Pages

Friday, August 21, 2009

Berbuka

Salam Ramadhan untuk semua...syukur Alhamdulillah kite masih diberi kesempatan untuk berada dan melalui bulan penuh keberkatan dan keampunan Allah..

Hehe kalau zaman kanak2 dulu bulan puasa ni macam nak mintak langkau terus raya je...ada je alasan nak bukak pose..paling tak bleh blah ialah alsan terlupa nak makan vitamin masa sahur...haaaa yela sangat..

Tapi bila dah jadi kanak2 purba ni barulah sedar barakah yang dikongsi Allah kepada umatnya..bulan pose ni rezeki melimpah ruah...kalau tak percaya esok petang di bazar ramadhan...emmm Subhanallah, tapi nafsu membeli tu kekadang MasyaAllah!!!

oh ye ape menu berbuka anda esok hari? [huuuu sahur pun belum dah pk buka]
Biasanya bulan puasa ni saya gemar makanan ber'genre' sup... sbb bila bergoreng2 byk minyak saya akan cepat muak..nnt lagi parah natijahnya klu lepas solat tarawih..huhu..

So sempena entry 1st Ramadhan ni saya post 1 resepi saya improvise dari Kopitiam Old Town.. "Homemade Chicken Hor Fun with Seafood"... err housemate saya cakap sedap..but future roomate saya tak rasa lagi...


Bahan2:
Hor Fun (kuey teow)
2 bahagian ayam (ikut suka nak bahagian mana, jgn bulu dah)
1 jug air
1/4 kiub ayam
6 crabstick
6 ekor udang
cendawan enoki(option)
daun kucai
telur (option)
minyak bijan (option)

Cara :
A.Penyediaan Hor fun
Celur hor fun secara berasingan

B. Penyediaan sup
Rebus ayam sehingga mendidih..
Masukkan 1/4 kiub ayam dan garam secukup rasa
Setelah ayam empuk, angkat dan racik kecil2.
Masukkan sebentar crabstick dan udang dalam renehan sup tadi dan angkat.
Masukkan cendawan enoki
Kocakkan telur (seperti nak buat telur dadar) dan masukkan ke dalam sup tadi. [ini sekiranya anda ingin sup anda sedikit pekat]
Susun hor fun, daun kucai, ayam, crabstik dan udang ke dalam mangkuk, siramkan semuanya dengan sup tadi..
Titiskan sedikit minyak bijan dalam portion pinggan anda (saya tak guna sbb saya tak berapa gemar)
Makan "Homemade Chicken Hor Fun with Seafood" anda dgn chili potong berkicap..

p/s : macam nak makan ni je bila berbuka nnt...sgt nyum2 ok... Apa juadah berbuka yang anda mau kongsi dengan saya?

Oh ye kawan2 boleh check waktu sahur dan buka dari sini ye http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected