Pages

Sunday, August 23, 2009

Giveaway 2 [GA2] : Domain website saya

Setelah setahun lebih berblog menggunakan http://fazya.blogspot.com/ saya mencipta lagi satu blog yg khas untuk coklat sahaja iaitu http://chocville.blogspot.com/ ..Walaubagaimanapun untuk pasaran berpanjangan saya rasa nama blog bernada blogspot ini agak "bulky" menyebabkan saya terfikir untuk mengubahnya menjadi http://www[dot]chocville[dot]com/ tapi masalahnya sudah ada entiti lain yang menggunakan nama ini, maka ia tak available untuk saya..:(



Maka saya wujudkan giveaway ini untuk mendapatkan nama terbaik untuk website saya. Kepada readers semua anda dijemput untuk menyertai giveaway ini...



Syarat-syarat penyertaan:



1. Anda dikehendaki memberikan satu nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai nama link web site..(contoh: http://www[dot]chocville[dot]com/) ..Ciri nama mestilah padat tetapi menggambarkan keseluruhan aktiviti chocville.blogspot dan ia mestilah beridentitikan Malaysia di mata dunia.

2.Anda mestilah menyatakan mengapa rasional pemilihan nama itu dan mengapa saya harus memilihnya sebagai nama domain website saya..

3.Penyertaan mestilah didahului dengan meletakkan komen anda di entry ini dan seterusnya tinggalkan :

a :link anda supaya saya dapat membaca entry anda berkaitan nama domain saya yang anda sarankan..

b : Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog, anda boleh emailkan penyertaan anda kepada saya di nutaizaf[at]gmail[dot] com

4.Walaubagaimana pun setiap penyertaan mestilah disahkan melalui email, anda hendaklah menghantar email kepada saya dengan meletakkan particular nama, alamat, no untuk dihubungi..setiap peserta akan diberikan no id penyertaan selepas mendapat pengesahan dari saya.

5. Semua penyertaan akan diadili oleh En. Alfateh

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 September 2009. Walaubagaimana pun pemenang akan diumumkan pada 18 September 2009 [sbb ni hari lahir saya...haha]

7. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya..^_^



Hadiah :



Hadiah Pertama : 5oog praline (~48 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 36 cups nutty fruit cluster.



Hadiah Kedua : 380g praline (~ 35 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 18 cups cornflakes cluster.



Setiap peserta akan diberikan 10% potongan bagi menyertai kelas belajar coklat dengan saya. Sila nyatakan ID penyertaan anda sewaktu hendak menghadiri kelas coklat. Bagi peserta yang membawa seorang atau dua orang rakan untuk turut sama menghadiri kelas akan diberikan 10% daripada jumlah yuran pengikut anda



contoh :

Yuran pembelajaran =RM250.00

Yuran peserta GA2 = RM250.00 -10% = RM225.00

Yuran peserta GA2 + 1 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (10% of 250) = RM200.00

Yuran peserta GA2 + 2 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (20% of 250) = RM175.00

*Follower akan menyertai dengan harga normal



So cepat2 join giveaway 2 ini.. Saya nak bagi kuih ops coklat hari raya untuk anda semua.....^_^

1 comments:

3740Journal said... Reply to comment

wahhhhhhhhhh... teruja aku nak join. nanti aku fikir.

myfreecopyright.com registered & protected