Pages

Friday, September 24, 2010

Kisah Bonda


Cerita-cerita keibuan kebelakangan ini bercampur baur.. Ada yang gembira melonjak-lonjak.. Ada yang perlukan ketabahan.. Ada yang kehilangan.. Mungkin terkesan  musim raya cerita gembira akan jadi extra gembira cerita sedih juga extra sedihnya..

Tahniah buat ayahanda bonda  sedang mengulit anakanda kesayangan..  Moga anakanda kalian membesar, sihat, cemerlang, dirahmati dan member bahagia untuk ayah bonda dan alam semesta..

Tabahlah buat isteri yang diuji.. Kesakitan dan kepayahan takkan Allah beri sekira hambaNya itu tak mampu lalui.. Pasti benih cinta yang kian membesar di rahim merasai tabahnya ibuku, berjuanglah ayahku.. Teruskan usaha dan tawakal.. Semoga sembuh sediakala dan meraih bahagia seisi keluarga..

Sabarlah ibu ayah terpilih.. Anakanda pergi dipanggil Allah..  Kemanisan bersama seketika anugerah terbaik buat ibu ayah.. Menitip status mukabuku si ibu ;
“Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya”
>Nasyid: Mana Milik Kita, Rabbani

p/s : radio ikim macam tau cerita kami..berkumandang pula mengiringi perbualan… eh bukan radio yang tahu..semua tu ilham Allah…

Buat bakal ayahanda bonda.. tingkatkan usaha :p , teruskan berdoa.. Memetik doa Nabi Zakaria yang mendambakan anak untuk mewarisi dakwahnya.. Moga berkat amalan dan kurnia Allah dapat dipinjamkan barang seorang dua..


2 comments:

en_me said... Reply to comment

insaf kannns..

ciketon fazya said... Reply to comment

T_T...
sayu hati tgk mak2 yg tabah iteww