Pages

Wednesday, April 13, 2011

Rancangan demi rancangan

Lama tak cerita.. asyik buat entry alphabeth aje untuk memperbanyakkan entry sehari-hari.. Sebenarnya saya ada rancangan yang tak tahu bila berhasil berkenaan entry alphabeth tu.. nnt la, kalau dh ada progress baru boleh cerita semula.. heeee Dalam kotak pemikiran saya selalu ada banyak rancangan.. haha dan intipati idea tu selalunya saya cite kat consultant seumur hidup peguam Zul Nawawi & Co tu.. ideanya macam2, bercabang2.. tapi buatnya bertangguh, mana nak jadi kan?

Oh ya baru sekejap tadi saya baca blog Yin dan Yang.. dia blogger tinggal di Bintulu.. sebenar dia satu batch dengan saya semasa di UKM.. cuma saya belajar bidang Biologi manakala dia belajar bidang Biologi Berteknologi { read Bioteknologi }.. hehe.. Saya suka baca entry blog dia, saya suka refer resepi dia sebab resepinya praktikal.. sesuai untuk orang jenis masak gegas macam saya..Oh ya entry hari ni, dia kongsi resepi ayam bakar dan tip membeli herba2 inggeris yang jauh lebih murah dari McCormick..

Haha berbalik kepada cerita rancangan, menanam herba inggeris juga salah satu daripada rancangan2 yang saya plan dalam hidup saya.. tapi saya kena consistent untuk menjaga dan membelainya... Saya sudah membeli biodegrable pot ( dihasilkan dari kompos daun kelapa sawit) dan beberapa biji benih herba inggeris..harap2 saya rajin la mengusahakannya..untuk pengetahuan umum di kawasan rumah saya ada rosemary ( sudah layu bermula 2 minggu lalu..sedih nak nangis!).. vanilla (alhamdulillah ia hidup dengan jayanya..saya lihat tanaman orkid memang hidup subur dan mau berbunga di kawasan rumah kami..tp katanya untuk menghasilkan vanilla pod kena tunggu at least 3 tahun.. sedu sedan!) dan tomato ( tapi lalat buah asyik menghurung pokok tomato saya..haihhh)

Rancangan menanam seterus ialah nak tanam sage, dill dan kacang panjang... juga tanam semula rosemary (dah macam projek tanaman getah dah bunyinya) , juga nak tanam mulberry dan nak tanam daun salam atau bay leaf ( mintak anak pokoknya dari makcik suami di rumah depan)... Tahukah anda saya kecik hati betul dengan diri sendiri yang tak kenal pokok salam fresh padahal selalu park kereta sebelah pokok salam dan kemuadian gelabah2 pergi carrefour beli sebekas daun salam ( 10 -12 keping ) dengan harga RM7.00.. lepas ni bye2 kaypoh!

Semoga diri sendiri berjaya!

p/s : eh hari ni hari Rabu..patutnya Wordless Wednesday... tapi dah jadi Wordiest Wednesday pula..

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected