Pages

Monday, December 19, 2011

Podeh!

Bahan utama : kulat sisir
Nama lain : cendawan kukur, kulat cicor
Lokasi beli : Sg. Congkak, Hulu Langat
Harga : RM2.00 per piring alas teh tarik (setakat tarikh 19.12.2011)
Cara masak yang dicadangkan : masak lemak cili padi, goreng bercili dengan kunyit, goreng bersama cili, bilis dan telur.

Resepi masak lemak cili padi

Bahan2:
12-15 biji cili padi kampung*
2 inci kunyit hidup*
Sebiji bawang merah*
Segenggam bilis*
Sebatang serai
Santan dari sebiji kelapa
2 genggam kulat sisir yg telah dibersihkan
1 1/2 sudu jus lemon
Garam secukup rasa

Cara2:
Kisar *
Perah santan (blend kelapa tambah sikit air dan perah dengan kain muslin)
Masukkan rempah yg dikisar dalam periuk bersama serai yg dititik.
Masukkan kulat sisir
Masukkan santan. Biarkan didih seketika tapi jangan pecah minyak.
Masukkan jus lemon dan garam untuk seimbangkan rasa.
Matikan api dan senduk dalam mangkuk.
Apa lagi, makanlah!

*berpeluh dahi beb!*

Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

bujal X said... Reply to comment

mana nak cekau kulat sisir??

ciketon fazya said... Reply to comment

@bujal X area2 kmpung byk pokok gth sng cari kot..ni kita jumpa kt langat..dah lbh 10 thn xmkn kot..tu jumpa kelmarin terus lompat ribena..yeay!

elizsue said... Reply to comment

ini sedap...owg penah makan...
tp sbb susah nk jumpa, owg ganti dgn cendawan bese tu, campur dgn pucuk paku...sedap jugak...yummy..