Assalamualaikum wbt :)
Dah ready nak puasa? Hihi ibu2 mesti dok sebok stock up fridge ngan lauk2 dan juga nugget/ drummet sbb kalau kantoi lambat bangun sahur tu la penyelamat kan..
Tu belum cite time buka yang serabut mengadap jem pastu balik rumah dh flat. So boleh try menu easy peasy ni dan everybody rasa mcm berada di rumah terbuka.. Haha puasa pun belum tetiba rumah terbuka..
Ok sempena puasa ni saya plan nak share resepi ramadhan yg saya buat tiap hari.. Konon la kan.. Nanti korang tengoklah resepi ramadhan tu sampai # berapa...haha..
Mee kari
250g mee kuning dicelur
Segenggam sawi di potong 2inci dan dicelur
Tauhu di goreng dan dipotong
Telur rebus dibelah dua
Daun bawang
Bawang goreng
Lada potong
Untuk kuah
3 -4 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1 inci halia*
2inci kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
1 biji buah pelaga
2 sudu besar cili boh
4-5 sudu besar kari di campur air jadi pes
200g santan
1 liter air
300g isi ayam
200g fish ball n fishcake
Blend *
Tumis kulit kayu manis cengkih dan buah pelaga.
Masukkan bhn* dan tumis sampai naik bau.
Masukkan cili boh dan tumis lg. Masukkan pes kari. Kacau rata dan masukkan suku liter air.
Masukkan ayam. Biar sampai didih. Masukkan santan. Perlahankan api.
Tambah air kira2 menepati kepekatan yg dikehendaki.
Masukkan fish ball n fishcake.
Biar reneh/ api sgt perlahan sampai waktu nk mkn..:)
Masa assemble lagi awesome kalau celur sekali mee dan sawi dalam kuah kari tu seminit dan kemudian baru tuang kuah kari.
p/s : semalam suami saya cakap dia teringin makan mee kari kat kedai. Balik rumah tadaaaaa! isteri dapat telepati buat mee kari.. :)
4 comments:
bagus idea ni.
kite kalau masak mee kari, suke letak kentang yg dah dilecek dalam kuah. bagi pekat sket.
tapi suami suka mee kari cayaq.
@Psyche mak kita punya resepi pun ltak kntang..tp kita cam mls nk gi kedai g cari kntang.. Hihi
yeay
nak copy resepi, malam tadi nampak tapi tak sempat nak komen apa pun
@Tina Othman
hihi fazya recommend this for buka.. Serius xambik masa lama.. Less thn one hour dah selesai..
Post a Comment