Pages

Wednesday, January 21, 2009

Otak sains vs Otak sastera

Semasa zaman matrikulasi KPM di Kuala Pilah, ada 3 course pelajar ... Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan...Seingat saya both Sains (Hayat dan Fizikal) mudah get along..walaupun beza kelas kami boleh get along..[maybe kebykan subject sama kecuali budah Hayat ambik extra subject Biology n some drop Physic..other subject masih sama]

Masa kat matrikulasi saya agak baik ngan sorang budak Sains Physic nama Ariff [rip aku lupe full name ko]..haha penah sekali terkeluar statement dari Ariff..

"aku mmg takleh get along ngan budak akaun..klu diorang wat lawak mmg aku takleh nak gelak..lawak aku lak diorg cam phm je.."

Bunyi cam sombong je kan ayat Ariff ni..[tapi dlm hati saya mengiakan juga]..

Masa di Uni, ada pula seorg cosmate perempuan saya menceritakan akan tanggapan budak2 sekolahnya kepada pelajar Sains...

"Ala budak Sains stream ni kerek..."

Kerek kah saya??? [betul kot, staff kat opis kata saya kerek. sombong, berlagak..:(]..

Masa di Universiti juga penah saya dengar seseorg yang saya kenal gitu-gitu saja berkata sebelum masuk exam hall...

"ko nak bercinta dgn A (bukan nama sebenar)?..tak payah la klu takat2 belajar course Sains Kemas**ra*** tu...[ini sains yang diambil oleh Art stream]..

Mmg byk contradict bila comes to Science vs Art nih..Tapi klu nak bercinta kite kena guna ayat2 sastera juga kot..takkan la boleh jadi sgt bombastik cam ni....heeeee~~~~~

Ayat-ayat Cinta Scientific
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10^23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian... .....

3 comments:

Anonymous said... Reply to comment

hehe..setuju dgn statement ko..dak science cm sengal skit..tp sengal2 kite educated skit le..(ayat cm poyo jek).

tp aku ble jek get along dgn bebudak art stream ni..hmm..sbbnye jiran sblh bilik aku ni mmg dak sastera le..amik pendidikan sastera..so sgt le baik..serius baik..ayat tersusun jek...mybe sbb dia amik sastera kan..da biasa ayat tersusun..compare dgn aku ni..ayat lintang pukang,aku slalu ckp bnda yg tak sma dgn ape yg aku pkirkan...sbb pale aku sntiasa berpikir..haha..ye la sgt...

tp lawak le weh ayat cintan2 dak science tu..gile sengal le..hehe..

Anonymous said... Reply to comment

kelakar la..budak sains ni ayat2 dia selalu straight to the point

Anonymous said... Reply to comment

kelakar la..budak sains ni ayat2 dia selalu straight to the point

myfreecopyright.com registered & protected