Assalamualaikum wbt..
Asyik2 cerita pasal durian crepe je kang boring pulak.. Jadi cerita pasal review makan.. Haha masih berkisar pasal makanan.. Cerita ni dah sebulan pun berlalu tapi nak share jugak sbb mana lah tau kan korang pun kepingin nak restoran juri Masterchef...hihi..Ni kami pergi sempena birthday dia yang ke
ehem ehem..
Memandangkan ai ni penonton tegar Masterchef Msia, maka keteringinan nak makan kat restoran Chef Zubir tu tinggi ler kan.. Sebab asyik tengok dia komen food orang je kan.. So meh akak komen sket food restoran dia..haha budget bagus je..
Braised lamb shank (lupa nama penuh)
Sedap.. lamb shank tu cukup perisa, tapi mash potato tu mantap sedap.. rasa nak mintak tambah.. Sayur errr err errr orang tak suka sayur susah komen.
Fillet mignon, romaine salad, cheese potato, fresh crack sarawak pepper gravy ( ni sendiri order so ingat la)
First time makan beefsteak yang bila potong dagingnya soft like butter.. mmg soft.. dont compare dengan bistik kedai mamak.. Romaine salad tu sedap bagi org yg kurang suka sayur sebab dia ada pear, potato tu biasa2, blackpepper gravy tu phenomenal!
Sebab ini birthday celebration kan, so macam tak lengkap birthday without sweet dessert.. So kami pun order dessert (masa ni akak dah kira duit dalam wallet...haha).. At first suami saya order tiramisu, tapi tiramisu habis.. tinggal ai miss u je..so dia order;
Pandan creme brule
Dia tak suka.. katanya macam baulu cair.. haha.. saya rasa lebih tepat nak describe rasa akok cair..
Caramelize banana choc pudding
Kalau cross section puding ni kat tengah2 ada pisang caramel.. tapi masa potong macam sekelip mata selesai tak sempat snap pic sebab adalah sudu orang tak suka pandan creme brule cilok puding ni... Nak order satu lagi kang kena tengok isi wallet lagi sekali..haha.. Bagi saya puding ni dah cukup sedap.. tak pasti apa fungsi elemen blueberry tu.. puding saja pun sangat sedap dah.
So far kita satisfied la makan kat
Laman Grill.. Kalau kepingin, pergilah berkunjung di section 13 ( landmark ke sana ialah PTPL)