Pages

Thursday, October 7, 2010

Beraya di kedai :#2

Selepas siri beraya di Ruz Aladin milik sepupu saya, minggu berikutnya kami gi beraya kat kedai pakcik suami kesayangan (haha saja je buat statement korang benci).. ok serius!! Kedai ni diterajui oleh Pak Mubin. Pak Mubin ni adik kepada arwah Baba..


Sajian yang ditawarkan di kedai Pak Mubin ialah nasi berlauk..Masa kami datang tu dah separuh hari..maka dah tak banyak lauk yang tinggal.. Hehe tapi menu special kedai Pak Mubin ialah Nasi Kukus Ayam Dara..  Ayam dara ni menurut Pak Mubin ialah ayam yang belum dinodai lagi muda.. Berat bersih pun sekitar 1.2kg je..so ayamnya memang kecik...seekor ayam tu cuma dipotong empat aje...Ayam tu diperap dalam rempah khas selama sehari.. mean untuk meniaga esok, malam semalam ayam dah perap.... Dah cerita panjang2 mana gambarnya???? Ampun Pak Mubin..dah sedap2 lahap, terus lupa ambik gambar..tau-tau dah abessss....tsk..tsk..tsk (nanges menyesal tapi perut kekenyangan...:p )


Inilah Pak Mubin dan anaknya, Iwan.. yang dua orang lagi tu muka biasa enterframe blog..haha..

Menurut pemerhatian kami, kedai Pak Mubin ni menjadi pilihan Mat Saleh.. Wah tetiba rasa macam mata dah bertukar biru..hehe

Ok nak pergi makan kat kedai Pak Mubin.. alamat penuh saya lupa tanya.. tapi lokasinya betul-betul bertentang dengan pintu depan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. so sambil bayar saman (ehem2) boleh pergi makan..

Oh ye kalau anda pergi makan sini pagi-pagi anda boleh juga layan makan Nasi Lemak Tang Ling.. (orang ckp nak makan nasi ni kena rebut2..tapi saya sendiri tak penah rasa )

Wednesday, October 6, 2010

Tips rumah terbuka jika anda masak sendiri

 Puaslah sudah pergi jalan-jalan rumah orang.. makan kat rumah orang..tiba la giliran menjamu orang...hehe sebenarnya ni trial pertama saya masak-masak diluar pantauan mak saya untuk kuantiti yang banyak.. Seriau you... Suami saya pun macam ada kupu-kupu dalam perut sementara tunggu orang datang.. huuu asyik tanya je, muat ke ramai2 kat rumah kita? cukup ke makanan kita?... Makin debar akak noks....

Ok sekarang ai kongsi ngan uolls tips buat makan-makan kat rumah.. (ni kalau nak masak sendiri, pakai katering tipsnya sediakan duit..hehe)

1. Senaraikan bilangan jemputan. Ambil kira bilangan isi rumah jemputan anda. Highlight kan tetamu dewasa (sebab orang dewasa makan menu utama).. Tetamu kanak-kanak jangan diketepikan.. Sediakan tit bits  yang sesuai untuk kanak-kanak (sebaik-baiknya yang berkhasiat)

2. Senaraikan apa menu yang ingin dihidangkan. Senarai aksesori menu walaupun ianya nampak kecil..( manalah tau ada tetamu perfectionist..hehe)... daripada senarai menu ini anda dapat kenalpasti apa yang perlu atau boleh lakukan dahulu dan apa yang boleh dikemudiankan..

3. Kemas rumah dan susun kuih yang ada.. Sekurang-kurangnya kalau anda belum siap memasak, tetamu yang awal sudah boleh jamu dengan kuih yang 2 jenis tu...

4. Selesaimemasak, susun makanan anda dalam bekas cantik.. (huuu mentang-mentang mak mertua dia dah ada semua..berlagak eh..).. advisable pyrex ke corningware ke.. Ini kerana selain cantik, ia mudah sekali jika anda nak panas-panaskan lauk jika rasa makanan dah sejuk sementara tunggu tetamu. Ikutlah nak masuk microwave ke atau nak panas atas api

5. Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek...






6. Pastikan kawasan tempat duduk untuk tetamu cukup.. Pastikan juga pengudaraan ruang makan adalah baik.. Adalah tidak sopan membiarkan tetamu makan kepanasan.. Kalau takde kipas, sila pergi beli kipas ada remote..ehem2...Sekiranya rumah anda kecil, julat masa jamuan eloklah  lebar dan fleksibel supaya tetamu tidak datang serentak pada satu masa...

7. Seeloknya ada daya tarikan untuk kanak-kanak bermain.. Ini kerana fitrah kanak-kanak memang bermain.. Cara ini boleh mengelakkan kanak2 bermain di kalangan tetamu2 lain yang nak makan.

8. Bagi rumah yang ada tangga, pastikan ada pantauan terhadap kanak-kanak..Kanak-kanak memang excited kalau nampak tangga..


9. Haha ni tips bonus.. Sediakan penjaga bayi yang cantik untuk kemudahan mak-mak bayi makan.. Ini kerana ada kalanya tetamu yang datang mempunyai anak kecil.. Sekiranya rumah anda belum ada lagi kelengkapan bayi, penjaga bayi sebegini adalah option yang murah..haha..


Errr membantu tak tips macam ni??? Huhu tapi untuk 1st timer, kami rasa ia mencapai KPI kami.. asalnya kami jangka 50 orang tetamu, tapi setelah dikira semula bilangan yang hadir seramai 58 orang... hohhhhh 100%+ okeh...

Harap-harap tahun mendatang kami dapat organize satu majlis yang lebih baik dan ramai bilangan jemputannya..

p/s: tq to my dear.. ape yang penting??? k.e.r.j.a.s.a.m.a .. (=

Tuesday, October 5, 2010

Pemergian

Saya baru pulang melihat satu pemergian..Di bulan syawal yang bersisa 3 hari lagi, memang syahdu tu tak dapat ditahan-tahan..Macam entry sebelum ni, saya nyatakan ketabahan ibunda melalui saat kehamilan yang begitu sukar sekali saya gambarkan..

Disaat saya dan dia patutnya teruja mengira bulan usia perkahwinan (dia kawin awal 2 minggu dari saya), tapi dia sudah melalui kehilangan...Kalau saya ditempat beliau entahkan bagaimana.. perasaan ditinggalkan yang picisan pun sudah ditangisi sungguh2.. apatah lagi nak membayangkan 'memakai kasut' beliau..saya tak mampu bayangkan.. ya saya akui saya semakin dependent.. redhakah saya untuk kehilangan separuh jiwa saya?...Ya Allah semua milikimu..tiada milikku..ku mohon pinjaman mu jua Ya Allah..dariMu kami datang dan kepadaMu jua kami kembali..

Salam takziah buat sepupu saya, Ruhana Bohari...
Moga almarhum suaminya, Zahiruddin Zainal Abidin ditempatkan dikalangan insan yang dikasihi Allah..
Tabah ya kakak.. InsyaAllah, beberapa purnama lagi lahirlah hadiah cinta kalian yang soleh dan sihat..

p/s: saya sayu..T_T..

Friday, October 1, 2010

Sebok2 nak tamak pinggan Corelle

Saya dah ada banyak pinggan hadiah kawen... saya dah ada banyak pinggan tinggalan Almarhum Bonda Mertua.. Tapi saya nak tamak juga menang lucky draw.. Sebab lucky draw ni cuma kena entry blog je, tak payah tikam-tikam.. saya suka!!!

Sapa yang buat lucky draw??
Dia owner dapur Malus Domestica (bahasa Inggeris eja Apple.. bahasa menu kedai Pattani Apel)

Syarat lucky draw ni?
Dia suruh copy je... haha kali ni tak perlu buat ayat manis2 gula melaka macam posting sebelum ni..haha

Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) 

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Senarai peserta di side bar kanan berserta nombor penyertaan)



5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.




Boleh tak tunjukkan rupa bentuk hadiahnya?




Oke lah..dah malam... selamat bertuah, selamat malam....:)

Alkisah selera Arab

Lokasi kejadian : Kedai Makan Oran Saba Restoran Saba 

Bergambar semasa pulang sambil membimbit pulang Barbican Apple dan Raspberry
Makan Lamb Kebab..rate rasa #2 dari kebab Ariana

Makan Lamb Kabsah.. Sedap..Tapi rate #2 lepas Mr Briyani & Kebab Presint Diplomatik
Tgh tunggu teh.. teh buah pelaga.. huuu dah order layankan aje.. tapi rasa nak cancel pun ada juga


Dia yang excited nak makan di Restoran Saba sbb terpengaruh tgk orang ramai2
Tapi rasa makan di Ariana lebih tenang dan kesedapannya lebih teringat2..

 Oke jujurnya saya tak boleh nak describe pasal makanan betul2 sebab saya sangat kenyang  makan di open house.. tapi saya paksa juga entry ni sebab saya nak jadikan entry tamak saya ini sticky post... huh komplikasi betul dia neh!!
myfreecopyright.com registered & protected