Pages

Tuesday, February 16, 2010

Split personality

Blogger [claim diri sendiri blogger sekali lagi...hooo ohhh] sedang menikmati hari cuti sambil memikir ada ke tak workshop bukak sbb bateri keta blogger kong...Rakan sepertiduran blogger menyatakan hipotesis, biasanya dugaan orang nak kawen ialah kereta rosak.. baiklah!!! blogger redha....T______T

Semalam hari kenduri sepupu blogger... mmg sudah takdir dan masin mulut blogger [jgn percaya!! jodoh, qada qadar semuanya milik Allah] memberi alasan bila sedara mara tanya bila nak kawen blogger kata tunggu Kak Na dulu.. ya bila berkata kan itu satu doa..Alhamdulillah makbul doa blogger untuk tidak melangkah bendul...

Dalam kurang 3 minggu, maka sewaktu kenduri semalam bapa blogger sangat aktif memberi kad jemputan yang berwarna orange... maka sebab orang keliling tak dapat menginterview pengantin semalam.. maka bakal penganti lah yang ditanya...

Soalan yang paling popular bakal pengantin terima semalam [haha tetiba tukar kata ganti diri.... ;p ]
  1. Dah sedia dah?
  2. Persiapan kenduri camana?
  3. Bakal suami orang mana?
  4. Lepas kahwin duduk mana?
Baiklah bakal pengantin menjawab persoalan anda disini ye..

Bakal pengantin merasakan buat masa ini kurang berdebar.. mungkin kerana bakal pengantin merasakan kesejukkan kaki tu akan trigger gile2 pada minggu terakhir.. Ini juga mungkin berkat bengkel Last Minute Study Skill yang bakal pengantin pernah hadiri sewaktu tingkatan lima dulu..

Dari segi persiapan kenduri, Alhamdulillah ayah dan ibu bakal pengantin telah pun menguruskan semuanya.. nanti yang mendapat jemputan silalah dtg makan2 di rumah bakal pengantin...^_^

Bakal suami bakal pengantin berasal dari Dengkil walaupun ic beliau -71-... Maka selepas bernikah , bakal pengantin Insyaallah akan duduk di Dengkil.. sebenarnya di mana2 suami bakal pengantin oopps bakal suami bakal pengantin duduk nanti,akan bakal pengantin ikut.. hehe bukankah tempat seorang isteri di sisi suami..cheeewaaaah...

Ok dah cukup bakal pengantin.. pergi bersiap.. sbb sekarang bakal pengantin kena jadi pemilik kereta bateri kong.. cepat pergi tgk workshop sbb keta tu menjerit2 suruh tukar bateri sekiranya ape yang dikarang sekarang ialah karangan autobiografi Aku Sebuah Kereta Proton Saga Kebal...

******************************************************************

p/s: sebenarnya sekarang blogger/ bakal pengantin/pemilik kereta bateri kong adalah seorang pemotong kertas nak bungkus coklat...

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected