Pages

Saturday, February 18, 2012

Kenangan makan donat kentang di rumah sewa Kajang..:)

Donut kentang

2 biji kentang - rebus dan lecek
220g tepung + 50g tepung
3 sudu susu pekat manis
1 1/2 sudu teh yis kering
30ml air
1/2 sudu teh garam
Gula aising

Rebus kentang dan lecek. Ketepikan.
Bancuh yis dalam 30ml air suam. Bila yis mula berbuih2 bermakna yis anda hidup lagi..hihi
Campurkan 220g tepung bersama lentang lecek tadi.
Buat telaga ditengah2 campuran tepung dan kentang.
Masukkan yis, susu pekat manis, garam dan telur. Uli semuanya sehingga bercampur sebati. Gunakan tepung tambahan sekiranya melekat pada tangan.
Rehatkan adunan untuk ia naik sekali ganda saiznya.
Sekiranya ada penerap, tepek2 adunan dan cetak bentuk tayar. Klu tiada gunakan imaginasi untuk membentuk tayar tu...hihi
Blh juga biarkan seketika untuk ia naik. Klu tak sabar goreng aja.
Ayakkan gula aising di atas donut yg sudah digoreng.. :)

*Resepi ni saya ingat2 lupa resepi roomate saya sewaktu duduk rumah sewa dulu.
*Penggunaan tepung dan cecair tu perlu secara sedikit-sedikit. Kalau terlebih tepung dikhuatiri donut terlalu padat kalau terlebih air susah plak nak handle adunan. Keadaan doh tu blh saya metaforakan seperti kepadatan bantal kekabu..haha tapi tak blh la bawak tido...hihi
*Yis tu saya sarankan jangan terlalu byk walaupun 1 1/2 tsp tu nmpak mcm sikit sangat pula... Unless anda suka donut yg banyak bau yis...hihi
*Resepi ni saya tak guna mixer sbb bowl mixer tak basuh lagi lepas buat roti hari sebelumnya...haha..tapi klu guna mixer, bila doh dah tak lekat kt dinding mangkuk mean dah ok la tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments: