a En. A
Content msg itu tidak dapat dinyatakan disini..akan tetapi ia amat mengharukan dan saya berdoa perkara yang sama sepeti dia...hehe.. Saya amat berterima kasih dan syukur kepada Allah kena mempertemukan dengan 'penawar' jiwa luka saya satu ketika dulu...dia benar2 menyembuhkan kelukaan itu dengan izin Allah...Rupenya penantian saya yang akhirnya berpenghujung selepas 3 tahun itu dianugerahi dengan seseorg yang lebih menghargai saya lebih menyayangi saya...Terima kasih kerana telah menemani saya pada ketika jiwa saya sgt kosong..Im cherish ur companion...TQVM..moga thn depan b'day wish nya lebih berbeza ye...^_^

Msg Kedua : Cik Dayang Ann Amalina Abang Yamin
Sememangnya dia adalah org yang tak berupaya melupakan hari ulangtahun saya kerana personal interest [keke Ann, tapi saya terlupa la ape yang perlu diingatkan ye??? =p] Telah saya nyatakan kepada beliau sehingga hari Jumaat saya berhasrat untuk men short term memory lost kan perkara yang diminta untuk saya ingati...haha

Msg ketiga : Meme a.ka.a adik bongsu saya
B'day wish yang ringkas tapi amat bermakna..Selain makcik tempat saya menumpang teduh satu-satunya saudara terdekat yang ada ketika menjalani hidup di kota metropolitan..walaupun ada ketikanya rasa amat memenatkan untuk berulang ke s.alam jemput, hantar dan ziarah..tapi biological bond kerana kami pernah duduk di rahim yang sama menyebabkan saya sgt syg adik2 saya..saya syg lebih daripada duit nyk kereta yang tertabur dijalanan itu..

Msg keempat : En. Yusof Basha dan Pn. Jemiah a.k.a ayah dan ibu saya..
Doa yang paling mengharukan..saya memahami keaadaan kiranya ayah dan ibu saya tidak mengucapkan ucapan ulangthn seawal ini kerana sekarang sudah waktu tidur..Kalau saya mampu membeli dunia dan menghadiahi ayah dan ibu saya,masih saya berhutang yang amat byk kepada mereka..saya berhutang kepayahan kerana ma terpaksa melahirkan saya secara ceasarean dan juga pada ayah yang telah babysitting saya sementelahan ma terpaksa kerja ditempat lain..dibandingkan anak2 lain saya sedar akan kedegilan saya kerana imuniti yang tegar sebagai anak perempuan tunggal..tapi ayah dan ma masih sayang saya sepenuh hati.

Ape pun saya berterima kasih atas doa kamu semua..saya juga berdoa agar segala kebaikan doa yang saya terima dikembalikan lebih baik lagi buat semua pendoa2...For myself i hoping i could be better person days to days..anak yang baik, muslimah yang halus, saudara yang boleh diharap, isteri yg taat dan ibu yang berupaya mendidik anak [ 2 yang terakhir tu bakal je, belum jadi lagi...hehe]

Rumusan doa ulangtahun hari lahir thn 2008 : ramai mendoakan say supa berkahwin termasuk diri saya sendiri...haha

ok la omel blogroll hari ni tiada gambar kerana mmg tak ambik gambar..saya menaip pun dalam gelap....hehe

2 comments:

Anonymous said... Reply to comment

Yey..cepat2 la kawen tu...

3740Journal said... Reply to comment

babe..happy birthday..cepat2 kawen.. dapat baby..boleh kawan dgn Airyll..hehe

myfreecopyright.com registered & protected