Pages

Tuesday, August 11, 2009

Orang berpantang pun dah siap...

Sekian lama saya tgk tagged ini di blog rakan2 sekolahan saya… selalu cam tak sempat nak buat..sampaikan K.Pah yang sudah nak abes confinement pun dah selesaikan dulu,saya baru tergerak hati nak buat..haha

1) Bekas kekasih saya – orang Dengkil jugak

2) Saya sedang mendengar – music Farmville..harvest time

3) Mungkin saya patut – validated result Cobas dan Hemato

4) Saya suka – Alfateh snap gambar saya

5) Sahabat-sahabat saya – dari banyak tempat, ada dari sekolah, matrikulasi dan university..

6) Saya tak faham – kenapa ada org yang mmg gifted sebagai Ahli Sihir sedangkan saya selalu kantoi pada kesalahan kali pertama…hmmmmm

7) Saya kehilangan – minat nak ambik exam PTD lagi..takpe ke?

8 ) Ramai yang berkata – OK! tapi pasti rupenya tak OK langsung

9) Cinta itu adalah – milikNya.. Klu hendak tak perlu paksa.. Klu hendak mintak dengan Dia yang Esa…

10) Di suatu tempat, seseorang sedang – dalam perjalanan ke PWTC lagi barangkali

11) Saya akan cuba – menyiapkan catalog coklat saya

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Forever

13) Telefon bimbit saya – member erti besar kepada saya, walaupun murah tapi ia complete dengan kamera berpencahayaan baik, ada 3G untuk surfing internet dan boleh dengar radio.. saya hanya beli dengan harga RM400.. gud enuf kan?

14) Bila saya terjaga – saya akan kelip2 dulu atas tilam mengingati kesedapan tido sebelum itu..huhu

15) Saya paling meluat – orang yg perasan dirinya cukup sempurna dan komplen tentang kehidupan saya yang ‘mereka’ rasa tak cukup sempurna…Saya konfius siapakah yang berada di dalam ‘kasut saya’ ini?

16) Pesta/parti adalah – pesta tu tapak pasar mlm di batu pahat manakala parti tu mungkin Parti Tupperware..heeee

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – banyak..definitely meow2 saya…

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – setiap umur ada moment keseronokan yang tidak dapat dilupakan…

19) Hari ini – tinggal lebih kurang 27 hari sebelum saya mencapai umur 27 tahun..

20) Malam ini saya akan – pergi tusyen

21) Esok pula saya akan – berusaha siapkan report..mybe berbelas2 report

22) Saya betul-betul inginkan – perasaan bahagia yang dikongsi bersama-sama org yang patut saya kongsi malahan saya tidak lokek untuk berkongsi kepada dunia…cheewah

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – berkesan kah sabun yang saya beli semalam?

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – tempat mengurangkan kewangan saya

25) Makanan Barat atau Jepun? – Barat.. makanan jepun tu saya rasa seperti plastic yang diseterika (wasabi)

26) Bilik yang terang atau gelap? – siang saya suka terang malam saya pilih samar2

27) Makanan segera adalah – kedai makan yang selalu di boikot pada mulanya tapi kemudian berduyun-duyun org pergi sebab dalam iklan sgt tempting…

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – errr saya seperti tak bercakap dari tadi….

29) Siapa yang anda ingin tag: cam takde org nak tag sbb seem saya yang last2 buat benda ni....

0 comments: