Pages

Friday, January 20, 2012

Kalau dah CTS jangan gatal tangan surf food blog

Cottage pie ni terjadi akibat gatal tangan browse blog ribbon clown ( http://ribbonandcircus.blogspot.com/2012/01/thursday-comforting-cottage-pie.html?m=1 )

My version ;

cottage pie

3 biji kentang
½ cup sour cream
1 biji telur
2 sudu butter
1 ½ tepung gandum
1 cup stock ayam – saya guna air je
½ cup cream/ full cream milk/ susu sejat
300 g daging cincang
1 biji bawang holand
1 biji tomato
½ biji capsicum
2 sudu sos tiram
Blackpepper
Garam untuk perasa

Rebus kentang until empuk
Sementara kentang direbus, boleh sediakan inti dengan kaedah stir fry.
Tumis bawang sampai wangi, masukkan daging.
Bila air daging dah mula keluar dan evaporate, masukkan sos tiram
Masukkan cili dan tomato.Biar layu sekitika dan ketepikan masuk dalam casserole pan.
Guna kuali menumis tadi, cairkan butter dan masukkan tepung.kacau dengan cepat, guna api sederhana.
Masukkan air/stok ayam kacau supaya sebatian licin
Pelankan api dan masukkan cream/susu.biar didih sekali sahaja dan matikan api
Tuangkan sos ni ke atas daging dalam casserole pan tadi
Lecek kentang sampai halus, campurkan telur dan cheese. Perisakan dengan garam.
Setelah kentang sebati dengan semua bahan, tuang menjadi satu lapisan kepada semua bhn2 dalam casserole pan tadi.
Bakar selama ½ jam dengan suhu 200C
Apalah lagi, makan lah!

Dah..sekali lagi modem blow...so puasa blog surfing = puasa masak...hihihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

Ribbon and Circus said... Reply to comment

Aaa.. Ni buat kita teringat2 Kat cik cottage pie kita buat ritu hehe nmpk sedap..:D

ciketon fazya said... Reply to comment

@Ribbon Clown

kita pun plan nk buat...sbb ada kentang 2 kilo...kita dh beli sekilo,tetiba asben kita balik keja dia beli lg sekilo...hihi

ciketon fazya said... Reply to comment
This comment has been removed by the author.
myfreecopyright.com registered & protected