Pages

Wednesday, February 9, 2011

Tiga Shod

Taati Allah dengan SOLAT
Sudah pasti kan.. Solat kan tiang agama..Kalau rumah tiangnya rapuh, tak payah tunggu anai-anai makan pun boleh runtuh.. Lebih afdhal berjemaah.. selain termotivasi dengan 27 kali ganda pahala, solat jemaah menguatkan jiwa.. google aja youtube, banyak clip di negara luar muslimnya berjemaah bukan aja di masjid, malahan di jalanan.. meremang rasa, terharu, sayu tgk... Subhanallah..

Cintai Rasulullah dengan SELAWAT
Mencintai Rasulullah bererti mencintai Allah kerana beliau kekasih Allah... Nabi kata orang yang paling kedekut ialah orang yang kurang berselawat. Paling-paling kasihan pun ucaplah Allahumma salli'aala Muhammad. Kalau rasa memang nak kedekut sangat jugak, pastikan jangan tinggal solat. Sebab sekurang2nya semasa tahyat dalam solat tu lah kita memohon rahmat dari Allah ke atas Nabi.. Kalau pemurah, boleh la buat Selawat Ibrahimiyyah, Selawat Tafrijiyyah, Selawat 'Azimiyyah.

Kasihi saudara dengan SEDEKAH
Islam itu kan adil, kalau kita kaya, disuruh kongsi sama-sama.. Kalau kaya sorang-sorang pun apa gunanya.. sifat tamak akan buat kita paranoia saja.. Asyik terfikir2 macamana kalau orang curik, macamana kalau ada kawan pinjam, macamana kalau saudara mara mntak. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga sendiri dan mestilah ikhlas. Macamana nak ikhlas? ikhlas tu dari dalam hati, tapi panduan bijak pandai berkata ikhlas tu patutnya macam semut hitam, di atas batu yang hitam, di kala malam gelap gelita.

Suami saya share dengan saya, saya share dengan anda semua. Err share suami?

p/s : Misi sebelum sampai anniversary, saya sudah lancar Selawat Tafrijiyyah.

3 comments:

kucingorengemok said... Reply to comment

selawat tu susah ok! terbelit² lidah :| (dah pernah hapal tapi lupa balik... memalukan)

ciketon fazya said... Reply to comment

Selawat tafrijiyyah ok lagi.. klu azimiyyah.. aduhai..

seb baik selawat syifa selalu dgr kat astro oasis.. klu tak..ntah la..

p/s : tapi kalau Wahab Bee diorg cuma accept selawat ibrahimiyyah aje..

kucingorengemok said... Reply to comment

wahab bee takyah cite la nanti ustad kazim marah, hihi

myfreecopyright.com registered & protected