Pages

Monday, January 30, 2012

Passion fruit cheesecake

I seldomly baked a whole cheesecake.. Since both of us love choc cake much much more.. But i just wanted to exerimenting with those passion fruit..

Hehe nyampah je kn speaking2 sbb buat cheesecake...haha..ok la kita cakap banjar.. Haha mmg lagi fail ok.. :p

Resepi cheesecake (saya guna tin 7")

180 g crumb biscuits
1/3 cup butter

Campurkan crumb biscuit dengan butter. Press pada dasar baking tin (saya guna bakinhg tin blh buka bwh tu atau guna spring foam).
Bakar selama lebih kurang 8-10 min 150c dan sejukkan

350g creamcheese
1/2 cup caster sugar
2 eggs
30ml cream
3 biji markisa (passion fruit) -ambil jus saja dan tapis bijinya
Half lemon juice

Whip cream cheese
Masukan gula.whip lg until fluffy
Masukkan telur.
Masukkan cream.
Masukkan jus markisa dan jus lemon. Whip sebati.
Masukkan bahan cheese atas lapisan crumb biscuits tadi. Bakar selama 35-40 min 180c menggunakan kaedah water bath (bain marie)

Memandangkan loyang ni boleh ditanggalkan,klu guna baterbath tanpa alas bwhnya xmemasal base cake korang jadi soggy..so alas dulu ye dengan aluminium foil.. Bila dah masak, cake ni kena simpan at least separuh hari dln peti ais dulu ok..

Topping atas buah markisa tu blh letak cam tu je atau rajin masak la jadikan jem..tapi saya suka gaya rustic ( saya malas!)....hihihihi... Ok till meet again in another recipe...daahhhhhhhh..

~My husband verdict : Secret Recipe, move aside!...~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, January 29, 2012

Homemade satay

Hehe gatal tangan try bakar sate kt rumah.. Nak grill dalam oven cam tak challenging langsung.. Cover sket keliling tungku dapur gas dan letak jaring2 atas stove.. Sangat menyeronokkan...but cleaning part always never be fun...:(

Resepi rempah sate

3biji bawang besar
4ulas bawang putih
3inci halia
5 tbs ketumbar
2 tbs jintan putih
4 tbs lada boh
2 tbs sos tiram
1 tbs lada hitam tumbuk
3 tbs minyak
Garam * sikit je
Gula * ni byk

Bila dah blend semuanya..dh marinate pun atas daging dan ayam baru perasan saya miss nk blend serai..dan serai pun ada 2 btg je...so last resort serai tu guna masa nak sprinkle minyak dan kicap manis masa membakar je...hihi selesai masalah...:)

Oh masa dah gaulkan rempah ni pada daging dan ayam,jangan lupa taburkan gula pada perapan.. Gula tu berfungsi as tenderizer to the meat..*gula juga boleh menyebabkan daging mudah caremelize dan membentuk karbon..jgn leka time bakar nnt sate hangus, rugi je hihi*

~Resepi rempah ni saya guna 400g daging dan 500g ayam
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, January 20, 2012

Kalau dah CTS jangan gatal tangan surf food blog

Cottage pie ni terjadi akibat gatal tangan browse blog ribbon clown ( http://ribbonandcircus.blogspot.com/2012/01/thursday-comforting-cottage-pie.html?m=1 )

My version ;

cottage pie

3 biji kentang
½ cup sour cream
1 biji telur
2 sudu butter
1 ½ tepung gandum
1 cup stock ayam – saya guna air je
½ cup cream/ full cream milk/ susu sejat
300 g daging cincang
1 biji bawang holand
1 biji tomato
½ biji capsicum
2 sudu sos tiram
Blackpepper
Garam untuk perasa

Rebus kentang until empuk
Sementara kentang direbus, boleh sediakan inti dengan kaedah stir fry.
Tumis bawang sampai wangi, masukkan daging.
Bila air daging dah mula keluar dan evaporate, masukkan sos tiram
Masukkan cili dan tomato.Biar layu sekitika dan ketepikan masuk dalam casserole pan.
Guna kuali menumis tadi, cairkan butter dan masukkan tepung.kacau dengan cepat, guna api sederhana.
Masukkan air/stok ayam kacau supaya sebatian licin
Pelankan api dan masukkan cream/susu.biar didih sekali sahaja dan matikan api
Tuangkan sos ni ke atas daging dalam casserole pan tadi
Lecek kentang sampai halus, campurkan telur dan cheese. Perisakan dengan garam.
Setelah kentang sebati dengan semua bahan, tuang menjadi satu lapisan kepada semua bhn2 dalam casserole pan tadi.
Bakar selama ½ jam dengan suhu 200C
Apalah lagi, makan lah!

Dah..sekali lagi modem blow...so puasa blog surfing = puasa masak...hihihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, January 12, 2012

B&W bagel dan stew puyuh

Bagel

500g tepung gndum
11g yis
100 ml + 40ml air
30 ml cream (blh replace dgn full cream milk)
3 1/2 tbs molasses (blh replace ngan white sugar)
2 tbs olive oil
1 1/2tsp garam
3 tbs bijan putih
3 tbs bijan hitam

Bancuh yis dgn 40 ml air suam
masuk tepung dlm mixing bowl
buat telaga tgh tepung. Masukkan molasses garam cream olive oildan bancuhan yis
mix semua sambil masukkan air perlahan2.
Biarkan mix sampai permukaan doh licin
rehatkan doh seketika sehingga naik sekali ganda
serata udara kepada seluruh doh. Biarkan seketika.
Bahagian doh kepada potion 50g dan dibentukkan seperti donut. Rehatkan lagi doh yg dh dibentuk.
Sementara doh rehat, panaskan air mendidih dan toast bijan
bila doh bagel dh kembang, celupkan dlm boil water dan coat dgn toasted bijan
bakar pd suhu 150-180c selama 15-20min
sedia dihidang bersama stew atau kari

resepi stew

3 ekor puyuh dipotong 2
4biji tomato
3 biji lada merah
1 biji +1 biji bawang holand
2 ulas bwg putih
1 tbs ground cumin
1 tbs ground coriander
2 helai daun salam
tepung gandum
2biji kentang
1 biji carrot

cuci bersih burung puyuh
didihkan air dan celur tomato yg di lorek kulitnya.keluarkan tomato dan buang kulitnya.masukkan dlm blender bersama lada, sebiji bwg,bwg putih, cumin dan coriander.
coatkan puyuh dgn tepung gandum
pnaskan periuk dan brown kan puyuh.ketepikan puyuh
tumis bawang holand yg dihiris. Masukkan bhn blend dan daun salam
Masukkan kentang dan carrot yg dipotong baji.
Masukkan puyuh dan stok ayam (air pun blh) sehingga menutupi
biarkan renih sehingga puyuh carrot dan kentang empuk..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, January 6, 2012

Beli atau tidak?



Dari semalam tengok iklan ni...hati gigil nk sambar tapi wallet gigil nk kuar duit...haha

Wat say you upon ceramic knife? Hehe bila tny kawan2 yang hatinya juga gigil2 nk beli, nasihat semuanya bertanduk..hehe.. Walaupun pisau sebegini bukan la keperluan yg total tapi ada beberapa kebest'an menggunakan pisau ini..

Best sbb :
*sgt tajam dan xpyh asah
*mudah dibersihkan
*makanan seperti buah buahan dan sayuran xteroksida semasa dipotong

Kurang best sbb:
*klu jatuh dari ketinggian lebih 2m blh patah
*xleh potong tulang sbb blh serpih
*MAHAL!

Haha kini hari sedang berbelah bagi...beli or x beli...hehe semoga ada yang baik hati nk hadiahkan kt saya...hihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, January 3, 2012

A day At Tanjung Karang, Selangor




A day at Tanjung Karang

Hehe akhirnya, dpt gak pegang padi secara live..hehe

Suami saya ajak gi Tg. Karang semata2 nak fulfill keinginan saya tengok dan pegang padi sementara ia masih kat pokok lagi.. Hehe memang jakun sebab kat Batu Pahat atau Dengkil mana ada padi..:p

Masa dah sampai sini saya teringat satu dokumentari Astro yang diadaptasi dari buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman tulisan Prof Muhd. Kamil..Sebab kami dah tengok dua tiga kali dokumentari (astro kan suka ulang2) so kami boleh ingat la cerita pengalaman haji seorg pakcik dari Tanjung Karang ni..

Haji Daud dari Tanjung Karang  & Haji Ahmad dari Dengkil :p

Nanti saya sambung macamana accidentally kami jumpa Haji Daud ni..mouse notebook saya dah buat perangai, tensi nak menaip..grrrrrrr