Pages

Tuesday, November 22, 2011

Fazya focusing on foccacia :)


Cuaca kerap hujan mcm sekarang,nak buat macaron mmg macam kena curik2..

Tapi this time nak share satu jenis roti yang tak payah susah hati ada mixer atau bread maker atau tak ; roti foccacia.. Roti ni asalnya dari itali.. So nama foccacia tu asalnya dari perkataan focus..

Roti foccacia ni boleh dibuat dengan topping atau klu nk jadikan roti sandwich biasa,atau boleh juga diletakkan topping..

Resepi doh
3 1/2 cup tepung roti (tepung gandum biasa pun blh)
1/2 cup tepung gandum untuk dusting
1paket yis ;11g - blh guna mauripan
3 tbs gula
1 tbs garam
1 cup air
1/2 cup air suam
2 tbs olive oil
1 biji telur

Bancuhkan yis dengan air suam yang ditambah 1 sudu gula. Biasakan sampai yis bekerja dan berbuih.
Masukkan 3 1/2cup tepung roti dalam mixing bowl. Buatkan telaga ditengah2 tepung.
Masukkan garam,gula, olive oil dan telur.
Masukkan pula yis yang dah berbuih ditengah2 telaga tepung tadi.
Kalau guna mixer; boleh terus masukkan air dan biar mesin buat kerja.
Kalau pakai tangan; masukkan tepung sedikit demi sedikit ke arah telaga yis tadi. Uli dan tambah air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh licin dan tidak melekat pada tangan ( doh foccacia ni a bit cekodoky.. So klu melekat dust tangan dengan tepung tambahan tadi)
Bila doh dah ready ;

1) anda blh terus tuang doh ke atas pan yang dah di gris dan biarkan doh rehat dan naik sekali ganda. - roti anda akan lebih berat, crust luar lebih keras sikit

Atau

2) anda boleh rehatkan doh naik sekali ganda dlm bowl. Lepas doh naik tumbuk doh untuk sebarkan co2 nya ke seluruh adunan dan rehatkan lagi ( dust lagi kalau melekat kat tgn). Setelah naik lagi,bahagikan adunan kepada bahagian kecil dan dibentuk bulat2. Leperkan atas pan pembakar dan biarkan ia rehat untuk naik sekali ganda.- roti lebih lembut dan crustnya nipis sedikit *saya buat cara ni..byk sket keja*
Sementara doh rehat boleh buat topping nya.

Untuk topping saya guna dua jenis topping.. Satu ialah topping bawang dan portabello mushroom yang disaute kemudian diperah jus lemon dan satu lagi menggunakan slice zuchini sprinkle dried oregano.

Setelah doh naik,letakkan lah topping ni atas doh. Cara meletakkan topping ialah dengan drizzle minyak yg digunakan saute bawang tadi atas permukaan doh. Letakkan bawang saute tadi sehingga selesai dan sprinkle kan garam.
Manakala topping zuchini pula, hiriskan zuchini nipis2. Susun atas doh dan sprinkle garam dan oregano.

Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 15- 25 min.

Tukar kedudukan loyang klu oven anda cpt pns pada sebelah dalam.

Roti dah siap..blh makan begitu saja..

*uli tepung pakai tangan buat tangan kita lembut tau... Tapi saya suruh mixer buat kerja...hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comments:

DrSinga said... Reply to comment

ko sekarang ni.. maaaaaasak je eh!!!??