Pages

Wednesday, April 1, 2009

Pasembor

Pasembor? Or northern said as pasemboq..ini bukan entry makanan..resepi juga bukan..tajuknya begini sbb entrynya mungkin bakal bercampur gaul macam sepinggan pasembor yang ada tauhu, tempe [works as botulinum toxin neh…hee~~~], timun, sengkuang, fishball, paru dan kuah rojak..Sepanjang minggu ini saya tak boleh post entry kat rumah kena cable telefon apartment telah dicuri..satu bangunan punya tepon umah tak function, internet down…[mencuri tu berdosa tau…]

27.3.09
Ayah mama saya datang ke ibu kota kerana ada majlis untuk org pencen..oleh kerana De’Palma adalah hotel paling dekat dgn RISDA cam biasa semua eventnya mmg kat situ la [malas cari 5 quotation????] Bilik yang di peruntukan hanya bilik untuk ayah dan ma sahaja tapi 3 org anak2 telah menyempit2 kan bilik tersebut…[huhu kalu anak rincing2 tak pe..ni semuanya plus size…tapi tak kire..nak jugak sebok2 kat bilik tu…]

28.3.09
Seperti seluruh dunia tahu dan telah digembar gemburkan melalui internet bahawa hari earth hour..maka dari jam 8.30-9.30 saya telah bergelap di rumah..asalnya saya hanya merancang bergelap di rumah hanya di bilik saya kerana saya dok umah makcik saya [hehe saya seperti tidak berkemampuan mengajak org sama bergelap bersama saya] tapi akhirnya satu rumah bersetuju untuk bergelap bersama saya…yeay!!!! Kami masih meneruskan aktiviti tgk tv [err earth hour applicable untuk lampu sahaja kan?] Saya menganggarkan kawasan putrajaya gelap gulita tapi dari rumah yang gelap saya boleh nampak satu bangunan apartment membuka lampu dari tingkat paling bawah sehingga paling atas [saya kira apartment itu dalam 15- 20 tingkat]..err mungkin mereka tak sempat baca artikel2 internet… [wonder berapa agaknya tenaga elektrik yang dapat dikurangkan bagi mlm itu???? Kena tanya TNB barangkali]

29.3.09
Pergi ke rumah maksu.. hanya lebih kurang 300 meter dari apartment tempat saya diam sekarang [padahal gi jln kaki pun boleh, nak jugak naik keta]..di sini jumpa mangsa gomol name Auni Nabilah Bt Nurul AIdil..anak comel ni sepupu kecil saya..bagus betul ada anak camni…senyum dan gelak2 sahaja..[bak kata kawan2 maksu klu ada 10 anak camni pun takpe]…oleh kerana tak byk kerenah, baby Auni pernah tertinggal kat umah sendiri sbb ibu dan ayahnya sibuk mengurus abangnya yang tengah nangis…huwaaaa baby 5 bulan = home alone… heee skang auni sudah masuk 7 bulan.. dan dia sudah boleh bercakap…
“dadadadadadadadadadadadada…dadadadadadada……dadadadadadadadada………dadadadadadad…….

30.3.09
Last week 23.3.09 saya attend appointment dgn dentist kat HUKM..[kat klinik warga HUKM dah ada dentist baru]..selepas scalling [dalam bahasa melayu nama proses ini dipanggil skaler: pengskaleran] saya tanya dengan doc tu ttg staus wisdom teeth saya yang tumbuh senget…oh ye di rahang saya hanya ada 2 [sepatutnya 4 kan?]..1 sudah dicabut thn lepas dan 1 lagi tidak muncul [ org kata selagi wisdom teeth tak selesai keluar masih belum dewasa…erk????]..maka saya diberi referral letter untuk ke radiology department buat extra maxillofacial..[bahagian muka]..pagi ini lanjutan appointment gigi dan doc mau terangkan ttg hasil xray…huhu rupenya semua wisdom teeth saya senget..yang tidak muncul itu lebih kritikal kerana ia sudah tumbuh tapi tersangkut dibalik gusi…wahh takutnya… pagi ini doc advise saya untuk cabut gigi bongsu bahagian atas kepada gigi bongsu yang telah saya cabut dulu..ini kerana semakin hari gigi itu akan bergerak semakin ke bawah [tindakan gravity] dan akan menghentam gusi saya…maka dgn takut2 saya benarkan doc tu mengerjakan gusi dan gigi saya…Syukur tiada kesakitan compare cabutan pertama dulu..dan paling penting ianya FREE….untuk 2 gigi lagi disebelah kanan, saya diberi referral letter lagi ke klinik Maxilofacial sbb kondisinya memerlukan minor surgery…[harap2 appointment surgery itu tidak pada tarikh2 penting saya]…pada hari ini saya diberi MC..yeay suka!!!! Oh ye ma ayah saya pulang ke BP hari ini pada jam 12.30pm…
5.30pm saya kira mak ayah saya sudah sampai..saya tepon untuk memastikan mereka selamat tiba..gud news,,anak kucing saya yang berbulu kembang turn to a mother now…sniff..sniff rasa nak cium Ucang..tapi ma kata anaknya semua berwarna hitam [tu la Ucang, kan kakak dah pesan cari laki yang hensem sket, baru dapat anak comel…] tapi tak mengapa, biarpun anak kucing itu berupa petak pun kami masih sayang… Cuma kepada sesiapa yang saya kucing boleh buat permohonan untuk mengambil adopted pet dari saya…hanya serius care taker dialu-alukan…

31.3.09
Hari bekerja seperti biasa..tapi hari ni satu keja pun saya tak blh buat sbb pagi2 dah ada meeting petang plak dengar ceramah motivasi.. [since everyone in the office lack of motivation already includes me…] tapi satu quote dalam ceramah semalam saya suka n energize perasaan saya…
“bila hilang keterujaan, sesuatu perkara akan jadi memenatkan”
Saya berharap saya akan terus teruja…hehehe… oh ye saya kongsi sedikit tentang ceramah semalam.. yang bagi ceramah tu Timb. Dekan Siswazah dan Pengantarabangsaan Fakulti Pendidikan UKM, PM dr Zuria Mahmud..menurut beliau apa yang penting dalam impresi diri membentuk hubungan yang baik sesame manusia …
1. 40% : suara – intonasi suara memainkan peranan penting..byk kes perceraian adalah kerna intonasi suara yang bernada tinggi yang menyebabkan miscommunication…
2. 40% : non verbal language : air muka, cara duduk, berdiri, jarak..
3. 10% : pengetahuan
4. 10% : attire
Hehe content lain yang byk2 tak type lagi…huhu…ni share sket je…ok kot….hehe entry ini macam kemaruk gile nak post entry kan..tapi mmg saya rindu ruangan blog saya…^_~

5 comments:

azzamoro said... Reply to comment

babe,

kalau aku nak gi dentist yang kt hukm tu mahal tak? nak buat appoinment lame tak? aku pun nak buat scaling. nak gigi cantik putih berseri.

ciketon fazya said... Reply to comment

dentist kat hukm ni aku gi kat klinik staff..tapi klu orang ramai blh gi dentist ukm kat kampus kl dekat2 chow kit tu..[before ni kitorg kena gi kat KL tu jgk sbb kt hospital ni takde dentist..baru2 ni je ada]

cuma advise klu nak gi mana2 klinik kat ukm or hukm ni kena gi pagi sbb klu lambat confirm akan lambat selamanya..appointment biasanya dlm masa 3 minggu hingga sebulan...

bayaran klu klinik2 hukm or gov ni stakat scalling tu area below RM10..kebykan bayaran RM1..[scalling kat private RM70-RM90 tu]..klu ada cabut ke or lain2 treatment baru extra la..[aku cabut gigi hari tu RM500, tampal RM120 untuk 2 gigi]

cuma klu ko g klinik gigi ukm tu, ko jgn terkejut la doc nya marah2..sebenarnya dia bukan marah kat ko..tapi dia sambil kerjakan gigi ko, dia juga mengajar student dentistry yang baru2...hehe

Arfah said... Reply to comment

wah~~~ terasa rugi pulak x pernah mengambil kesempatan gi klinik kat campus tu. Mesti free kan sbb saya seorang pelajar. nanti nak gi lah, kalau boring2.

saya juge amat berminat dengan anak kucing mu itu, tetapi~~~ buat masa sekarang tidak boleh ler..keadaan tidak sesuai..mungkin generasi yang akan datang la ye..

sekian, terima kasih.

ciketon fazya said... Reply to comment

kak pah, skang ni kite advice jgn g klinik gigi neither bela kucing..ibu mengandung tidak digalakkan..
masa nak wat xray pun dok tanya kite dah kawen lum..sbb org dah kawen takut preggy..
tapi takat scalling takde masalah

Arfah said... Reply to comment

oooo...ye ke..ok2.. thanks for the advice!