Pages

Monday, August 3, 2009

AKU KAN ABANG

Pelakon : Seorang ADIK, seorang ABANG, seorang EMAK dan watak tambahan PAKCIK jurubina
Situasi : Konsep Iklan DIGI – AKU KAN ABANG!!!!!

EMAK mengarahkan ADIK dan ABANG bekerja menyiapkan reban untuk keselesaan ayam-ayam mereka.. Pada mulanya mereka membuat reban yang berasingan kerana ABANG ada ayam kegemarannya sendiri, manakala ADIK juga begitu… Sedang asyik bertukang datang seorang PAKCIK jurubina dan berkata ,

“Bukankah kalian adik-beradik, adalah molek kamu buat satu reban yang lebih besar bersama-sama untuk menempatkan kesemua ayam kamu. Lagipun pakcik sudah maklumkan kepada EMAK kamu dan beliau turut setuju dengan saranan PAKCIK”

Oleh kerana gerunkan emak yang bersuara lantang, si ABANG dengan segera mamaksa adik bersetuju dan menyatakan rekaan rebannyalah yang harus diikut. Si ADIK mengiakan sahaja dan memulakan kerja. Pada ketika si ADIK hendak mengetuk tukul kepada kayu si ABANG seraya berkata,

“Ko kalau nak ketuk pada kayu aku tu kena bayar pada aku RM0.50 setiap ketukan.. "

Si ADIK terpinga-pinga. Monolog dalaman sambil berfikir kenapa pulak nak kena byr sedangkan apa yang dibuat itu bukankah arahan dari EMAK mereka… Oleh kerana si ADIK tidak mempunyai sumber wang yang banyak, maka si ADIK mengetuk sedikit-sedikit dan membayarnya juga sedikit-sedikit.. Walaubagaimanapun teruslah si ADIK mengetuk sambil memikirkan jumlah bayaran memandangkan pembahagian kerjanya melibatkan ratusan malah mungkin ribuan ketukan..

Lalu si ADIK berkata kepada ABANG ,

“ ABANG, aku rasa aku nak tanya kepada EMAK, bolehkan aku meminta bayaran daripada engkau setiap kali engkau menyapu cat pada papan reban ini kerana ko juga menyapunya pada bahagian kayu aku.”

Si ABANG menjawab,

“ Err tak payah tanya EMAK dulu.. Biar aku yang ckp dengan EMAK dulu… Klu EMAK kata tak perlu bayar aku pulang balik bayaran yang engkau dah buat hari tu…”

Si ADIK bermonolog dalaman terhadap ABANG yang ‘menggelabi’…..

“Tau takutttttt…………………”

p/s : maafkan saya kepada pembaca yang terasa makan cilinya...takla pedas sangat kotttt...

6 comments:

Anonymous said... Reply to comment

blh i nk bg ABANG bace?wakakakaaka..nnti akn dpt pulangannyer...

ciketon fazya said... Reply to comment

terpulann...hehe

3740Journal said... Reply to comment

oit aku tak paham la.. kias2 ni mmg aku lembab sket..hehe

ciketon fazya said... Reply to comment

hehe terpaksa.. klu ikutkan nak je sebut nama dot dot dan dot nya...hehe...

ElizSue said... Reply to comment

ni mesti ade makhluk yang suke berkira ni....huhu~

Anonymous said... Reply to comment

mcm tau la sape si abg nih..hehe..

myfreecopyright.com registered & protected