Bila blog sudah diketahui umum { wow! budget selebriti Hanis Zalikha }, draft entry akan lebih banyak dari publish entry untuk menjaga sensitiviti sejagat.. im not very good in being sarcarsm but not seen sarcarsm...
Satu masa dulu kalau tak puas hati boleh tulis dalam blog.. tapi sekarang kena tulis balik dalam diary { wow! ada diary ke? }..
Tapi ape ajelah yang nak tak dipuashatikan..anggota badan cukup, jari ada lima, kalau polidaktil pun lebih jari pun syukur, kalau
lebih lemak pun maknanya cukup makan, ada kereta nak gerak sana sini, ada kerja untuk dapat gaji
bayar hutang beli shawl crumple... apa lagi?
Ooo rasa tak cukup sebab apa anakanda yang dikehendaki belum di beri pinjam? teruskan berdoa, teruskan usaha {haha jom suami :p }.. bayangkan anak itu macam nak dapatkan data demografik peserta cohort di Jabatan Pendaftaran Negara dan nak dibandingkan dengan data demografik dalam database opis.. Kalau pihak JPN kata kena tunggu sekejap sbb nak beri priority kepada yang lebih memerlukan, maknanya kita kena tunggu juga.. Insyaallah kalau 2 hari sekali telefon tanya staff JPN, mesti dia rasa kita bersungguh sangat nak data tu dan at last dia kata ' Ok! meh datang opis ambik anta cd, sebulan lagi kami bagi data '...
Kalau rasa anak kita nakal sangat dan dah tak larat dah nak jaga? Cuba timbang tarakan nasib kita berbanding yang belum beranak lagi.. syukur diberi rezeki.. kalau rasa tak larat sangat adukan aja pada Allah.. mana tau Allah buka hijab masa kita berdoa " ok kalau ko tak larat sangat, aku ambil aja balik anak2 tu"..Sanggup??? Renung2kan...
Kalau rasa orang lain tak buat kerja perfect macam kita? Ajar mereka untuk memenuhi ke'perfect'an kita.. atau pun letak diri kita dalam kasut mereka dan selami kenapa mereka buat begitu dan bukan begini macam kita... Kadangkala bukan semua orang yang kita suruh menyelam laut dalam tu terus pandai berenang...
Apesal membebel pagi2 ni? Err mungkin suami dia outstation kot sebenarnya...huuuuuu