Fuyyyooo magic.. dalam kekalutan budget nak kawen tetiba dapat msg dari 'SHELL'.. dah la meeting kena marah kan... so sms 'dapat' duit cam best je bunyinya kan..
"TAHNIAH".. No sim/kad anda telah memenangi HADIAH UTAMA RM15,000.00 dari Syarikat Shell (M) Sdn Bhd. Sila dail talian 019-8107203..
Sbb dah msg kan.. saya pun gatal tangan la nak tepon.. sambil google kat internet ttg skim penipuan melalui SMS neh..
Saya : Hello
Sape ntah : Hello (nada awal cam sarawakian)
Saya : I would like to ask regarding the sms that you sent to me just now.. what is all about anyway? (sbb ckp ngan orang keja SHELL konon2 kan.. berlagak speaking sket..)
Sape ntah : Oh ya, puan telah tersenarai dalam 10 pemenang berpotensi untuk memenangi hadiah RM15,000.00.. Nama pemenand akan disiarkan di TV3 pada malam ini.. Oleh itu kami minta puan mengesahkan penerimaan hadiah dan tentang butir puan ... Puan sekarang berada di mana (dia suruh saya bagitau nama, he know my name sudah.. musykil.. lagi musykil nada sarawakian tetiba bertukar seperti Indonesian.. menghairankan)
Saya : Saya dari Cheras (saya tak tipu, saya mmg keja sini)
Sape ntah : Oleh kerana lokasi puan agak jauh, jadi kita akan bank in kan hadiah ke no akaun puan.. Boleh puan berikan no akaun puan?
Saya : Oh ok.. takpe, boleh bagi alamat.. I'll go and collect the check by my own..
Sape ntah : Bla...bla (bagi alamat Shell)
Saya : Ok klu saya pergi sape contact person kat sana yang patut saya jumpa?
Sape ntah : Puan boleh jumpa Tn Hj R Bin H
Saya : Ok, boleh bagi no telefon office untuk saya direct contact dengan Tn Hj R Bin H
Sape ntah : oo maaf puan, telefon office kami sedang diperbaiki dan tidak menerima panggilan (menghairan kan.. hello SHELL oke.. takkan phone takleh baiki nak bagi saya RM15,000.00.. ambik la RM1,000 dari RM15,000 tu p baiki phone office)
Saya : Then saya prefer the acknowledgement done by written letter..ok then, maybe i'll collect the cheque tomorrow..
Sape ntah : Oh puan, confirm tu kena hari ni juga sebelum 5pm..sbb tu kite tak keluarkan surat.. klu Puan tak ambik hari ni, ia akan diserahkan kepada orang lain..(cepat2 off panggilan saya)
Ape la sengal sangat 'Shell' ni, ofis phone takleh baiki...klu company bukan public listed call saya leh terima la alasan gini..
Tapi setahu saya iklan SHELL camni bunyinya..
Take part in the Shell FuelSave Cash Contest and stand a chance to win these Weekly Prizes:
1 x RM100,000 + 100,000 BonusLink Points
3 x RM10,000 + 10,000 BonusLink Points
1,000 x RM1,000 + 1,000 BonusLink Points
To take part, spend a minimum of RM30 on Shell Fuels or Lubricants.
Terms and conditions apply.
Visit station or website for more details.
********************************************************************
Mana datangnya RM15,000 tu pulak eh?.. Confuse...
Bukannya ramai sangat boleh menang duit tu, apelah sangat klu nak tepon saya.. ni sngt kemut bagitau pakai sms...
cam saya cakap tadi, saya nak derma RM1,000 kat 'SHELL' baiki phone office diorang...
p/s: sila bagi saya bentuk cash RM15,000 tu kalau nak bagi..takyah p bank in ..oke!!!.. haha