Pages

Monday, February 20, 2012

Currypuff ; irresistable savoury pastry



Gambar pertama :
Doh margerine + butter dibalut di dalam doh air + minyak

Resepi doh A (air/minyak)
3 cup tepung
1 cup air
1/2 cup minyak
Adun sampai licin (tidak melekat kat tangan). Tuang air secara berdikit2 kalau tak adunan doh jadi becak. Bulat2 kan kepada 6 bahagian (saya timbang setiap bulatan approx. 90g)

Doh B (butter/margarine)
2 cup tepung
1/2 cup margarine
1/2cup butter

Rub butter/margarine pada tepung. Gaulkan sehingga campurang boleh dibentuk bulat ( saya agak mesti dibentuk bulat juga sbb ada yg saya balut doh minyaknya crumble, kulit karipap gagal menunjukkan lapisan). Bahagikan kepada 6 bahagian juga (saya timbang 70g).

Rollkan doh A menjadi leper dan isikan doh B. Balutkan doh B dalam doh A. Buat sampai semua pembahagian sampai selesai. Ketepikan.






Gambar kedua :
Roll kan doh campuran tadi menjadi bulatan leper. Potong 3/4 diameter bulatan tu dan gulungkan dari kiri ke kanan atau vice versa. Hasil gulungan akan menjadi bentuk kon seperti gambar ketiga.





Gambar ketiga :
Doh yg dah digulung membentuk kon. Saya rasa potongan begini rasionalnya adalah untuk memastikan doh A dan doh B sekata.





Gambar keempat :
Doh berbentuk kon tadi di roll lagi menjadi gulungan panjang dan digulung lagi menjadi gulungan padat.





Gambar kelima :
Potong gulungan doh dengan pisau. Ketika ini sudah kelihatan lapisan dohA dan doh B. Tinggal leperkan dan isikan intinya sahaja. Boleh gunakan acuan atau kelim tepinya. Kalau nak nampak rustic (homemade) kelim hodoh2 sikit.haha




Gambar keenam :
Taraaaaaaa my rustic spiral curry puff in the houseeeee!
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Psyche said... Reply to comment

Eton, kamu memang hari-hari masak dengan penuh adventure nye yeh? Kagum tak sudah ni. haha.

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche kp kita skang officially housewife, homebaker n sometimes jd pa kt firm en.ahmad...hihi

myfreecopyright.com registered & protected