Pages

Thursday, January 29, 2009

To please others...

Hari yang terik paginya diikuti pula hening2..[sampai rasa nak tido bila mendung2 cam ni]

Bila surrounding mendung, mandom...mula la cam nak mengimbau perkara2 biru biru [hehe blues tu maksudnya biru yang plural la kan???]...

Terfikir soalan cepu cemas yang biasa diperolehi sewaktu balik kg..lagi kerap soalan tu kuar klu g kenduri kawen..[ya balik hari tu ada sedara tak berapa rapat sgt kawen]...uuuuhhhh tajam menikam bila ramai bertanya,

"bila nak kawen???"

Terima kasih atas keprihatinan anda, akan saya usahakan sampai dapat memuaskan hati anda semua..ya im trying to please everyone whom insisting me to get married...[pernahkah anda semua menelah dalam hati saya, klu anda semua teringin saya kawen, saya sendiri apetah lagi]..

Terfikir lagi, adakah selepas saya berkahwin anda akan berhenti bertanya???

"Bila lagi nak mengandung?"

Sekian kalinya ada suara-suara prihatin..menurut seorang sahabat sepejabat saya, klu nak mengandung tu semudah membeli air di vendor machine atau sesenang petik suis lampu..mereka akan bayar saja asal dapat menutup mulut yang bertanya..klu sehari 5 org bertanya soalan sama..pasti jengkel juga...saya percaya mereka mungkin bisa menjawab soalan dengan sedikit senyuman [yang rasanya tawar] tapi dalam hati mereka siapa calar balar barangkali...kelahiran bayi mmg menceriakan dunia, memberi sejuta harapan buat masa hadapan..ya they working so hard to please everyone whom insist to see their baby...[ pernahkah anda meletakkan diri di dalam kasut mereka menerima hujanan soalan ini..klu kita ingin sgt tgk anak mereka, mereka lebih lagi teruja untuk memiliki benih2 cinta itu]

Terlintas lagi difikiran adakah berhenti soalan-soalan ini... akan sentiasa wujud soalan2 prihatin ini selagi berada dimuka bumi Allah ini..contohnya,

1. Hai takkan sorang je anak??
2. Takkan teringin nak kawin lagi??
3. Bila nak beli keta baru??
4. Anak dapat nombor berapa??
5. Anak belajar mana/apa sekarang??
6. Anak yang dah grad tu dah keja??keja apa??
7. Anak bila nak abes blajar??
8. Bila anak awak nak keja??
9. Anak awak bila nak kawen??
10.Anak awak dah mengandung??

Klu masa kecik2 dulu mak ayah saya yang kena jawab soalan2nya..bila dah menngkat dewasa skema jawapannya saya perlu sediakan sendiri...

Bukan tidak menghargai rasa prihatin yang ditonjolkan dalam tapi saya fikir berpada-pada..hampir 60% soalan yang ada ini pernah diutarakan kepada saya maka saya berupaya untuk empati pada situasi-situasi di atas...setiap orang pastinya nak merasa berjaya atas bijaksananya, berkeluarga dengan suami isteri dan anak2, hidup yang lengkap materialnya..cuma waktu dan ketikanya adakala lambat dan syukur buat yang mendapatnya awal dan mudah...

Kepada yang ingin melihat saya berkahwin, terima kasih kerana sudi berhajat hendak tolong2 potong bawang untuk masak lauk kenduri..doakan usaha saya memuaskan hati anda semua dipermudahkan oleh Dia...

5 comments:

Anonymous said... Reply to comment

em..lagi senang tutup mulut tempayan dari tutup mulut orang. FAQ (frequently asked question) takkan habis sampai mati agaknya..

Ayen said... Reply to comment

Perkahwinan boleh dikatakan sebagai kemuncak kepada kebahagiaan seseorang..pada satu tahap umur tertentu, sudah pasti persoalan sebegitu tidak mampu dielak..benda yang baik orang cakap perlu dipercepatkan..cik eton bile lagi?hehe teringat pertama kali kite jumpa,terus bawa ke rumah ye. haha.

ElizSue said... Reply to comment

hurmmm..mungkin kiter dah boleh praktikkan skema jawapan no 5 dalam post kompang-kompang owg tu..hehehe..
alalalala...
sabar yer..insyaALLAH, akan sampai masanyer nanti..
let it be surprise!!

ned's said... Reply to comment

aaaaaa...eton...soalan2 yg ko rs cm nyemak tu kan..sma cm aku alami la..~wuu~ sedey kan?aku pnye respond bile org tnye aku is...senyum jek...mls nk lyn..tp ati aku...isk..sakit gile weh...huhu..nk nngis pn ada...apsl aku emo2 ni...=((

ciketon fazya said... Reply to comment

Anonymous : saya tak berniat untuk menutup mulut meraka but i think soalan or pertanyaan berpada2 kot

Ayen : saya terima soklan tu ngan hati terbuka..cuma maaf kepada si malang penanya ke lima kiranya saya buat bodoh meninggalkan meraka tertanya2 'ciketon marah ke?'

Elizsue : betul..betul..betul..betul.. [Upin & Ipin]

Ned's :aku berazam menjadi seorg yang tegar dan tak goyah ngan soklan menguji minda ini...hehe